Anda di halaman 1dari 2

SOALAN TUTORIAL

SCE3123 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

SOALAN 1

a. Bincangankan tujuan melakukan aktiviti dalam bilik sains.

b. Nyatakan tugas dan peranan guru-guru sains dalam menyelenggara bilik sains.

c. Terangkan peraturan yang melibatkan pesanan, pembayaran, penyelenggaraan,


pelupusan dan hapus kira bahan-bahan dan peralatan sains kepada Kementerian
Kewangan, Malaysia.

SOALAN 2

a. Huraikan prosedur pesanan peralatan yang kos melebihi daripada RM10 000.

b. Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum anda menerima pesanan daripada
pembekal seperti: menyemak secara khusus (apa yang dibeli dan diterima) tarikh luput,
keadaan bahan-bahan dll.

SOALAN 3

a. Bincangkan bahaya yang mungkin terjadi apabila melakukan aktiviti sains dalam bilik
sains.

b. Bincangkan tindakan yang perlu diambil untuk mengurangkan bahaya.

SOALAN 4

a. Bincangkan sebab kecederaan dan kebakaran yang mungkin akan berlaku semasa
pengajaran dan pembelajaran sains dalam bilik sains.

SOALAN 5

a. Bincangkan dan tunjukkan bagaimana menyediakan larutan reagen, larutan piawai,dan


larutan dengan kepekatan tertentu.

b. Huraikan dan tunjukkan bagaimana menyediakan pencairan larutan dengan kepekatan


tertentu daripada larutan piawai.

c. Huraikan dan tunjukkan bagaimana mencairkan larutan asid untu mendapatkan larutan
asid dengan kepekatan tertentu.

SOALAN 6

a. Huraikan dan tunjukkan bagaimana bunga diawet kering.

b. Huraikan dan tunjukkan bagaimana pengeringanserangga dipamerkan di atas papan


kenyataan.
SOALAN 7

a. Terangkan pengubahsuaian (improvisation) dalam aspek pengajaran sains.


b. Bincangkan kriteria untuk mengulas dan dan memilih sumber pengajaran seperti model,
carta, transparensi dan nota edaran.

c. Huraikan dan menunjukkan bagaimana mengubahsuai dan menyediakan sumber


pengajaran seperti model, carta, transparensi dan nota edaran pengajaran sains.

SOALAN 8
a. Bincangkan kriteria untuk mengulas dan memilih sumber pengajaran seperti slide, video,
perisian dan bahan-bahan multimedia.

b. Pilih topik daripada Kurikulum Sains Sekolah Rendah. Huraikan dan tunjukkan
bagaimana mengubahsuai dan menyediakan klip video sumber pengajaran untuk
mengajar topik itu.

SOALAN 9

a. Bincangkan kriteria untuk mengulas dan memilih alat-alat seperti kanta, corong turas,
kanta pembesar dan bikar.

b. Huraikan dan tunjukkan bagaimana mengubahsuai dan menyediakan peralatan sains


seperti kanta, corong turas, kanta pembesar dan bikar sesuai untuk sekolah rendah.

SOALAN 10

Pilih topik daripada Kurikulum Sains Sekolah Rendah. Bincangkan bagaimana aktiviti sains di
luar bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai