Anda di halaman 1dari 48

PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

JENIS - JENIS TERAPI : PERGERAKAN KREATIF,


TAJUK 4
MAIN, ALTERNATIF

SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang konsep dan kepentingan terapi


pergerakan kreatif, terapi main dan terapi alternatif kepada murid-murid
berkeperluan khas. Tumpuan juga diberikan terhadap perancangan aktiviti
bagi melaksanakan ketiga-tiga terapi di atas.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Mempraktikkan kemahiran aktiviti terapi pergerakan kreatif dan


melaksanakan penambahbaikan
2. Menyusun strategi untuk mengaplikasikan main dengan cara yang
berkesan sebagai terapi
3. Merancang dan mengaplikasikan pengajaran yang melibatkan
terapi pergerakan kreatif, main dan alternatif.

KERANGKA TAJUK

Jenis-jenis
Terapi

Terapi
Terapi
Pergerakan Terapi Main
Kreatif Alternatif

Terapi
Terapi Haiwan
Terapi Aroma Snoezelen Lain-lain

37
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

KANDUNGAN

4.1 Terapi Pergerakan Kreatif

4.1.1 Definisi dan konsep

Satu kaedah rawatan psikologi di mana gerakan dan tari digunakan untuk
mengungkapkan dan mengendalikan perasaan dan pengalaman, baik positif
mahupun negatif dan turut dikenali sebagai terapi gerakan. (The American
Heritage Dictionary of the English Language, 4th.ed)

Laban (1980) menyatakan, dalam setiap pergerakan asas tema melambangkan


idea pergerakan yang berkembang seimbang dengan sesuatu peringkat
perkembangan cita rasa kanak-kanak yang sedang membesar terhadap aktiviti
pergerakan dan di peringkat peringkat kemudiannya perkembangan mental
kanak-kanak membolehkan mereka memahami prinsip-prinsip yang terlibat.
Beliau juga berpendapat, terapi pergerakan dapat menangani desakan jiwa
kanak-kanak untuk melakukan pergerakan ala tarian dan latihan jasmani yang
merupakan satu bentuk saluran dengan penuh sedar.

Teori pergerakan ini didasarkan pada idea bahawa tubuh badan dan fikiran tidak
dapat dipisahkan. Terapi ini bertumpu pada prinsip-prinsip teoritis tertentu, iaitu ;
Tubuh dan fikiran berinteraksi, oleh itu perubahan yang berlaku dalam
pergerakan akan mempengaruhi kefungsian tubuh secara
keseluruhannya.
Gerakan yang dilakukan akan memberikan kesan kpd personaliti /
keperibadian seseorang individu.
Gerakan mengandungi fungsi simbolik yang melibatkan proses bawah
sedar.

38
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Improvisasi gerakan membolehkan seseorang individu untuk


bereksperimen dengan cara-cara atau gerakan yang baru
Hubungan gerakan yang dimeditasikan pada tahap non verbal
membolehkan gerakan yang sama dilakukan oleh individu lain.
Melalui kesatuan fikiran, tubuh, dan jiwa, akan memberikan rasa keutuhan
dan kesedaran secara menyeluruh

39
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Sejarah Terapi Pergerakan Kreatif

Terapi ini bermula sekitar tahun 1940-an di Amerika Syarikat. Terapi ini wujud
hasil daripada gabungan antara tarian moden dan psikitri yang dipelopori oleh
Marian Chace. Beliau telah menyediakan kelas tarian yang memberi peluang
yang unik untuk ekspresi diri, komunikasi dan interaksi kumpulan. Terapi
pergerakan yang juga dikenali sebagai terapi tarian merupakan penggunaan
gerakan improvisasi sebagai satu cara merawat sosial, emosi, kognitif dan
masalah fizikal. Sejak tahun 1940-an ahli terapi pergerakan telah
membangunkan kaedah untuk kegunaan klinikal dengan pelanggan yang
mewakili kebanyakan bidang penjagaan kesihatan. Beberapa kertas kerja telah
dibentangkan terapi tarian / pergerakan sebagai model rawatan untuk pesakit
yang bukan sakit kronik dan pelanggan psikosomatik (Lewis et.al, 1995, Ambra
1995, Theorell et, al 1998, Cohen et al 1999, Boris 2001, Ellis 2001, Nystrom
2002).

Gambar : Marian Chace Pelopor Terapi Tarian

Masyarakat di seluruh dunia telah menggunakan terapi pergerakan sejak dahulu


lagi untuk mengeluarkan perasaan, menggalakkan kesuburan serta mewujudkan
kesejahteraan. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia dan merupakan

40
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

bahagian penting dalam tradisi, walaupun sesetengah tradisi tidak dapat


mengenal pasti aktiviti tersebut sebagai terapi.

Di Timur, terapi pergerakan bermula sebagai sebuah gerakan kerohanian


termasuk amalan mempertahankan diri. Contohnya, Tai chi dan Gigong yang
diajar dalam kalangan sami Tao. Ia memberi penekanan kepada meditasi dan
corak pernafasan tertentu di mana masih diamalkan secara meluas sehingga
hari ini untuk menggalakkan kesihatan dan panjang umur.

Manakala di barat pula terapi pergerakan dilakukan untuk pemulihan dan


kekuatan fizikal terutama selepas sukan dan terapi fizikal. Ia juga digunakan
untuk membantu dalam penyembuhan dan mengelakkan kecederaan. Seorang
penari koreografer, Pilates telah memperkenalkan satu kaedah yang popular di
mana ia dilakukan di atas lantai dengan/atau peralatan khusus. Kaedah ini
memberi tumpuan pada pembangunan teras dalaman yang kukuh dan kekuatan
fizikal.

Gambar : Pergerakan Pilates

41
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Gambar : Pelaksanaan Terapi Pergerakan

4.1.2 Kepentingan Terapi Pergerakan Kreatif

Secara umumnya terdapat pelbagai manafaat yang diperoleh menerusi terapi


pergerakan kreatif, iaitu
meningkatkan kesedaran diri, harga diri dan autonomi peribadi
mengalami hubungan antara fikiran, perasaan dan tindakan
meningkatkan dan melatih menangani perilaku adaptif
meluah atau mengekspresikan dan menguruskan perasaan atau fikiran
yang tertekan
memaksimumkan sumber komunikasi
meningkatkan sumber tenaga dalaman seperti keyakinan diri melalui
aktiviti bermain yang terkandung dalam gerakan kreatif.
memulakan perubahan fizikal, emosi dan / atau kognitif
mengembangkan hubungan saling percaya
menguruskan perasaan yang mengganggu belajar
meningkatkan kemahiran interaksi sosial

Terapi ini boleh digunakan untuk menyembuhkan atau mengurangkan stres


ianya juga sangat berkesan dalam membantu pelajar berkeperluan khas
meminimakan masalah ketidakupayaan yang dihadapi dan seterusnya
meningkatkan serta memaksimakan potensi kanak-kanak khas, umpamanya ;

42
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Autisme - aktiviti gerakan pada peringkat sensori-motor, memberikan rasa


penerimaan dan memperluaskan kemahiran dan kemampuan kognitif
serta akan meningkatkan kematangan
Masalah dalam pembelajaran (Pendidikan Pemulihan): mengembangkan
kemampuan organisasi yang lebih baik, belajar / pengalaman kawalan
dan pilihan, meningkatkan tahap keyakinan diri yang lebih tinggi serta
inspirasi baru untuk belajar
Kerencatan Akal: meningkatkan citra tubuh, kemahiran sosial,
penyelarasan, dan kemahiran motor serta mempromosikan komunikasi
Masalah Pendengaran: mengurangkan perasaan terpencil, memberikan
inspirasi bagi interaksi hubungan sosial
Masalah Penglihatan: meningkatkan citra tubuh, kemahiran motor, dan
kesedaran peribadi
Ketidakupayaan Fizikal: meningkatkan kemahiran motor dan citra tubuh,
menyediakan cara untuk berkomunikasi dan mengekspresikan emosi
Kemurungan: menyediakan interaksi sosial, ekspresi, dan sukan,
meredakan kebimbangan kesepian dan isolasi.

4.1.3 Perancangan Aktiviti Pergerakan Kreatif

Aktiviti terapi pergerakan kreatif


- Gimrama
- Tarian moden
- Tarian tradisional
- Berkumpulan dan berpasangan
- Pentomin, dan sebagainya

43
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Gambar : Aktiviti Pergerakan Mengikut Muzik

Proses kreatif mengandungi kumpulan kecil tujuan yang berkaitan dengan


objektif aktiviti. Gerakan bervariasi dan bersifat progresif serta pengulangan.

Empat tahap proses pergerakan kreatif meliputi;


1. Persiapan - tahap pemanasan dan ciri-ciri keselamatan diberikan
perhatian
2. Penerapan dan pelaksanaan - santai, melepaskan kawalan sedar,
gerakan menjadi simbolik
3. Pengolahan -: makna menjadi jelas, boleh mempunyai kesan positif dan
negatif
4. Penilaian - membahas pentingnya proses, mempersiapkan untuk
menamatkan terapi

Contoh Pelaksanaan
Langkah-langkah pelaksanaan terapi kreatif dan drama supaya masalah
kemahiran sosial murid dapat diatasi:

i. Memilih rentak dan melodi yang akan membantu pelajar menguasai


kemahiran pergerakan kreatif dengan senang

44
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

ii. Mencari watak yang bersesuaian dan akan membantu pelajar


mengembangkan kemahiran imaginasi

iii. Membuat keputusan sama ada untuk mengajar kemahiran sosial secara
individu, kumpulan kecil atau secara kumpulan besar

iv. Berbincang dengan pelajar mengenai tajuk drama, watak-watak dan


pergerakan kreatif yang akan dipelajari.

Gambar : Pergerakan Kreatif dengan Iringan Muzik

BEREHAT SEKETIKA...
Berdasarkan kumpulan, buat sebuah skrip untuk dilakonkan
oleh murid anda dengan melibatkan pergerakan kreatif.
Panjang lakonan tersebut adalah selama 15 minit.

4.2 Terapi Main

45
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

4.2.1 Definisi dan konsep

Bermain merupakan suatu aktiviti untuk kanak-kanak berasa seronok dan suatu
kaedah untuk mereka mengenal dunia. Bermain merupakan salah satu
keperluan yang sama pentingnya seperti makanan, penjagaan, kasih sayang dan
lain-lain bagi kanak-kanak. Pada peringkat umur sebegini, kanak-kanak
memerlukan pelbagai variasi permainan bagi memenuhi keperluan
perkembangan emosinya, sebagai contoh teladan dan kesihatan fizikal mereka.
Dengan bermain juga, kanak-kanak dapat menstimulasi otot-otot, kognitif dan
emosi mereka kerana semasa bermain mereka menggunakan segenap aspek
emosi, perasaan, fikiran dan fizikal dalam permainan tersebut.

Terapi main ialah penggunaan sistematik dari model teoritis untuk melahirkan
suatu proses interpersonal di mana terapis bermain menggunakan aktiviti terapi
main untuk membantu pelajar mengatasi cabaran psikososial dan mencapai
perkembangan yang optimum. Ia melibatkan terapi main untuk tujuan
berkomunikasi dan integrasi. Terapi main sering digunakan sebagai alat
diagnosis. Seorang terapis bermain sambil mengamati seorang pelanggan
bermain dengan mainan (bermain-rumah, haiwan kesayangan, boneka, dll)
untuk menentukan penyebab masalah tingkah laku atau emosi yang dialami.
Objek dan pola bermain, serta kemahuan untuk berinteraksi dengan terapis,
boleh digunakan untuk memahami tersebut.

Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai


sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-
kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.

Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu
kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.

46
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Gambar : Terapi main dapat membantu masalah kecelaruan

Menurut pandangan psikodinamik, individu (terutama anak-anak) akan terlibat


dengan kekeliruan dan mengalami masalah kecelaruan. Menerusi terapi main
boleh digunakan sebagai mekanisme self-help, terutama apabila diberikan
masa untuk "bermain bebas" atau "bermain secara tidak berstruktur." Dari sudut
perkembangan kanak-kanak akan menjadi komponen penting dalam
perkembangan kanak-kanak yang sihat. Salah satu pendekatan untuk rawatan
ialah terapis bermain secara desensitisasi yang sistematik atau belajar
mengenal pasti perubahan tingkah laku atau tatacara sosial secara sistematik
atau secara informal. Proses ini biasanya digunakan dengan anak-anak sama
ada kanak-kanak normal ataupun kanak-kanak berkeperluan khas, namun ia
juga boleh diterapkan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah pra-verbal
dan non-verbal.

Bentuk psikoterapi bagi anak-anak yang menggunakan situasi bermain untuk


diagnosis atau rawatan. Terapi Main umumnya digunakan dengan anak-anak-
anak usia 3 hingga 11 dan menyediakan jalan bagi mereka untuk
mengekspresikan pengalaman dan perasaan melalui proses, alami diri dipandu,
penyembuhan diri. Sebagai anak-anak pengalaman dan pengetahuan sering

47
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

dikomunikasikan melalui bermain, itu menjadi wahana penting bagi mereka untuk
mengetahui dan menerima diri sendiri dan orang lain.

Gambar : Main dengan Alatan Secara Indivdu

Gambar : Bermain dalam Kumpulan

4.2.2 Tujuan Terapi Main

Antara tujuan terapi main untuk murid-murid berkeperluan khas ialah ;


Mengurangkan masalah tingkah laku
Meningkatkan komunikasi
Mempu menilai diri sendiri
Meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang
Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan
sendiri
Membolehkan melahirkan masalah
Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan
Meningkatkan tahap perkembangan kognitif kanak kanak

48
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Mendorong kanak kanak untuk lebih aktif


membantu pembelajaran menjadi lebih konkrit
mendapat sokongan emosi
belajar untuk memahami tentang perasaan dan pemikiran
mereka
belajar mengurus perhubungan

4.2.3 Pelaksanaan Terapi Main


i. Tahap 1
Ahli terapi berjumpa ibu bapa kanak-kanak dan mengumpulkan maklumat
tentang mereka

ii. Tahap 2
Ahli terapi menyesuaikan diri dengan kanak-kanak supaya kanak-kanak
biasa dan rasa selesa untuk bersama ahli terapi.

Ahli terapi merancang dan menjalankan terapi main yang mendorong


ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak.

Ahli terapi akan menilai dan melihat perkembangan kanak-kanak.

iii. Tahap 3
Perubahan diri kanak-kanak dinilai oleh ahli terapi dan dilaporkan kepada
ibu bapa. Seterusnya ibu bapa memainkan peranan untuk meneruskan
terapi mainan di rumah.

4.2.4 Proses Terapi Main

Tahap satu : rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina


Tahap dua : luahan perasaan secara yang terpendam secara catharsis
Tahap tiga : penerokaan peristiwa
Tahap empat : bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih

49
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

4.2.5 Peralatan untuk melaksanakan terapi main

1. Bilik terapi

Kelengkapan bilik terapi bersesuaian bergantung pada kesesuaian kanak-


kanak
Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku,
cermin, almari dan lain-lain

2. Media mainan (kritirea)

Mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak


Peluang untuk menguji realiti kanak-kanak
Membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk
meluahkan perasaan yang tidak diingini
Mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak

3. Kategori mainan

a. mainan mencirikan kehidupan sebenar


set permainan pekejaan seperti polis, doktor dan tukang masak
set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon

b. mainan bercirikan luahan perasaan agresif


gari
penukul
peralatan militari
topeng

c. mainan bercirikan luahan perasaan kreatif


crayon

50
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

permainan doh
kad
boneka
bekas air

4.2.6 Masalah yang dihadapi ketika pelaksanaan terapi main

1. Kawalan terhadap murid dari aspek tingkah laku


2. Guru perlu menerangkan peraturan permainan dengan jelas
3. Murid tidak mematuhi arahan guru
4. Murid tidak mengikut giliran yang ditetapkan

Gambar : Pelaksanaan aktiviti terapi main di sekolah:- ketinting

Latihan
Berdasarkan rujukan yang dibuat menerusi pelbagai
sumber sama ada bahan bertulis mahupun internet, anda
dikehendaki mengumpulkan definisi Terapi Floor time dan
Terapi Main. Nyatakan persamaan dan perbezaan kedua-
dua terapi tersebut.
Latihan ini hendaklah diserahkan kepada pensyarah
semasa interaksi bersemuka atau menerusi emel

4.3 Terapi Alternatif

51
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Terdapat pelbagai terapi alternatif yang boleh diaplikasikan kepada pelajar


berkeperluan khas dalam usaha membantu pelajar tersebut mengatasai masalah
yang dihadapi disamping meningkatkan potensi yang dimiliki secara semaksima
mungkin. Terapi-terapi tersebut termasuklah terapi ozon, terapi floor time, terapi
aura, terapi ais, terapi wap/sauna dan lain-lain lagi. Namun begitu dalam modul
ini hanya empat terapi alternatif yang akan dibincangkan iaitu terapi haiwan,
terapi aroma, terapi herba dan terapi snoezelen.

4.3.1 Terapi Haiwan

Gambar rajah : Peta konsep terapi haiwan


Sejak zaman terdahulu manusia telah menggunakan haiwan bagi membantu
Haiwan peliharaan atau pet merujuk kepada binatang yang dibela untuk tujuan

52
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

berseronok atau menjadi teman. Haiwan peliharaan ini fungsinya berbeza


dengan binatang yang dibela untuk tujuan ternakan, haiwan yang dilatih dalam
acara sukan seperti kuda. Haiwan peliharaan di rumah bukan dibela untuk
tujuan ekonomi sebaliknya bersifat riadah dan terapi diri di samping
melaksanakan tugasan dalam kehidupan.

Terapi haiwan pula diperkenalkan dalam membantu merawat seseorang


mengatasi masalah yang dihadapi sama ada dalam aspek fizikal mahupun
emosi. Terapi haiwan melibatkan haiwan tunggangan seperti kuda, gajah, burung
unta manakala haiwan kesayangan seperti kucing, tikus belanda (hamster),
ikan emas.

53
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Terapi Haiwan
Murid-murid berkeperluan khas yang memerlukan terapi haiwan antaranya ialah:
Spina Bifida
Cerebral Palsy
Muscular Dystrophy
Multiple Sclerosis
Amputees

54
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Visual and hearing impairments


Intellectual disabilities
Down Syndrome
Autism
Stroke
Paralyzed

4.3.1.1 Kepentingan Terapi Haiwan

Antara kepentingan terapi haiwan kepada murid-murid berkeperluan khas ialah:


mengurangkan tekanan darah
membantu dalam merawat penyakit arteri koronari
meningkatkan pergaulan sosial, rasa tanggungjawab, tahap kepekaan
mental dan tumpuan terhadap alam sekitar.
membantu individu yang menghadapi masalah mental dan emosi
membina daya tumpuan, sabar dan berdisiplin tinggi
menjaga keperluan haiwan dipercayai dapat mewujudkan rasa
tanggungjawab, kelakuan aktif dan pergaulan sosial yang sesuai
haiwan seperti anjing, memberi kelebihan terhadap fizikal, sosial, dan
emosi kanak-kanak
terapi menunggang kuda memperbaiki postur badan dan memberi
keseimbangan dalam badan pesakit yang mengalami masalah
pergerakan

Manakala kepentingan secara khususnya pula ialah :


i. Dapat mengubah tingkah laku, mewujudkan rasa tanggungjawab dan
juga meningkatkan keupayaan kanak-kanak dari aspek motor halus
dan motor kasar. Kanak-kanak yang kehilangan fungsi sebelah lengan
boleh menyikat bulu anjing atau kucing tersebut. Sebagai permulaan,

55
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

kanak-kanak boleh bermula dengan memberi haiwan tersebut makan.


Setelah itu, untuk kesan teraputik, lengan kanak-kanak tersebut boleh
ditambah alat sokongan khas untuk membantu kanak-kanak memegang
sikat tersebut. Kanak-kanak akan teruja untuk menyikat bulu haiwan
kerana tahapnya semakin mencabar.
ii. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung.
Satu kajian dari Universiti Minnesota mendapati bahawa mereka yang
tidak mempunyai kucing adalah antara 30% - 40% lebih tinggi untuk
meninggal dunia akibat penyakit yang melibatkan kardiovaskular
berbanding dengan mereka yang mempunyai kucing. Risiko untuk
seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat
rendah.
iii. Meningkatkan fungsi sistem imun daya tahan penyakit. Memelihara
kucing dapat meningkatkan fungsi kekebalan tubuh badan anda.
Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan sistem
kekebalan tubuh badan pemilik kucing.
iv. Mencegah alergi. Jika anda mempunyai bayi, anda mungkin patut
menimbangkan untuk memelihara kucing. Dengan memelihara kucing,
dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada kajian
yang menunjukkan, bayi yang baru lahir dan hidup dengan haiwan
kesayangan dapat mengelakkan alahan daripada berkembang.
v. Mengurangkan tekanan darah. Dengan mengusap kucing dapat
membantu menurunkan tekanan darah. Kajian yang dibuat oleh Universiti
New York mendapati mereka yang memiliki kucing mempunyai tekanan
darah yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak memiliki
haiwan kesayangan.
vi. Dapat membantu penghidap autisme. Oleh sebab, individu yang
autisme mempunyai masalah komunikasi, memiliki kucing dapat
membantu masalah ini. Kucing dikatakan dapat memberi kesan teraputik
kepada individu autisme sebagai suatu terapi. Hubungan individu autisme

56
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

dengan kucingnya membolehkan mereka menghabiskan masa bersama


dan membantu mengurangkan rasa sepi.
vii. Keseimbangan tubuh badan, fizikal dan mental. Dengan menunggang
kuda individu yang berkeperluan khas dapat meningkatkan keupayaan
keseimbangan tubuh badan. Selain itu, keyakinan diri dapat dibina
melalui terapi berkuda. Semasa menunggang kuda, kanak-kanak akan
berinteraksi dengan persekitarannya dan orang di sekeliling secara
spontan yang kemudiannya akan membentuk kebiasaan. Hal ini dapat
mengikis perasaan rendah diri dalam kalangan mereka dan mendorong
pembinaan yakin diri melalui penerimaan daripada haiwan kuda, terapis,
dan orang ramai.
viii. Menguatkan otot dan menghindar masalah sakit belakang. Terapi
berkuda sesuai

4.3.1.2 Haiwan Tunggangan


Menunggang kuda sebagai terapi berlainan daripada menunggang sebagai
rekreasi kerana objektif utamanya adalah untuk penunggang kurang upaya
melalui program menunggang yang telah ditetapkan. Melalui aktiviti ini murid-
murid bermasah pembelajaran dapat menanam keyakinan dan keberanian di
dalam diri mereka. la juga dapat melatih mereka supaya mematuhi disiplin dan
membentuk imej diri yang positif.

Menunggang kuda dijadikan sebagai latihan terapi bermula di Paris dalam tahun
1875. la telah diasaskan oleh seorang lelaki bernama Chassigne. Menurut beliau
menunggang kuda sebagai terapi banyak memberi manfaat di dalam perubatan
hemiplegia, paraplegia dan penyakit neurologi yang lain. Dalam catatannya
keputusan daripada pengalaman menunggang kuda dapat membaiki imbangan,
menguatkan otot, membentuk kelembutan dan apa yang paling jelas ia
mendorong semangat penunggang. Menurut Chassigne, ia juga menjadi
penawar kepada masalah sosial dan psikologi.

57
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Gambar : Aktiviti Menunggang Kuda

4.3.1.3 Peralatan dalam Terapi Haiwan


Semasa menjalani terapi haiwan, antara perkara penting dan perlu diambil kira
ialah peralatan yang digunakan semasa proses terapi itu dijalankan. Terdapat
pelbagai peralatan yang digunakan untuk menjalani terapi haiwan seperti kuda,
kucing dan anjing. Hal ini bertujuan untuk keselesaan seseorang dan yang
paling penting ialah sebagai langkah keselamatan semasa menjalani terapi
tersebut. Antara peralatan asas yang digunakan semasa terapi haiwan ialah:

i. Peralatan terapi berkuda

Kuda BIT

58
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Gambar Peralatan Terapi Berkuda : tack, tali kekang, pad pelana dan
pelana, tali pengekang

Tali pengekang dan bit akan disertakan dan pasang bersama di sekeliling
bahagian kepala dan mulut kuda. Tali pengekang dan bit digunakan untuk
mengawal pergerakan kuda semasa menunggang.

Pelana dan pad pelana bertujuan untuk:


menyerap kelembapan

memberi perlindungan kepada kuda daripada kecederaan atau belakang


yang sensitif.
Keselesaan kepada penunggang.

Topi Keledar But

Topi keledar untuk menunggang kuda adalah alatan yang paling penting semasa
aktiviti menunggang kuda. Ianya sangat penting sebagai langkah keselamatan

59
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

sekiranya penunggang terjatuh daripada kuda dan topi ini berfungsi sebagai alat
pelindung kepala dan mengelakkan daripada berlakunya kecederaan di
bahagian kepala.

Kasut but juga adalah merupakan antara alatan yang perlu digunakan semasa
menunggang kuda. Pemakaian but ini adalah untuk melindungi buku lali dan kaki
daripada sebarang kecederaan di samping memberi keselesaan semasa
menunggang.

ii. Peralatan terapi kucing dan terapi anjing

Terapi Anjing Terapi Kucing


Selain kuda, haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing juga boleh dijadikan
sebagai terapi haiwan. Melalui peralatan yang digunakan oleh seseorang untuk
bermain dan berinteraksi dengan haiwan-haiwan ini, ia mampu menimbulkan
keseronokan dalam diri seseorang terutamanya kepada individu berkeperluan
khas. Secara tidak langsung, interaksi yang dibina dengan haiwan melalui
peralatan yang digunakan juga mampu meningkatkan kemahiran motor
seseorang sama ada dari aspek motor halus dan motor kasarnya. Antara

60
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

peralatan yang biasa digunakan untuk haiwan seperti kucing dan anjing adalah
seperti berikut:

Peralatan kucing

Feather Ball Cat Teaser Bell ball

Softy ball Fishbone Catnip Teaser

Peralatan anjing

Dog chew toys

61
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Rubber ball

Peralatan-peralatan seperti ini adalah merupakan salah satu medium kepada


interaksi antara kanak-kanak dengan haiwan. Proses bermain yang
menggunakan alatan permainan seperti ini adalah merupakan terapi bagi kanak-
kanak terutamanya bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Hal ini kerana
wujudnya interaksi melalui proses bermain itu sendiri.

4.3.1.4 Pelaksanaan Terapi Haiwan

Perlaksanaan terapi haiwan perlu dilaksanakan berdasarkan beberapa kriteria-


kriteria yang perlu dititikberatkan agar ia dapat diaplikasikan secara berkesan.
Masyarakat kini mulai sedar betapa pentingnya terapi haiwan terhadap kanak-
kanak khas terutamanya bagi kanak-kanak autism, dan hiperaktif (ADHD) dalam
mempengaruhi mereka untuk berkomunikasi, bersosial, mengawal emosi dll.
Antara terapi haiwan yang wujud adalah terapi berkuda,terapi anjing, terapi
kucing, burung dan lain-lain.

62
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Kanak-kanak ADHD menjalani terapi haiwan secara berkesan


- Kosmo 14 Mac 2011

Di Amerika Syarikat, perkataan terapi amat dititikberatkan ini kerana ia


bermaksud sesuatu terapi itu memenuhi kriteria tertentu seperti mempunyai ahli
terapi berlesen yang menetapkan matlamat rawatan individu, panduan rawatan,
dokumentasi rawatan, menilai kejayaan rawatan dan termasuk bil insurans untuk
rawatan terapi ini.

Oleh itu, bagi melaksanakan terapi haiwan ini, persediaan perlu dititikberatkan
bagi mengelakkan aplikasi negatif timbul. Berikut adalah perkara-perkara yang
perlu dilaksanakan dalam menjalankan terapi haiwan :

i. Pastikan kesediaan haiwan

63
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Haiwan ini dapat merasakan perubahan emosi penunggangnya ataupun orang


yang ada di sekitarnya. Menurut Mc Bane (1994), seekor kuda dengan sifat yang
cenderung agresif akan bereaksi gelisah ketika orang yang akan
menungganginya gelisah. Harvest (1997), menyatakan bahawa kuda dapat
merasakan apa yang dirasakan oleh manusia, kerana kuda memiliki deria
keenam (sixth sense) yang baik. Kuda dapat mendengar pemikiran atau
merasakan getaran perasaan yang tidak dapat dirasakan manusia, selain itu
kuda juga dapat mencium bau keringat orang yang sedang merasa ketakutan.

Guru hendaklah memastikan haiwan tersebut mempunyai potensi dalam menjadi


haiwan terapi, Contohnya, membawa anjing terapi ketempat yang terdapat ramai
orang, seperti di taman, dan lihat bagaimana ia bertindak balas dan berinteraksi
dengan orang sekelilingnya. Pastikan dia bertindak balas kepada arahan anda
walaupun dalam persekitaran sibuk.

Oleh itu, mengikut pakar dalam terapi haiwan Delta Societys mengenai
mengaplikasikan terapi haiwan dalam panduan murid adalah :

Terapi haiwan ini boleh memberi risiko terhadap haiwan apabila rawatan
ini memberikan prioriti utama kepada kanak-kanak berbanding keperluan

64
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

haiwan tersebut. Oleh itu, pengendalian doktor yang berpengalaman,


pengendali terapi, pemilik haiwan dan orang yang berkaitan perlu diambil
perhatian :

Pastikan haiwan ini tidak pernah digunakan dalam pengendalian terapi


haiwan sebelum ini. Ini bagi mengelakkan kesukaran haiwan ini
menyesuaikan diri kerana mempunyai satu ikatan kekal terhadap
pemiliknya sebelum ini.

Keperluan haiwan perlu dititikberatkan dan seimbang dengan keperluan


klien.

Patuhi undang-undang tempatan mahupun antarabangsa berhubung


dengan kebajikan haiwan pada setiap masa. Pastikan permit, lessen
mahupun pendaftaran diperolehi terlebih dahulu.

Pusat jagaan, rumah dan pihak mana-mana yang terlibat dalam terapi ini
mestilah berperikemanusian dan tidak melanggar peraturan . Ini kerana
haiwan perlulah dijaga dengan sifat saling menghormati.

ii. Kesediaan pengendali terapi

Pengendali perlu menjalani latihan dalam melaksanakan terapi haiwan secara


berkesan. Ini amat penting kerana melalui latihan kita mengetahui dan dapat
mengagak implikasi yang akan berlaku sekiranya sesuatu tindakan dijalankan.

Sekiranya kita tidak tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan klien bagaimana
kita hendak memastikan klien dapat menjaga haiwan dengan selamat dan
apabila menghadapi situasi yang mencabar.

Ini akan membahayakan keselamatan klien serta haiwan tersebut. Namun, di


negara Malaysia pendedahan mengenai terapi haiwan amat kurang dan kita

65
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

boleh membuat rujukan melalui organisasi luar negara yang lebih aktif dalam
bidang ini.

iii. Menyediakan borang penilaian

Penyediaan borang penilaian ini amat penting bagi menyediakan bukti kukuh
rawatan. Penilaian perlu dijalankan secara konsisten dengan mencatatkan
segala maklumat penting sepanjang rawatan dijalankan. Periksa keadaan
haiwan yang akan digunakan untuk menentukan haiwan terapi ini berkeadaan
baik. Sediakan senarai semak soalan-soalan asas dengan baik. Contohnya
seperti, adakah haiwan terapi ini berasa gembira ketika sesi terapi dijalankan.

iv. Pemeriksaan kesihatan

Dapatkan pemeriksaan veterinar \ bagi haiwan terapi tersebut. Kebanyakan


kemudahan dan pendaftaran kebangsaan memerlukan laporan bertulis kesihatan
haiwan tersebut. Haiwan terapi tersebut memerlukan suntikan vaksin yang
terbaharu dan berkeadaan sihat, maka ia tidak memberikan risiko terhadap
kanak-kanak yang mempunyai sistem imunisasi yang rendah.

Pastikan klien atau kanak-kanak khas tersebut tidak menghidapi sebarang


alergik terhadap haiwan terutamanya haiwan berbulu seperti kucing, anjing dan
sebagainya. Guru perlu membuat semakan rekod kesihatan dan latar belakang
kanak-kanak yang mungkin pernah mengalami fobia atau trauma terhadap
sesetengah haiwan. Selain itu, guru juga harus menentukan jika anjing ini
perlukan latihan khas sebelum sesi terapi dijalankan. Sesetengah anjing secara
automatik mempunyai kelakuan, sosial yang baik.

66
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

4.3.1.4.1 Pelaksanaan Terapi Kuda

Menurut Chassigne menunggang kuda sebagai terapi banyak memberi manfaat.


Dalam catatannya, menunggang kuda dapat membaiki imbangan, menguatkan
otot, membentuk kelembutan dan apa yang penting ia mendorong semangat
penunggang.

i. Memperkenalkan Kuda Kepada Kanak-Kanak

mengajar mereka cara mendekati kuda

tempat yang selamat untuk berdiri berhampiran kuda

mengenali peralatan asas seperti pengekang, ladam, tali kekang, pelana,


lilitan dan rakap

ii. Cara Menaiki Kuda

Seterusnya kanak-kanak diajar cara-cara menaiki kuda dengan selamat

iii. Cara Menuruni Kuda

Seterusnya kanak-kanak diajar cara-cara menuruni kuda dengan selamat.

67
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

iv. Menunggang Dengan Bantuan

Setelah kanak-kanak mahir menaiki dan menuruni kuda mereka dibawa


menunggang kuda mengelilingi sekitar kawasan terapi dengan bantuan
jurulatih.

v. Menunggang Sambil Melakukan Pergerakan

Kanak-kanak juga diminta melakukan beberapa pergerakan mudah


seperti mengangkat tangan, memegang pinggan, membongkok dan lain-
lain.

vi. Menunggang Sambil Menyanyi

Adakalanya kanak-kanak akan mengikut jurulatih menyanyi lagu semasa


menunggang kuda.

Ini dapat memberikan mereka keseronokan dan kepuasan

vii. Menunggang Menggunakan Tali Panjang. (Longing)

Kanak-kanak akan diajar menunggang kuda menggunakan tali panjang,


Ini bermakna mereka menunggang kuda dengan sendiri tetapi jurulatih
tetap mengawasi kuda tersebut dengan memegang tali kekang kuda yang
panjang

Kuda akan mengelilingi jurulatih dalam jarak kepanjangan tali tersebut.

viii. Menunggang Mengikut Arahan

kanak-kanak akan diajar bagaimana menggerakkan kuda samada laju,


perlahan, ke kiri atau ke kanan mengikt arahan jurulatih.

68
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Arahan ini berterusan sehingga mereka faham dan mampu melakukannya


sendiri.

ix Menunggang Sendiri

Selepas segala arahan telah difahami dan boleh dilakukan sendiri.

Murid-murid akan dibiarkan menaiki kuda sendiri.

Namun demikian, jurulatih tetap memberi pengawasan sehingga mereka


telah benar-benar mahir

Terapi berkuda atau hippo therapy merupakan satu aktiviti yang disarankan oleh
Rasulullah SAW secara tidak langsung selain dari memanah dan berenang.
Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW : Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah
(kuda). (Riwayat Muslim). Oleh itu, terapi berkuda ini diperakui dapat
menyihatkan tubuh badan seperti mana yang disarankan oleh individu-individu
yang terlibat dengan murid-murid berkeperluan khas dan Rasulullah saw.

4.3.1.4.2 Pelaksanaan Terapi Anjing

Terapi anjing melibatkan haiwan anjing sebagai bahan terapi. Terapi ini dapat
dijalankan dengan menggunakan anjing terapi yang terlatih ataupun membela
anjing menjadi haiwan kesayangan di rumah. Oleh itu, terapi ini dapat
dijalanakan secara efisien dengan teknik yang betul. Terapi anjing lebih efektif
kerana sifat anjing yang pintar, sensitif dan lebih mudah bergaul dengan
manusia.

Peranan utama bagi anjing terapi adalah membolehkan kanak-kanak yang


sedang menjalani terapi dapat membuat hubungan fizikal dengan cara memeluk,
sentuhan, memanjat, membuat pusingan dikeliling kanak-kanak ataupun

69
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

berbaring selesa. Ini dapat mempengaruhi kanak-kanak dalam komunikasi,


kehidupan sosial dan dapat menimbulkan ketenangan bagi kanak-kanak yang
menghidapi ADHD serta membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah
pertuturan dan gangguan emosi.

Antara perlaksanaan dalam terapi anjing adalah :

Sekiranya menggunakan anjing terapi, berikan anjing tersebut kiu lisan


atau fizikal setiap atau sebelum lawatan terapi supaya dia akan tahu
destinasi dan apa yang boleh dijangkakan.

Anjing terapi mendekati kanak-kanak dengan hanya duduk bersebelahan


dan bermain dengan kanak-kanak dan menunggu kanak-kanak bertindak
balas terhadapnya seperti menepuk-nepuk, bercakap atau membuat
reaksi muka.

Kanak-kanak yang menjalani terapi ini perlu berinteraksi dengan anjing


terapi ini dengan bermain dengannya, memberi makan dan
memandikannya.

Bagi melatih kanak-kanak yang bermasalah dalam masalah pertuturan,


anjing terapi ini hanya perlu duduk diam dan mendengar kanak-kanak itu
berinteraksi atau membacakan sesuatu secara kuat dengannya.

Pengendali terapi menyediakan sebuah buku, dan kanak-kanak itu


membacakannya secara kuat. Ini dapat meningkatkan keyakinan kanak-
kanak dalam bersosial serta mengurangkan tekanan darah dan tekanan
emosi.

Selain itu, melalui terapi anjing ini, kanak-kanak dapat meluahkan


perasaan dan emosi mereka apabila anjing terapi ini menjadi peneman
mereka. Bahkan dapat menimbulkan satu ikatan kasih sayang.

70
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kurang upaya fizikal, anjing


terapi akan menjadi tempat kebergantungan seperti mengambilkan
permainan membuka pintu yang selalunya diambil alih oleh orang terdekat
mereka. Ini sekaligus dapat meningkatkan keyakinan diri dan
menghilangkan perasaan malu.

Pelaksanaan Terapi Kucing

Terapi kucing ini lebih praktikal dengan menggunakan kucing kesayangan


sendiri. Melalui terapi ini, kanak-kanak lebih mudah untuk didekati dengan
menerapkan perasaan kasih sayang, sifat tanggungjawab dan meluaskan lagi
perspektif komunikasi kanak-kanak. Selain itu, ia dapat menaikkan keyakinan diri
kanak-kanak untuk bertutur apabila mereka mudah untuk bercerita ketika
bersama haiwan dan sekaligus menghilangkan rasa rendah diri atas kekurangan
yang dimiliki. Selain itu terapi kucing boleh merendahkan tekanan darah,
menghilangkan stress, menimbulkan ketenangan yang hanya akan dialami
dengan mempunyai haiwan kesayangan.

Cara melaksanakan terapi kucing

1. Kucing terapi ini mestilah dalam keadaan bersedia

Dengan kucing yang mempunyai personaliti tenang, santai dan mudah


bertoleransi di dalam situasi atau suasana yang berbeza. Kucing yang
mudah bereaksi secara tiba-tiba adalah kucing terapi yang tidak
bersesuaian.
Mestilah mempunyai reaksi dengan tenungan, bunyian yang tiba-tiba.
Serta, dapat menerima tarikan, dicucuk ataupun dikasari tidak melampau
daripada kanak-kanak.
Pada permulaan terapi, kucing terapi mestilah dalam keadaan yang
selesa, bersih dan bersedia.

2. Memperkenalkan kucing terapi

71
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Mengajar kanak-kanak memegang kucing dengan betul tanpa


mengasarinya
Mengusap lembut diatas kepala, dibawah dagu kucing terapi untuk
menenangkan kucing terapi
Memberikan nama kepada kucing tersebut
Boleh meletakkan kucing di atas pangku tanpa takut padanya

3. Cara menjaga keperluan kucing

Mengajar kanak-kanak untuk menguruskan keperluan kucing dibawah


pemantauan ibu bapa @ pengendali terapi
Memberikan makan dan minum mengikut jadual
Memandikan seminggu @ 2 minggu sekali
Membawa kucing bersiar-siar
Bermain bersama
Mengajar kanak-kanak untuk berkomunikasi
Kanak-kanak akan menjadikan kucing sebagai teman rapat mereka
Bercerita, meluahkan emosi dengan kucing lebih memberi ketenangan
Sifat kucing yang tenang menyebabkan kanak-kanak terikut tenang dan
ini bersesuaian untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah ADHD,
kecelaruan emosi dan kanak-kanak yang pernah mengalami trauma.

4.3.1.5 Masalah Terapi Haiwan


Terdapat beberapa masalah dan cabaran dalam pelaksanaan terapi haiwan.
Antaranya ialah;
i. Terdapat sebahagian murid yang alergi dengan binatang.
ii. Murid asma tidak boleh didekati oleh sesetengah jenis haiwan berbulu
yang digunakan dalam terapi.
iii. Pelaksanaannya terhad dan perlu mengikuti masa-masa tertentu.
iv. Murid-murid perlu dibawa ke pusat terapi kerana tidak dapat dijalankan di
sekolah.
v. Sesetengah jenis terapi memerlukan jurulatih dan tidak dapat dilakukan
sendiri oleh guru.
vi. Sesetengah haiwan sukar dikawal untuk tujuan terapi.

72
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

vii. Kos penjagaan haiwan adalah tinggi.

4.3.1.6 Pusat-pusat yang Berkaitan dengan Terapi haiwan

Pusat-pusat jagaan haiwan ditubuhkan untuk menggalakkan dan mewujudkan


masyarakat Malaysia yang penyayang melalui program-program kesedaran, dan
pendekatan yang seimbang untuk menjaga kebajikan haiwan. pusat-pusat
tersebut bukan sahaja berperanan sebagai pusat jagaan semata-mata, malahan
turut berfungsi sebagai pusat terapi, di mana orang ramai boleh menjalani
rawatan terapi bersama-sama dengan haiwan tersebut. Haiwan mempunyai aura
positif dalam proses penyembuhan penyakit tertentu atau sebarang gangguan
dalam diri. Yang berikut adalah beberapa pusat jagaan haiwan yang pada masa
yang sama menjalankan rawatan terapi haiwan.
i. Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH)
ii. Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA)
iii. Persatuan Kebajikan Haiwan (PAWS)
iv. Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia (MNAWF)
v. Petpositive Therapy Centre (PTC)
vi. Furry Friends Farm (FFF)

Perbincangan

Pilih satu jenis haiwan yang sesuai digunakan dalam Terapi


Haiwan Kesayangan kepada seorang kanak-kanak
berkeperluan khas. Bincangkan ciri-ciri pelajar tersebut,
cadangan pelaksanaan dan kebaikan yang diperolehi.

4.3.2.1 Terapi Snoezelen

Snoezelen atau controlled multisensory stimulation adalah terapi stimulasi


multisensori (visual, auditori, taktil, pembauan) yang digunakan untuk anak-anak
dengan hambatan mental, autisma, dementia, cedera otak, dan hambatan

73
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

tumbuh kembang lainnya. Terapi ini dirancang spesial untuk memberi stimuli
pada berbagai indera dengan menggunakan efek lampu, warna, suara, muzik
dan juga bau.

Ruang terapi snoezelen menyediakan suasana yang ramah, menyenangkan,


rekreasional bagi anak dengan hambatan tumbuh kembang khusus.
Lingkungan terapi snoezelen haruslah aman dan tidak mengancam. Anak dan
orang dewasa yang menjalani terapi ini menikmati stimulasi yang lembut dari
punca inderanya. Mereka mengalami kontrol diri yang lebih baik, peningkatan
rasa percaya diri, dan penurunan tekanaan atau stres.

Stimulasi sensori dalam terapi snoezelen

berbaring, bermain, dan memeluk bantal


menikmati berayun di kerusi gantung
mendengar muzik lembut sambil berkhayal
membuat suara-suara lucu dengan alat khusus
bermain dengan tangga atau cermin
memperlihatkan pola lampu warna-warni dan berkelip-kelip
memerhatikan gelembung-gelembung warna bergerak-gerak di dalam
tabung gelembung.
menyelam di dalam timbunan bola kecil

Snoezelen membantu dalam memenuhi keperluan individu sehingga mencapai :

kemampuan untuk relaksasi


kemampuan explorasi
kemampuan mengekspresi diri
kemampuan dalam meningkatkan rasa percaya diri
membina jati diri

74
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Gambar : Bilik Terapi Snoezelen

4.3.2.2 Terapi Aroma


Istilah 'Aroma terapi' sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan iaitu Aroma
bermaksud bau atau haruman, dan Teraphy yang bermaksud rawatan. Terapi
aroma adalah gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hadir
daripada pati minyak dan bauan tersebut diaplikasi untuk melegakan dan
memulihkan simptom-simptom fizikal serta meningkatkan kesihatan mental.
Cara rawatan penyakit adalah dengan menggunakan aroma yang dihasilkan dari
tumbuhan herba atau bunga-bungaan. Oleh itu, biasanya penggunaan minyak
wangi atau bau-bauan digunakan dengan meluas semasa rawatan. Aroma
terapi adalah kaedah rawatan yang holistik, ia mengambil kira kesan positif yang
akan terhasil dari segi jasmani, minda dan rohani. Terapi ini menggunakan
aroma (bau) untuk merangsang bahagian - bahagian otak yang mengawal
fungsi-fungsi anggota badan kita. Terapi aroma juga merupakan suatu seni
penyembuhan yang berasaskan alam semula jadi. Prinsip asas dari terapi aroma
adalah untuk menguatkan proses penyembuhan diri dengan cara merangsang

75
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

sistem imunisasi secara tidak langsung dan merangsang bau supaya


mempengaruhi emosi dan hormon di dalam badan kita.

Pelbagai penelitian telah membuktikan bahawa aroma sangat mempengaruhi


emosi kejiwaan seseorang. Setiap bau aroma memiliki keistimewaan tersendiri,
seperti aroma antiseptik yang meliputi di hospital, aroma kemenyan atau bunga
sedap malam yang mampu meremangkan bulu roma, atau aroma gaharu yang
membuatkan kita berada di kawasan pergunungan. Aroma terbukti mampu
membuat kita menjadi riang gembira, takut, sedih, atau sekadar bernostalgia.

Terapi Aroma sudah digunakan sejak peradaban kuno oleh bangsa Mesir sekitar
6000 tahun yang lalu. Terapi ini juga digunakan oleh bangsa Romawi dan Yunani
yang menggabungkan urutan dengan wangi-wangian tertentu. Bangsa Romawi
dan Yunani juga menggunakannya dengan air mandi yang dicampuri minyak
wangi. Terapi aroma juga dipraktikkan di Timur Tengah dengan penyulingan
bunga-bungaan. Terapi aroma juga sudah dikenali di China sejak 2700 sebelum
Masihi. Pembakaran dupa wangi untuk memuja para dewa juga sudah dikenal di
India pada 3000 tahun yang lalu. Suku-suku Indian kuno di benua Amerika juga
menggunakan wangi-wangian dalam ritualnya.

Kemudian seorang ahli kimia berkebangsaan Perancis, Rene Maurice


Gattefosse, melakukan penelitian mengenai daya penyembuhan minyak
esensial. Pada tahun 1937 beliau memperkenalkan penggunaan istilah
Aromatherapy, dalam buku yang membahaskan hasil penelitiannya iaitu konsep
terapi aroma dalam upaya meningkatkan kesihatan manusia, khususnya terapi
penyembuhan emosional (emotional recovery). Sebab kebahagiaan hidup dan
kesihatan manusia juga sangat dipengaruhi oleh keadaan emosi seseorang.
Konsep ini kemudian diterapkan di bangunan hospital dan klinik kesihatan.

76
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Gambar : Terapi Aroma

Kepentingan Terapi Aroma

Pada awalnya, terapi aroma bertujuan sebagai proses perawatan kesihatan


melalui penyembuhan emosional pesakit Namun, kini konsep terapi aroma juga
sangat berguna bagi individu yang sihat. Terapi yang mendasari bau-bauan atau
wangian terutama bunga-bungaan ini amat memberi kesan terhadap :

a) mengurangkan stres, menenangkan fikiran dan membangkitkan semangat


individu.

b) mampu untuk membersihkan racun dan toksin dalam badan

c) mempunyai keistimewaan dari penggunaan haruman contohnya :

citronella boleh mengurangkan ketegangan dan


meredakan hidung yang tersumbat

lavendar - boleh memudahkan tidur seseorang dan juga


untuk meredakan kegelisahan

teh hijau - membaiki sistem peredaran darah

ros/mawar meningkatkan metabolisma dalam badan

77
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

epal hijau - boleh mengelakkan mabuk dan juga


memudahkan pencernaan dalam badan

Jenis-jenis terapi aroma

i. Terapi Aroma Klinik


menggunakan minyak essential yang diberikan sama ada ubat minum
(internal) atau ubat sapu (external) seperti mandian, urutan dan
sebagainya
dilakukan oleh doktor-doktor yang terlatih atau pakar terapi

ii. Terapi Aroma Holistik


penerapan aroma terapi dengan menggunakan rawatan dari aspek diet,
gaya hidup dan olahraga

iii. Terapi Aroma Estetik (kecantikan)


digunakan untuk mementingkan kecantikan dan kesegaran tubuh badan
seseorang
biasanya dilakukan di salon kecantikan yang dikendalikan oleh pakar
kecantikan yang terlatih
contoh: perawatan wajah, rambut, kaki, tangan, kuku dan kulit

Kegunaan terapi aroma

i. Kanak-kanak
menikmati pengalaman dan menghubungkan bau-bauan tertentu
dengan perasaan positif
kanak-kanak berasa tenang dan membantu kesihatan pencernaan
mereka
ii. Autisme
membolehkan kanak-kanak berasa tenang dan membantu badan
mereka menyelaraskan apabila perasaan kebimbangan datang
dalam diri

78
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

membantu mengekalkan setiap perkara seimbang, tenang dan


gembira
iii. Kehidupan Seharian
membantu bayi atau anak kecil tidur dengan aman
untuk melegakan sistem pencernaan
untuk memberi perasaan gembira dan kepuasan
menggalakkan tumpuan dan fokus yang lebih baik

Aroma terapi juga sesuai dijalankan ke atas kanak-kanak pendidikan khas


bermasalah:
Terencat akal/ Mental Retardation (MR)
Hiperaktif / Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
Autisma / Autism Spectrum Disorder (ASD)
Lembam / Slow Learner
Lewat perkembangan / Global Developmental Delay (GDD)
Sindrom Down / Down Syndrome
Serebral palsi / Cerebral Palsy

Jenis bau-bauan yang digunakan dalam terapi aroma

i. Lavender

berfungsi untuk menghilangkan stress


mengawal emosi yang tidak stabil

ii. Jasmin
Dapat menghilangkan stress

iii. Ros
dapat menenangkan emosi

iv. Blossom
dapat meningkatkan tumpuan
dapat mengurangkan sakit kepala

Kepentingan Terapi Aroma Kepada Murid-Murid Berkeperluan Khas

79
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Antara kepentingan terapi aroma untuk murid-murid berkeperluan khas ialah:

meningkatkan kemahiran pengamatan kanak-kanak ketika melakukan


aktiviti yang melibatkan terapi aroma seperti membuat hiasan pada tin
atau botol dengan menggunakan pelbagai herba atau bau-bauan
merangsang pemikiran dan kreativiti murid semasa melakukan aktiviti
dalam suasana yang tenang
memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi murid-murid
dengan rakan, guru atau ibu bapa
membantu untuk meningkatkan keupayaan mental dan emosi
meningkatkan kemahiran penumpuan dan pengamatan kanak-kanak
ADHD
mengurangkan seizure bagi kanak-kanak yang menghidap epilepsy
menenangkan kanak-kanak yang cenderung tantrum

Perancangan Aktiviti Terapi Aroma

1. Mengenal haruman dan bunga-bungaan

2. Mengumpul dan membezakan bau haruman dan bunga-bungaan

3. Melawat spa aromatik

4. Mewujudkan bilik aromatik

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang berunsurkan terapi aroma dapat


dilaksanakan sekiranya guru kreatif dalam mempelbagaikan teknik pengajaran.
Namun begitu, mengajar murid-murid khas lebih mencabar dan guru perlu
meningkatkan daya krativitinya bagi memenuhi keperluan mereka. Oleh itu,
perlaksanaan aktiviti seperti murid-murid lain harus dimodifikasikan bagi
mengatasi masalah yang berkemungkinan akan berlaku.

PERLAKSANAAN ALATAN MASALAH CADANGAN


PENAMBAHBAIKAN
Doh Wangi

80
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Murid menggunakan - Doh Tekstur doh yang lembut, wangi Guru perlu membuat
doh yang dititis - minyak pati dan berwarna menyebabkan sendiri doh dengan
dengan aroma yang murid cenderung untuk menggunakan tepung,
menenangkan memasukkan ke dalam mulut. garam, air, minyak
seperti lavender masak pewarna
untuk menghasilkan masakan. Elakkan
bentuk-bentuk membeli doh yang sedia
obejek berdasarkan ada di pasaran.
imaginasi masing-
masing.

Kraftangan
Guru boleh mengajar - daun Bimbingan guru dari
murid menghasilkan pandan satu langkah ke satu
seni tangan dengan langkah amat penting
menggunakan daun mengukut tahap
pandan seperti kemampuan murid.
membuat origami Selain menghasilkan
ulat dan kipas. origami, murid juga
boleh menggunakan
daun pandan untuk hasil
Terdapat murid-murid yang tidak
seni yang lain seperti
mempunyai koordinasi mata dan
kolaj dan juga potpuri.
tangan yang baik. Oleh itu,
mereka sukar membuat origami.
Urutan
Aktiviti urutan - minyak pati Sesetengah murid tidak Bagi kanak-kanak yang
dengan - muzik menyukai sentuhan seperti tidak menyukai
menggunakan kanak-kanak Autistik dan sentuhan oleh orang
minyak pati yang terdapat kanak-kanak yang lain, guru boleh
harum dapat terlampau menyukai sentuhan meminta murid tersebut
dilakukan secara seperti Sindrom Down. melakukan urutan
berpasangan seperti sendiri atau
mengurut tapak menggunakan bahan
tangan dan bantu yang lain untuk
kaki.Aktiviti ini boleh urutan seperti
dipelbagaikan penggunaan bola kecil
dengan kedudukan untuk aktiviti meramas.
murid seperti Titiskan minyak
bermain kereta api aromaterapi pada bola
dan dalam bulatan. tersebut. Bagi kanak-
Muzik iringan juga kanak yang terlalu
dapat membantu meyukai sentuhan,
aktiviti terapi ini gunakan bau-bauhan

81
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

menjadi lebih yang merangsangkan


menarik. seperti pudina dan
lemon, dan bukannya
menggunakan bauan
yang menenangkan
seperti lavender,vanilla
dan madu. Ini kerana,
bauan yang
merangsangkan akan
mengaktifkan murid
serta tidak terlalu asyik
dengan sentuhan.
Bau-bauan
Guru menunjukkan - kulit kayu Segelintir murid khas tidak Tindakan guru adalah
kepada murid manis menyukai bau-bauan yang cuba menggunakan
pelbagai objek yang - bunga ros dibawa oleh guru. pelbagai jenis bauan
berbau seperti kulit - daun pudina lagi dengan kaedah
kayu manis, bunga - wangian yang berbeza seperti
ros, daun pudina, bunga kering haruman kopi, bau
wangian bunga - tisu rumput-rumput hijau,
kering, tisu yang - pewangi bau hujan, bau kek
disembur pewangi dibakar dan lain-lain
dan lain-lain. Murid lagi. Guru juga boleh
memegang bahan- meminta murid
bahan tersebut dan membawa sendiri bauan
menghidu setiap yang diminati untuk
satunya. Kemudian, dikongsi bersama-sama
murid menceritakan rakan yang lain.
bahan yang digemari
dan juga bahan yang
tidak disukai serta
menyatakan
pendapatnya
mengenai bahan-
bahan tersebut. Ini
akan membantu
murid meluahkan
apa yang dirasai dan
mengetahui
kegemarannya.
Hiasan Beg
Potpouri - beg kecil Terdapat murid yang tidak dapat Guru perlu mengenal
Setiap murid - potpouri menerima sesetengah bau atau pasti bahan-bahan
diberikan satu beg (hirisan daun potpouri yang diberikan. potpouri yang
kecil setiap seorang. pandan, dicampurkan agar dapat
Selepas itu, guru bunga melur, menghasilkan satu bau-
memberi potpouri bunga bauan yang
kepada setiap murid kenanga, menyenangkan murid-
dan meminta mereka bunga ros, murid.
untuk bunga

82
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

memasukkannya ke cempaka)
dalam beg kecil
tersebut.
Kemudian, murid
diminta untuk
mengikat beg kecil
tersebut dan
menghiasnya.

Kesimpulannya, terapi aroma ini banyak memberi manfaat dan kebaikan


terutamanya kepada murid-murid Pendidikan Khas dalam memperbaiki kualiti
hidup dari segi mental dan emosi serta dapat meningkatkan keyakinan diri
mereka. Oleh itu, guru-guru dan ibu bapa perlulah menggalakkan dan melibatkan
murid-murid dengan terapi aroma tersebut sama ada dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran(PdP) di sekolah ataupun dalam aktiviti seharian mereka di
rumah.

Perbincangan

Secara berkumpulan rancangkan satu aktiviti boleh


dijalankan bersama murid anda yang melibatkan terapi
aroma

Terapi Alternatif yang Lain


1. Terapi Herba
2. Terapi Floortime
3. Terapi Sauna
4. Terapi Ais
5. Terapi Warna

Mengumpul Maklumat

Anda dikehendaki mengumpul maklumat yang berkaitan dengan


lain-lain terapi. Maklumat tersebut perlu dicetak dan
dimasukkan ke dalam portfolio anda.

83
PKB 3093 TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Tamat

Anda telah selesai mengulangkaji modul anda. Semoga berjaya.

84

Anda mungkin juga menyukai