Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Guru adalah individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan


pencapaian, kebolehan, kemajuan dan perkembangan pelajar. Disamping itu
guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak duji, membina dan
merancang instrument penilaian, melaksanakan dan merekod hasil penilaian,
menganalisa maklumat penilaian, melapor dan menjalankankan tindakan
susulan. Daripada aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK).Untuk mencapai hasrat ini penilaian di sekolah haruslah memberi
penekanan kepada konsep penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi
kesemua aspek tersebut.

Dengan adanya penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), ia sudah pasti


sedikit sebanyak akan dapat membantu guru untuk memilih jenis item yang
diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-
pelajar. Selepas item soalan telah disiapkan, analisis item dan ujian perlulah
dilaksana untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu
sesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan guru menilai
kesesuaian item tersebut dari segi kesusahannya, yakni sama ada item tersebut
terlalu sukar atau terlalu mudah bagi pelajar di satu-satu kelas.
Setelah membuat analisa item adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian
bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut.
Analisis analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks
Diskriminasi Item, Indeks Kesukaran Item, Indeks Kesahan Ujian dan Indeks
Kebolehpercayaan Ujian. Analisis - analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang
dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.

Anda mungkin juga menyukai