Anda di halaman 1dari 2

Bidang Tugas guru Displin

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN

Bidang Tugas:

1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya.

2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang


akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan.

3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman,


sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para
guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati
sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru.

4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh
pelajar.

5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat
lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.

6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke


semasa di sekolah.

7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari


persekolahan.

8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan
tindakan yang sesuai.

9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh


para pelajar sekolah.

10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan


kenyataan dan di dalam bilik darjah.

11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-


kesalahan besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada
penggantungan sementara atau pembuangan sekolah.

12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada
pelajar di sekolahnya.

13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan


masalah pelajar.
14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk
menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-
majlis yang diadakan oleh pihak sekolah.

15. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan
mengumumkan kelas yang paling kotor.

Anda mungkin juga menyukai