Anda di halaman 1dari 7

1. Ini lembu.

2. Lembu suka makan rumput.


3. Lembu tinggal di kandang.
4. Lembu ada empat kaki.
5. Lembu memberi susu dan daging untuk kita.

1. Ini ibu saya.


2. Nama ibu saya Puan.Rani.
3. Ibu saya bekerja sebagai doktor di Hospital Besar
Seremban.
4. Beliau seorang yang rajin dan penyayang.
5. Beliau suka menolong orang ramai.

1. Ini bapa saya.


2. Nama bapa saya En.Ravi.
3. Beliau bekerja di Bank Negara.
4. Beliau seorang yang rajin dan baik hati.
5. Beliau suka melayari internet pada waktu lapang.

Orang yang paling saya hormati


Orang yang paling saya hormati ialah ibuku. Ibu saya berasal dari sebuah keluarga yang
miskin papa. Beliau mula menyara hidup keluarganya setelah bapa meninggal dunia. Pada masa itu,
beliau baru berumur lima belas tahun.
Ibu belajar cara-cara membuat jahitan dan akhirnya beliau menjadi seorang tukang jahit.
Setiap pagi beliau menunggang basikal dari rumah ke rumah bagi mengumpul kain untuk dibuat baju.
Selepas siap mengumpul, ibu akan menjahit baju-baju ini di rumah.
Ibu selalu bekerja hingga larut malam. Biasanya, ibu menghantar baju yang siap dijahit
kepada pemiliknya pada hari keesokkan. Ibu menggunakan wang yang diperolehi dari kerja-kerja
jahitan itu untuk membeli bekalan makanan kepada ahli-ahli keluarganya.

Hari yang malang


Saya dan bapa brsiar-siar di kawasan perumahan kami. Cuaca pada hari itu sangat cerah.
Burung-burung mencicit dengan riangnya.
Encik Ahmad yang sudah berusia berjalan-jalan bersendirian di situ. Ali yang nakal pula
menunggang basikalnya dengan laju. Tiba-tiba, dia hilang kawalan dan terlanggar Encik Ahmad.
Mereka berdua jatuh atas jalan raya. Saya dan bapa segera membantu mereka. Ayah saya yang juga
seorang doktor, menjahit luka mereka. Ali dimarahi kerana kelalainnya. Dia berasa serba salah dan
meminta maaf kepada Encik Ahmad.
Kehidupan harian seorang pengusaha kantin
Encik Chan ialah seorang pengusaha kantin. Dia menjual makanan dan minuman di kantin
sekolah. Encik Chan dan isterinya pergi ke kantin pada pukul lima pagi. Selepas itu, mereka segra
menyediakan sarapan untuk dijual.
Biasanya mereka akan menjual kek, roti, mi goreng dan nasi lemak sebagai sarapan pagi.
Mereka selalu menyediakan pelbagai jenis makanan pada waktu rehat sekolah. Contohnya nasi
ayam, mi kari, nasi goreng dan mi sup. Selain itu, pisang dan keropok udang juga disediakan oleh
Encik Chan. Ramai murid suka membeli makanan daripada Encik Chan. Makanannya bukan sahaja
enak malah harganya murah.
Kerja-kerja Encik Chan dan isterinya akan selesai pada pukul satu petang.

Perjalanan balik ke kampung.


John berasa sungguh gembira pada itu. Ini kerana ibu bapa John akan membawanya
melawat ke rumah datuk di kampung. Mereka bertolak selepas makan sarapan pagi pada pukul tujuh
pagi. Encik Peter iaitu ayah John memandu kereta menuju ke arah destinasi mereka.
Dalam perjalanan ke rumah datuk, John berpeluang melihat pemandangan yang berbeza. Dia
ternampak banyak lembu yang sedang meragut rumput di padang, kerbau pula bermandian di
lumpur, ladang sawah padi dan kebun buah-buahan yang menghijau. Pokok rambutan dan durian
penuh dengan buah. Menurut ayah John, musim buah durian dan rambutan sudah menjelang tiba.
Perjalanan ke kampung memakan masa lebih kerang tiga jam. Datuk, nenek dan saudara
sepupu John sudah menunggu mereka di depan rumah.

Anak yang baik.


Ali belajar pada sebelah sesi pagi. Setiap pagi, dia bertolak ke sekolah pada pukul 7.15 pagi.
Selepas waktu sekolah, Ali bekerja sambilan sebagai penghantar di sebuah kedai runcit untuk
mendapat wang lebihan bagi membantu keluarganya. Kerja itu senang sahaja. Dia hanya perlu
menghantar barang-barang yang ringan seperti makanan dalam tin, makanan ringan dan telur ke
kawasan perumahan yang berdekatan.
Dia menunggung basikal yang berbakul untuk menghantar bahan pesanan pelanggan kedai
runcit. Majikan Ali membayar gaji kepadanya pada hari minggu. Kemudian, dia memberi wang itu
kepada ibunya. Ali tidak membelanjakan wang itu untuk kegunaan sendiri.

Budak yang kepala keras.


Pada hari Ahad yang lalu, Martin dan keluarganya berkelah di tepi pantai. Martin hendak
berenang. Ayahnya menasihati Martin supaya jangan berenang terlalu jauh dari pantin. Martin enggan
mendengar nasihat ayahnya. Malah sengaja berenang jauh dari pantai.
Tiba-tiba, kaki kiri Martin kekejangan otot. Dia berasa sangat sakit lalu menjerit meminta
pertolongan. Mujurnya ayah Martin yang sedang memerhatikan segala tindak-tinduk Martin terdengar
jeritnnya. Ayahnya segera berenang ke
arah Martin dan menyelamatnya. Ayah memeluk Martin ke tepi pantai. Ibu bapa Martin memarahinya
kerana sikap yang enggan mendengar nasihat orang tua.

Majlis hari jadi


Pada petang semalam, Chooi Ling pergi ke majlis hari jadi Pauline. Ramai kawan yang hadir
majlis hari jadi Chooi Ling.
Rumah Pauline dihiasi dengan belon dan kertas yang berwarna-warni. Terdapat pelbagai jenis
makanan yang dihidangakan di atas meja seperti ayam goreng, mi goreng, kari ayam, agar-agar dan
lain-lain lagi.
Tetamu-tetamu diberi topeng parti untuk dipakai. Permainan seperti kerusi muzik beralih topi
dan buta mengiring buta telah dimainkan. Sebelum majlis itu berakhir, kek hari jadi dibawa keluar.
Mereka menyanyi lagu hari jadi untuk Pauline.
Menara Kuala Lumpur.
Menara Kuala Lumpur merupakan mercu tanda Bandar Raya Kuala Lumpur, Bandar Rya
Taman Bercahaya. Menara ini telah dirasmikan pada 23 Julai 1996 oleh Yang Amat Berhormat Tun
Dr.Mahathir Mohamad.
Menara Kuala Lumpur yang tingginya 421 meter merupakan menara telekomunikasi yang
keempat tertinggi di dunia. Terdapat 22 tingkat kesemuanya yang mengandungi sebanyak 2058 anak
tangga. Terdapat lima bahagian utama iaitu tapak asas, tingkat pelancongan, tiang menara, kepala
menara,dan tiang antenna.
Selain daripada dapat melihat keindahan Bandar Raya Kuala Lumpur dari paras 276 meter,
para pelawat juga dapat menikmati hidangan di Restoran Berputar Seri Angkasa. Kemudahan-
kemudahan lain seperti panggung mini, panggung terbuka,kolam pancutan air, restoran makanan
segera, dan kedai-kedai cenderamata menambahkan lagi daya tarikan ke menara ini.
Buat baik dibalas baik.
Kevin baru pulang dari sekolah. Semasa dalam perjalanan, dia bertemu dengan seekor
anjing. Kaki anjing itu luka. Kevin membawa anjing itu pulang ke rumah. Dia merawat luka anjing itu
sehingga sembuh. Dia menamakan anjing itu Johnny.
Pada suatu malam, seorang penyamun masuk ke rumah Kevin. Kevin tidak dapat melawan
kerana badannya diikat. Tiba-tiba, Johnny menyalak. Johnny menyerang penyamun itu. Penyamun itu
cedera. Akhirnya , penyamun itu ditangkap polis. Sesungguhnya, jika kita berbuat baik, kita akan
mendapat balasan yang baik juga.

Sekolah saya
Sekolah ialah tempat untuk murid-murid menimba ilmu. Sekolah terdapat di Bandar dan di
luar Bandar. Sekolah saya terletak di kawasan luar Bandar.
Nama sekolah saya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Batu Hampar. Ia terletak
di kawasan daerah Rembau. Sekolah saya besar dan cantik. Sekolah saya dibuka pada tahun 1924.
Walaupun ia sudah lama dibuka tetapi keadaan bangunannya masih lagi cantik dan teguh.
Untuk memastikan keadaan sekitar kawasan sekolah saya sentiasa ceria, pihak sekolah
dengan bantuan ibu bapa bergotong-royong membersihkan sekolah. Sekolah saya pernah
memenangi tempat pertama peringkat negeri dari segi keceriaannya. Saya cukup berbangga dengan
sekolah saya ini.

Cita-cita saya
Setiap manusia mesti mempunyai cita-cita. Antaranya ialah ingin menjadi guru, doktor, polis,
angkasawan dan sebagainya. Seperti orang lain sata juga mempunyai cita-cita.
Cita-cita saya ialah ingi menjadi seorang guru. Saya ingin menjadi guru kerana guru
merupakan satu tugas yang mulia. Melalui kerja ini saya dapat mendidik bangsa Mlaysia menjadi satu
bangsa yang dihormati dan disegani oleh bangsa yang lain di dunia.
Walau bagaimanapun untuk mencapai cita-cita saya ini bukanlah mudah. Saya perlu
berusaha bersungguh-sungguh hingga mendapat kejayaan yang cemerlang di universiti. Saya juga
harus mempunyai sikap rajin dan sabar jika menjadi seorang guru.
Semoga cita-cita saya ini terkabul juga satu hari nanti.

Perpustakaan sekolah saya.


Setiap sekolah mempunyai perpustakaan. Perpustakaan amat penting kepada murid-murid
serta guru. Perpustakaan dijadikan tempat rujukkan serta tempat untuk murid-murid meminjam buku.
Di sekolah saya juga mempunyai sebuah perpustakaan. Perpustakaan di sekolah saya besar
dan cantik. Buku-buku disusun rapi di atas rak. Kami tidak dibenarkan membuat bising jika berada di
dalam perpustakaan. Untuk memastikan perpustakaan di sekolah saya sentiasa ceria, pihak sekolah
saya telah melantik beberapa orang pstakawan untuk menjaga keceriaan kawasan perpustakaan.
Setiap akhir tahun pula, pihak sekolah akan memberikan hadiah kepada murid-murid yang
banyak meminjam buku di perpustakaan. Kami amat suka hati bila menerima hadiah itu.

Sambutan Hari Guru


Pada 16 haribulan Mei yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru
peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan untuk mengenang jasa bakti guru dalam usaha mendidik
para murid.
Sambutan Hari Guru sekolah saya dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Ia dimulakan dengan
bacaan ikrar oleh semua guru serta nyanyian beramai-ramai Kami guru Malaysia.
Kemudian Tuan Guru Besar membaca perutusan khas daripada Menteri Pendidikan Malaysia.
Selepas itu, kami ke padang untuk melihat acara sukaneka. Sukaneka itu sungguh menarik. Ada
pertandingan tiup belon, lari dalam guni, cari duit dalam tepung dan sebagainya lagi. Sukaneka ini
disertai oleh guru-guru dan para murid. Pada hari itu juga ramai murid-murid menyampaikan hadiah
kepada guru masing-masing.
Sambutan itu tamat pada pukul 2.00 petang. Kami pun pulang dengan penuh kegembiraan.
Jiran saya
Jiran ialah orang yang tinggal berselahan dan berdekatan dengan rumah kita. Jiran
berdekatan dengan rumah kita adakalanya orang Melayu, Cina ataupun India. Kita hendaklah
berbaik-baik dengan jiran tetangga kita.
Saya juga mempunyai jiran. Bersebelahan dengan rumah saya ada sebuah keluarga
keterunan Cina. Namanya Lim Ah Ming. Dia telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.
Kesemua anak-anaknya sudah besar dan bekerja. Encik Lim berumur lebih kurang 54 tahun. Dia
bekerja sebagai seorang peniaga.
Encik Lim sekeluarga sangat ramah dan baik hati. Kadang kala mereka akan datang ke
rumah saya untuk berbual mesra. Adakalanya juga keluarganya memberi sedikit buah-buahan
kepada saya. Hubungan kami amat mesra dan saya sangat menyayangi mereka.
Makanan kegemaran saya
Untuk mendapatkan tenaga kita perlu makanan. Ada orang suka makan makanan seperti mi
goreng, nasi lemak, kentang goreng, mi rebus dan roti canai. Setengahnya pula suka makan
makanan seperti burger, kacang dan sayuran.
Saya juga mempunyai makanan kegemaran tersendiri. Makanan kegemaran saya ialah mi
goreng. Saya suka makan mi goreng kerana ia cukup mengenyangkan serta ianya tidak susah untuk
dimasak. Selalunya saya membeli mi goreng di gerai-gerai yang terdapat berhampiran dengan
kawasan rumah saya.
Kadang kala jika ibu ada masa lapang, dia akan memasak mi goreng untuk saya. Mi goreng
yang dimasak oleh ibu saya cukup sedap dan lazat.
Pergi ke dusun datuk
Pada hari Isnin yang lalu, kami sekeluarga telah pergi ke dusun datuk saya. Kami pergi ke
sana dengan menaiki kereta.
Sesampainya di sana, kami disambut oleh datuk. Dusun datuk saya amat luas. Di dusun
datuk saya ada pokok rambutan, manggis, durian dan pisang. Pada tahun ini buah-buahan di dusun
datuk saya berbuah lebat. Saya dan keluarga saya menolong datuk mengumpul buah durian yang
gugur. Kami dijamu dengan b oleh datuk dengan berjenis-jenis buah-buahan. Saya dan keluarga
makan dengan sepuas-puasnya.
Saya juga tidak melepaskan peluang untuk memanjat sebatang pokok rambutan. Tetapi
malang nasib saya pokok rambutan itu ada kerengga. Habis badan saya digigitnya. Datuk dan
keluarga saya lain ketawa melihat gelagat saya yang cuba membuang kerengga. Pukul 6.00 petang
kami pun pulang ke rumah.

Berkelah di tepi pantai


Pada hari Ahad yang lalu, saya sekeluarga telah pergi berkelah di tepi Pantai Lido. Kami
pergi ke sana dengan menaiki kereta ayah saya. Setelah sejam dalam perjalanan akhirnya kami tiba
di Pantai Lido.
Setibanya saya di sana, saya lihat ramai orang telah datang. Ada yang mandi-manda, ada
yang membuat istana pasir dan ada yang berlari-lari. Setelah dapat mencari tempat yang sesuai,
saya dan adik saya tanpa berlengah-lengah lagi terus mandi dengan sepuas-puasnya.
Setelah penat mandi, saya dan adik saya naik ke pantai. Kami menjamu selera makanan
yang telah dibawa oleh ibu saya. Pada pukul lima kami pun pulang ke rumah.

Kegunaan pokok kelapa


Pokok kelapa digelar pokok seribu guna. Pokok kelapa banyak terdapat di kawasan
kampung-kampung serta di tepi pantai.
Pokok kelapa banyak gunanya kepada manusia. Buah kelapa yang mua boleh diminum
airnya. Buah kelapa tua pula isinya boleh dijadikan santan untuk memasak kari. Sabut kelapa boleh
dibuat berus, pengesat kaki dan bahan pembakar. Tempurungnya pula boleh dibuat tabung dan
barang-barang perhiasan. Buah kelapa juga bolah dibuat minyak.
Daun kelapa yang muda boleh dibuat pembungkus ketupat. Ia banyak digunakan semasa
hari raya. Lidi kelapa pula boleh dibuat penyapu lidi dan penyucuk lidi sate. Selain itu, batang kelapa
juga ada gunanya. Batang kelapa boleh dibuat titi dan tungku untuk memasak.

Kegunaan pokok pisang


Di negara kita banyak terdapat pokok pisang. Pokok pisang banyak terdapat di kawasan
kampung-kampung. Pokok pisang ada beberapa jenis antaranya ialah pisang Emas, Rastali, Embun,
Tanduk, Awak dan lain-lain lagi.
Pokok pisang banyak gunanya kepada manusia. Buah pisang boleh dimakan begitu sahaja.
Buah pisang juga boleh digoreng. Ia enak dimakan ketika panas. Buah pisang juga boleh dibuat
jemput-jemput dan kuih lepat. Buah pisang muda boleh dibuat kerepek.
Daun pisang digunakan untuk membalut nasi lemak, alas ikan baker dan pembalut kuih lepat.
Batang pisang pula boleh dibuat rakit. Ia berguna terutamanya pada musim banjir. Selain itu, pokok
pisang juga mempunyai jantung. Jantung pisang boleh dibuatulam atau direbus.
Walaupun pokok pisang banyak gunanya kepada manusia tetapi ia hanya berbuah sekali
seumur hidup.

Faedah membaca
Membaca adalah amalan yang mulia. Kita boleh membaca buku, suratkhabar, novel, komik,
majalah dan lain-lain lagi.
Membaca banyak faedahnya kepada kita. Melalui suratkhabar kita dapat mengetahui hal
yang berlau di dalam dan di luar negara.
Perkembangan sukan juga dapat kita ketahui jika kita rajin membaca suratkhabar.
Melalui pembacaan novel, majalah dan komik, kita dapat menenangkan fikiran kita terutama
kepada yang penat bekerja. Bagi murid-murid pula, meeka boleh menambahkan ilmu pengetahuan
serta menambah perbendaharaan kata mereka.
Oleh itu, kita perlu rajin membaca. Jika kita tidak membaca mungkin kita menjadi seperti katak
di bawah tempurung.
Set 1

Keluarga saya

1. Saya ada ibu.

2. Saya sayang ibu.

3. Saya ada ayah.

4. Saya kasih ayah.

5. Keluarga saya sangat bahagia.

Set 2

6. Hani ada datuk.

7. Hani ada nenek.

8. Mereka kasih akan Hani.

9. Datuk dan nenek tinggal di kampung.

10. Datuk dan nenek hidup bahagia .

Mari baca dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Set 1
Guru saya

Saya mempunyai seorang guru yang paling saya sayangi. Nama beliau ialah Cikgu
Azlina.Beliau seorang yang baik hati dan penyayang.
Cikgu Azlina berasal dari Lenggong Perak dan mengajar selama 7 tahun di
Sek.Keb.Kpg Dato Seri Kamaruddin. Suami Cikgu Azlina bekerja sebagai tentera
laut . Cikgu Azlina mempunyai 3 orang anak.
Cikgu Azlina selalu memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga saya benar-
benar faham akan sesuatu topik.Cikgu Azlina juga merupakan seorang penasihat
yang baik.Beliau selalu menasihati pelajar pelajarnya agar rajin belajar.
Saya bercita- cita ingin menjadi guru seperti cikgu Azlina. Saya perlu rajin
belajar dan cikgu Azlina merupakan semangat untuk saya Berjaya.
Set 2

Rumah Saya

Rumah saya terletak di Taman Pegawai Seri Manjung.Rumah saya


rumah banglo.Di dalam rumah saya ada empat buah bilik tidur. Ruang tamu rumah
saya dihiasi dengan cantik dan sentiasa bersih. Di hadapan rumah saya pula ada
banyak pokok bunga .
Pada hari minggu, kami sekeluarga bergotong-royong membersihkan kawasan
rumah. Oleh itu, rumah saya bersih dan kemas

Anda mungkin juga menyukai

  • Bahagian B
    Bahagian B
    Dokumen5 halaman
    Bahagian B
    Karthikesan Sandasewam
    Belum ada peringkat
  • Carta Gantt Aktiviti Nilam
    Carta Gantt Aktiviti Nilam
    Dokumen1 halaman
    Carta Gantt Aktiviti Nilam
    Karthikesan Sandasewam
    Belum ada peringkat
  • Orang Yang Paling Saya Hormati
    Orang Yang Paling Saya Hormati
    Dokumen7 halaman
    Orang Yang Paling Saya Hormati
    Karthikesan Sandasewam
    Belum ada peringkat
  • Orang Yang Paling Saya Hormati
    Orang Yang Paling Saya Hormati
    Dokumen7 halaman
    Orang Yang Paling Saya Hormati
    Karthikesan Sandasewam
    Belum ada peringkat
  • Diftong
    Diftong
    Dokumen1 halaman
    Diftong
    Karthikesan Sandasewam
    Belum ada peringkat
  • Kertas Kerja Kitar Semula
    Kertas Kerja Kitar Semula
    Dokumen6 halaman
    Kertas Kerja Kitar Semula
    Karthikesan Sandasewam
    Belum ada peringkat
  • Aku Janji Upsr 2016
    Aku Janji Upsr 2016
    Dokumen1 halaman
    Aku Janji Upsr 2016
    Karthikesan Sandasewam
    Belum ada peringkat
  • Biodata Guru
    Biodata Guru
    Dokumen1 halaman
    Biodata Guru
    Karthikesan Sandasewam
    Belum ada peringkat
  • Senarai Buku
    Senarai Buku
    Dokumen3 halaman
    Senarai Buku
    Karthikesan Sandasewam
    Belum ada peringkat
  • Diftong
    Diftong
    Dokumen1 halaman
    Diftong
    Karthikesan Sandasewam
    Belum ada peringkat
  • Takwim RMT
    Takwim RMT
    Dokumen2 halaman
    Takwim RMT
    Karthikesan Sandasewam
    50% (2)
  • Jurnal 3 Sanjay
    Jurnal 3 Sanjay
    Dokumen3 halaman
    Jurnal 3 Sanjay
    Karthikesan Sandasewam
    Belum ada peringkat
  • Senarai Buku
    Senarai Buku
    Dokumen3 halaman
    Senarai Buku
    Karthikesan Sandasewam
    Belum ada peringkat
  • Diagnostik BM Yr 2
    Diagnostik BM Yr 2
    Dokumen4 halaman
    Diagnostik BM Yr 2
    Karthikesan Sandasewam
    Belum ada peringkat
  • Biodata Guru
    Biodata Guru
    Dokumen1 halaman
    Biodata Guru
    Karthikesan Sandasewam
    Belum ada peringkat
  • Bahagian D
    Bahagian D
    Dokumen4 halaman
    Bahagian D
    Komala Rangarau
    Belum ada peringkat
  • Jurnal 3 Sanjay
    Jurnal 3 Sanjay
    Dokumen3 halaman
    Jurnal 3 Sanjay
    Karthikesan Sandasewam
    Belum ada peringkat