Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

SEK MEN KEB TAMAN RIA JAYA, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

KERTAS KERJA PROGRAM LATIHAN DAN PERTANDINGAN HOKI


PERINGKAT MSSK DAERAH KUALA MUDA
TAHUN 2015

1.0 PENDAHULUAN

Sukan hoki merupakan salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai
sukan teras negara. Beberapa perkara perlu di beri penekanan kepada seseorang
pemain selaras dengan matlamat dan objektif permainan untuk menghasilkan
pemain-pemain yang mantap, berwibawa, berpengetahuan dan seimbang dalam
menguasai kemahiran permainan dengan penerapan nilai-nilai murni. Ini
merangkumi aspek-aspek penguasaan kemahiran,pengembangan pengetahuan dan
pembentukan moral. SMK Taman Ria Jaya perlu mempersediakan pasukan yang
mantap dan mampu bersaing dengan peserta dari sekolah yang lain. Sehubungan
dengan itu Persatuan Hoki SMK Taman Ria Jaya mengambil inisiatif untuk
mengadakan latihan hoki bawah 18 tahun bagi membentuk kontigen sekolah
yang mantap untuk menghadapi Kejohanan Hoki Bawah 18 tahun Peringkat Kuala
Muda.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mempersediakan pasukan hoki bawah 18 tahun dengan mental,


fizikal dan kemahiran yang mantap untuk menghadapi Kejohanan Hoki
Bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Peringkat
Daerah Kuala Muda.
2.2 Dapat memupuk semangat kerjasama dan menjalinkan silaraturahim
antara pemain.
2.3 Melahirkan pemain hoki yang berkaliber dan berbakat.
2.4 Memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat yang lebih
sistematik dalam permainan hoki.
2.5 Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerjasama melalui
aktiviti sukan.

3.0 SASARAN

Melibatkan 16 pelajar lelaki, 16 pelajar perempuan dan 3 orang guru


penasihat.

4.0 LATIHAN
Tarikh latihan : 30 Januari 2013 sehingga 9 Mac 2013.
Masa : 5.00 petang ( 30/1/2013 7/3/2013 )
9.00 pagi sehingga 11.00 pg ( Jumaat dan Sabtu)
Tempat : Padang SMK Taman Ria Jaya.
Tarikh pertandingan : 7 Mac 2013 sehingga 9 Mac 2013

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

A. Hari Pertandingan

Yuran Pasukan RM 120.00


Makan dan minum pemain
32 orang X RM6 X 2 hari RM 384.00
Pengangkutan
Sebuah bas X RM150 X 2 hari RM 300.00
Dobi RM 100.00
Ubat-ubatan RM 25.00

Jumlah RM 929.00

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................ ............................................
(NUR DASIMA MOHD DAUD) (DAVENDRAN A/L NARAYAN
Jurulatih Pasukan Ketua Jurulatih Pasukan

Disahkan oleh,

.......................................
(PN SOPIAH BT ISHAK)
PK KoKurikulum
SMK Taman Ria Jaya
08000 Sungai Petani, Kedah

Anda mungkin juga menyukai