Anda di halaman 1dari 7

KISAH NABI AYYUB ALAIHI SALAM

Assalamualaikum W.B.T.

Yang saya muliakan, tuan pengerusi majlis, para juri yang maha arif, adil dan
bijaksana. Seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekelian.

Saya Balqis Bt Mohd Sharil dari SK Tunjuk Laut.

Dengarkanlah ceritaku

Kisah dari al-quran

Dengarkanlah

Pengorbanan Nabi Ismail berhati waja ( corus lagu barakallah maher zain )

Nabi Ayyub adalah berbangsa Roma, manakala ibunya adalah anak


puteri Nabi Luth a.s. Dan Nabi Ayyub adalah seorang yang, bersih, sopan
santun serta bijaksana. Baginda merupakan seorang yang kaya raya

Nabi Ayyub telah berkahwin dengan Siti Rahmah cucu Nabi Yusuf a.s dan
dikurniakan anak yang ramai.

Baginda diutuskan Allah kepada kaumnya, iaitu penduduk Hauran dan Tiih.

Ya, kawan-kawan,

Nabi Ayyub merupakan seorang hartawan. Baginda mempunyai banyak


harta. Walaupun Nabi ayyub seorang yang kaya, baginda seorang yang
dermawan. Baginda tidak kedekut dengan kemewahan yang dimiliknya, Ini
kerana baginda yakin semuanya milik Allah.

1

Yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki


tanpa hisab

Surah Ali Imran ayat 37

Kawan-kawan.. jangan amalkan sikap kedekut tau..kedekut ni banyak


jenisnya tau...kedekut duit, haakedekut ilmu pun tak baik ya,

Kesungguhan melaksanakan ibadat ini dikagumi oleh golongan malaikat.

"Aku tidak melihat seorang manusia yang hidup di atas bumi Allah
s.w.t. yang lebih baik dari hamba Allah Ayyub". Dia adalah seorang mukmin
sejati ahli ibadah yang tekun. Dari rezeki yang luas dan harta kekayaan yang
diberikan oleh Allah s.w.t. kepadanya, dia memperuntuk sebahagian untuk
menolong orang-orang yang fakir miskin. Hari-harinya terisi penuh dengan
ibadah dan syukur atas segala nikmat Allah kepadanya."

Rupa-rupanya mereka tidak sendirian,ada sepasang telinga yang


mendengar perbualan mereka.

Siapa dia???

Cuba teka ( lagu P.Ramlee)

Iblis laknatullah la. Berdesing telinganya mendengar pujian terhadap


anak Adam.

Turunlah Iblis ke dunia yang fana


Mencari si Ayyub insan terpuji
Syair 2
Hajat di hati melihat sendiri
Manusia hebat pujian malaikat

Dan
Memang betul bagai dikata

Hidup Nabi Ayyub penuh dengan ibadat kepada Allah. Tiada satu pun
masanya terluang tanpa ibadat. Iblis cuba menghasut Nabi Ayyub untuk
tidak melaksanakan perintah Allah. Namun, baginda langsung tak termakan
dengan bisikan iblis.

Iblis naik ke langit bertemu Allah, lalu berkata


Tuhanku, sesungguhnya Ayyub menyembahMu hanya kerana
sayangkan harta pemberianMu,jika tidak aku percaya dia tidak akan tekun
beribadat kepadaMun.

Firman Allah swt kepada Iblis:

Engkau dusta! Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui, bahawa


sesungguhnya dia menyembah Aku serta berterima kasih kepadaKu,
walaupun dia tidak mempunyai kelapangan rezeki di dunia.

Tuhanku, berilah aku kekuatan untuk menggoda Ayyub dan lihatlah


bagaimana aku membuat dia lupa dari mengingatiMu

Ya kawan-kawan,
Dengan izin Allah, Iblis dan kuncu-kuncunya berjaya memusnahkan semua
harta kepunyaan baginda Nabi Ayub sehingga baginda jatuh miskin dalam
sekelip mata.
3
Namun usaha Iblis tidak berjaya untuk memalingkan Baginda dari Allah.

Setelah strategi pertama gagal, iblis melancarkan strategi kedua dengan


membunuh semua anak-anak Nabi Ayyub

Dan adakah Iblis berjaya kali ini ?

Tidak , dia masih lagi gagal untuk memesongkan Nabi Ayub.

Kawan-kawan sekalian,

Segala cubaan itu datang dari Allah, sebagai seorang islam kita seharusnya
tabah menghadapi dugaan.Seperti mana kita lihat bagaimana rakyat Jepun
yang tetap tabah walaupun dilanda tsunami dan selepas itu diuji pula
dengan kebocoran reaktor nuclear di Fukushima.
Rakan-rakan sekalian,

Alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.


Alang alang mandi biarlah basah

Iblis terus mencuba.

Kali ini ditabur benih benih penyakit ke badan baginda nabi Ayub.Habis
seluruh tubuhnya ditumbuhi penyakit yang memualkan hidung sehingga
baginda disisihkan oleh masyarat.Dengan sabar dan penuh kasih, isterinya
merawat sakit nya itu.

4
Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau Maha
.Penyayang

Ya kawan-kawan..di dalam ayat ini menceritakan betapa sifat rendah diri


Nabi Ayyub. Walaupun baginda diuji dengan kesakitan yang teruk, Nabi
Ayyub tidak pernah meminta untuk sihat, sebaliknya merayu mengadu
kesakitan yang ditanggung.

Betapa

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada
setiap penyakit itu ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan
benda-benda yang haram.
( Abu Daud )
Namun rakan rakan sekelian si Iblis masih gagal dalam usahanya itu.
Dalam kebuntuan, si iblis termenung.

Hai ! apa dayaku menyesatkan Ayub.

Lalu, salah seorang mengajukan pandangan.

"Engkau telah berhasil mengeluarkan Adam dari syurga, bagaimanakah


engkau lakukan ?"

"Dengan memujuk isterinya", jawab Iblis laknatullah.

"Jika demikian" berkata syaitan itu kembali, "Laksanakanlah cara itu.

5
Akhirnya Iblis berjaya dalam usahanya. Dia berjaya menghasut isteri
baginda. Dengan lembut Rahmah memujuk suaminya supaya meminta Allah
menghapuskan kesusahan mereka.

berapa lama kita menikmati masa hidup yang mewah tnya Nabi Ayyub
isterinya mejawab 80 tahun
Nabi Ayyub bertanya lagi berapa lama kita diuji susah?
tujuh tahun Rahmah menjawab

Ku kiranya engkau telah termakan hasutan dan bujukan syaitan laknatullah,


Tunggulah ganjaranmu sekiranya aku pulih kembali.,Aku akan memukul mu
seratus kali. Dan sejak detik ini aku haramkan diriku makan dan minum dari
tanganmu atau menyuruh engkau melakukan sesuatu untukku.
Tinggalkanlah aku seorang diri di sini.

Firman Allah dalam surah Saad ayat 41 da 42

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu
kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh
Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab
seksa (penyakit)".(41)

(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): "


Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka
terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk
mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)
".( 42 )

Rakan rakan sekelian,

6
Rasa cinta Rahmah kepada suaminya membawanya kembali ke pangkuan
baginda Nabi Ayub.Namun sebagai manusia, baginda tidak sampai hati
untuk memukul isterinya sebanyak seratus kali.

Allah berfirman

"Hai Ayyub, ambillah dengan tanganmu seikat rumput dan cambuklah


isterimu dengan rumput itu seratus kali sesuai dengan sesuai dengan
sumpahmu, sehingga dengan demikian tertebuslah sumpahmu."

Rakan-rakan sekalian,

Nabi Ayyub dipilih sebagai nabi dan teladan yang baik bagi hamba-hamba-
Nya sehingga dikenali sebagai simbol kesabaran. Pengajaran dari cerita ini
ialah : Pertama : Kita hendaklah beriman kepada Allah dengan sebenar-
benarnya. Kedua : Kita hendaklah sabar dalam menghadapi apa jua dugaan
dan cabaran. Allah sentiasa bersama kita.

Sekian saja cerita saya..Sekian, terima kasih

Sekian Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai