Anda di halaman 1dari 1

Kepada :

Pengetua SMPKP

Tuan,

TUNJUK SEBAB KELEWATAN KE TEMPAT KERJA TANPA KEBENARAN


Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas dan surat dari Pihak pentadbiran
SM. Pendidikan Khas Persekutuan bertarikh 25 November 2016 adalah berkaitan.

2. Adalah dimaklumkan, bahawa saya telah mendapat surat kelewatan ke tempat kerja
tanpa kebenaran seperti berikut :-

Nama : ZAHIDA BINTI AMIN


Jawatan : GURU

3. Sehubungan dengan itu, saya ingin memberi sebab bahawa pada tarikh-tarikh
kelewatan tersebut seperti dilampiran, saya telah mengalami kesukaran untuk datang awal
sebelum pukul 7.30pagi ke pejabat, adalah seperti berikut:

I. kesakan lalulintas di kawasan persekolahan berdekatan dengan rumah saya.


II. Jarak perjalanan ke tempat kerja yang terlalu jauh dari tempat tinggal yang
menyebabkan kadang kala PASTI akan memberi risiko kelewatan datang kerja.
III. Keadaan kesihatan saya yang kurang stabil kerana mengandung

4. Segala perhatian serta pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan amat dihargai
dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

(ZAHIDA BINTI AMIN)

Anda mungkin juga menyukai