Anda di halaman 1dari 4

NAMA : IZZAT AKMAL BIN SABLIN

KURSUS : TEKNOLOGI ELEKTRONIK

NO . IC : 9708-12-6097

SOALAN

1 . JELASKAN MAKSUD HIJRAH DALAM ISLAM DAN HURAIKAN SEBAB-SEBAB


NABI MUHAMMAD S.A.W BERHIJRAH KEMADINAH (10M)

2 . HURAIKAN KANDUNGAN DAN KEPENTINGANM PIAGAM MADINAH (10M)

3 . HURAIKAN SUMBANGAN KHALIFAH AL-RASYIDIN KEPADA TAMADUN


ISLAM (10M)
JAWAPAN

1 . JELASKAN MAKSUD HIJRAH DALAM ISLAM DAN HURAIKAN SEBAB-SEBAB


NABI MUHAMMAD S.A.W BERHIJRAH KEMADINAH (10M)

Maksud Hijrah dalam bahasa Arab bermakna berpindah , dalam konteks tamadun
islam bermaksud perpindahan orang islam dari Makkah ke Madinah dengan untuk
memperkukuhkan kedudukan islam dan satu strategi penyebaran islam dalam minda Nabi
Muhammad S.A.W . Pengertian-pengertian lain pula mengatakan satu konsep perjuangan
untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan . Semangat ingin
berubah dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan sikap , cara berfikir dan
tingkah laku . Manakala pihak akademik Barat pula mentafsir Hijrah sebagai pelarian namun
dakwaan ini mudah disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam
berdasarkan hujah ini . Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah , Orang
Makkah ke Madinah disambut dengan penuh kegembiraan dan kerelaan , Orang Islam
Makkah diberi jaminan keselamatan dan diberi tempat tinggal dan Nabi Muhammad S.A.W
dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan penduduk Madinah .
Antara Sebab-sebab Rasulullah Hijrah dari Kota Makkah ke Madinah dimulai oleh peristiwa
wafatnya 2 orang yang sangat dicintainya , yaitu Siti Khadijah dan Abu thalib serta tekanan
dari kaum kafir Quraisy . Setelah Nabi Muhammad S.A.W berdakwah secara terang-terangan
, ajaran dan siksaan dari kafir Quraisy mulai meningkat . Berbagai cara dilakukan oleh kaum
Quraisy agar Nabi Muhammad SAW tidak meneruskan dakwahnya . Bertahun-tahun Nabi
Muhammad SAW menyerukan Islam di Mekah , tetapi hasilnya hanya sedikit yang mengikuti
ajaranya . Pada saat Nabi Muhammad SAW membutuhkan dorongan dan motivasi dari orang-
orang terdekatnya , Justeru isterinya , Siti Khadijah dan datuknya , Abu Thalib telah kembali
ke rahmatullah dalam waktu yang nyaris bersamaan . Kehilangan kedua orang itu adalah
masalah serius bagi Nabi Muhammad SAW dalam menjalankan dakwah Islamiyah di Mekah
saat itu . Di tengah kesedihannya , Nabi Muhammad SAW mengalami peristiwa luar biasa
yaitu Isra Miraj . Peristiwa itu terjadi setahun sebelum Hijrah ke Madinah tepatnya 27
Rajab 621 m , Pada peristiwa itu Allah SWT memperlihatkan tanda-tanda keagungan dan
kekuasaannya sebagai penghibur bagi Nabi Muhammad SAW yang sedang dirundung
kesedihan . Peristiwa ini memberikan pelajaran yang sangat berharga kepada Nabi
Muhammad SAW . Pada peristiwa itu , Nabi Muhammad SAW menerima perintah untuk
shalat 5 waktu dalam sehari semalam . Setelah Isra Miraj Nabi Muhammad SAW
meneruskan dakwanya dan mengabarkan peristiwa yang dialaminya . Berita itu mebuat kafir
Quraisy menganggap Nabi Muhammad SAW telah melakukan pembohongan . Malah usaha-
usaha pembunuhan pada Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya terus digalakkan . Setelah
Allah SWT menyuruhnya untuk hijrah , maka Nabi Muhammad SAW pun melaksanakan
Hijrah dari Mekah ke Madinah .
2 . HURAIKAN KANDUNGAN DAN KEPENTINGANM PIAGAM MADINAH (10M)

Kandungan dan Kepentingan Piagam Madinah ialah Semua kaum bertanggungjawab


mempertahankan Madinah , Contohnya Penduduk Madinah harus bersama-sama
mempertahankan Madinah tidak kira yang beragama Islam atau bukan Islam . Mereka sama-
sama menggembeleng tenaga mempertahankan Madinah daripada serangan musuh . Mereka
juga tidak boleh mengadakan hubungan dengan musuh-musuh Islam bagi tujuan menentang
Negara Islam Madinah . Semangat Cinta akan kota Madinah turut dipupuk dalam kalangan
masyarakat bagi menghindari permusuhan sesame sendiri sehingga menyebakan musuh dapat
mengambil alih kota Madinah . Islam menganggap ahli Kitab ata orang yahudi sebagai
warganegara dan ummah bersama orang islam selagi mereka menjalankan tanggungjawab
yang dikenakan ke atas mereka . Manakla perbezaan agama tidak menghalang seseorang itu
daripada diterima menjadi rakyat dalam Negara . Seterusnya Menjamin Kebebesan kaum
Yahudi . Contohnya Kaum yahudi pada mulanya memang berminat untuk menguasai
Madinah atas kesedaran itu . Piagam Madinah juga menitikberatkan dan menjamin kebebasan
kaum yahudi dan penganut-penganut agama lain untuk menganut dan mengamalkan ibadat
agama mereka sendiri . Tujuannya supaya kaum Yahudi tidak menyebarkan agama mereka di
Madinah dan mengelakkan permusuhan sesame sendiri . Rasulullah mempersetujui bahawa
tiada oaksaan dalam kepercayaan dan anutan agama . Selain itu , Kebebasan kepada Setiap
Penduduk , Contohnya setiap penduduk diberi kebebasan hak asasi yang sama rata . Tiada
lagi penindasan seperti yang dilakukan oleh orang yahudi ke atas orang yang lemah supaya
dapat menjamin keharmonian hidup semua penduduk Madinah . Kebebasan ini meliputi
kebebasan diri , agama , berfikir dan bersuara , beramal , bekerja dan lain lain . Jaminan
kebebasan meliputi segi aspek kehidupan selagi tidak bercanggah dengan syariat islam .
Dengan Menyatupadukan Masyarakat Madinah , Hubungan baik dapat diadakan dengan
masyarakat Islam dan orang-orang bukan islam melalui sifat saling menghormati dan
bertanggungjawab . Perlembagaan Madinah juga memainkan peranan supaya masyarakat
berbilang bangsa di Madinah dapat hidup aman damai , teratur dan bersistem serta
menghindari permusuhan . Nabi Muhammad juga dapat mengatur hubungan kaum yahudi ,
contohnya Masyarakat yahudi bebas mengamalkan adat istiadat mereka tanpa sekatan .
mereka tidak boleh memaksa menganut agama mereka kerana kebebasan telah diberikan
kepada mereka . Mereka juga tidak dibenarkan menindas orang yang lemah . Mereka yang
mematuhi piagam ini akan diberi jaminan iaitu perlindungan dan keselamatan selagi mereka
tidak melakukan kejahatan dan memungkiri janji . Akhir sekali , Pemerintahan becorakkan
musyawarah . iaitu semua kaum berhak untuk menyuarakan masalah kaum mereka dan boleh
mengemukakan pendapat kerana Piagam Madinah melahirkan pemerintahan yang berpegang
teguh kepada prinsip yang dipanggil musyawarah . Contohnya Nabi Muhammad SAW
pernah ditegur oleh sahabat semasa pemilihan tempat Perang Badar . Sifat demikian akan
mengeratkan lagi hubungan antara pemerintah dan rakyat . Kesimpulannya , Kesan daripada
Piagam Madinah , Nabi Muhammad SAW telah membentuk sebuah Negara Islam yang
kukuh dan diterima serta dihormati oleh Negara-negara luar .
3 . HURAIKAN SUMBANGAN KHALIFAH AL-RASYIDIN KEPADA TAMADUN
ISLAM (10M)

Khalifah Al-rasyidin tergolong dalam empat khalifah iaitu khalifah Abu Bakar As-
siddiq , Umar Al-Khattab , Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib . Abu Bakar As-Siddiq
ialah khalifah yang pertama memeluk islam . Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah
tetapi setelah penislamannya , Namanya ditukar kepada Abdullah tetapi sering dikenali
sebagai Abu Bakar . Beliau diberi gelaran As-Siddiq kerana selalu membenarkan kata
Rasulluah , Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah melalui proses musyawarah atau syura .
Sumbangan beliau ialah berjaya menumpaskan golongan Riddah yang diantaranya Murtad ,
tidak mahu membayar zakat dan golongan nabi palsu . Beliau juga mula mengumpulkan ayat-
ayat Al-Quran dan berjaya meluaskan pengaruh islam . Manakala Umar Al-Khattab
merupakan khalifah kedua islam . Beliau kadang-kadang dipanggil sebagai Umar Al-Farooq
ataupun Omar atau Umar daripada Bani Adi . Beliau diberi gelaran Amirul Mukminin yang
bermaksud panglima agung orang mukmin . Umar dilantik menjadi Khalifah melalui
cadangan satu nama . Sumbangannya ialah membentuk majlis syura , membahagikan
wilayah-wilayah islam , memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah , melakukan polisi
baru untuk golongan zimmi , memperbaharui taraf golongan hamba , menggalakkan kegiatan
ilmu dan memajukan sistem pertanian . Seterusnya Uthman Bin Affan dilantik menjadi
khalifah yang ketiga . Nama Panggilan beliau ialah Abu Abdullah , Beliau digelar Zunnurai
yang bermaksud mempunyai dua cahaya kerana telah mengahwini dua orang puteri
Rasulullah SAW . Beliau juga dilantik menjadi khalifah melalui proses pemilihan beberapa
orang calon . Sumbangan beliau merangkumi bidang ketenteraan , pembukaan Al-Quran ,
kerja-kerja pembangunan dan menyebarkan dakwah Islam . Akhir sekali Ali Bin Abi Talib
merupakan khalifah terakhir dalam Khulafa Ar-Rasyidin , Nama sebenar bapa Saidina Ali
ialah Abdul Manaf tetapi ramai yang memanggilnya Abi Talib . Uthman diberi gelaran Abu
Thurab dan Abu Hassan . Beliau didoakan sebagai Karamallahu Wajhah yang bermaksud
orang yang dimuliakan wajahnya kerana beliau tidak pernah menyembah berhala . Beliau
dilantik menjadi khalifah melalui pencalonan oleh sekelompok masyarakat . Sumbangannya
ialah banyak menyelesaikan masalah berhubung masyarakat Islam , Menghentikan Perang
Siffin dengan menjalankan rundingan , membina markas tentera di Parsi dan Syria dan
meneruskan cukai jizyah kepada golongan Zimmi

Anda mungkin juga menyukai