Anda di halaman 1dari 1

Komunikasi yang berkesan akan berlaku jika mesej yang disampaikan oleh si

penyampai dapat diterima dan difahami oleh si penerima dengan jelas.

Pernyataan ini diujarkan oleh Dr. Jessica Ong selaku Timbalan Pengarah Pusat Penerbitan
dan Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia seperti yang terpampang
dalam rencana atas talian bertarikh 19 Februari 2013. Dalam konteks ini telah menimbulkan
persoalan dalam benak minda pembaca. Apakah caranya untuk mencapai komunikasi yang
berkesan dalam pergaulan seharian?

Persoalan ini dirungkaikan melalui pernyataan selanjutnya oleh Dr. Jessica bahawa
penggunaan bahasa yang bersesuaian adalah amat penting dan bahasa yang indah harus
digunakan dalam komunikasi kita setiap hari. Bahasa yang terbaik ialah bahasa yang
diselang-seli dengan nilai dan budaya dan penuh dengan ciri-ciri ketamadunan. Ertinya,
komunikasi yang berkesan ialah satu proses apabila penutur dapat menyalurkan maklumat
dengan menggunakan bahasa yang betul dan tepat.

Anda mungkin juga menyukai