Anda di halaman 1dari 6

FASA 6: TANGGUNGJAWAB DAN HAK-HAK AHLI

6.1 Setiap ahli Persatuan Bahasa Melayu mempunyai tanggungjawab seperti


berikut:
6.1.1 Memegang teguh dan mentaati perlembagaan Persatuan Bahasa Melayu
serta peraturan-peraturan lain yang dibuat untuk mencapai matlamat Persatuan
Bahasa Melayu.
6.1.2 Menghadiri dan mengambil bahagian dalam aktiviti Persatuan Bahasa
Melayu.
6.1.3 Menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.

6.2 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan ini setiap ahli


berhak bersuara,memilih,dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam Persatuan
Bahasa Melayu.

6.3 Seseorang ahli hanya berhak mengundi atau menjadi calon untuk sesuatu
pemilihan atau perlantikan sekiranya beliau telah menjadi ahli dan menjelaskan semua
yurannya sama ada semasa atau tertunggak.

6.4 Mana-mana ahli yang digantung dan/atau tergantung keahlian Persatuan


Bahasa Melayu disebabkan pelanggaran peraturan dan perlembagaan ini tidak berhak:
6.4.1 Menjadi calon bagi sesuatu perlantikan dan pemilihan untuk sebarang
jawatan di dalam Persatuan Bahasa Melayu.
6.4.2 Bersuara atau mengemukakan pendapat di dalam mana-mana Mesyuarat
Agung Persatuan Bahasa Melayu.
6.4.3 Memilih, mengundi dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam mana-
mana Mesyuarat Agung Persatuan Bahasa Melayu.
6.4.4 Menggunakan sebarang kemudahan serta keistimewaan yang diberi
selaras dengan hak-hak sebagai seorang ahli.
FASA 7 - PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

7.1 Pemberhentian secara sukarela


7.1.1 Segala bayaran tertunggak kepada Persatuan Bahasa Melayu yang
ditanggung oleh ahli yang ingin berhenti hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3
bulan dari tarikh penyerahan surat pemberhentian.
7.1.2 Pihak Persatuan Bahasa Melayu berhak mengambil tindakan undang-
undang ke atas ahli yang berhenti tetapi masih belum menjelaskan bayaran
tertunggak dalam tempoh yang telah ditetapkan.
7.1.3 Mana-mana ahli Persatuan Bahasa Melayu yang membuat permohonan
bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu diluluskan oleh Majlis
Tertinggi adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi ahli Persatuan Bahasa
Melayu.

7.2 Pemecatan ahli


7.2.1 Setiap ahli Persatuan Bahasa Melayu yang didapati menjalankan sesuatu
kegiatan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persatuan Bahasa Melayu
bolehlah dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh masa
sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Majlis Tertinggi. Sebelum tindakan
sedemikian diambil, ahli berkenaan hendaklah diberikan surat tunjuk sebab. Ahli
berkenaan hendaklah diberi peluang untuk membela diri. Pemecatan atau
penggantungan itu hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh
Majlis Tertinggi. Ahli yang berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada
Majlis Tertinggi dalam tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan
Majlis Tertinggi. Ahli yang dipecat boleh membuat rayuan untuk menjadi ahli
semula dengan bayaran RM 50.
FASA 8 YURAN

8.1. Yuran Pendaftaran


8.1.1 Yuran pendaftaran yang telah ditetapkan ialah RM 50.00.
8.1.2 Yuran ini boleh dijelaskan oleh setiap ahli permohonan untuk menjadi ahli
dibuat.
8.1.3 Yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan sebelum 31 Disember tahun
permohonan keahlian ahli tersebut diluluskan kepada Bendahari Persatuan
Bahasa Melayu atau melalui Jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu.

8.2. Yuran Tahunan


8.2.1 Yuran tahunan yang telah ditetapkan ialah RM10.00
8.2.2 Yuran ini boleh diserahkan secara terus kepada Bendahari Persatuan
Bahasa Melayu ataupun kepada Jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu.
8.2.3 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan dalam tempoh bermula dari 1 Januari
sehingga 31 Disember setiap tahun.
FASA 9- PENAUNG ATAU PENASIHAT

9.1 Majlis Tertinggi berhak melantik orang-orang yang layak menjadi penasihat atau
penaung jika difikirkan perlu dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan
persetujuannya secara bertulis.

FASA 10- MAJLIS TERTINGGI

10.1. Majlis Tertinggi hendaklah terdiri daripada:


a. Seorang (1) Pengerusi
b. Seorang (1) Naib Pengerusi
c. Seorang (1) Setiausaha
d. Seorang (1) Naib Setiausaha
e. Seorang (1) Bendahari
f. Seorang (1) Naib Bendahari
g. Seorang (1) ketua serta (1) atau dua orang ahli untuk setiap biro-biro yang
berikut :
1. Makanan
2. Publisiti
3. Teknikal
4. Pengacara
5. Jemputan
6. Buku Program
7. Hadiah
8. Keselamatan
9. Kebersihan
10. Dokumentasi
11. Jurugambar
10.2. Mana-mana pemegang jawatan yang didapati bersalah di mahkamah atas
pertuduhan jenayah hendaklah meletakkan jawatannya serta-merta.
10.3. Majlis Tertinggi akan dirombak pada (3) tiga tahun sekali.
10.4. Pengerusi diberi kuasa untuk melantik dan memberhentikan perkhidmatan
Setiausaha 1 dan Setiausaha 2.
10.5. Setiap ahli Majlis Tertinggi hendaklah seorang warganegara Malaysia.
10.6. Pemilihan semua Ahli Majlis Tertinggi hendaklah dilakukan malalui undian.
Keputusan adalah dengan undian terbanyak. Sekiranya jumlah undi yang diperoleh
untuk sesuatu jawatan tersebut adalah sama,maka pengerusi mesyuarat ketika itu
mempunyai undi pemutus (casting vote), di samping undinya sendiri.
10.7. Tugas-tugas Majlis Ahli Tertinggi ialah:
10.7.1. Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung
Tahunan
10.7.2. Mengurus dan mentadbir organisasi serta menjalankan program-
program organisasi.
10.7.3. Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-
program yang diluluskan.
10.7.4. Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk
dibahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
10.7.5. Mengawal, mengelola serta memutuskan sebarang perkara yang
disabit dengan ahli, termasuk menubuhkan Jawatankuasa Disiplin bagi
membicarakan ahli-ahli yang telah melanggar Perlembagaan ini, serta
menentukan peraturan-peraturan dan prosedur perjalanan Jawatan tersebut.
10.7.6. Boleh melantik penaung Persatuan Bahasa Melayu.
10.7.7. Meluluskan Belanjawan Persatuan Bahasa Melayu.
10.8. Keahlian Majlis Tertinggi dalam 3 tahun pertama penubuhan Persatuan
Bahasa Melayu ditentukan tanpa perlu melalui Mesyuarat Agung. Ahli-ahli majlis
tertinggi adalah seperti berikut:

Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Gabriel Wong XiaQing
Naib Pengerusi : Chang Fei Yee
Setiausaha : Law Yiing Yiing
Penolong Setiausaha: Wong Wen Jing
Bendahari : Voon Kang Lee
Penolong Bendahari : Ling Kuok Sieng

Jawatankuasa Kerja
Ajk Pengacara : Chua Boon Keen
: Siaw Jia Ye
Ajk Jemputan : Goh Kah San
Ajk Buku Program: Wong Ik Mei
: Wong Wen Jing
Ajk Hadiah : Edward Bong Jin Liang
Ajk Publisiti : Kelvin Tee Hieng Choon
Ajk Teknikal : Teoh Kai Hern
Ajk Keselamatan : Lew Kar Yoong
Ajk Kebersihan : Chin Pei Yiing
: Tiong Hie Huey
Ajk Dokumentasi : Vinnie Toh Lee Choo
: Cheah Yi Lin
: Rozza Pung Chai Nyuk
Ajk Jurugambar : Voon Kang Lee
: Belinda Hii Lu Ing
Ajk Makanan : Nurusyahirah Binti Ismail
Ajk Pengangkutan: Tan Zhe Hong

Anda mungkin juga menyukai