Anda di halaman 1dari 20

Konsep Risiko 25

BAB A2

KONSEP RISIKO

PENGENALAN

Risiko boleh ditakrifkan sebagai ketidakpastian tentang apa yang


akan berlaku pada masa hadapan. Istilah risiko mempunyai pelbagai
pengertian dalam dunia perniagaan dan kehidupan harian. Risiko
secara umumnya bermaksud kemungkinan berlakunya kebinasaan,
kecederaan atau kerugian. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai sebarang
situasi di mana terdapatnya ketidakpastian tentang apakah yang akan
berlaku dan kesan yang perlu ditanggung. Risiko biasanya dikaitkan
dengan kejadian atau kesan yang merugikan, sementara peluang
atau nasib dikaitkan dengan hasil atau keputusan yang
menggembirakan / menguntungkan. Contoh risiko ialah diagnosa
kanser paru-paru di kalangan para penghisap rokok di mana
ketidakpastian sentiasa wujud sama ada mereka pasti akan menghidap
kanser berkenaan ataupun tidak.

A2.1 KONSEP RISIKO

Oleh kerana tujuan perbincangan berkait rapat dengan risiko yang


boleh diTakafulkan, tumpuan akan diberikan kepada risiko yang
berkemungkinan boleh menyebabkan kerugian kewangan. Kerugian
kewangan didefinisikan sebagai kehilangan atau penurunan nilai
disebabkan berlakunya musibah atau kecelakaan.

Selain dari risiko ketidakpastian sama ada sesuatu musibah itu akan
menyebabkan kerugian atau tidak, risiko juga mempunyai kaitan
dengan kebarangkalian kekerapan (frequency) dan keterukan
(severity). Tahap risiko ditentukan melalui hubungan berkenaan.
Hubungan tersebut dijelaskan melalui Heinrich Triangle. Heinrich
Triangle menerangkan bahawa sekiranya kekerapan kejadian yang
berlaku itu adalah tinggi, maka tahap keterukan (severity) adalah
rendah. Manakala kejadian yang kurang kerap berlaku akan
26 Amalan Asas Takaful

menyebabkan tahap keterukan yang tinggi. Contohnya, kemalangan


di udara yang melibatkan kapalterbang jarang berlaku tetapi sekiranya
berlaku kemalangan berkenaan maka tahap keterukan cedera parah
atau kematian adalah tinggi.

2.1.1 Peril dan Bahaya

Konsep Keterangan Contoh

Peril Peril digunakan untuk Kenderaan yang


mengenal pasti sebab-sebab dilindungi di bawah
kerugian. Sebarang polisi insurans motor
kerugian akibat mengalami kerosakan
kemalangan disebabkan akibat kemalangan
oleh sesuatu peril adalah (kemalangan adalah peril
tertakluk kepada tuntutan di yang dilindungi). Oleh
bawah polisi / pelan itu, tuntutan boleh dibuat
perlindungan yang di bawah polisi ini
berkaitan. Contoh-contoh Sekiranya sebuah
peril termasuklah restoran musnah
kebakaran, banjir, disebabkan kebakaran
pelanggaran, kemalangan, (kebakaran adalah peril
gempa bumi, sakit dan yang dilindungi), maka
kematian. tuntutan boleh dibuat di
bawah polisi insurans
kebakaran.
Bahaya Bermaksud sesuatu perlakuan atau keadaan yang
meningkatkan kebarangkalian berlaku kerugian. Bahaya
boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

1. Bahaya Fizikal -Merujuk Kerja-kerja pendawaian


kepada ciri fizikal yang tidak sempurna dalam
perkara pokok insurans sesebuah bangunan yang
yang boleh boleh meningkatkan
meningkatkan kemungkinan berlakunya
kemungkinan kebakaran.
berlakunya kerugian.
Konsep Risiko 27

2. Bahaya Moral Seseorang itu dengan


Merujuk kepada sikap sengaja membakar produk
seseorang yang yang tidak laku dijual tetapi
meningkatkan telah diinsuranskan untuk
kemungkinan menuntut ganti rugi dari
berlakunya kerugian. insurer; atau pemilik polisi
Bahaya moral sukar yang tidak jujur membuat
untuk diramal. tuntutan yang melampau
dan sengaja diada-adakan.

2.1.2 Kategori Risiko

Risiko boleh dikelaskan kepada beberapa kategori utama iaitu:

Risiko Keterangan Contoh

Tulen Merujuk kepada kebarangkalian Kebakaran, petir,


terjadi kerugian ataupun tiada banjir taufan,
sebarang kerugian. Risiko tulen kematian,
secara umumnya boleh dilindungi. kemalangan,
kecurian dan
sebagainya.

Spekulatif Merujuk kepada kebarangkalian Pelaburan di


berlaku kerugian, tiada kerugian pasaran saham,
atau mengaut keuntungan. Tidak pasaran
dapat dipastikan sama ada sesuatu matawang asing,
kejadian itu boleh membawa meneroka bidang
keuntungan, kerugian atau tiada perniagaan baru
kerugian. Risiko spekulatif tidak dan sebagainya.
boleh dilindungi/diisuranskan
28 Amalan Asas Takaful

2.1.3 Risiko Asas dan Risiko Khusus

Risiko Keterangan Contoh

Risiko Risiko Asas akan memberi kesan Kerosakan harta


Asas ekonomi yang menyeluruh benda disebabkan
kepada masyarakat seluruhnya gempa bumi,
atau kepada kumpulan individu peperangan dan
dalam masyarakat. Risiko Asas sebagainya.
adalah di luar kawalan mana-
mana individu.

Risiko Risiko khusus akan hanya Kerosakan harta


Khusus memberi kesan kepada individu benda disebabkan
tertentu dan bukannya keseluruhan kemalangan,
masyarakat dan risiko ini boleh kecurian,
dikawal. rompakan dan
sebagainya.

2.1.4 Jenis-Jenis Risiko Tulen

Risiko Tulen biasanya boleh diinsuranskan dan perbincangan


mengenai insurans dan Takaful akan memberi tumpuan kepada
risiko-risiko berkenaan.

Risiko Tulen boleh dikategorikan kepada tiga (3) jenis utama yang
kesemuanya boleh menyebabkan ketidakstabilan kewangan iaitu
Risiko Peribadi, Risiko Harta, dan Risiko Liabiliti.

Risiko Keterangan Contoh

Risiko Merujuk kepada risiko yang memberi kesan


Peribadi langsung kepada individu yang boleh
menyebabkan kemungkinan berlakunya kerugian
atau pendapatan semakin berkurangan,
Konsep Risiko 29

menanggung perbelanjaan tambahan dan nilai aset


yang semakin susut.

Risiko peribadi boleh dibahagikan kepada empat


(4) jenis iaitu:

Risiko Mati Awal Kematian ketua keluarga


atau pencari nafkah boleh
menyebabkan keluarga yang
ditinggalkan menghadapi
masaalah kewangan.

Risiko Simpanan Para pesara menghadapi


Tidak Mencukupi kemungkinan kehilangan
ketika Persaraan. atau ketiadaan punca
pendapatan ketika bersara
sekiranya mereka tidak
mempunyai aset cair yang
mencukupi atau tiada
sumber-sumber pendapatan
lain ketika persaraan. Risiko
yang perlu ditanggung ialah
taraf dan gaya hidup yang
lebih rendah.

Risiko Kesihatan Kemungkinan seseorang itu


yang semakin perlu menanggung kos
Buruk. perubatan yang amat tinggi
dan seterusnya kehilangan
pekerjaan / pendapatan.

Risiko Kehilangan Merupakan ancaman


Pendapatan kewangan yang terbesar
disebabkan perniagaan
menghadapi zaman
kesukaran, perubahan
ekonomi dan aplikasi
30 Amalan Asas Takaful

teknologi dan sebagainya.

Risiko Harta Merujuk kepada kebarangkalian berlakunya


kerugian disebabkan kerosakan harta akibat
kebakaran, banjir, gempa bumi atau bencana alam
lain. Terdapat dua (2) jenis risiko yang berkaitan
dengan harta benda:
Kerugian Langsung Sebuah kilang mengalami
kerosakan disebabkan
Kerugian kewangan kebakaran (kerosakan fizikal
yang berlaku atas kilang berkenaan merupakan
kerosakan fizikal kerugian langsung).
harta benda
disebabkan
kecurian atau
kemusnahan harta
tersebut.

Kerugian Tidak Selain dari kerugian akibat


Langsung atau kerosakan fizikal kilang
Kerugian Turutan berkenaan, pemilik kilang
juga kehilangan mata
Kerugian kewangan pencarian / pendapatan
yang berlaku secara sepanjang tempoh kilang
tidak langsung atas tersebut menjalani kerja-kerja
kerosakan fizikal baik pulih. Kehilangan
harta benda pendapatan adalah
disebabkan merupakan kerugian tidak
kecurian atau langsung / kerugian turutan.
kemusnahan harta
tersebut.
Konsep Risiko 31

Risiko Merujuk kepada Organisasi atau firma


Liabiliti risiko kecederaan perniagaan terdedah kepada
badan pihak ketiga tuntutan liabiliti disebabkan
atau kerosakan kecacatan produk yang
harta. Pihak dihasilkan. Produk tersebut
mahkamah mungkin boleh menyebabkan
mungkin kecederaan anggota badan
memerintahkan atau kerosakan harta kepada
pihak yang dituntut pengguna yang menggunakan
membayar ganti produk berkenaan.
rugi atas
kecederaan anggota
badan pihak ketiga.

2.1.5 Ciri-Ciri Risiko yang Boleh Diinsuranskan

Ciri-Ciri Keterangan

Mempunyai Nilai Risiko berkait rapat dengan kerugian di mana


Kewangan ganti rugi kewangan boleh dibayar setelah
berlaku sesuatu musibah umpamanya
kerosakan rumah kediaman disebabkan
kebakaran, kecurian kenderaan dan
sebagainya. Harta berkenaan mungkin
mempunyai nilai kewangan dan nilai peribadi,
tetapi ia hanya boleh diinsuranskan
berdasarkan nilai kewangan dan bukannya
nilai sentimental harta / perkara pokok
insurans.

Risiko Risiko yang hendak diinsuranskan mestilah


Pendedahan yang mempunyai persamaan ciri-ciri dan terdapat
Sama jumlah yang banyak,

a) Penilaian risiko melalui analisa


kebarangkalian dan statistik amat
32 Amalan Asas Takaful

bergantung kepada pengalaman lepas


yang dianggap munasabah jumlahnya.

b) Sekiranya hanya terdapat 3 atau 4


pengalaman pendedahan, ia akan
menyebabkan kos perlindungan dan
bayaran premium yang tinggi serta tidak
kompetitif. Contohnya insurans
perlindungan sepasang kaki milik model /
peragawati terkenal.

Risiko Tulen Secara umumnya, hanya risiko tulen


(kerugian atau tiada kerugian) sahaja yang
boleh diinsuranskan kerana seseorang itu
tidak boleh meraih keuntungan dari insurans.
Risiko spekulatif memberi kemungkinan
berlaku kerugian, pulang modal (tiada
kerugian) atau meraih keuntungan, dan oleh
itu ia tidak boleh diinsuranskan.

Risiko Khusus Risiko khusus boleh dilindungi sekiranya ia


memenuhi kriteria risiko yang boleh
diinsuranskan.

Risiko asas biasanya tidak boleh


diinsuranskan, contohnya risiko peperangan
atau perubahan nilai budaya. Walau
bagaimanapun, mungkin terdapat risiko yang
boleh diberi perlindungan insurans tetapi ia
bergantung kepada lokasi geografi risiko
berkenaan.

Kerugian Tidak Adalah tidak munasabah untuk


Dijangka menginsuranskan risiko yang pasti akan
berlaku kerana ia bertentangan dengan salah
satu ciri-ciri risiko boleh diinsuranskan iaitu
kerugian tidak dijangka. Kekerapan dan
Konsep Risiko 33

ketenatan sesuatu risiko itu mestilah di luar


jangkaan, contohnya dalam insurans hayat
bila / tarikh kematian adalah diluar
pengetahuan manusia untuk memastikannya.
Contoh risiko yang telah dijangka, dengan
niat dan disengajakan ialah bunuh diri.

Kepentingan Bermaksud suatu hak hubungan yang sah di


Boleh Lindung sisi undang-undang di antara diri yang
diinsuranskan dengan perkara pokok insurans.

Risiko yang hendak dilindungi mestilah


mempunyai kepentingan kewangan yang
diiktiraf oleh undang-undang. Diri yang
diinsuranskan merupakan individu yang akan
menanggung kerugian kewangan sekiranya
risiko yang dilindungi itu benar-benar terjadi.

Contohnya, pemilik rumah berhak


menginsuranskan rumah kediamannya.

A2.2 KONSEP RISIKO DALAM ISLAM

Terdapat sebilangan orang Islam yang terkeliru tentang konsep takdir


(Qada dan Qadar), yang mana mereka beranggapan takdir mereka
telah ditentukan oleh Allah s.w.t. sejak azali lagi dan dengan itu tidak
perlu berusaha. Hakikatnya, setiap manusia tetap berkewajipan untuk
berusaha dan berikhtiar kerana semua perkara ditentukan oleh Allah
tetapi manusia diberi pilihan untuk mencorakkan kesejahteraan
hidupnya sendiri. Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib / keadaaan sesuatu


kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan yang ada pada
diri mereka (Al-Quran, 13:11)
34 Amalan Asas Takaful

Seterusnya, dalam satu riwayat, Nabi Muhammad s.a.w. bertanya


kepada seorang Badwi yang meninggalkan untanya tanpa ditambat,
Mengapa kamu tidak menambat / mengikat unta kamu? Orang
Badwi itu menjawab, Aku serahkan takdir dan bertawakkal kepada
Allah s.w.t. Nabi Muhammad kemudiannya menjawab, Ikatkan
dahulu unta itu, kemudian barulah bertawakkal.

Pengajaran dari peristiwa di atas mengukuhkan tanggapan bahawa


sesungguhnya umat Islam bukan sahaja perlu percaya pada Qada dan
Qadar Allah, tetapi juga menegaskan yang mereka perlu berusaha
dan bertawakal demi mengelakkan malapetaka atau mengurangkan
risiko menanggung kerugian.

Pengurusan risiko merupakan suatu konsep yang bukan sahaja


diterima oleh masyarakat Islam, malah mempercayainya sebagai
salah satu cara untuk mencapai objektif dan matlamat hidup, dan
seterusnya mencapai matlamat akhir ialah menikmati kehidupan yang
penuh keberkatan di dunia dan di akhirat kelak.

A2.3 RISIKO DAN TAKAFUL

Risiko-risiko yang perlu dihadapi dalam mengendalikaan operasi


perniagaan Takaful tidak terhad kepada perkara-perkara yang
dinyatakan di bawah:

Jenis-jenis Keterangan
Risiko
Risiko Operasi Risiko menghadapi kerugian disebabkan
kegagalan proses kerja dalaman, sumber
manusia dan sistem kendalian atau pengaruh
luar antara lainnya seperti:
Amalan dan keselamatan tempat kerja:
kerugian disebabkan cara bekerja yang tidak
selaras atau bertentangan dengan undang-
undang dan peraturan pekerjaan, kesihatan
dan keselamatan tempat kerja, sistem
ganjaran / upah.
Konsep Risiko 35

Penipuan dalaman: kerugian disebabkan


tindakan pekerja yang berniat untuk menipu,
menyalahguna harta syarikat atau menyalahi
peraturan, undang-undang dan dasar syarikat,
amalan rasuah.
Penipuan luaran: kerugian disebabkan
tindakan pihak ketiga / luar yang berniat
untuk menipu atau pemalsuan dokumen,
penyalahgunaan harta syarikat atau
menyalahi peraturan/undang-undang.
Kerosakan harta: kerugian disebabkan
kerosakan atau kehilangan harta syarikat
akibat bencana alam atau tindakan lain
seperti keganasan, vandalisme dan
sebagainya.
Gangguan perniagaan dan sistem pincang
tugas: kerugian disebabkan gangguan
bekalan utiliti, kegagalan perkakasan dan
perisian komputer.
Proses pengurusan, perlaksanaan dan
penyampaian: kerugian akibat kegagalan
proses transaksi atau proses pengurusan,
kerugian yang berkaitan dengan urusan
dengan rakan niaga atau pembekal akibat
kesilapan kemasukan data, kesilapan akaun,
kegagalan menyiapkan laporan mandatori,
kerugian harta pelanggan disebabkan
kecuaian.
Pelanggan, produk dan amalan perniagaan:
kerugian disebabkan gagal (tanpa niat atau
cuai) untuk memenuhi tanggungjawab
profesional terhadap pelanggan tertentu
(termasuk keperluan industri dan
kesesuaian), atau kerugian akibat kecacatan
reka bentuk atau ciri-ciri produk.
36 Amalan Asas Takaful

Risiko Undang- Risiko kerugian akibat tuntutan udang-undang


undang dari pihak ketiga.

Risiko Strategik Risiko kerugian akibat kesilapan membuat


keputusan atau strategi perniagaan yang
menimbulkan kesan negatif.

Risiko Reputasi Sebarang keraguan atau kesilapan dalam


membuat keputusan, aktiviti atau inisiatif boleh
mencemarkan nama dan reputasi syarikat
Pengendali Takaful.

Risiko Risiko sekiranya dana caruman / tabarru tidak


Pengunderaitan mencukupi untuk menampung bayaran tuntutan
dan rezab perbelanjaan penyelarasan kerugian
semasa tidak mencukupi.

Risiko Pelaburan Risiko dalam pelaburan ialah kerugian. Hampir


kesemua bentuk pelaburan mempunyai
risikonya tersendiri: harga saham jatuh; bon
atau sukuk tidak berfungsi sepatutnya, aset
sandaran pasaran derivatif tidak berfungsi
seperti yang dijangkakan.

Risiko Tadbir Biasanya ia berkisar tentang aktiviti perniagaan


Urus seperti tadbir urus korporat, pengurusan risiko
perusahaan dan pematuhan korporat dengan
peraturan dan undang-undang sedia ada.

Risiko Iaitu merancang dan mengenal pasti pendedahan


Meneruskan organisasi terhadap ancaman dalaman dan
Perniagaan luaran serta penggemblengan kemahiran dan
aset bagi merangka tindakan pencegahan dan
pemulihan yang berkesan untuk organisasi,
mengekalkan kelebihan kompetitif dan nilai
integriti sistem untuk memastikan
kesinambungan dan daya maju syarikat.
Konsep Risiko 37

Risiko Terdapat risiko kemungkinan operasi urus niaga


Pematuhan Takaful tidak mematuhi prinsip-prinsip Syariah.
Syariah Pengendali Takaful mungkin menghadapi risiko
tidak memperolehi pendapatan yang dijangka
serta risiko reputasi. Sebagai contoh, risiko yang
telah diterima mungkin tidak mematuhi prinsip-
prinsip Syariah dan oleh itu terpaksa ditolak dan
menyarankan agar kotrak dibatalkan atau
mendermakan pendapatan kepada badan-badan
kebajikan.

A2.4 KAEDAH MENANGANI RISIKO

Apabila sesuatu risiko itu telah dikenal pasti dan dinilai, semua teknik
pengawalan risiko boleh digunakan dan pada dasarnya terdapat empat
cara menangani risiko:

Pengelakan risiko
Pengawalan / pengurangan risiko
Pengekalan risiko
Pemindahan risiko
Perkongsian risiko

2.4.1 Pengelakan Risiko

Menjauhi atau menghapuskan risiko - Sekiranya diputuskan bahawa


terdapat risiko yang tidak boleh diterima, maka organisasi boleh
memutuskan untuk tidak meneruskan aktiviti atau perniagaan yang
mengandungi risiko berkaitan. Jika keputusan ini dibuat, maka
individu atau organisasi telah memutuskan untuk mengelakkan risiko.
Pengelakan mungkin seolah-olah jawapan kepada semua risiko, tetapi
mengelakkan risiko juga bermakna kehilangan potensi keuntungan
sekiranya menerima (mengekalkan) risiko yang dibenarkan.
Keputusan untuk tidak meneruskan perniagaan bagi mengelakkan
risiko kerugian juga bererti mengelakkan kemungkinan memperolehi
keuntungan. Contohnya, tidak membeli harta atau memulakan
38 Amalan Asas Takaful

perniagaan kerana tidak mahu menanggung liabiliti yang terkandung


didalamnya.

2.4.2 Pengawalan atau Pengurangan Risiko

Ini adalah suatu tindakan yang diambil untuk memperbaiki risiko


demi mencapai tahap standard yang boleh diterima pakai. Proses
penilaian yang berterusan amat diperlukan untuk memastikan standard
yang diingini dapat dicapai. Ia melibatkan kaedah mengurangkan
keterukan / ketenatan kerugian atau kemungkinan dapat mencegah
dari berlakunya kerugian. Sebagai contoh, memasang sistem perenjis
air untuk memadamkan api bagi mengurangkan risiko kerugian
disebabkan kebakaran.

2.4.3 Pengekalan Risiko

Sekiranya tahap risiko semasa berada di tahap yang boleh diterima,


individu atau organisasi boleh memutuskan untuk mengekalkan risiko
berkenaan. Ia bererti berkesanggupan menerima kerugian sekiranya ia
benar-benar berlaku. Pengekalan risiko merupakan satu strategi yang
berdaya maju bagi risiko kecil di mana kos menginsuranskan risiko
berkenaan mungkin lebih besar dimasa akan datang berbanding
dengan jumlah kerugian yang dialami.

2.4.4 Pemindahan Risiko

Ia melibatkan proses pemindahan risiko kepada organisasi (insurer)


atau individu. Apabila risiko dipindahkan, kerugian akan dibayar oleh
organisasi atau individu kepada mereka yang memindahkan risiko
berkenaan. Terdapat dua cara untuk memindahkan risiko

Contoh Kotrak Insurans / Takaful: Pemilik rumah boleh


memindahkan risiko kerugian sekiranya rumah kediamannya musnah
dijilat api iaitu dengan membeli pelan Takaful kebakaran.

Contoh Kontrak Bukan Insurans / Takaful: Sesebuah pasar raya boleh


memindahkan risiko (liabiliti) yang timbul daripada penjualan produk
Konsep Risiko 39

yang megalami kecacatan dengan membuat kontrak perjanjian dengan


pengilang di mana pengilang bersetuju untuk membayar ganti rugi
kepada pasar raya dari liabiliti yang mungkin timbul daripada produk
yang rosak.

A2.4.5 Perkongsian Risiko

Islam tidak membenarkan risiko ditukar iaitu pemindahan secara


keseluruhan kerugian kewangan yang timbul daripada risiko. Ia tidak
diiktiraf sebagai adil kepada setiap pihak kerana ia boleh membawa
kepada beban lebih-tuntutan di luar niat asal syarikat insurans, atau
sebaliknya juga boleh mengakibatkan tahap premium yang tidak boleh
diterima oleh pihak yang dilindungi.

Sebagai alternatif, individu atau organisasi boleh berkongsi risiko


dengan orang lian yang mempunyai sifat risiko yang serupa. Amalan
ini dipanggil perlindungan Takaful.

A2.5 PENGURUSAN RISIKO

2.5.1 Mengenalpasti Risiko

Mengenalpasti risiko merupakan langkah yang paling penting dalam


proses pengurusan risiko. Ia perlu dilakukan untuk mengenal pasti
risiko-risiko yang boleh menjejaskan kewangan individu atau firma
sebelum suatu jalan penyelesaian boleh disediakan. Apabila risiko
telah dikenal pasti, ia hendaklah diukur dan dinilai secara individu
bagi menentukan kebarangkalian atau kemungkinan berlaku kerugian
dan kesan kewangan keatas individu atau firma terbabit.

Pengurusan risiko mengambil pandangan bahawa sesebuah firma


terdedah kepada risiko dalam pelbagai cara yang kesemuanya boleh
menyebabkan kerugian kewangan. Oleh itu, risiko dilihat dalam erti
kata yang seluas-luasnya, dan tidak terhad kepada risiko yang boleh
diinsuranskan. Tanggungjawab pengurus risiko ialah mengenal pasti
risiko yang berkemungkinan boleh menjejaskan perniagaan syarikat.
40 Amalan Asas Takaful

Kaedah Mengenal pasti Risiko

Pemeriksaan Fizikal

Membuat lawatan singkat ke loji adalah penting untuk


membantu memahami risiko berkaitan, yang kemudiannya
diikuti dengan proses formal mengenal pasti risiko secara
lebih menyeluruh.

Carta Organisasi

Satu carta yang menunjukkan struktur organisasi syarikat dan


hubungan di antara kakitangan dan jabatan yang berlainan
dapat membantu mengenal pasti kelemahan struktur
organisasi.

Carta Aliran Kerja

Satu carta yang menunjukkan bahan-bahan atau kerja


'berfungsi' melalui pelbagai peringkat proses di mana
bahagian yang lemah / tidak berfungsi boleh dikenal pasti.

Senarai Semak

Suatu senarai soalan pertanyaan atau soal selidik yang


berkaitan dengan bidang-bidang utama aktiviti boleh
membantu mengenal pasti bahagian-bahagian yang
mempunyai risiko.

2.5.2 Pemeriksaan dan Penilaian Risiko

Pemeriksaan dan penilaian risiko adalah proses menentukan kesan


risiko atau potensi kerugian supaya tindakan sewajarnya dapat diambil
berdasarkan sumber-sumber yang sedia ada. Penilaian risiko
melibatkan anggaran kekerapan dan keterukan pendedahan risiko dan
menentukan tahap kedudukannya berdasarkan kepada perbandingan
Konsep Risiko 41

kepentingan. Risiko yang berpotensi tinggi menyebabkan kerugian


akan diberikan keutamaan dalam pelan pengurusan risiko.

Kekerapan risiko merujuk kepada jumlah atau bilangan sesuatu


musibah itu berlaku yang mengakibatkan kerugian, dalam suatu
tempoh masa yang ditetapkan (kebarangkalian berlakunya).

Keterukan risiko merujuk kepada kos atau jumlah kerugian dari


segi kewangan, yang terpaksa ditanggung akibat dari musibah
berkenaan.

Tidak semua risiko itu penting dan perlu dikendalikan atau


diinsuranskan / dilindungi. Bagi risiko yang lebih kecil, ia boleh
diabaikan walaupun terdapat kemungkinan yang ia boleh berlaku.
Walau bagaimanapun, saiz risiko sahaja tidak menentukan sama ada
ia perlu diberi keutamaan. Risiko yang mempunyai kemungkinan
yang sedikit untuk terjadi tetapi membawa kesan yang besar terhadap
kedudukan kewangan individu atau firma perlu diberi keutamaan.
Contoh: Dalam pelan pengurusan risiko, pendedahan kerugian yang
berpotensi untuk menyebabkan sesebuah firma itu muflis adalah jauh
lebih penting berbanding dengan pendedahan risiko yang berlaku
tetapi hanya melibatkan kos yang kecil.

2.5.3 Pembangunan Pelan Pengurusan Risiko

Apabila sesuatu risiko telah dinilai sepenuhnya, sudah tiba masanya


untuk memilih kaedah pengurangan risiko yang bersesuaian.
Pemilihan kaedah tersebut harus dibuat pada peringkat awal pelan
pembangunan dengan mengambilkira kos dan keberkesanannya.
Terdapat empat kaedah pengurangan risiko - Pengelakan Risiko;
Kawalan Risiko; Pembendungan Risiko dan Pemindahan Risiko.

2.5.4 Perlaksanaan Pelan Pengurusan Risiko

Sebaik sahaja pemilihan kaedah yang sesuai telah diputuskan, pelan


pengurusan risiko sudah bersedia untuk dilaksanakan. Dalam
melaksanakan langkah ini, risiko perlu dikenalpasti keutamaannya dan
42 Amalan Asas Takaful

disesuaikan dengan bentuk tindakan yang akan diambil. Salah satu


bentuk tindakan yang kerap diambil ialah dengan menginsuranskan /
melindungi risiko tersebut.

2.5.5 Kajian semula dan Pemantauan Pelan Pengurusan Risiko

Kajian semula dan pemantauan adalah satu lagi langkah penting


dalam proses pengurusan risiko. Aktiviti-aktiviti ini melibatkan
kajian / penilaian semula secara berkala, memantau proses
perlaksanaan serta semakan progresif keatas pelan berkenaan
supaya ia selaras dengan perubahan dalam persekitaran
perniagaan dan ekonomi.

Peringkat pemantauan dan kajian semula risiko termasuk


mengeluarkan buku panduan/ manual mengenai risiko , laporan
tuntutan, kajian pengalaman dan audit. Secara umumnya, risiko
yang berlainan memerlukan kaedah pemantauan yang berbeza,
khususnya risiko yang dilindungi yang perlu dipantau secara lebih
kerap dan melaporkan terus kepada pihak pengurusan.

Penilaian semula secara berkala boleh membantu mengenal pasti


sebarang kekurangan atau pengubahsuaian, dan juga memastikan
objektif pelan pengurusan risiko boleh dicapai. Kajian / penilaian
semula perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

2.5.6 Komunikasi Pelan dan Objektif Pengurusan Risiko

Sering diperkatakan bahawa bukan pelan yang penting, tetapi


ketelitian perancangan itu sendiri yang menjadi keutamaan. Ini
adalah sangat benar dimana komunikasi yang berkesan disemua
fasa perancangan pengurusan risiko amat diperlukan. Keperluan
komunikasi sering diabaikan dan akibatnya, fasa perlaksanaan dan
pemantauan tidak dititikberatkan sehingga mengakibatkan
objektif pelan pengurusan tidak dapat dicapai.
Konsep Risiko 43

Petunjuk-petunjuk penting dari sumber dalaman atau luaran yang


berkaitan dengan pengurusan risiko perlu diambilkira. Kedua-dua
sumber berkenaan perlu dimasukkan ke dalam dasar pengurusan
risiko. Petunjuk-petunjuk utama ini boleh dipecahkan kepada
bidang pengkhususan risiko masing-masing.

Pengurusan risiko perlu diintegrasikan ke dalam budaya korporat.


Dalam amalan pengurusan risiko yang moden, setiap individu
dalam syarikat bertanggungjawab untuk mencapai objektif
pengurusan risiko firma. Oleh itu, dalam semua fasa pengurusan
risiko, komunikasi antara pihak-pihak yang terlibat amatlah
penting.
44 Amalan Asas Takaful

Anda mungkin juga menyukai