Anda di halaman 1dari 2

MENGGALI POTENSI ANAK KECIL

Kanak-kanak adalah lambang masa silam yang diikat dengan kasih sayang dan rasa hormat
menghormati antara dua insan yang bertekad untuk berkongsi kehidupan dan masa depan
yang penuh dengan harapan.

Salah satu harapan yang tiba dengan hadirnya cahayamata ialah agar kanak-kanak membesar
dan berkembang sebaik mungkin. Untuk memupuk potensi dan kebolehan kanak-kanak,
sebagai ibu bapa kita berusaha keras bagi memberikan mereka yang terbaik.

Membesarkan anak memang tanggungjawab yang besar. Kalau boleh lakukan banyak
rangsangan untuk membantu mengoptimumkan otak anak-anak. Ketahuilah bahawa
kepelbagaian aktiviti penting untuk diolah supaya dapat mempersiapkan anak-anak secara
matang berhadapan dengan masa depan yang lebih mencabar.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun mewujudkan Dasar Pendidikan Awal
untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Sehingga kini, masih belum ada satu dasar
yang komprehensif yang menggabungkan asuhan dan didikan awal kanak-kanak berumur di
bawah 4 tahun di negara ini. Dengan yang demikian, kewujudan Dasar ini adalah penting
bagi menentukan hala tuju Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (ADAK).

Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan ini menggabungkan dua
aspek, iaitu pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. Walaupun aspek pengasuhan
adalah suatu komponen dalam kurikulum ini, namun fokus utama kurikulum adalah
berhubung dengan pendidikan yang merupakan perkara spesifik di bawah tanggungjawab
KPM.

Penubuhan Tadika Bestari di IPG Kampus Keningau umpamanya, adalah bukti komitmen
berterusan pihak IPG dalam mentransformasi sistem pendidikan negara. Kurikulum
Pendidikan Islam diajar secara langsung oleh pensyarah yang dilantik dari Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral.

Melatih perkembangan otak adalah satu perkara yang penting dan kritikal untuk
perkembangan seorang anak-anak di prasekolah. Salah satu cara yang efektif dan popular
untuk membantu perkembangan kemampuan otak adalah melalui nyanyian, inovasi Tin Kitar
Minda, permainan, amali dan sebagainya. Selain mengembangkan kemampuan otak,
kemahiran menulis juga mengasah kecerdasan dan kreativiti anak-anak prasekolah.

Selain itu, kurikulum Pendidikan Islam di tadika ini menekankan aspek kemahiran bersosial.
Kemampuan bersosial dilihat signifikan dan relevan dalam perkembangan anak-anak kecil ini
yang semakin membesar, berdepan dengan pelbagai bentuk cabaran dan pendedahan
maklumat luar yang menuntut anak seusia ini membuat keputusan secara bijak dan waras.

Salah satu didikan awal, adalah dengan memberi pengetahuan tentang adab-adab bersosial.
Adab-adab ini kemudiannya dipraktikkan dalam kelas mereka. Secara langsung, guru dapat
mengenalpasti pola sosial anak kecil ini serta memberi teguran semerta. Dalam hal ini,
pengukuhan boleh digunakan bagi menyuntik semangat anak kecil untuk bersosial secara
sihat semasa rakan mereka, di samping mampu mengasah rasa ingin tahun dan imiginasi yang
lebih tinggi dalam kalangan anak-anak tadika ini.
Kanak-kanak umpama sebutir mutiara yang berkilau, jika dipelihara dengan betul maka
baiklah jadinya, jika dibiarkan begitu sahaja maka buruklah akibatnya. Oleh itu jadikanlah
kanak-kanak itu sebagai 'Mutiara Hati' kita agar dapat bersinar menerangi hari-hari yang
mendatang.

Sesungguhnya amat diyakini bahawa, kurikulum Pendidikan Islam di Tadika Bestari IPG
Kampus Keningau mampu menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek
pertumbuhan diri yang seimbang supaya mereka menjadi individu yang berguna kepada
dirinya dan masyarakat dengan berlandaskan rukun negara.

Anda mungkin juga menyukai