Anda di halaman 1dari 7

TUGAS KAKITANGAN MAKMAL

PEMBANTU MAKMAL/PEMBANTU MAKMAL RENDAH/ PEMBANTU AM RENDAH

1. Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru sains dan meminta sebut harga
dari syarikat -syarikat yang tertentu pada awal tahun ( sebelum penggal persekolahan.
2. Menulis pesanan dalam borang pesanan. Semua pesanan mestilah dibuat melalui Guru
Kanan Sains/Pengetua.
3. Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua berkeadaan baik dan
mengikut kehendak guru sains.
4. Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas.
5. Menyediakan bahan keperluan yang diminta oleh guru sains.
6. Menjaga makmal dan memastikan makmal berkeadaan bersih kemas dan selamat.
7. Memastikan bahan/ubatan di dalam kotak kecemasan sentiasa mencukupi.
8. Mengutamakan langkah keselamatan dalam sesuatu kecemasan.
9. Memastikan radas dan bahan kimia dikembalikan ke tempat asal selepas digunakan.
10. Memastikan bilik makmal berada dalam keadaan kemas dan bersih serta semua tingkap
dan penutup gas besar/ paip ditutup sebelum mengunci makmal.
11. Menjalankan tugas-tugas harian/rutin.

11. Menyediakan radas-radas dan larutan kimia untuk eksperimen.

11.1 Menyediakan 8 - 10 set radas sains yang diperlukan oleh guru sains untuk
eksperimen.
11.2 Mengisi botol-botol reagent, aspirator dengan larutan kimia, larutan
indikator dan larutan lain yang sentiasa mencukupi serta menukar label di botol
reagent jika perlu.
11.3 Menyediakan carta-carta, projektor slaid, OHP, slaid Mikroskop dan
transparensi untuk pengajaran sains.
11.4 Menyimpan dana mengemas radas-radas yang telah digunakan ke tempat
asalnya.
11.5 Melengkapkan radas pelajar di makmal Kimia dan Makmal Fizik.

11.6 Membuka, mengunci dan menjaga keselamatan dan kebersihan


makmal:
i) Membuka Makmal Fizik, Biologi dan kimia serta setor.
ii) Membersihkan makmal Fizik, Kimia, biologi dan makmal sains lainnya serta
setor.
iii) Membersihkan papan hijau, sinki, meja guru, meja pelajar serta almari wasap dan
sebagainya.
iv) Mencuci dan mengelap radas-radas kaca.
v) Menguruskan troli-troli eksperimen supaya sentiada berada dalam keadaan bersih
dan teratur.
vi) Mengembalikan alat-alat reagent botol kimia, model sains, carta dan radas lain ke
tempat asalnya selepas eksperimen dijalankan.
vii) Mencuci bilik makmal dan longkang-longkang dalam makmal pada hari Sabtu
dan Cuti penggal sekolah.
viii) Mengecat permukaan meja guru, pelajar di makmal pada cuti penggal
sekolah.
ix) Memastikan lampu, kipas, tingkap-tingkap dan pintu makmal dan stor dititup dan
dikunci sebelum pulang.

11.7 Membantu mengurus, buku stok/inventori.


a). Menerima dan menyemak radas dan bahan kimia yang baru dibeli serta
memasukkan ke stor dan mencatat dalam buku utama dan kad stok.
b). Menyenaraikan radas dan bahan utama yang kurang dalam borang pesanan.
c). Menyemak stok di Makmal fizik, biologi, kimia dan mencatat dalam buku stok.
d). Menyemak stok BBM.
e). Menyemak alat-alat yang pecah dan rosak dan merekodkan di dalam buku stok.

11.8 Memastikan semua radas/alatan dan bahan kimia berkeadaan baik dan
berfungsi.
a). Memasang klip buaya pada dawai.
b). Menyelenggarakan alat-alat elektronik, mikroskop, kaki retort, penunu bunsen,
neraca kimia, model bahan bantu mengajar.
c). Melaporkan kerosakan sinki, papan hijau dan kerosakan lain kepada Guru Kanan
Sains.

11.9 Menyediakan radas dan bahan kimia untuk percubaan Amali Sains, hari
sains dan sebagainya.
a). Mengira stok radas dan bahan kimia dan menyediakan senarai pesanan untuk
amali sains.

11.10 Menjalankan tugas-tugas lain yang di arahkan pengetua, Penolong Kanan


dan Guru Kanan Sains.

Mengambil kunci makmal di pejabat dan membuka makmal sebelum pembelajaran


dimulakan.
Menyediakan alat-alat, perkakas-perkakas, bahan-bahan kimia, reagent-reagent kimia dan
lain-lain yang diperlukan untuk sesi amali pada hari berkenaan, seperti dikehendaki oleh
guru sains.
Berada dalam makmal dan membantu guru sains mengelola sesi amali yang dijalankan.
Mencatat nama bahan kimia, alat/radas yang baru diterima ke dalam buku stok Utama
pada hari yang saama diterima.
Mencuci alat/radas sains yang kotor.
Mengembalikan alat-alat reagent -reagen kimia dan lain-lain ke tempat asalnya.
Membersihkan meja kerja pelajar dan guru.
Membersihkan papan hijau.
Memastikan semua paip gas, paip air, lampu dan kipas telah ditutup.
Menyapu lantai makmal dan bilik persediaan.
Mencuci semua singki, meja-meja makmal, almari wasap, papan hitam dan sebagainya.
Membuang sampah.
Menutup tingkap dan mengunci pintu makmal serta mengembalikan kunci makmal ke
pejabat.
Mengisi botol-botol reagent dengan larutan kimia dan menukar label di botol jika perlu.
Menolong pembantu makmal, guru sains menyediakan larutan-larutan reagent kimia,
larutan indikator dan lain.;ain.
Mengumpul bahan-bahan yang diperlukan untuk percubaan pada minggu berikutnya.
Mengumpul bahan-bahan yang diperlukan untuk percubaan pada minggu berikutnya.
Menolong pembantu makmal dan guru sains di dalam perkara-perkara berikut:
Membuat alat-alat sains saripada bahan-bahan tempatan dan lain-lain.
Memperbaiki radas-radas/bahan kimia atau biologi yang rosak.
mengecaskan bateri-bateri bekal.
menyediakan radas yang diperlukan untuk percubaan pada minggu berikutnya:
menajamkan alat-alat /pemotong dalam makmal Biologi.
Menyenaraikan radas/radas sains yang telah dipecahkan oleh pelajar dan alat-alat
memerlukan servis.
mencuci peti sejuk.
mencuci akuarium dan tempat-tempat memelihera binatang-binatang jika ada.
mencuci bilik makmal dan longkang-longkang.
mengecat bilik makmal.
Mengecat permukaan meja-meja makmal.
memastikan keadaan penyambung paip gas dalam longkang bilik makmal dan juga
keadaan baik. Paip-paip gas dan air jika berkarat atau mungkin berlaku kebocoran,
lapor kepada pembantu makmal/guru kanan sains.
Mencuci dan gris alat-alat ukuran supaya tidak berkarat dalam tempoh cuti
sekolah.

Peringatan:

Ada alat yang tidak dicuci dengan air . Gunakan minyak atau cairan yang sesuai.

* Mencuci semua teropong halus.

* membuat alat-alat sains daripada bahan-bahan tempatan, jika perlu.

* menolong pembantu makmal dan guru sains mengemaskini stok tahunan.

* membaiki papan hijau dalam tiap-tiap bilik makmal (Jika perlu)

* Membaiki atau membetulkan almari wasap (fame Cuboard) dan rumah-rumah binatang
(Jika perlu).
11.7 menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/ Penolong kanan /Guru ketua
bidang sains.

Dipetik daripada buku panduan staff sekolah.

TUGAS- TUGAS PEMBANTU MAKMAL

(VERSI KEDUA)

Pembantu Makmal merupakan kakitangan yang memainkan peranan yang sangat penting dalam
pengurusan makmal sains di sekolah. Beliau bertanggungjawab menyediakan alat, radas, bahan
kimia atau bahan biologi untuk digunakan dalam pengajaran-pengajaran sains serta
mengendalikan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan pengurusan makmal termasuk kebersihan
makmal.

1. Membantu ketua jabatan Sains menguruskan stok jabatan sains dan matematik.

2. Membantu ketua jabatan sains dan amatematik dalam pesanan pembelian dan penerimaan
dan penyediaan L.O

3. Membeli bahan-bahan yang tertentu seperti bahan-bahan biologi dan runcit.

4. Bertanggungjawab terhadap keselamatan makmal, air , elektrik dan gas.

5. Mengawasi dan memberi panduan kepada kakitangan di bawah.

6. Mengadakan In-house traning kepada kakitangan baru

7. Membantu ketua jabatan dan ketua panitia dalam amali sains.

PEMBANTU MAKMAL RENDAH DAN PEMBANTU AM RENDAH

Pembantu makmal Rendah dakan menjalankan tugas pembantu makmal bila diperlukan.

1. Menolong guru-guru sains dalam menyediakan sesuatu percubaan, termasuk penyediaan


larutan.
2. Mencacatkan di dalam buku stok radas-radas dan bahan-bahan yang diberikan oleh
jabatan.

3. Menjaga kad stok unit dan menentukan ianya sentiasa lengkap.

4. Membuat cacatan dalam buku kerosakan, kemalaangan, pinjaman dan lain-lain yang
berkaitan.

5. Bertugas tidak kurang daripada 8 jam (termasuk masa makan) pada hari persekolahan,
penyusunan jadual bertugas terserah kepada pihak jabatan dan sekolah.

6. Membuka pintu dan tingkap makmal pada awal pagi.

7. Mempastikan bahawa keadaan makmal adalah sentiasa bersih dan sesuai untuk
pengajaran-pembelajaran.

8. Mengkaji buku/borang pesanan guru untuk kerja amali di makmal bagi mempastikan
bahawa peralatan sains, bahan limia dan lain-lain keperluan telah disediakan dalam keadaan
yang berfungsi sebelum kerja amali dimulakan.

9. Berada dalam bilik makmal atau bilik persediaan supaya dapat dihubungi oleh guru sains
apabila pertolongan diperlukan.

10. Memelihera dan menjaga tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk
pengajaran dan pembelajaran.

11. Selepas setiap sesi amali, kakitangan makmal hendaklah:

a. Mencuci , membersihkan alatan sains yang telah digunakan.

B. Mengembalikan semua alatan sains, bahan kimia , reagen kimia dan sebagainya yang
telah digunakan ke tempat asal masing-masing.

C. Membersihkan meja akerja pelajar, meja guru, papan hijau dan sinki serta mempastikan
bahawa semua paip gas, paip air, kipas dan lampu elektrik ditutup.

D. Selepas kelas amali yang terakhir setiap hari, kakitangan makmal hendaklah.

I. Mengosongkan tong sampah yang terdapat dalam makmal.

ii. Menutup pili utama bekalan gas.

iii. Menutup tingkap, pintu makmal dan kemudian mengunci makmal dan kembaliakan kunci
ke pejabat sekolah.

TUGAS-TUGAS PADA HARI SABTU


1. Menyediakan larutan reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya.

2. Menokok tambahkan kandungan botol reagen dengan larutan kimia yang berkenaan.
Tukarkan label pada botol reagen jika perlu.

3. Mereka buat peralatan sains (jika perlu0 dari bahan-bahan tempatan atau peralatan sains
yang tidak digunakan lagi.

4. Memperbaiki peralatan sains yang mudah yang telah rosak.

5. Mengecas dan discas akumulator.

6. Menyelenggarakan peralatan sains seperti menajamkan alat pemotong.

7. Mengemaskinikan butir-butir dalam buku stok berdasarkan rekod invois bagi peralatan
sains, bahan kimia dan bahan biologi yang baru diterima.

8. Mempastikan bahawa semua peralatan sains , bahan kimia dan bahan biologi disusun
dengan teratur.

9. Membersihkan bilik makmal termasuk longkang dan sinki.

10. Memeriksa, menyelenggara kemudahan maakmal termasuk perabut, bekalan elektrik, air
dan gas , jika berlaku sebarang kerosakan ataua kebakaran. Laporkan perkara ini dengan segera
kepada pihak sekolah.

11. Menyemak semula dan mempastikan bahan yang beracun serta merbahaya adalah
disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.

12. Membantu ketua jabatan Sains menyemak dan mempastikan bahawa alat melawan api
dan peti pertolongan cemas adalah lengkap.

TUGAS-TUGAS KHAS PADA MASA CUTI SEKOLAH

1. Mengecat permukaan meja makmal dan alatan sains dan sebagainya.

2. Menyemak stok peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi dalam makmal dan
mengemaskinikan butir-butir dalam kad stok berdasarkan rekod.

3. Membantu ketua jabatan Sains dalam kerja hapuskira, pelupusan dan anggaran
belanjawan.

4. Membersihkan bilik makmal.


Selain daripada yang tersebut di atas, kakitangan makmal hendaklah juga menjalankan tugas lain
yang diarahkan oleh Pengetua, Guru Penolong kanan, ketua jabatan dan ketua panitia sains dari
masa ke semasa.

Index

Anda mungkin juga menyukai