Anda di halaman 1dari 3

KISAH NABI YUSUF DENGAN ZULAIKHA

TEKS CATATAN

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Pengenalan:pantun


Terima kasih pengacara majlis, barisan panel hakim, guru-guru dua rangkap
seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Negara Mesir lokasi utama


Nabi Yusuf dengan Zulaikha ini kisahnya

Nabi Yusuf a.s adalah manusia pilihan Allah. Beliau merupakan anak (1) Pengenalan
kesayangan Nabi Yaakub a.s. (1)

*Cantik dan menarik itulah Zulaikha * pantun


Isteri pembesar Mesir, Al-Aziz gelarannya

(2) Dalil

"Sesungguhnya ada beberapa tanda-tanda kekuasaan Allah pada (kisah) Yusuf dan
saudara-saudaranya bagi orang-orang yang bertanya. (2) (3) Pengajaran
(Surah Yusuf : ayat 7)

Nabi Yusuf a.s mempunyai keturunan yang mulia(3). Ayah, datuk dan
moyangnya juga merupakan seorang nabi iaitu Yaakub, Ishak dan (4) Isu Semasa
Ibrahim.

Kes penyamaran sebagai kerabat di raja merupakan sesuatu yang


tidak patut berlaku(4). Jadilah sepertimana asalnya kita kerana setiap
manusia itu sangat mulia di sisi Allah.

Akibat hasad dengki dan iri hati, Nabi Yusuf menjadi mangsa (1) Isi
konspirasi saudara-saudaranya. Lalu baginda dibuang ke dalam perigi
nun jauh dari kampung halamannya.(1)

*Kafilah berhenti mencari air *nasyid sepohon


Selamatlah baginda dari bencana kayu
Lalu dijual di Negara Mesir
Milik Al-Aziz, pembesar Negara

(2) Dalil

(3) Pengajaran
Dan mereka menjualnya(Yusuf) dengan harga rendah, iaitu beberapa dirham
sahaja, sebab mereka tidak tertarik kepadanya .(2)
(Yusuf : ayat 20)
KISAH NABI YUSUF DENGAN ZULAIKHA

Menjauhi hasad dengki sangat dituntut di dalam agama(3).

Disebabkan penyakit inilah terjadinya kes-kes pembunuhan(4) di (4) Isu Semasa


kalangan masyarakat tanpa rasa belas kasihan.
*Membesar Yusuf di dalam istana (1) Isi
Zulaikha tertarik memandang wajahnya *syair
Bertambah tampan lalu digoda
Ditepis oleh Iman dan taqwa(1)

(2) Dalil

Dan ketika dia telah cukup dewasa Kami berikan kepadanya kekuasaan dan ilmu.
Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik(2)
(Yusuf : ayat 22)
(3) Pengajaran
Kisah Zulaikha menggoda Nabi Yusuf tersebar di serata negeri. Ini
mengundang tanggapan negatif terhadap dirinya. (4) Isu semasa

Hiasilah diri dengan sifat mulia agar tidak dipandang hina(3).

Program Imam Muda menggalakkkan masyarakat mencontohi


kemuliaan peribadi dan tingkah laku ikon-ikonnya(4). Disamping
memberi kesan kepada masyarakat, ia juga mendidik individu
berkenaan menjadi insan soleh di sisi Allah.

Bagi membersihkan namanya, Zulaikha sengaja merancang sebuah (1) Isi


jamuan khas untuk isteri-isteri para pembesar.(1)

Sedang asyik para tetamu berbual sambil memotong buah, Yusuf


keluar lalu diperkenalkan. Semua mata tertumpu pada ketampanan
dan kesucian wajahnya sehingga tanpa sedar rupanya pisau itu
terhiris jari mereka sendiri.

*Yusuf merayu serta berdoa *Sajak


Bagi menghindar dosa dan noda
Permintaan diterima Yang Maha Esa
Diri difitnah lalu dipenjara

(2) Dalil

Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan.(2)
(Al-Baqarah : ayat 191) (3) Pengajaran

Sikap suka memfitnah perlu dijauhi oleh setiap muslim kerana ianya
KISAH NABI YUSUF DENGAN ZULAIKHA

boleh memporak perandakan kehidupan masyarakat(3). (4) Isu Semasa

Tambahan lagi media penyebarannya berkembang luas termasuklah


melalui SMS, Facebook, Twitter dan sebagainya.(4)

Setelah pelbagai ranjau dan ujian dilalui sepanjang hidupnya Yusuf (1) Isi
diangkat menjadi mulia kerana jasanya menyelamatkan Negeri dari
bencana.(1)

Dilantik Yusuf jadi menteri *Nasyid iman


Kerana bakat mentafsir mimpi mutiara
Bijak dan pandai tadbir negeri (chorus:iman tak
Rakyat sejahtera aman harmoni dapat diwarisi)

Ketika dia (Raja) telah bercakap dengannya (Yusuf), raja


berkata,sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang (2) Dalil
berkedudukan tinggi di lingkungan kami dan dipercayai(2)
(Yusuf: ayat 54)

Bertemu semula Yusuf dan Zulaikha.


*pantun
Lalu berkahwin hidup bahagia
(3) Pengajaran
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah(3).
(4) Isu Semasa
Perkahwinan beramai-ramai(4) anjuran Baitulmal merupakan langkah
yang amat baik bagi membantu golongan sederhana membina
keluarga. Dengan ini masalah sosial dapat ditangani.

Kesabaran Yusuf perlu dicontohi


Agar hidup aman diberkati Ilahi(5)
(5) Penutup
Sekian Wabillahi Taufiq Wal Hidayah
Wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

CADANGAN SOALAN SPONTAN:

1- JIKA ANDA SEORANG PENGAWAS SEKOLAH, APAKAH TINDAKAN ANDA SEKIRANYA


BERLAKU PERGADUHAN DI DEPAN MATA ANDA?
2- SEBAGAI SEORANG PELAJAR, APAKAH PERANAN UTAMA ANDA DI SEKOLAH DAN
KELAS?
3- SEBAGAI PELAJAR ISLAM, APAKAH TANGGUNGJAWAB ANDA APABILA MELIHAT
KAWAN-KAWAN YANG BERAGAMA ISLAM TIDAK MENUNAIKAN SOLAT?

Anda mungkin juga menyukai