Anda di halaman 1dari 30

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

Buku Panduan Guru Tahun 6 2015


Sekolah Kebangsaan

1.0 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD


PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN
BERTUTUR

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar menentukan keupayaan


murid supaya berkebolehan mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang
didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Manakala
Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin
hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan
sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila. Penekanan diberikan pada pengucapan yang
menggunakan tatabahasa yang betul dan ungkapan yang dilafazkan secara bertatasusila.

Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu
menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur.

Standard Kandungan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur


Murid patut mengetahui dan boleh:

1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa
dan ayat dengan betul.

1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan
yang didengar dengan betul.

1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul.

1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber dengan tepat secara bertatasusila.

1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber
secara bertatasusila.

Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

1.2.6 Mendengar, memahami, dan menyebut ayat yang mengandungi pelbagai laras bahasa
dengan struktur ayat yang betul dan tepat.

1.3.1 Mendengar, memahami, dan memberikan respons terhadap arahan berdasarkan ayat perintah
mengikut urutan dalam pelbagai situasi dengan betul.
1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap ayat tanya dalam pelbagai situasi
dengan betul.
16
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

1.3.3 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap pesanan dan menyampaikan
pesanan dengan menggunakan bahasa yang santun dalam pelbagai situasi.

1.4.1 Bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat
yang gramatis dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata gelaran yang sesuai dalam situasi
formal dan tidak formal secara bertatasusila.

1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama yang sesuai dengan betul
dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

1.4.4 Menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dengan memberikan alasan yang sesuai
dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
menggunakan ayat yang mengandungi bahasa yang indah.

1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul menggunakan pelbagai ayat yang mengandungi bahasa yang indah.

1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai sumber
untuk membuat rumusan dengan betul secara bertatasusila.

1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat daripada
pelbagai sumber menggunakan bahasa yang indah secara bertatasusila.

1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis dan kreatif tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD


PEMBELAJARAN KEMAHIRAN
MENDENGAR DAN BERTUTUR
17
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Semasa merancang strategi pengajaran dan


pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan
bertutur, guru perlu memberi pertimbangan
aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan
selepas kemahiran mendengar dan bertutur
yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran
kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui
pelbagai aktiviti secara terancang bagi
mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru
boleh merancang strategi pengajaran dan
pembelajaran dengan pelbagai cara seperti
dalam contoh rancangan mengajar yang
disediakan ini.

18
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

TEMA PERPADUAN

TAJUK Bersatu Kita Dalam Gembira

MASA

1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis


STANDARD dan kreatif tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
PEMBELAJARAN sumber dengan menggunakan bahasa yang gramatis
secara bertatasusila.

Pada akhir pengajaran murid dapat:


i. mengemukakan pendapat secara kritis dan kreatif tentang
OBJEKTIF masyarakat majmuk di Malaysia.
ii. menyatakan pendapat tentang petikan menggunakan ayat
yang gramatis secara bertatasusila.

Ilmu : Sejarah
Nilai : Bersatu padu, Patriotisme
EMK : TMK, Celik Kewangan
PENGISIAN KURIKULUM
KB : Menghubung kait
TKP : Verbal Linguastik
BCB : Perbincangan

SISTEM BAHASA Sebutan dan Intonasi


Kosa Kata: Kata Nama

BAHAN BANTU BELAJAR Slaid power point, petikan


lirik lagu 1 Malaysia

PENILAIAN PENGAJARAN Murid menyatakan pendapat berkaitan lagu dan perayaan


DAN PEMBELAJARAN menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.

REFLEKSI

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

19
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM

Memberi pendapat

1. Murid mendengar dan menyanyikan EMK : TMK Lampiran 1


lagu melalui slaid yang dipaparkan. ENT : - Media: slaid dari
Ilmu : Kewarganegaraan internet
2. Murid memberi pendapat tentang Nilai : Patriotisme
maklumat yang terdapat dalam lagu Petikan lirik lagu
tersebut. 1Malaysia
(Guru juga boleh
menggunakan bahan
berbentuk gambar atau
poster)

Bacaan dan berbincang

1. Murid membaca senyap petikan teks EMK : Lampiran 2


yang diedarkan untuk mendapatkan ENT :
maklumat. BCB: Bacaan mekanis Media:
KP: Verbal linguistik Petikan teks
2. Murid berbincang berkumpulan Nilai: Bersatu padu
tentang isi-isi petikan yang dibaca.

3. Murid memberi pendapat tentang isi


petikan dengan bimbingan guru.

4. Murid menyampaikan hujah/pendapat


secara kritis dan kreatif dengan
bimbingan guru.

Menyampaikan pendapat berdasarkan


gambar

1. Setiap kumpulan diberi kad yang EMK : Celik Kewangan Lampiran 3 (a)
mengandungi gambar perayaan di ENT : Lampiran 3 (b)
Malaysia dan diminta berbincang KP: Verbal linguistik Lampiran 4
mengenai aktiviti yang terdapat dalam Ilmu :
gambar tersebut. Nilai: Berhemah Media:
Kad imbasan /
2. Murid berbincang cara menjana (Menyatakan pelbagai Carta bergambar
pendapatan menjelang hari perayaan. sumber pendapatan serta Peta pemikiran
sumber alternatif)
3. Wakil setiap kumpulan

20
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM
menyampaikan hasil perbincangan
dengan menggunakan ayat yang
gramatis di hadapan kelas.

Penilaian

1. Murid memberi pendapat tentang 5 ENT : Lampiran 5


penyataan yang diberi dan BCB : Perbincangan
menyampaikan hasil perbincangan KP: Verbal linguistik
dengan menggunakan bahasa yang
gramatis secara bertatasusila. Nilai : Kerjasama

Pemulihan
Hayati dan nyanyikan lagu ini.
1. Murid membincangkan maksud ENT : Lampiran 6
Kemudian bincangkan.
perkataan dalam konteks/tajuk dan KB: Menghubung kait
memadankan perkataan yang
diberikan.

Pengayaan

1. Murid berbincang tentang gambar ENT : Lampiran 7


dengan menggunakan ayat yang
lengkap secara gramatis. BCB: Perbincangan

Dunia kian berubah

Perubahan melingkari
Bermulanya sekarang
Melaksana hasrat hati
Perjalanan dilaksana
Kejayaan terbukti
Seia sekata sehati dan sejiwa

Dunia yang megah


Membina masa hadapan Lampiran 1
Dengan misi yang gagah
Menuju kejayaan
Kerana perpaduan
Kita semua rakyat Malaysia
Kita masih bersama
Harmoni, saling menghormati
21
Chorus x2
Chorus
Kita satu bangsa, kita satu negara
Kita satu bangsa, kita satu negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu negara
Kita satu bangsa, satu negara
Kita satu Malaysia
Kita satu Malaysia Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

(Lirik Lagu Tema Satu Malaysia)

Slaid Powerpoint

Beri gambaran tentang maklumat dalam


gambar ini dan kaitannya dengan lirik
lagu yang dinyanyikan.

22
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

1Malaysia ialah satu gagasan bagi memupuk sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi
amalan setiap rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada Melayu, Cina, mahupun India, sikap ini
perlu disemat kukuh dalam sanubari generasi hari ini untuk mengekalkan perpaduan negara.
Kita tidak mahu negara gah dengan kemodenan kelas pertama tetapi masyarakat masih
mengamalkan gaya hidup kelas ketiga lantaran ketempangan sikap saling menghormati.

Masyarakat Melayu misalnya, perlu menghormati pegangan dan kepercayaan bangsa lain,
begitu juga sebaliknya kerana setiap bangsa mempunyai amalan dan kepercayaan yang
tersendiri. Kita tidak boleh bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing dengan mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan sensitiviti
bangsa lain. Di sinilah pentingnya sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat kerana
apabila hidup bawah satu bumbung bersama kelompok berbeza merupakan suatu perkara yang
tidak boleh diambil mudah dan dipandang enteng kerana setiap perlakuan dan tutur kata perlu
dijaga rapi. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Oleh itu, sinergi daripada setiap
lapisan masyarakat amat diperlukan dengan menjadikan sikap saling menghormati sebagai salah
satu inisiatif dalam mengekalkan perpaduan.

Ketelusan dan keterbukaan sikap rakyat Malaysia hidup dalam kesatuan tiga kelompok berbeza
bangsa sering menjadi buah mulut masyarakat seantero dunia yang kagum dengan perpaduan
yang dikecapi. Teras perpaduan ini ialah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat
bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didukungi oleh nilai-
nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.
Fahami dan dan bincangkan Lampiran 2
Teras perpaduan isi-isi petikan
yang di bawah
diterapkan iaitu penerimaan penerimaan secara terbuka. Konsep
penerimaan dan toleransi merupakan dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan
mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif, iaitu dengan
menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur paksaan.
Toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap
toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan dan kadangkala diterima dengan tidak jujur.
Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa-apa sahaja perkara baik dan mendapat
23 kaum mendapatkan yang terbaik diperlukan
persetujuan secara kesepakatan. Penerimaan semua
bagi membina sebuah negara bangsa. Oleh itu, perkara-perkara yang terbaik daripada kaum
Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada
masyarakat negara ini.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Lampiran 3 (a)
Bincangkan dan berikan pendapat
anda tentang aktiviti perayaan boleh
mengeratkan hubungan antara kaum.

24
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Bincangkan dan berikan pendapat


Lampiran 4
anda bagaimana perayaan-perayaan
menjadi sumber pendapatan bagi
kaum-kaum lain

.
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
25
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

Lampiran 5

Bincang dan beri pendapat


tentang penyataan di bawah

26
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

1. Latar belakang suku-suku kaum terbesar yang terdapat di negara Malaysia.

2. Persamaan dan perkaitan budaya kaum-kaum utama di Malaysia.

3. Aktiviti-aktiviti yang melambangkan perpaduan

4. Nyatakan satu agen perpaduan yang kamu tahu dan jelaskan bagaimana dapat
mewujudkan perpaduan.

5. Nilai-nilai dalam perpaduan dapat mengukuhkan amalan dan kesejahteraan negara.

Pemulihan
Lampiran 6

Berbicang bersama rakan tentang


frasa sebelum menyesuaikan
dengan ayat yang diberi.

27
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Hari perayaan keagamaan yang


angpau dirayakan oleh penganut agama
Buddha pada bulan Mei setiap tahun.

Wang dalam sampul kecil yang


makan besar . diberikan sebagai hadiah pada Tahun
Baru Cina.

Pesta untuk merayakan sesuatu


bermaafan
peristiwa.

Jamuan makan bersama- sama ahli


perayaan keluarga pada petang atau malam
menjelang Tahun Baru Cina.

Memohon maaf agar dosa sesama


Hari Wesak
manusia dapat dihapuskan.

Pengayaan
Lampiran 7
Berbincang dengan memberikan
pendapat anda tentang perbezaan
aktiviti semasa perayaan-perayaan
di bawah.

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
28
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

TEMA KESENIAN DAN ESTETIKA

TAJUK Perayaan-perayaan di Negara Kita

MASA

1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu


STANDARD
perkara dengan tepat daripada pelbagai sumber menggunakan
PEMBELAJARAN
bahasa yang indah secara bertatasusila.

29
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Pada akhir pengajaran murid dapat:


i. berbicara tentang tajuk yang diberi untuk menyampaikan maklumat
OBJEKTIF dengan tepat.
ii. berbicara dengan menggunakan ayat yang mengandungi bahasa
yang indah secara bertatasusila.

Ilmu : Sejarah
Nilai : Kerjasama, Semangat bermasyarakat
PENGISIAN EMK : TMK, Celik Kewangan
KURIKULUM KB : Mencirikan
KP : Verbal Linguistik
BCB : Mencatat

SISTEM BAHASA Tatabahasa: Kata bilangan, Kata Ganti Nama

BAHAN BANTU
Power point, teks
BELAJAR

PENILAIAN
Berbicara berdasarkan tajuk dan gambar yang diberi untuk
PENGAJARAN DAN
menyampaikan maklumat.
PEMBELAJARAN

REFLEKSI

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM

Bersoal jawab

1. Guru menayangkan gambar jenis-jenis EMK : TMK Lampiran 1


perayaan kaum di Malaysia. ENT : Media:
- Verbal linguistik Slaid power
2. Murid menjawab soalan yang diajukan Ilmu : Sejarah point
oleh guru berkaitan gambar. Nilai : Semangat (Guru juga boleh
bermasyarakat menggunakan bahan
3. Murid menyenaraikan jenis-jenis berbentuk gambar atau
perayaan di Malaysia. poster)

30
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM
Berbicara dan Menyampaikan Maklumat

1. Murid diberi tugas dalam kumpulan EMK : TMK, Celik Lampiran 2


berbincang tentang perayaan mengikut kewangan
kaum. ENT : Lampiran 3
a. Hari Raya Aidilfitri KB : Mencirikan
b. Tahun Baru Cina KP : Verbal linguistik Media:
c. Deepavali Ilmu : Sejarah Slaid perayaan
d. Krismas Nilai : Kerjasama Peta pemikiran

2. Wakil murid diminta bercerita tentang


perayaan mengikut kaum dan
menyenaraikan barang yang perlu
disediakan menjelang musim perayaan
beserta anggaran kosnya.

Menyampaikan pendapat berdasarkan


teks

1. Murid dipilih secara rawak untuk EMK : Lampiran 4


membaca petikan. ENT :
KP - Verbal linguistik Media:
2. Berbincang tentang isi-isi penting yang Ilmu : - Kad petikan
terdapat dalam petikan menggunakan Nilai : Kemasyarakatan Peta pemikiran
peta konsep i-think.

3. Setiap wakil kumpulan diminta


menyampaikan pendapat masing-masing
tentang perayaan di Malaysia
menggunakan ayat yang betul di
hadapan kelas.

Penilaian

1. Murid berbincang secara berpasangan EMK : Lampiran 1


untuk mengemukakan pendapat ENT :
berdasarkan gambar dan membina ayat KP - Verbal linguistik
yang betul secara lisan. Ilmu :
Nilai : Kerjasama

Pemulihan

31
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM
1. Murid dibimbing untuk berbincang EMK : Lampiran 2
berdasarkan gambar masyarakat majmuk ENT :
yang diberi. KB : Menjana idea
Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : Hormat-menghormati

Pengayaan

1. Murid bercerita secara lisan pengalaman EMK :


menyambut perayaan mengikut kaum ENT :
masing-masing. KP - Verbal linguistik
Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : Kerjasama

Lampiran 1

Ceritakan tentang gambar di


bawah

32
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Lampiran 2
Ceritakan persediaan untuk
merayakan perayaan di bawah
ini.

33
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

34
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Lampiran 3
Ceritakan tentang keperluan
yang harus disediakan
menjelang hari perayaan.

CATATAN
BIL BARANG KEPERLUAN BILANGAN ANGGARAN (PERLU / TIDAK)
KOS

35
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa bagi
orang Islam, Tahun Baru Cina bagi orang Cina dan perayaan Deepavali bagi orang
India. Perayaan ini disambut dalam suasana penuh kegembiraan dan sedikit hidangan
makanan. Semua rakyat negara ini ternanti-nanti setiap perayaan dengan penuh debaran
dan semangat tinggi. Oleh itu, memang banyak kebaikannya jika sambutan perayaan ini
disambut di negara ini. fahami petikan
Baca dan Lampiran 4
Jika di
semua perayaan ini disambut bersama-sama pasti akan berlaku interaksi
bawah
antara kaum dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini berkonsepkan
rumah terbuka iaitu setiap perayaan akan diadakan majlis kunjung-mengunjung antara
satu sama lain. Kunjungan yang diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya
interaksi antara kaum. Oleh itu, perayaan memang mampu meningkatkan interaksi
antara kaum.

Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan


meningkatkan pengetahuan terhadap budaya kaum lain. Pemahaman terhadap budaya
masyarakat pelbagai kaum akan memberikan pengetahuan tentang adat dan kepercayaan
sesuatu kaum. Ini dapat mengelakkan sikap buruk sangka antara kaum.Justeru, perayaan
mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya kaum yang lain.

36
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAAN

TEMA SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TAJUK Program Angkasawan Negara


MASA

1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan


STANDARD
tersirat daripada pelbagai sumber untuk membuat rumusan
PEMBELAJARAN
dengan betul secara bertatasusila.

Pada akhir pengajaran murid dapat:


i. menyatakan maklumat yang tersurat dan tersirat berkaitan
OBJEKTIF Program Angkasawan Negara.
ii. menyatakan sekurang-kurangnya tiga kelebihan menyertai
Program Angkasawan Negara.
Ilmu : Dunia Sains dan Teknologi, Dunia Muzik
Nilai : Menghargai
EMK : TMK, Celik Kewangan
KB : Mengenal pasti
PENGISIAN KURIKULUM
KMD : Menggunakan imaginasi dan kreativiti
TKP : Verbal Linguistik
BCB : Bacaan Mekanis

37
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

SISTEM BAHASA Kosa Kata: Imbuhan

BAHAN BANTU BELAJAR Lembaran kerja, peta minda, Kamus Dewan, LCD

PENILAIAN PENGAJARAN Menyatakan sekurang-kurangnya tiga kelebihan menyertai Program


DAN PEMBELAJARAN Angkasawan Negara.

REFLEKSI

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM

Nyanyian dan bersoal jawab

1. Murid diperdengarkan lagu Kapal EMK : TMK Lampiran 1


Angkasaku sambil membuat gaya ENT :
berdasarkan lirik lagu yang diberi. Media:
KP Muzik
Seni kata lagu Kapal
Ilmu : Pendidikan Muzik
2. Murid dan guru bersoal jawab tentang Angkasaku
Nilai : Menghargai
lirik lagu dan mengaitkan dengan
tajuk pelajaran.

Bacaan dan berbincang

1. Murid membaca senyap petikan EMK: Lampiran 2


syarahan yang diedarkan untuk ENT :
mendapatkan maklumat. BCB - Bacaan mekanis Media:
KP - Verbal linguistik Petikan teks
2. Murid menjawab soalan yang diberi Ilmu : Sains dan Teknologi
berdasarkan petikan syarahan Nilai : Berdisiplin
menggunakan ayat yang gramatis.

Menyampaikan maklumat berdasarkan


teks
38
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM

1. Setiap kumpulan berbincang untuk EMK: Lampiran 3


menyampaikan maklumat dalam ENT : Media:
bentuk peta pemikiran. BCB Mengenal pasti Peta pemikiran
KP - Verbal linguistik
2. Wakil setiap kumpulan Ilmu : Dunia Sains dan
membentangkan maklumat Teknologi
menggunakan ayat yang gramatis di Nilai : Berdisiplin
hadapan kelas.

3. Murid dan guru menilai serta


memberikan pendapat.

Berbincang dan Menyampaikan


maklumat
Lampiran 4
1. Murid berbincang secara berpasangan EMK:
untuk mencari makna perkataan yang ENT :
Media:
telah ditetapkan. BCB - Merujuk kamus
Lembaran kerja
KP - Verbal linguistik
2. Beberapa pasangan yang dipilih Ilmu :
secara rawak diminta untuk Nilai : Berdisiplin
memberikan maklumat yang
diperoleh di hadapan kelas.

3. Guru dan murid menilai jawapan.

Penilaian EMK: Lampiran 5


ENT :
1. Secara main peranan, murid diminta KP - Verbal linguistik BBB:
mewawancara angkasawan negara. Ilmu : Petikan
Nilai : Prihatin

Pemulihan

1. Murid bercerita tentang program EMK: Lampiran 2


angkasawan negara berpandukan ENT :
petikan. BCB - Bacaan mekanis
Ilmu :
Nilai :

39
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM
Pengayaan

1. Murid diminta menyatakan persediaan EMK: Lampiran 6


yang perlu dilakukan untuk menjadi ENT :
seorang angkasawan. BCB - Mencatat
BBB:
Ilmu :
Nilai : Peta Minda

Lampiran 1

Mari nyanyi lagu ini.

Senikata lagu

KapalAngkasaku
Angkasaku
Kapal

Terbanglah,terbanglah,
terbanglah,
Terbanglah,
Lajulah,lajulah
lajulah
Lajulah,
Tinggikutuju
kutujuangkasa,
angkasa,
Tinggi
Kurelakumaju,
kumaju,
Kurela
Keawan
awanyang
yangbiru,
biru,
Ke
Naiklahkapal
kapalangkasaku.
angkasaku.
Naiklah

Terbanglah,terbanglah,
terbanglah,
Terbanglah,
Lajulah,lajulah
lajulah
Lajulah,
Tinggikutuju
kutujuangkasa,
angkasa,
Tinggi
Kurelakumaju,
kumaju,
Kurela
Keawan
awanyang
yangbiru,
biru,
Ke
Naiklahkapal 40
kapalangkasaku.
angkasaku.
Naiklah
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Lampiran 2
Baca petikan syarahan di
bawah.

Yang dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru,
barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan syarahan pada hari ini.
Tajuk syarahan saya ialah Kebaikan Program Angkasawan Negara.

Hadirin sekalian,
Program Angkasawan Negara yang bermula pada tahun 2006 bertujuan untuk
menghantar angkasawan negara ke angkasa lepas. Pada 10 Oktober 2007, Angkasawan Negara
yang pertama, iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah berlepas ke Stesen Angkasa
Antarabangsa di angkasa lepas dengan menaiki Soyuz TMA-II.
Sesungguhnya, Program Angkasawan Negara ini telah membuka jalan yang lebih luas
dalam usaha meningkatkan minat rakyat di negara ini, khususnya dalam bidang sains angkasa.
Selain itu, program ini telah menjadi pemangkin kepada semua pelajar untuk belajar tentang
ilmu sains dan teknologi.
Melalui program ini juga, para pelajar mula mendalami makna 3G, 4G dan 5G. Mereka
mengetahui bahawa itulah graviti dan minat mereka terhadap sains semakin bercambah. Tidak
kurang juga pelajar yang menanam hasrat untuk menjadi angkasawan.

Sidang hadirin,
Program Angkasawan Negara juga telah berjaya meningkatkan minat rakyat dalam
menimba ilmu seterusnya mampu bersaing dengan masyarakat dunia. Mereka bukan sahaja
berminat untuk mempelajari ilmu sains angkasa tetapi juga berminat untuk mempelajari ilmu-
ilmu lain seperti ilmu kejuruteraan dan ilmu perubatan. Di samping itu, para pelajar juga mula
mempercayai kebolehan mereka sendiri dan berusaha untuk mencapai impian tersebut.
Sesungguhnya, seseorang yang terpilih menjadi Angkasawan Negara akan mendapat banyak
faedah seperti dihormati masyarakat, pendapatan yang tinggi dan menjadi ikon negara. Mereka
selalunya akan dipanggil memberi ceramah dan mendapat pulangan yang lumayan daripada
organisasi yang menjemput mereka. Sehubungan itu, program penghantaran angkasawan ke
angkasa sewajarnya diteruskan untuk menyuburkan minat masyarakat bagi mengejar kemajuan.
41
Akhir sekali, saya ingin menegaskan bahawa Program Angkasawan Negara banyak membawa
kebaikan kepada negara.

Sekian, terima kasih.


Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Lampiran 3

Baca petikan syarahan di


bawah.

2.

Isi-isi
penting
dalam
petikan

4.
3. 42
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Tulis makna perkataan di Lampiran 4


bawah dengan merujuk kamus

Bil. Perkataan makna

1. pemangkin

2. mendalami

3. graviti

4. bercambah

5. hasrat

6. menimba

7. bersaing

8. impian

9. menyuburkan

10. kebaikan

43
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Murid mewawancara Lampiran 5


angkasawan negara

Bilakah Program Angkasawan Negara dijalankan?

Apakah nama kapal angkasa yang digunakan oleh angkasawan Malaysia untuk ke
stesen angkasa lepas?

Apakah bidang yang mendorong pelajar untuk menjadi angkasawan negara?

Apakah ilmu yang mempunyai hubung kait dengan ilmu sains angkasa?

Apakah faedah yang diperoleh jika individu itu terpilih sebagai angkasawan?

Adakah wajar program penghantaran angkasawan ke angkasa diteruskan?

Pada pendapat saudara, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang angkasawan?
44
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Buku Panduan Guru Tahun 6 2015
Sekolah Kebangsaan

Lampiran 6
Lengkapkan peta minda di
bawah.

45

Anda mungkin juga menyukai