Anda di halaman 1dari 4
TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. Deputy Drscor Sonera’ of Saucon Mela KEMENTERIAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN FEXDIDIKA Thoehers Prlussonal Development WRaSe SCORES PAROS Love Blok £13, Perel PUSAT PENTADEIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tet 03.2888 1078 FusmalGovonmentaomnrane Done Fats 038888 1092 Goats PUTRAIATA {man Wer woe govmy Ruj, Kami KPM/TKPPMIPPKIJNJK 1(62) Tarikh : 24 Januari 2016 Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Semua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, PENGIRAAN SKOR KOMPOSIT BAGI TUJUAN PENENTUAN BANDING DAN RANKING SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2016 Dengan hormatnya Surat Siaran KP(JNJK)1100/4/C(42) bertarikh 10 Mac 2015 berkaitan perkara di atas adalah dirujuk. 2. Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bilangan 25/2015 yang bersidang pada 13 Ogos 2015 telah memutuskan kaedah penentuan banding dan ranking sekolah menengah di bawah KPM bagi tahun 2016: i. mengekalkan formula skor komposit 70% Gred Purata Sekolah (GPS) dan 30% Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) versi 2003; dan ii, hanya mengambil kira GPS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 3. Sehubungan dengan itu, Surat Siaran KP(JNJK)1100/4/C(42) adalah terbatal. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) tidak diambil kira dalam penentuan banding dan ranking sekolah menengah. Kaedah pengiraan Skor Komposit sekolah menengah bagi tahun 2016 adalah seperti di Lampiran. 4. Kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah dimohon untuk memaklumkan kandungan surat siaran ini kepada semua pegawai yang terlibat di peringkat bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan. Sekian, terima kasih, “SEHATI SEJIWA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, pen (DATUK DR. AMIN BIN SENIN) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian Pendidikan Malaysia Salinan kepada: 1. YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid Menteri Pendidikan YB Dato’ P. Kamalanathan all P. Panchanathan Timbalan Menteri Pendidikan | YB Senator Tuan Chong Sin Woon Timbalan Menteri Pendidikan I! YBhg. Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia YBhg. Dato’ Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia YBhg. Dato’ Sri Khairil bin Awang Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan YBhg. Dato’ Haji Ahmad Tajudin bin Jab Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Operasi Pendidikan Semua Pengarah/Setiausaha Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) Kementerian Pendidikan Malaysia LAMPIRAN KAEDAH PENGIRAAN SKOR KOMPOSIT BAGI PENENTUAN BANDING DAN RANKING SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2016 Jadual 1 : Nilai Pemberat GPS bagi Sekolah Menengah Peperiksaan % SPM | % STPM sPM 100% - SPM + STPM 95% 5% Jadual 2 : Formula Penukaran GPS kepada Peratus Peperiksaan Formula SPM (1 — (GPS) / 9) x Nilai Pemberat STPM (1 = (4 - GPS) / 3) x Nilai Pemberat Jadual 3 : Contoh Pengiraan Skor Komposit Sekolah Menengah il cps | cps Penukaran GPS kepada Peperiksaan | 2914 | 2015 Pusat Poratus SPM 218 | 208 | (215+2.08)/2=2.1150 | (1 - (2.1150) /9) x 95 = 72.68 STPM 247 | 2.20 | (2.17 +2,20)/2=2.1850 | (1 -(4~ 2.1850) /3) x 5 = 1.98 70% GPS = (72.68 + 1.98) x 70% = 52.26 30% SKPM = 968 x 30% = 29,04 Skor Komposit 2016 = 70% GPS + 30% SKPM. = 52.26 + 29.04 = 30 * Sekiranya tiada GPS pada tahun sebelumnya, hanya GPS tahun semasa diguna pakai untuk pengiraan Skor Komposit.

Anda mungkin juga menyukai