KATA NAMA
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan
GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
Nama Betul
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu
yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-
tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau
umum.
Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll
benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat
dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama
terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal
ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor Pada akhir ayat
gajah.
Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat
KATA KERJA
Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau
keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
1. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
A. Jenis-jenis kata Adjektif
3. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan
sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.
1. Adjektif Jati
Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
Contoh
Buku itu berwarna biru.
Budak kurus itu kawan saya.
2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
Contoh
Ayah memiliki dua buah kereta.
Saya membeli beberapa kuntum bunga.
3. Adjektif Tunjuk
Ia menunjukkan bagaimana / yang mana
contoh
Baju ini mahal harganya.
Perkara demikian jangan diulangi lagi.
4. Adjektif pencerai / pengasingan
Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-
selonggok.
Contoh
Setiap pelajar mesti berdiplin.
Ambil barang masing-masing.
Kata Hubung
kata Seru
1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah,
terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada
meninggi atau menurun.
3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.
Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh
aduh
untuk menyatakan 1. Aduh, sakitnya tanganku!
perasaan sakit dan kagum
2. Aduh, besarnya rumahmu!
amboi/wah
untuk menyatakan 1. Amboi, mahal betul kereta itu!
perasaan hairan atau
kagum
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cih
untuk menyatakan 1. Cis, berani dia menentangku!
perasaan marah dan benci
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
eh
untuk menyatakan 1. Eh, kamu sudah sampai!
perasaan hairan atau
terkejut 2. Eh, tadi dia ads di sini!
hai
untuk menegur seseorang 1. Hai, diamlah sikit!
atau menarik perhatian
2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!
Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah
boleh ditambah partikel lah di belakangnya.
contoh
Jangan Sila tolong Harap
usah jemput Minta
Contoh ayat
1. Jangan tolak meja itu ke situ.
2. Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang.
3. Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di pangkal ayat sebagai penghubung dalam
ayat.
Kata Bantu
Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau
ragam yang berkaitan dengan perbuatan.
Contoh
Akan Belum Masih
Telah Sudah Harus
Boleh Dapat Hendak
Mesti
1. Kereta api dari utara telah sampai.
2. Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara.
3. Adik Rahimah belum tahu berjalan.
4. Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
5. Encik Borhan hendak pergi memancing esok.
Kata Penguat
1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata
adjektif.
2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
Paling Agak Sungguh Amat
Terlalu Nian Benar Paling
3. Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
5. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum
atau selepas kata adjektif.
Contoh
1. Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
3. Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
4. Kereta api itu sangat laju.
5. Kereta itu laju sangat.
Kata Penegas
Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau
menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.
Contoh
-kah -lah -tah jua
Juga Sahaja Hanya Memang
Lagi pun
Contoh
1. Itulah rumah saya.
2. Pernahkah awak makan sup daging arnab.
3. Apatah dayaku untuk menolongnya.
4. Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
5. Hanya Kamal yang belum membayar yuran.
6. Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.
Kata Nafi
1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
3. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
Contoh
a) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
b) Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.
4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh
a) Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
b) Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
5. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak
setara.
Contoh
a) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
b) Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.
Kata Pemeri
1. Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama
dalam prediket.
2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.
4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh
a) Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
b) Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
c) Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.
Kata Penegas
Kata penegas ialah perkataan yang digunakan untuk memberikan penekanan atau
menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.
Contoh
- kah - lah - tah Jua
Juga Sahaja Hanya Memang
Lagi Pun
Contoh ayat
Itulah rumah saya.
Pernahkah awak makan sup daging arnab ?
Apatah dayaku untuk menolongnya.
Kuciing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
Hanya Kamal yang belum bayar yuran.
Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.
Kata Nafi
Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
Contoh ayat
Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adiknya.
Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh ayat
Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak
setara.
Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.
Kata pemeri
Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama
dalam prediket.
Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh ayat
Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
Rojak ialah makanan kegemaran saya.
Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.
Kata Sendi
1. Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama
dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
2. Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.
Kata Sendi Penggunaannya Ayat Contoh
akan/ kepada/ untuk menunjukkan emosi
terhadap dan sikap 1. Adik sayang akan kucing.
ke
untuk tempat dan benda 1. Kereta api menuju ke Padang Besar.
konkrit
2. Cawan itu terhempas ke batu.
kepada
untuk menunjukkan orang Kes itu diserahkan kepada pihak polis.
atau kata ganti diri
oleh
untuk menunjukkan 1. Buku itu dibaca oleh Salmi.
perlakuan pasif
yang berawalan di- dan ter- 2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.
pada
untuk menunjukkan masa 1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.
dan tempat, manusia,
binatang, benda abstrak, 2. Novel itu ada pada Rahim.
dan benda konkrit tertentu
3. Perkara itu benar pada pandangan saya.
seperti/ untuk menunjukkan 1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di
persamaan dengan yang lain pasar.
umpama/bak
2. Badannya besar umpama ahli gusti.
tentang
untuk menyatakan makna Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.
mengenai sesuatu
Kata pembenar
Kata pembenar ialah perkataan yang digunakan untuk mengaskan sesuatu pernyataan.
Kata pembenar yang selalu digunakan ialah ya, benar, dan betul.
Contoh ayat
Ya, saya akan datang esok, kata Zulkefli kepada Mat Jani.
Benar, merekalah yang memancing di situ, kata Ali kepada Padin.
Betul, begitulah caranya memotong bawang, kata ibu kepada adik.
Kata Bilangan
1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:
Ayat Contoh
Jenis Kata Penggunaan dan Contohnya
Keterangan
Kata untuk menerangkan sikap pada 1. Adik belum tidur walau hari sudah
Keterangan Bantu sesuatu pelakuan atau perasaan larut malam.
Kata untuk menerangkan darjah kata 1. Kelakuan budak itu agak ganjil.
Keterangan Darjah adjektif
2. Sedap betul masakan di restoran
Contoh: agak, amat, nian, paling, itu.
sangat, dan sebagainya
3. Menara Kembar Petronas adalah
bangunan yang paling tinggi
di Malaysia.
Kata untuk menafikan atau menyangkal 1. Dia bukan orang kampung itu.
Keterangan Nafi
Contoh: bukan, tak, atau tidak 2. Teksi itu tidak bergerak sejak
semalam.
Kata untuk menerangkan sesuatu yang 1. Hingga kini rombongan itu belum
Keterangan Tak belum pasti tiba, entah-entah tersesat.
Tentu
Contoh: agaknya, barangkali, entah- 2. Pengemis itu barangkali telah
entah, mungkin, dan sebagainya ditangkap oleh pihak
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
untuk
Kata menyatakan kekerapan berlakunya 1. Dia selalu berkunjung ke
peristiwa Contoh: sering, selalu, dan rumah neneknya.
Keterangan sebagainya
2. Kami sentiasa mendoakan
Kekerapan kesejahteraan kamu.
Kata arah ialah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama.
Kata arah digunakan untuk menunjuk arah.
Contoh
Atas Bawah Tepi Antara
Hadapan Utara Sisi Luar
Semua hidang itu diletakkan di atas meja.
Kucing Siam itu tidur di bawah pokok.
Anjing liar itu masuk ke dalam semak setelah dihalau oleh ayah.