Anda di halaman 1dari 6

3.

0 FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN EMOSI MURID

Menurut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang menyebabkan


murid-murid sekolah mengalami gangguan emosi dalam dirinya. Antara faktor yang
boleh menyebabkan murid terjadinya gangguan emosi dalam diri adalah seperti
faktor persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, dan
pengaruh rakan sebaya. Saya berpendapat bahawa faktor pengaruh keluarga
merupakan faktor dominan yang menyebabkan murid mengalami gangguan emosi
yang serius.

Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah dan Zuraidah A. Majid
dalam buku Guru dan Cabaran Semasa, murid yang mempunyai gangguan emosi
adalah disebabkan oleh faktor persekitaran sekolah. Ini kerana persekitaran
sekolah yang tidak kondusif. Sebagai contohnya, gangguan emosi mungkin
berpunca daripada masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan
kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini adalah selaras dengan
pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi
Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof
Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecenderungan ke arah
perlakuan negatif akan wujud dalam diri murid kerana dipengaruhi oleh unsur
rangsangan di sekitar mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan sesuatu
kesalahan disebabkan oleh suasana persekitaran yang tidak kondusif dan
mengganggu emosi mereka.

Tambahan pula, apabila murid berada dalam keadaan sekolah yang sesak
dan secara langsung ia telah membawa kepada fizikal kelas padat dan
menyebabkan murid tidak dapat belajar dalam keadaan kelas yang selesa semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Malah, keadaan ini menjadi lebih ketara
sekiranya terdapat murid yang nakal dan sering mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran. Apabila terdapat murid yang nakal dalam kelas, ia akan mengganggu
murid yang ingin belajar dan telah menyebabkan mereka mengalami gangguan
emosi.

Di samping itu, peristiwa dalam keluarga juga menjadi salah satu faktor
yang menyebabkan murid mengalami gangguan emosi. Peristiwa dalam keluarga
selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan
murid. Ia mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang
yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan,
mengandung, kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru. Manakala, contoh
peristiwa hidup yang negatif adalah seperti penderaan, penceraian, kemalangan,
kematian, hilang pekerjaan, dipenjara dan krisis kewangan yang berlaku di dalam
sesebuah keluarga. Semua peristiwa yang berlaku ini akan menyebabkan emosi
murid terganggu dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas fizikal, emosi
dan tingkah laku seseorang. Sebagai contohnya, murid-murid yang mengalami
gangguan emosi ini akan berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah
dan resah.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit


berbanding dengan zaman remaja pada peringkat kanak-kanak ini. Namun begitu,
pengaruh rakan sebaya ini juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam
kalangan murid-murid zaman sekarang. Kebanyakannya murid-murid lebih mengikut
pandangan rakan-rakannya jika berbanding dengan ibu bapa mereka. Bagi murid
yang diterima oleh rakan sebaya akan lebih bersikap ceria, bersemangat, baik hati,
boleh berjenaka, mempunyai daya usaha dan sering memberikan idea yang baik.
Sebaliknya, bagi murid yang tidak dapat disanjung dan selalunya disingkirkan oleh
rakan-rakannya akan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan murid yang
popular. Golongan murid ini akan berasa kurang yakin diri, penakut dan cuba
menjauhkan diri dari rakan sebayanya di sekolah. Lebih teruk lagi, golongan murid ini
akan menunjukkan sikap agresif dan sombong.
3.1 Faktor Dominan Gangguan Emosi Murid

Pada pandangan saya, saya rasa bahawa faktor yang paling dominan
yang menyebabkan gangguan emosi murid adalah faktor pengaruh keluarga.
Selain guru dan rakan sebaya murid, ahli keluarga seseorang murid merupakan
orang yang paling dekat dengan mereka. Ini kerana murid itu meluangkan masa
yang paling banyak bersama keluarganya, terutama sekali ibu bapa mereka.
Semenjak dilahirkan di dunia ini, mereka telah hidup bersama ahli keluarganya.

Menurut Setiawan (dalam Nugraha, 2007), faktor keluarga ini akan


mempengaruhi perkembangan emosi murid. Keluarga ini merupakan salah satu
lingkungan yang utama bagi perkembangan emosi anak-anak usia prasekolah dan
sekolah rendah. Tambahan pula, keluarga juga dapat menjadi pengendali emosi
pada tahap awal perkembangan murid-murid ini. Sekiranya emosi seseorang murid
ditumbuhkan dengan baik melalui pembelajaran yang baik dalam keluarganya, maka
murid itu tidak akan mengalami gangguan emosi yang teruk.

Keadaan sesebuah keluarga sama ada keluarga yang mempunyai


hubungan mesra atau keluarga yang sering bertengkar dan hubungan kurang mesra
akan menjadi faktor gangguan emosi di kalangan murid. Apabila seseorang murid
berada di sebuah keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu
bapa yang memenuhi keperluannya, maka ia akan meningkatkan penyesuaian murid
tersebut. Murid ini yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan
aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan
sesuatu perkara.

Sebaliknya, jika seseorang murid hidup di sebuah keluarga yang


sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, mempunyai ibu bapa yang tidak
menaruh minat terhadap anak-anak, mengalami penceraian ibu bapa atau terdapat
kematian dan perpisahan, semua keadaan ini akan membawa keadaan gangguan
emosi dan penyesuian kanak-kanak yang tidak stabil. Jika mereka berada dalam
keluarga yang berlaku banyak masalah, emosi murid akan terganggu dan murid itu
akan menjadi seorang yang mudah marah dan emosinya selalu tidak stabil.

Selain itu, berlakunya penceraian ibu bapa juga akan menyebabkan


anak-anak mereka mengalami gangguan emosi. Ini kerana penceraian ibu bapa
akan menyebabkan kehidupan anak-anak terabai. Kadang-kadang ibu bapa terlalu
sibuk dengan pekerjaan mereka dan tidak memberi perhatian yang secukupnya
kepada anak-anak mereka. Ini menyebabkan anak-anak berasa tersisih dan kurang
mendapat kasih sayang sehingga menyebabkan mereka mengalami gangguan
emosi dalam dirinya. Oleh itu, ibu bapa menjadi salah satu faktor dalam faktor
pengaruh keluarga yang akan mengganggu emosi murid-murid.
3.2 Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi Dalam
Kalangan Murid

Pada masa kini, kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi


kerana mereka tidak dapat menguruskan emosinya secara berpatutan dengan
kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Antara langkah-langkah yang
boleh diambil oleh pihak sekolah, guru, ibu bapa dan murid itu sendiri akan
diterangkan dalam perenggan yang seterusnya.

Bagi pihak sekolah, mereka boleh mewujudkan Unit Bimbingan dan


Kaunseling sekolah di dalam sekolah. Selepas itu, pihak bimbingan dan kaunseling
sekolah boleh menganjurkan beberapa program yang berbentuk pendidikan untuk
membentuk tingkah laku murid yang baik. Setiap program yang dijalankan adalah
bertujuan membantu murid-murid yang mempunyai masalah gangguan emosi
supaya dapat mendorong mereka mencapai pencapaian akademik, membantu
membangunkan kemahiran sosial mereka, meningkatkan kemahiran dalam
mengawal tingkah laku dan konsep kendiri murid-murid.

Seterusnya adalah langkah yang boleh diambil oleh guru sekolah.


Setiap orang guru sekolah harus sentiasa bersedia membantu murid yang
bermasalah. Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti
bersifat penakut, pemalu dan pendiam, guru seharusnya mengadakan sesi
kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadinya. Jika murid
mempunyai masalah keluarga, guru juga perlu meluangkan masa untuk berbual
dengan murid itu dan mengambil tahu masalah sebenar yang dihadapi oleh murid itu
dan membantu mencari jalan penyelesaian masalah tersebut. Selain itu, guru juga
boleh menggalakkan muri-murid jenis pendiam dan pemalu ini melibatkan diri dalam
aktiviti pembelajaran bersama murid-murid lain. Seterusnya, guru juga harus
mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid
bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid
bermasalah tersebut. Apabila guru dapat berbuat demikian, ia pasti dapat membantu
mengelakkan murid bermasalah mengalami gangguan emosi.
Bukan sahaja pihak sekolah dan guru sekolah yang
bertanggungjawab menangani masalah gangguan emosi di kalangan murid sahaja,
manakala ibu bapa juga mempunyai tanggungjawab ini. Sebagai ibu bapa kepada
murid yang mengalami masalah gangguan emosi, mereka perlu memberi kerjasama
dengan pihak sekolah, ahli psikologi dan kaunselor yang terlibat. Ini kerana ibu bapa
perlu perlu diberi maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh
anak-anak mereka. Tambahan pula, perbincangan antara dua pihak itu juga dibuat
dari semasa ke semasa dan mereka akan membuat cadangan bersama-sama untuk
menangani masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka yang mengalami
gangguan emosi. Apabila mendapati anak sendiri mengalami masalah gangguan
emosi, setiap ibu bapa perlu memastikan anak mereka mendapat perkhidmatan
psikologi dan kaunseling yang sesuai. Di samping itu, ibu bapa juga boleh
membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik meningkatkan
kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak mereka yang mengalami
gangguan emosi. Akhir sekali, ibu bapa boleh memberikan beberapa tunjuk ajar yang
berkaitan cara menguruskan emosi masing-masing kepada anaknya.

Selain bantuan daripada pihak luar seperti guru dan ibu bapa, murid
itu sendiri pun mempunyai tanggungjawab sendiri membantu diri sendiri
mengelakkan mengalami gangguan emosi. Menurut Albert Bandura, murid haruslah
bersifat self-efficacy, iaitu murid yang boleh belajar daripada kekalahan, mengambil
inisiatif mencari punca kekalahan, memikir bagaimana membaikinya demi
menukarnya kepada kemenangan dan bukannya berasa bimbang, sedih disebabkan
kekalahan yang dihadapi. Menurut Albert Bandura, self-efficacy is the belief in ones
capabilities to organize and execute the courses of action required to manage
prospective situations. Oleh itu, setiap murid perlu belajar untuk memandang segala
perkara secara optimisme kerana ia merupakan salah satu cara yang paling
berkesan untuk mengelakkan diri sendiri mengalami masalah gangguan emosi.

(2700 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai