Anda di halaman 1dari 5

ARISAN BUDAYA CINA

Adat Budaya Cina

Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh
persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik
mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang
larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan
seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.

Kelahiran

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam
aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir.

Sewaktu Mengandung

Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina
semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu
tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita
masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-
tanduk dan kegiatan seharian mereka.

Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan
bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak
lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak
perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila
berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.
Pantang Larang

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Antaranya mereka
tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir
akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak
mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari
bayi dari terkena badi.

Hindari Permasaalahan

Di samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin. Sewaktu
mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak
mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa
mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk
mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai.

Di Larang menggosok Perut/ Makanan Yang Tajam

Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka
kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan
makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang tajam seperti
nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi
besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan sam ada
kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita
yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak
bulat, bayi yang di kandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan
tajam.

Selepas Lahir

Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.

Berpantang

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat
puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin.
Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini
bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali
pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak
tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala
pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir
selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan
telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat
Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan
menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada
beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama
ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai
dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin di samping menguatkan
semula tenaga.

Kenduri

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu
apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah
dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah
kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat
kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan
pati ayam untuk ibu-ibu.

Mencukur Rambut

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut
Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah
rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk
menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru
ke dalam masyarakat.

Memberi Nama

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah
kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara.
Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik
perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan
matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi
nama bayi yang baru lahir.

Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang
kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.
Bunyi nama mestilah sedap didengar.

Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak
bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.

Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama
berat.

Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta
saling melengkapi.

Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang
mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan
mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, sam ada akan ditimpa kecelakaan atau
mendapat kesejahteraan.

Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala
menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang
masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

PANTANG LARANG KAUM CINA (KELAHIRAN)


Kaum cina mempunyai banyak pantang larang yang perlu dipatuhi sebelum
kelahiran dan selepas kelahiran.

SEBELUM KELAHIRAN

DILARANG MEMAKU.

Wanita cina yang mengandung dilarang daripada melakukan kerja-kerja yang


berat seperti memaku kerana bimbang anak yang dikandung akan menjadi cacat
kerana terkejut.
MENJAGA TINGKAH LAKU
Wanita yang mengandung hendaklah menjaga tingkah laku sepertu tidak
mengeluarkan kata-kata yang kesat dan dilarang sama sekali memukul binatang
kerana risau anak yang dikandung akan terkena badi.
HINDARI MASALAH
Wanita yang mengandung dielakkan daripada memikirkan masalah yang
berlaku tidak kira masalah keluarga atau suami kerana risau anak yang dikandung
akan terganggu dengan permasalahan tersebut.
PEMAKANAN
Wanita yang sedang mengandung dilarang daripada makan makanan yang
tajam dengan kerap seperti "nenas" dan ''mangga' kerana akan menyebabkan anak
yang dikandung menjadi besar dan menyukarkan proses kelahiran nanti.
DILARANG MENGGOSOK PERUT
Wanita yang mengandung dielakkan daripada menggosok perut terlalu kerapa
kerana bimbang anak akan menjadi manja.
SELEPAS KELAHIRAN

Wanita yang telah bersalin hendaklah berpantang selama 40 hari.


Selain itu,mereka hendaklah memakai pakaian dan stoking yang tebal kerana
bimbang akan masuk angin.
Disamping itu,mereka juga dielakkan daripada mandi dan membasuh rambut
dengan menggunakan air sejuk kerana risau akan masuk angin.
Seterusnya ialah mereka juga dilarang daripada melakukan kerja-kerja yang
berat kerana takut rahim akan menjadi kendur.

Anda mungkin juga menyukai