Anda di halaman 1dari 6

Konsep Wasatiah (Kesederhanaan) Dalam

Islam
2013 6 15 10:38

Islam mempunyai keistimewaan berbanding dengan agama lain yang


terkenal di dunia ini seperti Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha dan
sebagainya yang mana Islam menekankan keseimbangan dan intergrasi
antara dunia dan akhirat serta mengawal dasar keseimbangan dan keadilan
di antara tuntutan atau kehendak rohaniah dengan jasmaniah.

Penganut Islam tidak dilarang untuk menikmati harta benda dan tuntutan
jasmani selagi yang diperolehi itu menurut cara yang halal dan diambil
dalam kadar yang sederhana dan munasabah.

Oleh itu, adalah penting di sini untuk memahami konsep ummatan


wasatan dan ciri-ciri utama masyarakat Islam demi melahirkan umat Islam
madani seperti mana yang diidamkan.

Definisi Ummatan Wasatan


Perkataan wasatan adalah daripada kalimah Arab yang membawa erti
pertengahan, kebaikan, keadilan dan kesederhanaan antara dua pihak.
Apabila kita merujuk kepada al-Quran, kita akan dapati Al-Quran
menyifatkan umat Islam sebagai umat yang sederhana atau mempunyai
konsep pertengahan dalam segala aspek kehidupan mereka. Ini dapat
dilihat dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud : demikianlah pula kami
telah jadikan kamu umat yang adil (pertengahan) supaya kamu menjadi
saksi terhadap manusia (Surah al-Baqarah: 143)

Pengertian wasatan di dalam ayat di atas mengikut pandangan Sayyed


Qutb, Umat Islam adalah umat yang adil dalam segala erti keadilan sama
ada keadilan dengan erti kebaikan dan kelebihan atau keadilan dengan erti
kesederhanaan atau dengan ertinya yang fizikal, iaitu duduk di tengah-
tengah. Wasatan juga diertikan dengan adil dalam erti kata meletakan
sesuatu pada tempatnya. Pastinya sesuatu yang adil itu adalah bersifat
sederhana antara dua pihak yang melampau. Di dalam bahasa Arab
wasatan juga membawa erti adl iaitu benar, lurus dan betul.Kesederhanaan
yang diamalkan di dalam Islam adalah bermatlamat untuk mencari
kebenaran atau Al-Haq. Dalam menuju ke arah kebenaran pastinya akal
semata-mata tidak mampu untuk memimpin manusia mencapai kebenaran
yang mutlak. Roh kesederhanaan dalam Islam ditiup oleh Al-Quran yang
merupakan wahyu Ilahi untuk mengimbangi di antara kehendak manusia
dan agama. Keseimbangan ini tidak mungkin akan kita dapati di dalam
ajaran agama atau kitab-kitab suci yang lain selain Al-Quran.

Dasar Perimbangan
Manusia terdiri dari dua unsur iaitu roh dan jasad atau rohani dan jasmani.
Salam yang diarahkan oleh Allah terhadap naluri manusia bukan untuk
jasad sahaja dan bukan untuk roh sahaja tetapi untuk kedua-duanya sekali,
iaitu untuk jasmaniah dan rohaniah. Ertinya salam yang berimbangan
antara keduanya. Oleh yang demikian Allah mengarahkan setiap salam
supaya memohon kepadaNya sekali pada tiap-tiap kali selepas sembahyang
agar berdoa. FirmanNya yang bermaksud: Wahai tuhan kami!
Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan
jagalah kami (jauhkan kami) dari keazaban api neraka. (al-A raf, 7:31)

Salam dalam kehidupan hanya terwujud jika manusia tidak melewati batas
dalam usahanya mewujudkan salam atau kesejahteraan kepada jasmani
sahaja atau rohani sahaja. Apabila jasad sahaja yang diutamakan mungkin
ia selamat atau senang tetapinya tersiksa, sebaliknya jika roh sahaja yang
dipentingkan mungkin rohaniah selamat, tetapi jasmaniah merana dan
tersiksa di dunia. Oleh itu Allah melarang manusia batas. Firman Allah yang
bermaksud: Makan minumlah kamu dan kamu jangan melewati batas,
sesungguhnya Ia tidak kasihkan orang-orang yang melampaui batas. (Al-A
raf, 7:31)

Prinsip ilmu kesihatan bersesuaian dengan ayat ini sebab makan minum
yang sederhana itulah yang dapat mencegah penyakit daripada badan,
makan dan minum yang berlebihan akan mendatangkan penyakit. Allah
menyeru ahli kitab dalam al-Quran yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad supaya mereka mereka tidak melewati batas atau melampaui
sempadan. Firman Allah yang bermaksud: Wahai Ahli kitab (Yahudi dan
Nasrani) janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu.

Apabila manusia tidak boleh melewati batas dalam urusan rohaniah dan
jasmaniah dan tidak berlebih-lebihan dalam urusan akhirat dan tidak
berlebihan dalam urusan dunia, maka jalan seperti itu akan membawa
manusia kepada jalan tengah di antara dua jalan yang bertentangan.

Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam agama, membantah ajaran-


ajaran penyeksaan diri demi agama. Ini dibuktikan dengan kebenaran
memakan makanan yang lazat-lazat dan memakai perhiasan, asal tidak
berlebih-lebihan dan tidak bersikap sombong.
Sebagaimana Allah telah menjadikan Rasul-Nya tauladan yang baik bagi
umat manusia, maka umat Islam pula harus menjadi tauladan atau contoh
yang baik kepada umat yang lain. Apabila kita mengikuti jalan tengah, tidak
melewati batas ke kiri atau ke kanan maka perseimbangan antara ke duanya
telah tercapai. Seterusnya tertempuhlah jalan lurus yang diistilahkan oleh
Al-Quran dengan al-sirat al-mustaqim iaitu pada setiap kali sembahyang
dan pada setiap rakaat ketika membaca al-Fatihah.

Aspek-aspek Kesederhanaan Islam


Walaupun lahirnya berbagai mazhab dan perbezaan pandangan di kalangan
umat Islam, namun kesederhanaan masih menjadi tunggak kepada mereka
dalam berijtihad atau mengemukakan pandangan. Terdapat tiga aspek yang
menjadi pembahagian utama kepada ilmu-ilmu Islam :

Pertama : Pemikiran Islam dan Aqidah


Medan pemikiran Islam dan Aqidah juga diresapi oleh roh kesderhanaan di
mana ajaran Islam selari dengan fitrah semulajadi manusia yang dicipta
oleh tuhan. Konsep paksaan tidak diamalkan oleh Islam dalam seruannya
untuk mengajak manusia beriman kepada Allah. Bahkan Islam memberi
pengiktirafan yang selayaknya terhadap akal sebagai jalan untuk manusia
menerima Islam. Islam mengajak manusia berfikir dengan melihat kepada
alam kehidupan mereka dan rahsia-rahsia alam untuk mendorong mereka
menerima ketuhanan Allah.

Keseimbangan di antara wahyu dan akal dalam persoalan aqidah


merupakan kesederhanaan Islam menggabungkan fitrah manusia yang
sempurna untuk menerima Allah sebagai tuhan dan hujah-hujah akal yang
diterima oleh semua manusia. Ibn Hazm menegaskan bahawa tidak benar
sekiranya mereka ingin membuktikan kesahihan iman dengan
mengemukakan dalil-dalil akal semata-mata. Pandangan Ibn Hazm itu
menerangkan kesederhanaan Islam dalam mengimbangi antara tuntutan
akal dan wahyu mengenai persoalan aqidah.

Kedua : Tasawuf
Jika ditinjau pada aspek akhlak, Islam tidak hanya mengetengahkan teori
akhlak yang berbentuk ideal kerana pada pandangan Islam, akhlak
merupakan tingkah laku dan amalan seharian manusia. Kesempurnaan
akhlak pada pandangan Islam diukur pada hukum wajib yang ditentukan
oleh agama berpandukan kepada sifat dan nama Allah yang maha agung.

Ketiga : Aspek Perundangan (Fekah)


Perundangan Islam mempunyai ciri yang tersendiri dalam memastikan
keadilan terlaksana dalam pelaksanaannya. Ianya tidak dapat diubah
walaupun berbeza keadaan dan tempat kerana ianya adalah suatu yang
tetap dan pasti dari Allah. Hukukm-hukum perundangan Islam mempunyai
ciri keseimbangan antara wahyu dan akal, Nas dan realiti masyarakat,
matlamat dan cara.

Kesederhanaan Perundangan Islam


Ciri kesederhanaan Islam dalam perundangan dapat dilihat dengan jelas
antara Syariah Islam dan undang-undang ciptaan manusia. Syariah adalah
perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah kepada manusia melalui
RasulNya yang berkaitan dengan aqidah, akhlak dan perundangan. Fekah
pula bererti hukum-hukum yang diambil daripada Al-Quran dan hadis Nabi
serta sumber-sumber yang disepakati oleh ulama Islam. Ini bererti Fekah
merupakan hasil ijtihad ulama Islam daripada wahyu dan hadis Nabi
sedangkan syariat pula adalah suatu yang pasti dan mutlak datangnya dari
Allah. Menurut kata lainnya syariat Islam adalah terpelihara dan pasti
kebenarannya berbeza dengan hukum-hukum fekah yang bersifar ijtihad
semasa daripada nas-nas tersebut.

Undang-undang sivil ditakrifkan sebagai himpunan kaedah dan peraturan


umum yang menghukum tingkah laku individu dalam masyarakat manusia
dan hubungan sesama mereka. Hukumannya adalah berbentuk lahiriah
dengan ditentukan oleh hakim. Undang-undang sivil yang dijalankan
mengikut waktu dan tempat tertentu akan berubah apabila masyarakat dan
suasana berubah.

Walaupun terdapat persamaan antara undang-undang sivil ciptaan manusia


dengan fekah Islam, namun masih terdapat perbezaan yang ketara di antara
Al-Quran dan hadis sedangkan undang-undang sivil berubah mengikut
tuntutan keperluan masa dan tempat.

Konsep kesederhanaan diterapkan dalam perundangan sivil. Konsep


tersebut bukannya suatu pengukuran yang universal dan mutlak malah
sentiasa berubah mengikut situasi dan keadaan.

Ciri-ciri Kesederhanaan Syariah Islam


Jika dirujuk kepada kaedah usul fekah dan mazhab fekah Islam yang
berbagai-bagai kita akan dapati terdapat petunjuk yang jelas mengenai
kesederhanaan syariah Islam. Kesederhanaan itu pastinya dari Al-Quran
dan hadis Nabi yang telah disaring dan ditafsirkan oleh ulama Islam
mengikut suasana dan fahaman mereka. Namun pentafsiran tersebut tidak
terkeluar dari landasan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Ciri-ciri kesederhanaan syariah Islam adalah seperti berikut:


1. Keseimbangan antara Nas Syarie dan realiti kehidupan

Nas-nas yang datang dari Al-Quran dan hadis yang sohih merupakan
hukum yang pasti. Hukumnya adalah pasti dalam soal yang diperkatakan
oleh nas tersebut. Sebahagian ulama Islam berpendapat bahawa ayat-ayat
Al-Quran dan hadis Nabi yang sahih tidak datang dalam bentuk pasti
melainkan dalam soal-soal ibadah tauhid sahaja. Manakala aspelk lain
seperti sosial, pemerintahan, perniagaan dan hubungan antara manusia
datang dalam bentuk zanni. Perkara yang berkaitan dengan kehidupan
manusia tidak disebut hukumnya dalam syariah Islam dalam bentuk pasti
kerana tabiat kehidupan manusia itu berubah-ubah. Nyatalah bahawa Islam
dalam perundangannya mengambil kira soal hubungan kehidupan manusia
yang berubah-ubah dengan tuntutan agama iaitu dengan mengimbangi
antara nas dan realiti kehidupan.

2. Perbezaan antara ideal dan realiti

Islam mengambil kira keadaan manusia dan kemampuan mereka sebelum


sesuatu hukum dilaksanakan. Islam juga menggalakkan umatnya
melakukan perkara-perkara yang membawa mereka ke suatu tahap yang
paling ideal, contohnya amalan sunat. Amalan tersebut bukanlah suatu
yang diwajibkan oleh Islam tetapi ia lebih bersifat sukarela dari hamba yang
mencari keredhaan tuhannya. Kesemua hukum taklif yang diwajibkan oleh
Islam terhadap umatnya adalah dalam lingkungan kemampuan dan upaya
manusia. Sebagai contoh dalam pemilikan harta, Islam mengiktiraf
pemilikan harta individu dan kekayaan kerana ianya adalah naluri manusia.

3. Keseimbangan antara kehendak individu dan masyarakat

Ciri perundangan Islam itu dapat dilihat pada nas-nas syara (Al-Quran dan
Sunnah) di mana nas-nas tersebut mengimbangi antara kehendak individu
dan maslahat umum, tidak dipinggirkan kehendak individu kerana maslahat
umum seperti sistem sosialis dan tidak diabaikan maslahat umum kerana
kepentingan pemodal seperti sistem kapitalis. Dalam persoalan hubungan
kekeluargaan, segala hukum tanggungjawab yang dikenakan ke atas semua
ahli keluarga adalah untuk kepentingan bersama dan pembinaan sebuah
keluarga yang harmonis.
4. Keseimbangan antara matlamat dan cara

Hubungan antara cara dan matllamat hampir tidak terdapat di dalam


perundangan yang lain selain Islam. Kesederhanaan hubungan antara
matlamat dan cara hanya terdapat dalam perundangan Islam sahaja.
Perundangan Islam mampu mencapai matlamat yang sempurna untuk
menggabungkan antara cara dan matlamat dengan pendekatannya yang
tersendiri iaitu melalui kaedah Sadul zaraie. Pendekatan ini tidak terdapat
dalam mana-mana perundangan sivil yang menilai matlamat suatu hukum
itu terpisah dari cara pelaksanaannya. Sedangkan Islam pula melihat
kepada pendekatan cara berpandukan matlamat. Ianya menrupakan lunas
akhlak di samping perundangan yang adil yang menggambarkan
kesederhanaan perundangan Islam yang sempurna.

KesimpulanUmat Islam adalah ummatan wasatan, umat di tengah, umat


pengimbang, pembimbing dan teladan kepada manusia sejagat. Ummatan
wasatan menjadi saksi ke atas manusia dalam erti membenarkan yang
benar dan menyalahkan yang salah dengan sikap seadil-adilnya. Rasulullah
s.a.w sendiri menjadi saksi kepada umat Islam. Junjunganlah yang
memberikan petunjuk mana yang benar dan mana yang salah.

Rujukan

Dr. Haron Din (1990) Manusia dan Islam Kuala lumpur ; Dewan Bahasa dan
Pustaka.Muhammad Rasyid Ridha (1991) Wahyu Ilahi Kepada Muhammad
Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai