Anda di halaman 1dari 16

WASATIYYAH DAN KESEDERHANAAN

Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi & Ahmad Dahlan Salleh

Abstrak

Wasatiyyah merujuk kepada pendirian atau sifat Islam itu sendiri. Di Malaysia,
konsep Wasatiyyah menjadi semakin popular khususnya setelah pelancaran Gagasan
1Malaysia. Namun hingga kini, konsep Wasatiyyah terus menjadi polemik di
kalangaan umat Islam. Rata-rata mereka lebih selesa dengan tafsiran Wasatiyyah
sebagai kesederhanaan. Natijahnya wujud pelbagai fahaman Wasatiyyah yang
cenderung kepada idea liberalisme sehingga mengatakan bahawa Islam merupakan
agama yang mudah, fleksibel dan bersifat toleran secara mutlak mengikut kehendak
semasa. Bagi golongan ekstrem pula mengganggap bahawa pendekatan Wasatiyyah
adalah satu manhaj yang tunduk kepada sistem kekufuran. Jesteru objektif utama
kajian ini adalah untuk merungkai kekeliruan masyarakat di dalam mendefinisikan
konsep Wasatiyyah . Bagi menjawab persoalan kajian, pendekatan kualitatif
berdasarkan reka bentuk kajian analisis kandungan dijalankan dengan menggunakan
kaedah kajian perpustakaan. Teknik pengumpulan data iaitu analisis dokumen
digunapakai dan data-data tersebut kemudiannya dianalisis melalui kaedah
perbandingan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Wasatiyyah bukan sekadar
bermaksud kesederhanaan, malah ia sama sekali tidak bermaksud memberi ruang
kompromi dalam perkara yang telah tetap hukumnya secara qatie. Bahkan melalui
konsep ini, Islam dapat dijelmakan sebagai agama yang adil lagi berimbang, toleran,
moderat, realistik, berkasih sayang dan rahmat tanpa menggadaikan prinsip-prinsip
agama. Melalui pendekatan ini, ruang dakwah dapat dijalankan dalam konteks yang
lebih meluas bersesuaian dengan keadaan semasa.

Kata Kunci: Wasatiyyah, manhaj, liberalisme, ekstrem, qatie,

Pendahuluan

Wasatiyyah merupakan satu konsep yang sentiasa diperdebatkan di pelbagai


peringkat. Konsep ini menjadi semakin popular setelah mendapat sentuhan kreatif
Yusuf al-Qaradawi1. Ianya semakin rancak dibahaskan setelah pelancaran Gagasan
1Malaysia2 dan juga penubuhan Institut Wasatiyyah pada 17 Januari 20123.
Hakikatnya, Wasatiyyah bukanlah satu perkara yang baharu4, bahkan pendekatan ini
telah mula diaplikasikan sejak zaman Baginda5, para sahabat dan diwarisi oleh umat
Islam masa kini sebagai aliran perdana dalam mazhab Ahli Sunnah Wa al-Jamaah6.

1
Siddiq Fadzil 2012; Azwani 2013; Rejab 2014: XIX.
2
Azwani 2013: 1; Abdullah Md Zin 2014.
3
Mustaqim 2012; Utusan Malaysia 2012. 24 Januari.
4
Najib 2011 (Mustaqim 2012: 18); Mohd Shahid 2012; Azwani 2013.
5
Najib 2011; Azwani 2013. Azyati; Wan Kamal; Azmi dan Ermy (2013) menjelaskan bahawa pada
zaman Rasulullah, sikap Wasatiyyah dijadikan praktikal yang utama bagi menjamin kestabilan sistem
133

Kalimah Wasatiyyah merujuk kepada pendirian atau sifat Islam itu sendiri7. Allah
SWT telah menobatkan umat Islam sebagai ummatan wasata iaitu umat yang
bersifat wasatiyah8. Namun pengertian Wasatiyyah terus menjadi polemik di kalangan
para cendiakawan Islam9. Kebanyakan mereka lebih selesa menafsirkan Wasatiyyah
sebagai kesederhanaan10. Lantas di atas konsep kesederhanaan inilah mereka cuba
menjadikannya sebagai manhaj di dalam kehidupan11. Implikasinya wujud pelbagai
fahaman Wasatiyyah yang cenderung kepada idea liberalisme sehingga ada yang
mendakwa bahawa Islam merupakan agama yang mudah, fleksibel dan bersifat
toleran secara mutlak mengikut peredaran zaman12. Ketaasuban terhadap agama
disifatkan mereka sebagai golongan pelampau. Bagi golongan ekstrem pula
mengganggap bahawa pendekatan Wasatiyyah adalah satu manhaj yang tunduk
kepada sistem kekufuran13.

Ringkasnya, perbahasan berkaitan Wasatiyyah sering menimbulkan pelbagai polemik


dan tafsiran yang bercelaru. Lebih parah lagi, bilamana ada kelompok yang menolak
terus konsep Wasatiyyah, bahkan ianya seringkali ingin dicampakkan dalam kategori
ektremis mahupun liberal14. Ada yang beranggapan bahawa menggunakan
Wasatiyyah bererti mengambil jalan mudah dalam soal agama15. Ada pula golongan
yang mendakwa bahawa Islam adalah agama moderat16, walhal moderat sangat
bertentangan dengan konsep adil dalam Islam17. Jesteru, manhaj Wasatiyyah tanpa
memenuhi pra syarat tertentu, ianya hanya akan bersifat sebagai sikap tolak ansur
yang merugikan umat semata-mata.

pentadbiran negara Madinah. Melalui pendekatan Wasatiyyah, Piagam Madinah dibentuk sebagai
langkah untuk mewujudkan satu sistem perundangan yang lebih baik.
6
Zulkifli 2012; Mohamad Kamil 2013: 1.
7
Ismail Ibrahim 2011: 1; Zulkifli 2012.
8
al-Baqarah 2: 143.
9
Ismail Ibrahim 2011; Azwani 2013.
10
Zainal Kling 2011; Abdullah Md Zin 2014.
11
Zainal Kling 2011.
12
Ismail 2011; Hadi Awang 2012; Mohamad Kamil 2013.
13
al-Ulyani 1995.
14
Ismail Ibrahim 2011; Rumaizuddin 2012.
15
Mohamad Kamil 2013: 12.
16
Ulil Absar Abdalla (2012), seorang aktivis liberal di Indonesia menyatakan bahawa umat Islam
adalah umat moderat. Beliau memetik kenyataan Taufik Hamid, mantan anggota kumpulan Islam
radikal dari Mesir, al-Jamaah al-Islamiyyah.
17
Jika diteliti secara mendalam tentang makna dari wasat yang bererti adil dan terbaik, maka makna
tersebut tidaklah dijumpai dalam pengertian moderat yang mempunyai pengertian yang hanya sebatas
berada dalam posisi pertengahan sahaja (http://www.arrahmah.com/read/2013/01/02/25848-meninjau-
kembali-istilah-islam).
134

Persoalan awal ditimbulkan melalui pernyataan masalah di atas adalah berkaitan


hakikat Wasatiyyah. Apakah sebenarnya definisi wasitiyyah? Adakah ianya
bertepatan dengan maksud kesederhanaan seperti tanggapan ramai?18 Dari manakah
datangnya konsep ini? Adakah ia sesuatu yang baharu atau merupakan rekaan ulama?
Bagaimanakah kedudukan Wasatiyyah di dalam Islam? Adakah Wasatiyyah
mempunyai persamaan dengan moderat Barat?19 Apakah kepentingan dan implikasi
konsep Wasatiyyah bagi umat Islam? Kesemua persoalan ini akan dikaji, dibahas,
diteliti, dianalisis serta dikemukan dalam bentuk yang lebih dinamik dan moden.

Umumnya, kajian berkaitan Wasatiyyah telah ditemui dalam pelbagai bentuk bahan
dan rujukan. Di Malaysia, pendekatan Wasatiyyah telah lama dipraktikkan20. Namun
keghairahan wacana Wasatiyyah mula diperdendangkan setelah pelancaran Gagasan
1Malaysia. Melalui Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Milenium Islam di
Nusantara (2011), tujuh resolusi dirumuskan dan di antaranya ialah berkaitan konsep
Wasatiyyah yang diamalkan oleh masyarakat Islam selama ini perlu diperkukuhkan.
Konvensyen turut mencadangkan supaya sebuah institut strategik kajian Wasatiyyah
ditubuhkan bagi melaksanakan keperluan tersebut21. Tidak berapa lama kemudian,
Najib mengumumkan penubuhan kursi Wasatiyyah di Universiti Malaya dan Institut
Wasatiyyah yang diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri22.

Antara ulama besar yang menyokong kuat pendekatan Wasatiyyah ialah Imam al-
Mawardi (450 H), Imam al-Haramain al-Juwaini (478 H), Imam al-Ghazali (505 H),
Ibn Qudamah (620 H), Ibn Taimiyyah (728 H), Ibn Qayyim (758 H) dan al-Shatibi
(790 H). Manakala di kalangan tokoh ulama mutakhir yang terkehadapan dalam
mendokong manhaj ini ialah Yusuf al-Qaradawi, Muhammad Abduh, Rashid Rida,
Mahmud Shaltut dan ramai lagi. Di Malaysia, terdapat beberapa kajian berkaitan
Wasatiyyah dilakukan seperti Wasatiyyah dalam Akidah (Zulkifli & Aiman 2012),
Wasatiyyah: Indahnya Hidup Bersederhana (Mohd Shahid Talib 2012), Wasatiyyah
Islam: Antara Liberalisme & Konservatisme (Mohammad Kamil Ab. Majid 2012),
Islam dan Wasatiyyah (Muhammad Mustaqim Mohd Zarif 2012), kertas kerja Konsep
Wasatiyyah: Perspektif Islam (Prof Dato Dr Ismail Ibrahim, Konsep 2011),
Wasatiyyah: Perspektif Sains Sosial (Prof Datuk Dr Zainal Kling 2011), Nilai
Wasatiyyah dalam Islam dan Aplikasi Konsep Wasatiyyah Dalam Pembentukan

18
Zainal Kling 2011; Abdullah Md Zin 2014.
19
Toha Husein 1973 (http://www.malaysianur.com/Wasatiyyah-sebagai-metode-persaudaraan/); Ulil
Absar 2012.
20
Abdullah Md Zin 2014. Idris Zakaria (2013) berpendapat, orang India, Cina dan lain-lain etnik yang
datang dari negara-negara asing diterima tinggal bermastautin di sini, malah diterima pula sebagai
kerakyatan Malaysia. Menurut Siddiq Fadzil (2012), Wasatiyyah telah lama dipraktikkan dalam ABIM
terutamanya setelah diungkapkan oleh Anwar Ibrahim dalam Ucapan Dasarnya selaku Presiden ABIM
di Muktamar Sanawinya sekitar pertengahan 1970an. Khambali; Abdul Kadir; Nor Adina (2010)
menjelaskan bahawa konsep Wasatiyyah juga sebenarnya secara tidak langsung telah dilaksanakan
oleh Abdullah Badawi melalui program Islam Hadhari. Azyati; Wan Kamal; Azmi dan Ermy (2013)
berpendapat tindakan Najib dilihat lebih matang dalam konteks Malaysia kini berbanding dengan
Abdullah Badawi yang memperkenalkan Islam Hadhari yang lebih penumpuaan hanya untuk umat
Islam dan masyarakat Melayu sahaja.
21
Utusan Malaysia 2011. 11 Jun.
22
Mustaqim 2012: 166.
135

Piagam Madinah (Azyati Azhani Mohd Mazuki, Wan Kamal Mujani, Azmi Aziz &
Ermy Azziaty Rozali 2013) dan latihan ilmiah bertajuk Pemahaman Konsep
Wasatiyyah Dalam Kalangan Sarjana Arab Dan Melayu Masa Kini (Mohd Azwani
2013).

Fakta ini menunjukan bahawa kajian Wasatiyyah kini semakin giat dibahaskan.
Sekalipun wujud limpahan huraian dan tafsiran Wasatiyyah yang dikupas dari
pelbagai sudut, pengkaji melihat bahawa konsep ini amat perlu didetailkan lagi
perbahasannya melalui prinsip-prinsip teras agama. Ianya perlu kepada huraian yang
lebih dinamik dan moden supaya konsep ini boleh difahami oleh segenap lapisan
masyarakat tanpa dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Metodologi

Bagi menjawab persoalan kajian, pendekatan kualitatif berdasarkan reka bentuk


kajian analisis kandungan dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian
perpustakaan. Penyelidik menggunakan teknik pengumpulan data iaitu analisis
dokumen. Secara umumnya, perbahasan berkaitan Wasatiyyah ini dinilai dan
dianalisa melalui kitab-kitab thurath dan juga kajian lepas seperti tesis, artikel jurnal,
proseding, kertas kerja, laporan akhbar, kenyataan internet dan sebagainya yang
berkaitan dengan persoalan kajian. Setelah data-data dikumpulkan, pengkaji
membaca, memahami, meneliti dan mentafsirkan data-data tersebut sambil mencari
apakah terdapat pola-pola yang menarik atau menonjol atau meragukan. Data-data
tersebut kemudiannya dianalisis melalui kaedah perbandingan.

Hasil Kajian dan Perbincangan

Islam dan Wasatiyyah

Merujuk kepada khazanah Islam, terdapat banyak ayat al-Quran, Sunnah dan kata-
kata para sahabat serta ulama yang menyebut secara langsung atau tidak langsung
tentang istilah Wasatiyyah. Ia merupakan satu metode atau kaedah Islam yang
menggambarkan hakikat ajaran Islam itu sendiri.

Melalui Surah al-Baqarah ayat 143, dengan jelas Allah SWT menobatkan umat Islam
sebagai umat yang bersifat Wasatiyyah. Manakala dua ayat sebelumnya iaitu ayat 141
dan 142 merupakan gambaran ringkas tentang sikap dan tabiat kaum yang berada di
sekeling umat Islam. Nyata pengkhabaran ini sengaja diselitkan sebagai perbezaan
dan jatidiri yang perlu disematkan oleh umat Islam itu sendiri. Keunikan sifat yang
sebati dengan umat Islam ini perlu dipertahankan agar mereka layak diberi
pengikhtirafan sebagai umat yang adil, terbaik lagi terpilih. Firman Allah SWT23 :

23
Surah al-Baqarah 2: 141-143.
136

Maksudnya:

Itu adalah umat yang telah lalu. Baginya apa yang diusahakannya dan bagimu
apa yang kamu usahakan dan kamu tidak akan diminta bertanggunganjawab
tentang apa yang telah mereka kerjakan. Orang-orang yang kurang akalnya di
antara manusia akan berkata: Apakah yang memalingkan mereka (umat
Islam) dari kiblatnya (Baitul Maqdis) yang dahulu mereka telah berkiblat
kepadanya? Katakanlah: Kepunyaan Allah-lah timur dan barat. Dia
memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.
Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang
adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar
Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan kami tidak
menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar kami
mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang
membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat kecuali bagi
orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan Allah tidak akan
mensia-siakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang kepada manusia.

Ayat ini secara tegas menjelaskan bahawa umat Islam ialah umat yang bercirikan
Wasatiyyah dalam segenap aspek, sama ada dalam bidang akidah, ibadah, akhlak,
muamalat, ideologi, makan minum dan sebagainya. Namun begitu, aspek akidah
antara aspek yang terpenting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang
Muslim. Oleh yang demikian, amat penting bagi seseorang muslim itu memahami
terlebih dahulu istilah Wasatiyyah dalam berakidah sebelum melihat perkara-perkara
yang lain. Bahkan, memahami, menjiwai dan mempraktikkan nilai Wasatiyyah dalam
berakidah akan menjamin kelangsungan dan kesinambungan prinsip Wasatiyyah
dalam bidang-bidang kehidupan yang lain24.

Berdasarkan keterangan al-Quran, Wasatiyyah merujuk kepada maksud keadilan,


kesederhanaan dan jauh daripada melampau25. Ummatan Wasata26 pula merupakan

24
Zulkifli 2012: 2.
25
Mohamad Kamil 2013: 1.
26
Menurut Ibn Kathir (2000), istilah wasata bermaksud pilihan terbaik. Manakala kedudukan umat ini
sebagai ummata wasata, ia merujuk kepada maksud umat pilihan dan adil (Mustaqim 2012: 128).
Wahbah al-Zuhaili (1991: 8- 9) berpendapat, umat Muhammad adalah umat yang terbaik dan
pertengahan dalam setiap perkara tanpa melampaui batasan dan lalai. Menurut Sayyid Qutub (1994:
130-132), umat Islam adalah umat yang adil yang menjadi saksi terhadap seluruh umat manusia dan
menegakkan keadilan di antara mereka, adil dari segi kefahaman dan kepercayaan, adil dari segi
137

sifat utama umat Islam iaitu umat yang adil lagi terpilih27. Apabila istilah Wasatiyyah
disandarkan kepada umat Islam, maka ia akan membawa maksud umat Islam yang
mencapai sifat-sifat mahmudah yang terbit daripada syariat Allah SWT dalam
kesederhanaan, kebaikan, keinsafan dan ketinggian yang menjadikannya penghulu
segala umat, ketua segala bahasa dan menjadi saksi ke atas mereka pada hari
Kiamat28. Ia juga merujuk kepada maksud umat istiqamah iaitu konsistensi dalam
berpegang kepada kaedah atau metode, keamanan, kekuatan, kesatuan ummah,
keadilan, kesederhanaan, jauh daripada melampau29 dan tidak bersikap berlebihan30.
Ia membawa erti selalu menghindari perilaku atau pengungkapan yang ekstrem,
cenderung ke arah jalan tengah dan pandangan yang cukup mempertimbangkan
pendapat orang lain31. Wasatiyyah merupakan segala yang baik sesuai dengan
objeknya, iaitu sesuatu yang baik berada pada posisi di antara dua perkara yang
ekstrem32.

Jika diteliti, Wasatiyyah sebenarnya bukan sekadar suatu konsep dan pendekatan,
tetapi terkait dengan hal-hal berhubung dengan kehidupan. Rasulullah adalah contoh
terbaik bagaimana pendekatan Wasatiyyah berlaku pada amalan dirinya33. Sejarah
membuktikan Baginda amat menitik beratkan perhubungan dan persefahaman antara
kaum melalui pendekatan Wasatiyyah34. Baginda sentiasa bersikap adil dan seimbang
di antara seluruh kehidupannya35. Biarpun kaum kerabat dan kejiranan yang bukan
muslim, Rasulullah SAW tetap menjaga keharmonian pergaulan dan komunikasi.
Baginda memuliakan kerabat yang tidak turut sama menerima Islam sebagai agama
anutan. Itulah sikap Baginda terhadap Bani al-Najjar daripada sebelah ibunya. Sikap
yang sama dilakukan terhadap jiran yang beragama yahudi36. Dalam meraikan
keseimbangan dan penjagaan hak-hak pelbagai kaum dan agama, Baginda tidak
pernah sama sekali menggadaikan prinsip-prinsip Islam. Sebaliknya, Islam terus
didaulatkan dan dibuktikan kehebatannya37.

penyusunan dan penyelarasan, adil dari segi tempat dan umat yang pertengahan dari segi zaman
(Azwani 2013).
27
Menurut Ismail Ibrahim (2011), pentafsiran inilah yang diberikan oleh Tafsir Pimpinan al-Rahman,
Jabatan Perdana Menteri (Mustaqim 2012: 26). Muhammad Ali al-Shobuni (1996: 88) turut
berpendapat sebagai umat yang adil lagi terpilih.
28
Zulkifli 2012: 3.
29
Mohamad Kamil 2013: 2.
30
Abdullah 2001: 55.
31
Muslim Ibrahim 2011: 2.
32
M. Quraish 1996: 328.
33
Sidek Baba (2013) melalui artikel bertajuk Sifat Pelampau, Tergesa-gesa Musuh Wasatiyyah
(http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Sifatpelampau_tergesagesamusuhWasatiyyah/Article)
34
Jamil Khir (Utusan Malaysia. 2012. 15 November).
35
Najib 2011.
36
Mohamad Kamil 2013.
37
Najib 2011.
138

Umumnya, Wasatiyyah merupakan perkataan arab yang sukar diterjemahkan38. Dari


segi bahasa39, ia membawa maksud pertengahan. Seterusnya diistilahkan dari segi
Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik40. Di dalam al-Quran terdapat 5 ayat
berkaitan Wasatiyyah yang disebut secara jelas41 dan beberapa lagi ayat yang turut
menyebut Wasatiyyah secara tidak langsung42. Perkataan ini turut dijelaskan oleh
Baginda SAW di dalam beberapa hadis Baginda43. Hasilnya, istilah Wasatiyyah
digunakan dengan lafaz yang berbeza-beza. Setiap istilah dilafazkan dalam konteks
yang berlainan, justeru penghuraian lafaz ini berhajat kepada penelitian dari segenap
aspek.

Kekeliruan Dan Kesesatan

Di sebalik tafsiran Wasatiyyah yang menuntut pelbagai anjakan kecemerlangan, ramai


umat Islam masih terkeliru44 dan rata-rata mereka lebih selesa menafsirkannya dengan
kesederhanaan, pertengahan dan moderat45. Ternyata tafsiran yang salah ini
diaplikasikan dalam kehidupan seharian sehingga menyebabkan huru-hara46.

Sekalipun Wasatiyyah hampir menyamai konsep pertengahan (balance) atau


sederhana (moderation). Namun kedua-dua perkataan tersebut membawa beberapa
maksud yang kurang sekali persamaannya dengan Wasatiyyah dan akan terdedah
kepada pelbagai salah tafsir47. Konsep Wasatiyyah yang dilihat sebagai istilah yang

38
Menurut Fikri (2007), semakin kompleks benda yang hendak didefinisikan, semakin susah pula
mencari kata-kata yang tepat untuk mengungkapnya. Menterjemahkan satu bahasa ke satu bahasa yang
lain juga bukanlah mudah dan seringkali tidak dijumpai istilah yang sesuai.
39
Azwani (2013: 16-23) merumuskan lebih daripada 20 maksud Wasatiyyah dari sudut bahasa.
Antaranya ialah adil, pertengahan, pusat, sederhana, purata, pertengahan di antara dua pihak, sederhana
di antara dua perkara, kebaikan, istiqamah, sederhana dalam setiap perkara, hati, jarak, paling adil dan
terbaik, berada di tengah-tengah tempat, biasa, tidak memihak, tidak keterlaluan, tidak melampau, tidak
mengekang, perkara antara baik dan buruk, berdekatan, seimbang, tidak ekstrem serta tidak cuai dan
sebagainya. Manakala Azyati; Wan Kamal; Azmi dan Ermy (2013: 340-341) merumuskan pengertian
Wasatiyyah dari sudut bahasa adalah pertengahan, kesederhanaan, pilihan yang terbaik, sederhana,
toleransi, moderat atau pertengahan yang membawa erti selalu menghindari perilaku atau
pengungkapan yang ekstrem, cenderung ke arah jalan yang tengah dan pandangan yang cukup
mempertimbangkan pendapat orang lain, tidak lebih, tidak kurang, biasa, pertengahan atau sedang
dalam pelbagai perkara atau tindak-tanduk, menghapuskan keterlaluan (ekstrem) atau berlebihan,
berimbang, adil, tidak melampau (ketat, rigid) serta tidak cuai (longgar) dan sebagainya.
40
Hadi Awang (Harakah. 2012. 02 Januari)
41
[1] al-Baqarah: 143, [2] al-Baqarah: 238, [3] al-Maidah: 89, [4] al-Qalam: 28 dan [5] al-Adiyat: 5.
42
Antaranya surah al-Fatihah: 7, al-Baqarah: 213, Luqman: 19 dan sebagainya.
43
Mohamad Kamil 2013.
44
Kesalahtafsiran ini mungkin disebabkan hanya membaca dan menerima sebulat-bulatnya daripada
buku, majalah, akhbar dan sebagainya kerana ia berkaitan dengan Gagasan 1Malaysia. Mereka
memahami dan menganggap bahawa konsep Wasatiyyah adalah objektif utama untuk membina sebuah
perpaduan walhal konsep Wasatiyyah yang cuba diperkenalkan ini adalah untuk menangkis pandangan
sterotaip dan prejudis masyarakat luar tentang Islam (Azyati; Wan Kamal; Azmi Aziz dan Ermy 2013).
45
Zainal Kling 2011; Abdullah Md Zin 2014.
46
Wasatiyyah Bagaikan Cahaya Mentari (http://www.wasatiyyah.my/?p=841).
47
Abdullah Md Zin 2014.
139

menyamai moderation dan equilibrium atau kesederhanaan, mungkin bertepatan


dengan sebahagian konsep dan pengertian istilah Wasatiyyah dari sudut syariatnya
sahaja. Bahkan konsep Wasatiyyah dalam aqidah dan syariat Islam adalah lebih
menyeluruh, ia tidak sama dengan moderatisme Barat 48. Ia juga menyamai dengan
gagasan atau konsep yang lain tetapi berlainan pada pengertian yang lebih meluas dan
terperinci49.

Kesukaran memahami gagasan Wasatiyyah adalah disebabkan sejarah kemunculan


agama Islam itu amat pendek, hanya muncul selama lebih kurang 22 tahun. Apatah
lagi Islam muncul setelah pelbagai agama lain terutama agama samawi seperti Yahudi
dan Nasrani yang membawa gagasan Wasatiyyahnya sendiri. Selain itu, perjalanan
sejarah di alam melayu yang amat panjang telah melahirkan pengertian dan
pemendapan gagasan umum Wasatiyyah yang tidak sepenuhnya dirujuk dari gagasan
Islam itu di kalangan masyarakat. Seringkali gagasan itu difahami sebagai
pertengahan atau sederhana. Malah kosa kata sederhana dan pertengahan itu sendiri
membawa beberapa maksud yang kurang sekali persamaannya dengan Wasatiyyah50.

Reaksi umat Islam sendiri terhadap konsep Wasatiyyah sebenarnya sering


merosakkan imej agama. Tekanan penjajah terhadap minda menyebabkan para
pemimpin Islam yang sedang mencari-cari identiti dan jati dirinya sering
memerangkap umat Islam dalam gerakan radikal, melampau dan ekstrem51.
Kegagalan memahami konsep Wasatiyyah membuatkan umat Islam mundur52. Tidak
kurang juga ada yang mengambil kesempatan meninggalkan syariat Allah dengan
sengaja, berselindung di sebalik menafsirkan Wasatiyyah dengan hujah, kononnya
mengikut kehendak semasa, dengan cara tidak istiqamah mengikut perintah Allah dan
Rasulullah53. Pandangan ini sememangnya bertepatan dengan apa yang telah berlaku.
Kesederhanaan yang difahami membawa kepada fahaman liberal sehingga ada yang
berpegang bahawa tanpa pembaratan, pemodenan tidak akan berjaya 54. Bahkan
masyarakat Islam perlu menerima pakai pembaratan dengan cara bersungguh-sungguh
sehingga Barat menerima masyarakat Islam sepenuhnya55. Dalam keghairahan
mengejar dunia tanpa syariat, wujud pula kelompok yang tenggelam dalam fahaman

48
Ismail Ibrahim 2011
49
Zainal Kling 2011; Ismail Ibrahim 2011.
50
Zainal Kling 2011: 8
51
Ismail Ibrahim 2011: 8
52
Negara Islam masih mundur bahkan tiada satu pun daripada mereka mempunyai kuasa veto dalam
PBB (Mohd Shahid 2012: 35). Melalui perangkaan yang dibuat oleh World Bank menunjukkan
bahawa 53 peratus dari ahli Persidangan Negara Islam (OIC) adalah termasuk di dalam kategori
negara-negara yang berpendapatan rendah. Perkara ini terjadi adalah disebabkan umat Islam merasakan
bahawa mereka tidak harus mengejar kebendaaan (Ismail Ibrahim 2011: 6). Mahathir Mohamad pernah
menegaskan bahawa nafsu terhadap kekayaan material di dunia mesti wujud dan diseimbangkan
dengan nilai-nilai rohaniah. Hanya kekayaan yang dituntut kerana kekayaan seperti terdapat di
kalangan masyarakat materialis akan membawa kecelakaan (Idris Zakaria 2013).
53
Hadi Awang (Harakah. 2012. 02 Januari).
54
Taha Husein 1973: 36 (http://www.malaysianur.com/Wasatiyyah-sebagai-metode-persaudaraan/).
55
Taha Husein 1973: 44 (http://www.malaysianur.com/Wasatiyyah-sebagai-metode-persaudaraan/).
140

fatalisme56 yang kemudiannya diperkukuhkan dengan konsep Qada dan Qadar dalam
bentuk fahaman yang salah menyebabkan mereka menolak kemodenan, mudah
berpuas hati dengan pencapaian sederhana dan selesa berpegang teguh dengan
paradigma taqlid57.

Hakikat Wasatiyyah

Wasatiyyah merupakan serumpun istilah yang membawa kepada anjakan


kecemerlangan dunia dan akhirat. Wasatiyyah bukan bermaksud 50:50 (sama rata)
tetapi adalah pendekatan kasih sayang, kesejahteraan dan perpaduan yang dikongsi
bersama58. Ia juga tidak boleh diertikan sebagai redha dengan tahap minima kerana
membawa maksud pertengahan dan sederhana itu bertentangan dengan
kecemerlangan59. Bahkan konsep Wasatiyyah tidak boleh sama sekali disamakan
dengan fahaman kesederhanaan kerana ia boleh menjurus kepada keadaan selesa60.

Menurut al-Qaradawi, Wasatiyyah adalah sesuatu yang memerlukan hak yang


sepatutnya, iaitu dengan memberikan hak yang sewajarnya dengan mengambil jalan
tengah agar tidak melampaui batas- batas syariat Islam61 atau mengambil jalan
pertengahan dan berlaku adil antara dua perkara yang berlawanan, di mana tidak berat
sebelah kepada salah satu daripada perkara tersebut hingga menolak yang lainnya dan
tidak mengambil sesuatu itu melebihi dari hak yang sepatutnya hingga melampaui
batas62. Antara makna lain bagi Wasatiyyah ialah jalan yang lurus, syariatnya kekal
dan sesuai pada setiap masa dan tempat63 atau kesederhaan berimbang64 atau sesuatu
yang terpilih65. Selain itu, ia juga boleh diterjemahkan sebagai samahah iaitu toleransi
secara berimbang di antara memberatkan dan mempermudah-mudahkan66 atau
pertengahan, kesederhanaan, moderat, kelembutan, ketenangan, berpatutan,
kedamaian, keadilan dan kesaksamaan67. Ia sama sekali tidak bermaksud kita

56
Kepercayaan bahawa perjalanan hidup manusia itu ditentukan oleh nasib dan di luar kawalan
manusia (Kamus Dewan. 1998).
57
Faizal 2002.
58
Masyitah 2012 (http://www.wasatiyyah.my/?p=316).
59
Mohamad Kamil 2013: 14
60
Abd. Manaf Ahmad 2011.
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0610&pub=utusan_
malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive)
61
al-Qaradawi 1997: 10 (http://www.feldavoice.com/2014/04/11/kejayaan-malaysia-hasil-pengamalan-
wasatiyyah-di-tabung-haji/)
62
al-Qaradawi. (http://drshah1r.wordpress.com/tag/alqardhawi/)
63
Abdullah Md Zin 2014.
64
Najib 2011.
65
Muhammad al-Munawi (http://www.wasatiyyah.my/?p=841).
66
Said Aqil Siradj (http://www.wasatiyyah.my/?p=765).
67
Azyati; Wan Kamal; Azmi dan Ermy (2013); Ismail Ibrahim (2011: 1); Mohd Shahid (2012);
JAKIM (2012) dan Abdullah Md Zin (2014). Azwani (2013) menambah huraiannya dengan membawa
makna keseimbangan atau pendekatan jalan tengah di antara terlalu ekstrem dan terlalu liberal.
141

meninggalkan dunia untuk mengejar akhirat. Sebaliknya perlu ada keseimbangan


antara kedua-duanya68.

Manakala ungkapan ummatan wasata ringkasnya diertikan sebagai umat


pertengahan, terpilih, adil, cemerlang dan seimbang dalam segala hal69. Ia juga boleh
diertikan sebagai golongan Ahli Sunnah Wa al-Jamaah70 yang berada di tengah-
tengah di antara agama samawi yang ekstrem dan terlalu longgar71, di antara Yahudi
dan Musyrikin dan di antara Nasrani, Sabiin dan lain-lain72 dan di antara sistem
kapitalis dan sosialis dalam penafsiran ekonomi menurut Syaikh Mutawalli al-
Syarawi73. Ia juga merujuk kepada ummah yang melaksanakan segala tuntutan Islam
secara berhikmah, berimbang bagi menentukan tidak berlaku kekerasan, kezaliman
tetapi pada masa yang sama Islam terus dihargai atau dimartabatkan74. Bahkan Islam
berimbang dalam segala hal, tidak berlebihan dan tidak berkurangan sama ada dari
sudut jasadiyah, ruhiyah dan aqliyah75.

Yusuf al-Qaradawi berpendapat bahawa umat Islam telah sekian lama menghidap
krisis identiti yang dahsyat. Keyakinan umat Islam terhadap agama sendiri semakin
terhakis dek pengaruh kepada peradaban Barat. Hakikatnya, Islam adalah agama
keadilan dan kecemerlangan76. Islam adalah jalan lurus yang mempunyai
perundangan yang sesuai dengan setiap masa dan tempat. Islam datang untuk
memperkenalkan manhaj pertengahan dalam semua perkara bagi menjamin kebaikan
dan kemaslahatan umat manusia77. Bahkan umat Islam itu sendiri dijadikan sebagai

68
Jamil Khir 2011.
69
Taqudin Mohd Yazid 2014
(http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Rasulullahcerminanterbaik wasatiyyah/Article/cetak).
70
Menurut Ibn Taimiyyah (1328 M) di dalam kitab Syarah Aqidah Wasatiyyah (Asmaji 2006: 138)
71
Abi Abdullah Muhammad 1996: 159.
72
Ia tidak terlampau mengagung-agungkan Isa seperti Nasrani dan tidak terlalu cuai seperti Yahudi
yang sanggup mengubah kitab mereka dan membunuh nabi-nabi mereka (al-Tabari, al-Qurtubi, Ibn
Kathir, al-Saudi, Ibn Asyur).
73
Ismail Ibrahim 2011: 3
74
JAKIM 2012.
75
Ismail Ibrahim 2011; Abdullah Md. Zin 2014.
76
Menurut Muhammad Rashid Rida dan Muhammad Abduh, perkataan al-wasat di dalam Surah al-
Baqarah: 143 bermaksud Keadilan dan Kecemerlangan. Jika adanya tambahan atau berlebihan dari
sepatutnya terhadap sesuatu perkara, maka ianya dianggap melampau atau ekstrem. Begitu juga
sebaliknya jika ada apa-apa kekurangan dari sepatutnya maka ianya dianggap sebagai pengabaian dan
kecuaian. Tambahan dan pengurangan dari sepatutnya adalah dianggap keburukan dan perbuatan yang
tercela. Oleh itu, kecemerlangan adalah jalan pertengahan antara dua keburukan iaitu di antara
tambahan dan pengurangan. Menurut Muhammad Abduh dan Rashid Rida lagi, sebelum kedatangan
Islam, umat manusia terdiri daripada dua golongan yang tidak berimbang. [1] Mereka mementingkan
kebendaan semata-mata, tumpuan mereka kepada kepentingan fizikal sahaja. Mereka terdiri daripada
orang-orang Yahudi dan Musyrikin. [2] Mereka sangat mementingkan kerohanian dengan
meninggalkan keduniaan seperti golongan Nasara dan penganut-penganut agama Hindu di India.
Kehadiran Islam menyatukan semua hak-hak yang perlu kepada manusia kerana manusia itu ada
jasmani dan rohani; ada sifat-sifat haiwan dan sifat-sifat malaikat (http://www.wasatiyyah.my/?p=733).
77
Syaikh Mahmud Shaltut (http://www.wasatiyyah.my/?p=733).
142

umat pilihan untuk faedah kepada manusia yang lain78. Melalui kitab Fiqh al-
Wasatiyyah al-Islamiyyah wa al-Tajdid, al-Qaradawi menjelaskan bahawa istilah
Wasatiyyah dalam ayat 143 surah al-Baqarah mengandungi sekurang-kurangnya 30
prinsip Wasatiyyah dan pembaharuan79.

Jesteru, Wasatiyyah perlu dihurai dengan lebih jelas berdasarkan al-Quran dan
Sunnah. Ia tidak boleh ditafsirkan dengan makna zahir sahaja80, bahkan ia sama sekali
tidak membawa maksud sekadar kesederhanaan81. Ianya perlu diterjemahkan dengan
bahasa wahyu, bukannya bahasa nafsu. Ia merupakan satu konsep yang bersesuaian
dengan risalah yang kekal, sebagai dalil keadilan, istiqamah dan benar, manhaj yang
terbaik dan terpilih, senjata keamanan, dalil kekuatan dan sebagai kuasa penyatuan 82.
Ia adalah satu sifat yang terpuji dan amat penting kepada manusia untuk membentuk
kehidupan yang stabil dan bahagia. Sekalipun rumit untuk dimengertikan83, istilah
Wasatiyyah ini perlu terus kekal digunakan dalam bahasa Malaysia, kerana ia
merupakan satu konsep yang kompleks yang tidak mudah diterjemahkan ke dalam
bahasa lain kerana ianya diambil dari ayat al-Quran84 dan hadis Baginda. Melalui
gagasannya yang syumul, Wasatiyyah Islam mampu diterima oleh seluruh umat
dunia85.

78
Sulaiman bin Ibrahim al-Ayad (2005: 54).
79
Adibah Sulaiman @ Mohamad 2011 (Mustaqim 2012: 128- 134). Ringkasnya Gagasan dan prinsip
Wasatiyyah tersebut adalah [1] Kefaqihan berimbang dan adil terhadap Islam, [2] keimanan serta
pendaulatan tertinggi terhadap al-Quran dan Sunnah, [3] aqidah berpaksikan keimanan di atas tauhid
yang tulen, [4] meletakkan prioriti dalam amalan, [5] memperbaharui agama dari dalam,
[6] penghayatan terhadap akhlak, [7] seruan kepada fiqh yang baharu, [8] mengimbangi antara perkara
statik dan aspek semasa yang berubah-ubah, [9] inovatif dalam fatwa, [10] kreatif dalam berdakwah,
[11] meraikan perubahan berperingkat tanpa terburu-buru, [12] menekankan kewajipan berdakwah
dalam bentuk penyatuan antara kerohanian dan kebendaan, kewujudan ketuhanan (rabbaniyyah) dan
manusia serta akal dan realiti, [13] Melebarkan dakwah dalam setiap perkara, [14] berdamai dengan
mereka yang mahukan perdamaian dan berperang dengan mereka yang melampau, [15] meraikan
minoriti agama lain di dalam masyarakat Islam, [16] memandu akal di samping wahyu, [17]
menyokong kebebasan asas manusia dan masyarakat, [18] memartabatkan serta menginsafkan wanita,
[19] menfokuskan hal kekeluargaan, [20] Menghormati hak rakyat dalam memilih pemerintah, [21]
memperkasakan ekonomi islam, [22] yakin dengan kewujudan umat Islam, [23] menghindari cacian
dan mengkafirkan sesama Islam, [24] mengambil berat tentang minoriti Islam di seluruh dunia, [25]
menghormati nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan, [26] bersikap prihatin terhadap
pembangunan dan perkembangan dalam semua aspek kehidupan, [27] mendukung pembaharuan dan
perubahan dengan memerangi kemunduran dan rasuah dalam semua bentuk, [28] berusaha menyatukan
umat Islam tanpa memerlukan setiap individu bekerjasama dalam satu kumpulan atau pergerakan yang
besar [29] menggerakkan reformasi secara menyeluruh dan [30] memanfaatkan warisan khazanah
ilmuan Islam.
80
Hadi Awang 2012.
81
Azwani 2013.
82
Hisyamuddin 2002; Mohamad Kamil 2013
83
Konsep ini tidak difahami oleh masyarakat non-Muslim, mereka kurang mengambil berat tentang
pemahaman terhadap istilah ini. Hal ini mungkin kerana penggunaan istilah Wasatiyyah dalam bahasa
Arab menyebabkan mereka tidak mahu mengetahui dan merasakan bahawa ia tidak berkaitan dengan
kehidupan mereka (Azyati; Wan Kamal; Azmi dan Ermy 2013).
84
Abdullah Md Zin 2014.
85
Mohd Shahid 2012: 9 ; Azyati; Wan Kamal; Azmi dan Ermy 2013; Abdullah Md Zin 2014.
143

Sikap keterbukaan tanpa menggadaikan prinsip agama perlu diimbangi. Umat Islam
haruslah terbuka kepada pandangan dan pentafsiran serta ijtihad yang terbuka tanpa
mengambil jalan yang keras dan tertutup86. Kesederhanaan juga haruslah
diterjemahkan secara positif untuk meletakkan kedudukan umat Islam di dalam dunia
global87 tanpa cuai88 dan tidak terlalu ekstrem89. Sikap ekstrem dan liberal merupakan
sikap golongan Yahudi dan Nasrani90. Sedangkan umat Muhammad adalah umat yang
memilih jalan sederhana antara dua sikap tersebut91. Umat Islam adalah umat yang
adil dan terpilih92, umat yang moderat di antara umat yang terlalu kolot dan umat
yang terlalu maju sehingga cenderung kepada kerosakan93, umat ditengah-tengah
antara Yahudi, Musyrik dan Nasrani, Wathani, Hindu serta golongan al-Riyadat94,
umat yang adil dari segi kefahaman dan kepercayaan, dari segi pemikiran dan
perasaan, dari segi penyusunan dan penyelarasan, dari segi pertalian-pertalian dan
hubungan-hubungan zaman dan tempat95. Umat Islam juga adalah umat yang adil dan
pilihan dengan beriman, beramal dan berakhlak dengan Islam96 serta tidak pernah
melihat adanya pertentangan antara dunia dengan akhirat97. Ianya terangkum kemas di
antara sifat ifrat dan tafrit98 sekaligus mampu menghindari sifat taasub, permusuhan,
suka mengalah, hilang jati diri dan anti dunia99. Kehadiran Islam adalah untuk
mengimbangi di antara dua golongan yang bertentangan; di antara kerohanian dan
kebendaan, individu dan jemaah, realiti dan teori serta Yahudi dan Nasrani. Bahkan
Wasatiyyah Islam adalah adil, menyeluruh, dan berimbang dari segenap sudut100.

Dalam konteks usaha membangun kerukunan hidup antara agama, citra Wasatiyyah
adalah salah satu faktor penting kejayaannya. Citra Wasatiyyah juga menjadi lebih
penting dalam konteks politik perkongsian kuasa dan permuafakatan politik antara
golongan Islam dengan bukan Islam101. Hasilnya, konsep Wasatiyyah adalah sebagai

86
Ismail Ibrahim 2011.
87
Ismail Ibrahim 2011; JAKIM 2013.
88
Mohd Shahid 2012.
89
Azyati; Wan Kamal; Azmi Aziz dan Ermy 2013.
90
Abu Bakar 1986: 14.
91
Muslim Ibrahim 2011: 2.
92
Ismail Ibrahim 2011.
93
Asmaji 2006: 138.
94
Mustafa 1998: 194 (Azwani 2013: 31)
95
Sayyid 1994: 131-132 (Azwani 2013: 31)
96
Hadi Awang 2012.
97
Ismail Ibrahim 2011; Mohamad Kamil 2012.
98
Mohamad Zaidin Mohamad menukilkan daripada al-Nursi melalui Khutbah Shamiyyah bahawa
beliau menolak dua pendekatan yang bersifat ifrat dan tafrit. Tambah beliau lagi, menolak terus atau
menerima Barat secara total tanpa penyaringan adalah ditegah
(http://www.malaysianur.com/wasatiyyah-sebagai-metode-persaudaraan/).
99
Idris Zakaria 2013.
100
Hisyamuddin 2002; Ammar Sukari 2004.
101
Siddiq Fadzil 2012.
144

formula bagi menyelesaikan persoalan kehidupan manusia dan ia memperlihatkan


bahawa seluruh ajaran Islam adalah mampu dilaksanakan oleh manusia102. Ia juga
bertujuan untuk mengekalkan keharmonian sebagai sebuah negara yang berbilang
bangsa dan agama103. Lebih penting dari itu, Wasatiyyah dalam soal akidah mampu
mengimbangi antara aliran literalisme, liberalisme dan sesetengah aliran sufisme104.
Aliran ini berada di tengah-tengah antara menerima dan menolak secara total105.
Sesiapa yang menyimpang daripada cara Wasatiyyah, Baginda akan bersaksikan
terhadapnya bahawa ia bukan daripada kalangan umat Baginda106. Melalui manhaj
Wasatiyyah, umat Islam mampu mengimbangi kehidupan di dunia sekaligus mampu
cemerlang menuju ke gerbang syurga107.

Penutup

Artikel ini membahaskan tentang keunikan agama Islam yang disifatkan sebagai
Wasatiyyah. Malangnya, kekeliruan sering timbul di dalam mendefiniskan
Wasatiyyah sehingga istilah ini sering ditafsirkan sebagai kesederhanaan, pertengahan
dan moderat. Tidak kurang juga wujud kelompok yang cuba memanipulasikan
manhaj ini demi kepentingan nafsu. Nyata kekeliruan dan reaksi negatif umat Islam
sendiri terhadap konsep Wasatiyyah merosakkan imej agama. Ditambah pula dengan
tekanan penjajah terhadap minda menyebabkan para pemimpin Islam yang sedang
tercari-cari identiti diri sering memerangkap umat Islam dalam gerakan radikal dan
ekstrem. Dari sudut lain, fahaman fatalisme yang diselaputi dengan kecelaruan konsep
Qada dan Qadar juga menyebabkan umat Islam menolak kemodenan dan mudah
berpuas hati dengan pencapaian sederhana. Lebih parah lagi, ada yang terjerumus
kepada fahaman liberal, sekaligus mengambil jalan mudah dalam soal agama.
Hasilnya, keistimewaan Wasatiyyah dicemari dengan fahaman yang menghancurkan
agama. Jesteru, Wasatiyyah perlu dihurai dengan lebih jelas dan dinamik berpaksikan
kepada al-Quran dan Sunnah. Ianya merupakan satu konsep yang kompleks yang
tidak mudah diterjemahkan ke dalam bahasa lain kerana ianya diambil dari ayat al-
Quran dan Hadis. Penafsiran makna Wasatiyyah secara zahir semata-mata pasti
menyimpang dari maksudnya yang sebenar. Bahkan Wasatiyyah sama sekali tidak
membawa maksud sekadar kesederhanaan. Wasatiyyah merupakan salah satu konsep
yang paling besar dan signifikan dalam Islam. Ianya adalah kesederhanaan berimbang
yang perlu difahami secata detail berdasarkan pengertian yang mendalam.
Keseimbangan dalam setiap lapangan di antara rohani dan jasmani serta duniawi dan
ukhrawi perlu digarapkan secara tepat. Sifat adil secara berimbang di antara semua
perkara tanpa menggadaikan prinsip agama merupakan ramuan lengkap yang saling
lengkap-melengkapi. Sekalipun akhirat didamba, namun dunia sebagai jambatannya
tidak pula dirobohkan. Wasatiyyah dengan pelbagai tafsiran positif menjurus kepada
kesyumulan Islam itu sendiri. Usaha menjelaskan pemahaman wasatiyah yang

102
Azyati; Wan Kamal; Azmi Aziz dan Ermy 2013.
103
Wan Hussein 1987: 1.
104
Zulkifli 2012: 14.
105
Zulkifli 2012: 15.
106
Wahbah 1991: 9.
107
al-Qaradawi 2010; Rumaizuddin 2012.
145

sebenar perlu kepada kolobrasi secara kolektif dari segenap lapisan masyarakat.
Berpaksikan kepada kepentingan menghayati dan mengamalkan konsep Wasatiyyah
di dalam kehidupan, penulis mencadangkan agar pihak Kementerian Pendidikan
mewujudkan satu subjek wajib khusus berkaitan penghayatan Wasatiyyah.
Menjadikan Wasatiyyah sebagai subjek wajib di dalam sistem pendidikan negara
adalah merupakan satu langkah yang terbaik di dalam menerapkan kefahaman
Wasatiyyah yang sebenar. Melalui pendekatan ini, konsep Wasatiyyah dapat dijana
sebagai sumber kerahmatan negara dan dunia.

Rujukan

Abdullah Md Zin. 2014. Kertas kerja Seminar Antarabangsa: Penghayatan


Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah. Kuala Lumpur: Anjuran Institut
Wasatiyyah Malaysia pada 8 10 April 2014 di Dewan Felda, Kuala Lumpur.

Abu Bakar Hamzah. 1986. Perpaduan dan Kesederhanaan dalam Islam. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

al-Ayad, Sulaiman bin Ibrahim. 2005. Buhuth Nadwah Athar al-Quran al-Karim fi
Tahqiq al-Wasatiyyah wa Dafie al-Ghuluw. Jilid 1. Arab Saudi: Penerbit
Kementerian Hal Ehwal Islam.

al-Bakri, Zulkifli Mohamad dan Mohd Aizam Masod. 2012. Manhaj Fiqah Wasathiy:
Kertas Kerja Konvensyen Fiqh Ummah. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

al-Bakri, Zulkifli Mohamad. 2011. Wasatiyyah: Konsep dan Pelaksanaan. Kuala


Lumpur: YADIM.

al-Qaradawi, Yusuf. 2010. Fiqh al-Wasatiyyah al-Islamiyyah wa al-Tajdid. Beirut:


Dar al- Syuruq.

al-Shobuni, Muhammad Ali. 1996. Safwat al-Tafasir. Beirut: Dar al-Fikr.

al-Ulyani, Ali bin Nafi. 1995. Ahamiyat al-Jihad Fi Nasr al-Dakwah al-Islamiyyah
wa al-Rad Ala al-Tawaif al-Dolah Fih. Arab Saudi: Dar al-Taba Li al-Nasyr
wa Tauzi.

al-Zuhaili, Wahbah Mustofa. 1991. al-Tafsir al-Munir. Jilid 2. Beirut: Dar al-Fikr.

Azyati Azhani & Mohd Mazuki. 2013. Konsep Wasatiyyah Dalam Pembentukan
Piagam Madinah. International Journal of West Asian Studies. 5 (2): 115.

Azyati Azhani Mohd Mazuki, Wan Kamal Mujani, Azmi Aziz & Ermy Azziaty
Rozali. 2013. Nilai Wasatiyyah Dalam Islam. Prosiding Nadwah Ulama
Nusantara (NUN) V: Ulama dan Cabaran Idealisme Semasa: 340 344.

Azyati Azhani Mohd Mazuki, Wan Kamal Mujani, Azmi Aziz & Ermy Azziaty
Rozali. 2013. Pelaksanaan Konsep Wasatiyyah Di Malaysia. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
146

Hadi Awang. 2012.


(http://www.harakahdaily.net/index.php/columnist/presiden/7866-konsep-al-
Wasatiyyah).

Ibn Kathir al-Dimasyqi, Abi Fada al-Hafiz. 1997. Tafsir al-Quran al-Azim. Jilid 1.
Beirut: Dar al-Fikr.

Ibn Taimiyyah. Terj. Asmaji Mukhtar & Kasmuri Ahmad. 2006. Syarah Aqidah
Wasatiyyah. Johor Bharu: Perniagaan Jahabersa.

Ismail Ibrahim. 2011. Kertas Pembentangan Konsep Wasatiyyah: Perspektif Islam.


Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

JAKIM. 1987. Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. Edisi


kelapan. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Jamil Khir. 2012.


(http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121116/dn_11/Umat-
Islam-digesa-amal-sikap-Wasatiyyah-dalam-urusan-seharian).

Kamus Dewan. 1998. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

M. Quraish Shihab. 1996. Wawasan al-Quran Tafsir Maudhui Atas Pelbagai


Persoalan Umat. Bandung: Penerbit Mizan.

Masyitah. 2012. (http://www.wasatiyyah.my/?p=316).

Mohamad Kamil Ab Majid. 2013. Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. Jabatan


Kemajuan Islam Malaysia.

Mohamad Zaidin Mohamad. (http://www.malaysianur.com/wasatiyyah-sebagai-


metode-persaudaraan/).

Mohd Azwani Mohd Annual. 2013. Latihan Ilmiah Pemahaman Konsep Wasatiyyah
Dalam Kalangan Sarjana Arab dan Melayu Masa Kini. Bangi: Universiti
Kebangsaan Melaysia.

Mohd Faizal Malik. 2002. Latihan Ilmiah Konsep Wasatiyyah Dalam Islam: Rujukan
Utama Terhadap Pemikiran Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd Hisyamuddin. 2002. Latihan Ilmiah Konsep Kesederhanaan (Wasatiyyah) di


dalam al-Quran. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd Khambali @ Hambali; Khadijah; Abdul Kadir; Nor Adina. (2010). Pendekatan
Wasatiyyah Dalam Pengaplikasian Islam Hadhari Di Malaysia. International
Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia
and Indonesia. pp. 1-19. ISBN 9789832078425.

Mohd Rumaizuddin Ghazali. 2012. Yusuf al-Qaradwi dan Pengaruhnya Dalam


Masyarakat Islam di Malaysia. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.
147

Mohd Shahid Talib. 2012. Wasatiah Indahnya Hidup Bersederhana. Kuala Lumpur:
PTS Islamika.

Muhammad Ahmad Rasyid. 2008. al-Qaradawi wa al-Wasatiyyah.


(http://www.ikhwanwiki.com/index.php?title=).

Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. 2012. Islam dan Wasatiyyah. Nilai: Universiti
Sains Islam Malaysia.

Muslim Ibrahim. 2011. Kertas Pembentangan Konvensyen Wasatiyyah: Satu


Milenium Islam Sebagai Paksi Perpaduan Serumpun. Nilai: Universiti Sains
Islam Malaysia.

Rejab Abu Meleh, Terjemahan Fauwaz Fadzil Noor. 2014. Ringkasan Fiqh Jihad
Keamanan Bukan Peperangan. Kuala Lumpur: Telaga Biru.

Siddiq Fadzil. 2012. Yusuf Al-Qaradawiy: Faqih Ideologue Gerakan Islam


Kontemporar. (http://ilmuwanrakyat.blogspot.com/2012_10_01_archive.html).

Siddiq Fadzil. 2012. Islam dan Melayu: Martabat Umat Dan Daulat Rakyat.
Selangor: Dar al-Hikmah.

Sidek Baba. 2013. Sifat Pelampau, Tergesa-gesa Musuh Wasatiyyah


(http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Sifatpelampau_tergesagesamusu
hWasatiyyah/Article).

Taqudin Mohd Yazid. 2014. Rasulullah cerminan terbaik Wasatiyyah


(http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/RasulullahcerminanterbaikWasat
iyyah/Article/cetak).

Wan Hussein Azmi. 1987. Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Malaysia.
Dlm. Seminar Antarabangsa Mengenai Perpaduan Ummah. Anjuran Bahagian
Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri pada 28-30 September.

Wasatiyyah Bagaikan Cahaya Mentari (http://www.wasatiyyah.my/?p=841).

Wasatiyyah Tidak Sama dengan Moderatisme Barat


(http://www.wasatiyyah.my/?p=765).

Zainal Kling. 2011. Kertas Pembentangan Konsep Wasatiyyah: Perspektif Sosial


Sains. Nilai : Universiti Sains Islam Malaysia.

http://www.arrahmah.com/read/2013/01/02/25848-meninjau-kembali-istilah-islam.

http://www.Wasatiyyah.my/?p=733.

http://drshah1r.wordpress.com/tag/alqardhawi/.

Anda mungkin juga menyukai