Anda di halaman 1dari 6

MINIT MESYUARAT PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SJK (C) MAMBANG DI AWAN


BIL 1 / 2015

Tarikh : 10 Mac 2015 (Selasa)


Masa : 1.30 tengahari 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan, SJK (C) Mambang Di Awan
Kehadiran :
Bil Nama Jawatan
1 En Foo Yuen Choy (Guru Besar)
2 Pn Chang Sheue Jiun (PK Pentadbiran)
3 En Chen Jiunn Woei (PK Hal Ehwal Murid)
4 En Hoo Har Khuen (PK Kokurikulum)
5 Pn Hanim Rafiza Bt Pandak Odin Guru Pendidikan Khas Intergrasi

AGENDA MESYUARAT

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 En Foo Yuen Choy selaku Guru Besar SJK(C) Mambang Di Awan mengucapkan ucapan terima
kasih kepada semua penolong kanan dan guru di atas kehadiran pada mesyuarat kali ini.

2. PROGRAM BARU KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SJK(C) MAMBANG DI AWAN

2.1 PROGRAM BARU PPKI


2.1.1 En Foo Yuen Choy menyatakan Kelas Pendidikan Khas Integrasi telah dibuka pada
2 Mac 2015. Pn Hanim Rafiza selaku guru pendidikan khas adalah diharapkan dapat
menguruskan keperluan dan persediaan bilik pendidikan khas dengan baik sebelum
kemasukan murid pendidikan khas ke sekolah ini. Beliau turut menerangkan
En Tan Aik Ho (Penolong PPD Pendidikan Khas) telah hadir ke sekolah pada 4 Mac
2015 bagi menjalankan pemantauan dan menyerahkan dokumen berkaitan
pembukaan kelas baru bagi Program Pendidikan Khas Integrasi oleh Jabatan
Pendidikan Negeri Perak.

Tindakan : Pn Hanim Rafiza


2.2 PENGURUSAN KELAS PPKI
2.2.1 Pn Hanim menerangkan pada ketika ini fokus utama persediaan program baru
Pendidikan Khas Integrasi adalah penyediaan bagi beberapa fail seperti berikut:-
1. Fail Pengurusan & Pentadbiran PPKI
1|Minit Mesyuarat PPKI Bil 1 / 2015
1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 En Foo Yuen Choy selaku Guru Besar SJK(C) Mambang Di Awan mengucapkan ucapan terima
kasih kepada semua penolong kanan dan guru di atas kehadiran pada mesyuarat kali ini.

2. PROGRAM BARU KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SJK(C) MAMBANG DI AWAN


a. Maklumat pengurusan PPKI
b. Mesyuarat / Taklimat
c. Akta dan Surat Pekeliling
d. Pengurusan Rekod
e. Pengurusan Kewangan
f. Perkembangan Warga PPKI
g. Dokumentasi

2. Fail Kurikulum
a. KSSR Pendidikan Khas
b. Jadual Waktu
c. Pentaksiran / Penilaian
d. Bank soalan
e. Program Inklusif
f. RPI Rancangan Pengajaran Individu
g. Pemantauan
h. LINUS
i. PBS

3. Fail Hal Ehwal Murid


a. Fail Peribadi Murid
b. Data/ Enrolmen
c. Disiplin
d. SPBT
e. Biasiswa / EMK

4. Fail Kokurikulum
a. Fail Pengurusan Kokurikulum
Tindakan : Makluman

2.2.2 KECERIAAN KELAS PPKI


Pn Hanim turut menerangkan pada masa kini beliau sedang menjalankan projek
keceriaan kelas pendidikan khas supaya kelas pendidikan khas akan lebih kondusif
dan mesra maklumat kepada murid. Beliau telah menyerahkan Kertas Kerja bagi
Penambahbaikan Kelas Pendidikan Khas kepada Tuan Guru Besar bagi memohon
sumbangan daripada PIBG.

2|Minit Mesyuarat PPKI Bil 1 / 2015


1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 En Foo Yuen Choy selaku Guru Besar SJK(C) Mambang Di Awan mengucapkan ucapan terima
kasih kepada semua penolong kanan dan guru di atas kehadiran pada mesyuarat kali ini.

2. PROGRAM BARU KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SJK(C) MAMBANG DI AWAN


Tindakan : Pn Hanim Rafiza
2.2.3 SUSUN ATUR PERABOT
Pn Hanim telah memindahkan kerusi dan meja untuk diletakkan ke dalam 3 bilik kelas
pendidikan khas. Beliau turut meminta kerjasama daripada pekerja syarikat
pembersihan sekolah bagi membantu beliau mengemas bilik kelas pendidikan khas.

Tindakan : Pn Hanim Rafiza

2.2.4 BILANGAN KELAS PPKI


PPKI mempunyai peruntukan 3 bilik kelas. Tuan Guru Besar mencadangkan bagi
memudahkan pengurusan guru hanya 1 kelas Pendidikan Khas digunapakai dan
ditadbir terlebih dahulu. Sekiranya terdapat penambahan murid di masa akan datang
tambahan 2 kelas yang lain boleh digunapakai.

Tindakan : Pn Hanim Rafiza

2.3 REKOD DAN INVENTORI


2.3.1 Pn Hanim turut menerangkan pada masa kini beliau sedang dalam proses menyiapkan
maklumat kad - rekod harta modal dan inventori. Setelah siap proses perekodan aset
beliau akan menjalankan proses melabel aset dan inventori tersebut.

Tindakan : Pn Hanim Rafiza

2.4 PENGURUSAN AKADEMIK


2.4.1 Tuan Guru Besar mencadangkan agar Pn Hanim menyediakan Buku Penilaian /
Pelaporan Prestasi Murid Pendidikan Khas memandangkan subjek/mata pelajaran
pendidikan khas adalah berbeza dengan aliran perdana.

2.4.2 JADUAL WAKTU PPKI


Pn Hanim telah menyediakan jadual waktu pembelajaran bagi kelas PPKI sebagai
persediaan sebelum murid baru mendaftar ke kelas PPKI.
3|Minit Mesyuarat PPKI Bil 1 / 2015
1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 En Foo Yuen Choy selaku Guru Besar SJK(C) Mambang Di Awan mengucapkan ucapan terima
kasih kepada semua penolong kanan dan guru di atas kehadiran pada mesyuarat kali ini.

2. PROGRAM BARU KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SJK(C) MAMBANG DI AWAN

Tindakan : Pn Hanim Rafiza

2.5 PENGURUSAN MURID


2.5.1 Pn Hanim telah mendapatkan maklumat berkenaan murid yang telah dikenalpasti dan
mempunyai ciri-ciri murid pendidikan khas iaitu LEE CHOOI YIN daripada kelas 4B.
Encik Chen selaku PK HEM akan mengadakan perjumpaan dengan ibu murid tersebut
untuk dicadangkan bertukar dari aliran perdana ke aliran pendidikan khas. Murid
tersebut telahpun menjalani ujian perubatan dan dikenalpasti oleh doktor sebagai
murid pendidikan khas kerana mengalami masalah kurang upaya intelektual.

Tindakan : En Chen (PK HEM)

2.5.2 Pn Hanim telah mendapatkan penerangan daripada En Tan Aik Ho berkenaan status
murid pendidikan khas yang akan mendaftar ke sekolah ini. Beliau menerangkan
bahawa pembukaan program baru pendidikan khas di SJK(C) telah dihebahkan
kepada sekolah yang berdekatan. Beliau turut menjelaskan bahawa beliau akan
mendapatkan maklumat berkaitan murid OKU yang tinggal di kawasan berdekatan
sekolah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tindakan : Makluman

3. HAL-HAL LAIN

3.1 Tiada hal-hal berbangkit yang dibincangkan pada mesyuarat kali ini.

4. PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi
kepada semua ahli yang hadir.

4|Minit Mesyuarat PPKI Bil 1 / 2015


1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 En Foo Yuen Choy selaku Guru Besar SJK(C) Mambang Di Awan mengucapkan ucapan terima
kasih kepada semua penolong kanan dan guru di atas kehadiran pada mesyuarat kali ini.

2. PROGRAM BARU KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SJK(C) MAMBANG DI AWAN

5|Minit Mesyuarat PPKI Bil 1 / 2015


Disediakan oleh : Disahkan oleh :

............................................................... ..........................................................
PN HANIM RAFIZA BT PANDAK ODIN EN FOO YUEN CHOY
Guru Pendidikan Khas Integrasi Guru Besar
SJK(C) Mambang Di Awan SJK(C) Mambang Di Awan

Bertarikh : 23 Mac 2015

6|Minit Mesyuarat PPKI Bil 1 / 2015

Anda mungkin juga menyukai