Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH UP_R01


31150 HULU KINTA, IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN

Minggu
JURNAL Ke 3
Bilangan Jurnal :Ke - 3
Tarikh Peristiwa/ Kejadian :08.08.2016 hingga 12.08.2016
:Masalah Murid Yang Lambat Menyiapkan
Tajuk
Aktiviti Atau Latihan Yang Diberi

Minggu ini saya telah menghadapi masalah sebilangan murid lambat


menyiapkan aktiviti atau latihan yang diberi di tahun 4 iaitu untuk
matapelajaran Metametik. Masalah ini terjadi semasa Pengajaran dan
Masalah /
Peristiwa
Pembelajaran sedang berlangsung. Keadaan ini telah menjadi beban
kepada saya sewaktu menjalankan aktiviti atau sesuatu latihan. Hal ini
menimbulkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan
seperti yang dirancang pada hari-hari tertentu.
Apabila saya menghadapi masalah ini, pada awalnya saya berasa kecil hati
dengan tindak-tanduk kelas tersebut. Saya mula berfikir apakah masalah
sebenarnya yang dihadapi oleh murid-murid tahun 4 ini. Saya mula berfikir
apakah yang seharusnya saya lakukan. Maka bermulalah pencarian saya
dengan mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan masalah ini
berlaku. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku.
Masalah ini timbul kerana tabiat murid yang dah biasa melakukan aktiviti
Analisis
atau latihan yang diberi dengan lambat. Jadi, saya tidak dapat
melaksanakan sesuatu langkah seperti yang dirancang. Masalah ini juga
berlaku kerana murid-murid kurang memberi perhatian apabila saya
memberi arahan tentang sesuatu aktiviti atau latihan. Selain itu, aktiviti atau
latihan yang saya jalankan mungkin sesuatu yang sukar atau susah
dilaksanakan oleh para murid pada masa yang ditetapkan. Ini
menyebabkan murid-murid lambat menyiapkan sesuatu aktiviti atau latihan.
Cadangan a)Saya akan sentiasa mengingatkan kepada murid-murid tentang
Tindakan
Susulan masa yang diperuntukan bagi sesuatu aktiviti atau latihan.
b)Saya akan memperjelaskan kepada murid-murid bahawa sesiapa
yang lambat menyiapkan aktiviti atau latihan yang diberi akan diberi
denda seperti menyanyi, ganjaran tidak akan diberi dan sebagainya.
c)Saya akan menanya masalah murid yang kerap menyiapkan
aktiviti atau latihan yang diberi dengan lambat.
d)Saya juga menyuruh murid-murid supaya menumpukan perhatian

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH UP_R01
31150 HULU KINTA, IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN

penuh semasa arahan diberikan tentang sesuatu aktiviti atau latihan.


Sesiapa yang tidak menumpukan perhatian akan diberi denda
seperti mengulangi arahan yang diberikan.
e)Saya akan merancang aktiviti atau latihan yang bersesuaian
dengan tahap murid-murid.

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu ini. Saya
juga akan menjalankan aktiviti atau latihan yang bersesuaian dengan
Tempoh murid. Tindakan susulan seperti di atas boleh mengurangkan masalah
Masa
Tindakan
murid yang lambat menyiapkan aktiviti atau latihan yang diberi. Saya
Susulan sangat tegas terhadap masalah ini kerana ia mengganggu proses P&P
yang dijalankan. Saya akan mengatasi masalah ini dan menjalankan P&P
dengan sebarang halangan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan

Nama : Pn.Shahrilliza Bt Mohd Yunus Nama : En.Murugiah A/L Velayutham

Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/

Anda mungkin juga menyukai