Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya pada hari ini kami berhimpun di dalam


Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam, sebagai tanda kesungguhan,
komitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat
kami untuk membangun, membina , mendidik dan
memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa
kepada agama, bangsa dan negara.

Oleh itu, berkatilah pertemuan kami ini, ilhamkanlah


dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas,
pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan-
keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami
limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar.
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturrahim di
kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk
memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama serta
mencapai kecemerlangan dan kegemilangan disekolah ini.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-


hambaMu yang taat dan bersyukur. Kurniakanlah kepada
kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang
sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki
yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta
kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan
juga di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai