Anda di halaman 1dari 12

Soalan 1 hingga 20

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. _____________________ rasa sudah sepurnama ____________________ tidak


menjejakkan kaki ke kampung halaman, kata Hang Jebat kepada Hang Tuah.

A. Hambakita
B. Patikkita
C. Kitapatik
D. Kitahamba

2. Tunku Abdul Rahman digelar sebagai Bapa Kemerdekaan kerana jasa_____________


memerdekakan negara.

A. dia
B. beliau
C. kamu
D. ia

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. _________________ cikgu bersihkan kawasan padang ini, kata Cikgu Musa kepada
pelajar-pelajarnya.

A. Sila
B. Harap
C. Jangan
D. Tolong

4. Walaupun adik belum bersekolah tetapi dia ______________________ berkata-kata.

1
A. cepat
B. petah
C. hapak
D. busuk

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah

5. Tayar kereta Encik Roslan agak _____________________ kerana kekurangan angin.


A. licin
B. kembong
C. kembang
D. kempis

6. Tiba-tiba Ah Chong menjadi ___________________ sebaik sahaja melihat kemunculan guru


disiplin.

A. kaku
B. pegun
C. tegang
D. beku

7. Ayah membeli lima ___________________ jagung rebus di pasar malam.

A. biji
B. batang
C. tongkol
D. buah

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

2
8. Pemain boling itu berasa kecewa ___________________ balingan yang dibuatnya sebentar
tadi tidak sempurna.
A. agar
B. jika
C. sejak
D. kerana

9. Wak Karman sedang _________________ tepung untuk membuat roti canai.

A. mencampur
B. memulas
C. menekan
D. menguli

10. Untuk mendapatkan ikan yang besar, Haikal perlulah menggunakan _____________ yang
lebih besar.

A. mata pencarian
B. mata kucing
C. mata kail
D. mata hati

11. Adik ________________ sebaik sahaja meletakkan kepalanya di bantal kerana terlalu letih.

A. terlena
B. tersedak
C. terjaga
D. tersedu

3
12. Guru-guru ________________ yang telah mendidik kita hingga menjadi murid yang
cemerlang.

A. -tah
B. -kah
C. -lah
D. lagi

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Pelukis itu sedang _____________ wajah seorang wanita di atas kertas lukisannya.

A. melakar
B. mencalar
C. mereka
D. mencalit

14. Tukang masak itu sedang __________________ bawang besar di dapur.

A. mengadakan
B. menyuapkan
C. mencarikan
D. mengupas

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15. ________________ setiap petang, Zakaria berjoging di tepi pantai bersama-sama adiknya.

4
A. Dari
B. Pada
C. Kepada
D. Daripada

16. Faisal merupakan ________________nya peserta lelaki dalam pertandingan mengubah


bunga itu.

A. satu-satu
B. dua-dua
C. tiga-tiga
D. empat-empat

17. Kebanyakan ________________ roda basikalnya berkarat kerana telah lama tidak dibasuh.

A. tetulang
B. jejari
C. kekuda
D. lelayang

18. Kejadian sebentar tadi ________________ bermain-main di dalam fikirannya.

A. akan
B. dapat
C. hanya
D. masih

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

19. Sebagai anak, kita mesti patuh akan segala suruhan ibu bapa kita.

A. percaya
B. setuju
C. taat
D. gembira

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

20. Walaupun bertubuh besar namun dia seorang yang penakut.

5
A. garang
B. berani
C. tegas
D. kuat

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21. I. Sebuah bangunan telah jatuh dalam kejadian gempa bumi itu.
II. Saya telah jatuh hati sebaik sahaja melihat lukisan yang dipamerkan.
III. Hari lahir saya jatuh pada hari raya.
IV. Buah durian yang masak itu telah jatuh semalam.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

22. I. Makanan yang terhidang itu masih panas semasa kami sampai.
II. Hari masih panas walaupun telah lewat petang.
III. Hati saya panas apabila mengenangkan kejadian semalam.
IV. Sup tulang sedap dimakan panas.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Pilih soalan yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

23. Tidak, bukan dia yang menjadi punca kemalangan itu.

A. Siapakah yang menyebabkan kemalangan itu berlaku?


B. Adakah dia yang menjadi punca kemalangan itu?
C. Mengapakah kemalangan itu berlaku?
D. Bagaimanakah kemalangan itu boleh berlaku?

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

24. Siapakah nama jiran baharu kamu itu?

A. Jiran saya baharu pindah semalam.


B. Nama jiran baharu kita itu ialah Encik Latip.
C. Nama jiran baharu saya itu ialah Encik Latip.
D. Nama jiran-jiran baharu saya ialah Encik Latip dan Encik Faizal.

6
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25. Saya akan menolong ibu mengemas rumah pada setiap hari Ahad dan cuti umum.

A. Saya ditolong oleh ibu untuk mengemas rumah pada setiap hari Ahad dan cuti umum.
B. Ibu dan saya saling menolong untuk mengemas rumah pada setiap hari Ahad dan cuti
umum.
C. Ibu saya tolong untuk mengemas rumah pada setiap hari Ahad dan cuti umum.
D. Ibu akan saya tolong untuk mengemas rumah pada setiap hari Ahad dan cuti umum.

26. Farah menolong ibunya membersihkan kawasan rumah.

A. Ibu telah ditolong oleh Farah membersihkan kawasan rumah mereka.


B. Farah telah ditolong ibunya membersihkan kawasan rumah.
C. Ibu telah ditolong oleh Farah membersihkan kawasan rumah.
D. Ibu telah ditolong oleh Farah membersihkan seluruh kawasan rumah mereka.

Pilih ayat-ayat yang betul.

27. A. Saya suka makan buah, mangga, jambu, betik, dan tembikai.
B. Saya suka makan buah mangga, jambu, betik dan tembikai.
C. Saya suka makan, buah manga, jambu, betik dan tembikai.
D. Saya suka makan buah mangga jambu betik dan tembikai.

28. I. Emak selalu memarah akan saya kerana selalu pulang lewat.
II. Para tetamu-tetamu dijemput duduk kerana majlis akan bermula sebentar lagi.
III. Nasi yang dimasak nenek itu sungguh enak sekali.
IV. Setiap petang, Aizat menjala ikan di sebatang sungai.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. I, II dan III sahaja

29. Guru-guru sedang bermesyuarat untuk ____________ bagi mengatasi masalah disiplin dalam
kalangan murid-murid.

7
A. mati akal
B. jalan buntu
C. cari jalan
D. jalan tengah

30. Mukanya yang ___________________ telah menjadi kegilaan dalam kalangan anak muda di
kampung itu.

A. bulat seperti bola


B. besar seperti gajah
C. hitam seperti arang
D. cantik seperti bidadari

Soalan 31 hingga 35

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut.
Pihak kerajaan sentiasa berusaha menggalakkan industri pelancongan di negara kita. Ini
memandangkan sektor pelancongan antara sumber utama pendapatan negara.

Kita harus menyokong usaha-usaha kerajaan untuk memajukan industri pelancongan.


Salah satu langkah yang boleh kita lakukan ialah dengan mengamalkan sikap berbudi bahasa
dengan pelancong asing. Jika kita tidak bersikap berbudi bahasa dengan pelancong asing,
ianya pasti mencemarkan imej negara. Imej negara yang tidak baik dalam kalangan pelancong
asing pasti akan menjejaskan kedatangan pelancong ke negara kita.

Kita juga harus menjaga kawasan rekreasi atau kawasan percutian yang menjadi
tumpuan para pelancong. Kawasan-kawasan tumpuan para pelancong yang tidak dijaga
dengan baik akan mengurangkan kedatangan para pelancong asing.

Usaha memelihara warisan budaya juga harus dilakukan. Ini kerana pelancong ingin
melihat warisan budaya di sesebuah negara yang dilawati. Jika kita tidak mengekalkan warisan
budaya, maka kita tidak mempunyai sesuatu yang istimewa yang hendak ditunjukkan kepada
pelancong asing. Keunikan sesuatu warisan budaya menjadi daya tarikan pelancongan.
8
Kemajuan pelancongan dapat menguntungkan ekonomi negara. Oleh itu, marilah kita
bersama-sama menyokong usaha pihak kerajaan membangunkan industri pelancongan.
31. Mengapakah pihak kerajaan berusaha memajukan industri pelancongan?

A. Industri pelancongan merupakan antara sumber pendapatan negara.


B. Industri pelancongan boleh mengharumkan negara.
C. Menunjukkan kemajuan negara kepada para pelancong.
D. Kegiatan ekonomi lain tidak menguntungkan.

32. Sikap berbudi bahasa dengan pelancong asing penting kerana

A. menghiburkan hati para pelancong.


B. memberi kemudahan kepada para pelancong.
C. menjaga imej negara dalam kalangan pelancong.
D. menambah pendapatan negara.

33. Apakah kesan utama jika kawasan rekreasi atau percutian tidak dijaga kebersihannya?

A. Menambahkan perbelanjaan untuk membersihkannya.


B. Kawasan tersebut tidak akan dikenali dalam kalangan para pelancongan.
C. Jumlah pelancong ke kawasan tersebut akan berkurangan.
D. Kawasan tersebut tidak dapat dimajukan sebagai kawasan pelancongan pada masa akan
datang.

34. Perkataan keunikan dalam petikan sama maksud dengan perkataan

A. kelainan
B. kehebatan
C. keistimewaan
D. kecemerlangan

9
35. Kepentingan warisan budaya dalam industri pelancongan ialah

A. menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa.


B. menonjolkan warisan budaya negara.
C. mengenalkan budaya masyarakat Malaysia.
D. menjadi daya tarikan pelancongan.

Soalan 36 hingga 40.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut.

Datuk Dr. Usman Awang

Sasterawan Negara Datuk Dr. Usman Awang atau nama penanya Tongkat Warrant banyak
memberikan sumbangan dalam dunia sastera negara. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1929 di
Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di
Kuala Sedili, Mersing, dan Bandar Maharani dari tahun 1936 hingga 1940 sehingga lulus darjah
enam.

Datuk Dr. Usman dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1983 selepas
sasterawan Keris Mas. Beliau berkhidmat sebagai anggota polis Inggeris (1946-1951) di Johor
Bahru, pengarang Utusan Zaman dan Mastika (1952-1961) serta pengarang bahagian majalah
Dewan Bahasa dan Pustaka (1962-1985).

Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden, Datuk Dr. Usman terkenal dengan
tulisan dalam pelbagai genre yang memperjuangkan nilai kemanusiaan, patriotism, dan moral.
Namun begitu, beliau lebih dikenal dalam genre puisi yang mengangkat pelbagai persoalan
masyarakat Melayu kelas bawahan, khususnya para petani dan buruh.

Datuk Dr. Usman Awang menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 12.35
malam, 29 November 2001 di Pusat Perubatan Pantai, ketika berusia 72 tahun. Pemergian beliau
merupakan kehilangan besar dalam bidang kesusasteraan tanah air. Beliau dianggap sebagai
tukang karang terbaik dalam menggunakan bahasa dalam wahana sastera.
10
36. Apakah nama pena Usman Awang?

A. Tongkat Warrant
B. Keris Mas
C. Datuk Dr. Usman
D. Tongkat Sakti

37. Datuk Dr. Usman Awang diberikan anugerah Sasterawan Negara kerana

A. Lama berkhidmat sebagai pengarang di beberapa buah syarikat akhbar dan majalah.
B. Memberikan sumbangan yang banyak dalam dunia sastera negara.
C. Sentiasa memaparkan nilai kemanusiaan dalam karyanya.
D. Banyak menghasilkan puisi.

38. Semua yang berikut ialah tempat Datuk Dr. Usman Awang bersekolah kecuali

A. Mersing
B. Kuala Sedili
C. Johor Bharu
D. Bandar Maharani

39. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang Datuk Dr. Usman Awang.

A. Beliau berkhidmat selama sepuluh tahun sebagai pengarang Utusan Zaman dan Mastika.
B. Banyak karya beliau berkisar tentang masyarakat buruh dan petani.
C. Beliau menerima anugerah Sasterawan Negara yang kedua.
D. Beliau meninggal dunia semasa umurnya 72 tahun.

40. Rangkai kata menghembuskan nafas yang terakhir dalam petikan bermaksud

A. pergi
B. sakit
C. hilang

11
D. meninggal dunia

KERTAS SOALAN TAMAT

12

Anda mungkin juga menyukai