Anda di halaman 1dari 2

1.

Bagaimanakah masyarakat prasejarah berubah daripada


Zaman Maseolitik kpd Zaman Neolitik?
- Manusia mula hidup menetap dan tidak berpindah-randah.
- Bercucuk tanam dan menternak binatang.
- Hidup secara berkelompok dan membina kediaman yang lebih
kukuh.
- Kesuburan tanah di lembah sungai membolehkan mereka
mengusahakan tanaman makanan untuk keperluan harian.
- Perkampungan berubah menjadi bandar, seterusnya wujud
sistem undang-undang atau peraturan bagi menjamin
kestabilan dan keharmonian hidup mereka.
- Seorang ketua dilantik untuk menguatkuasakan undang-
undang bagi kesejahteraan hidup.
- Kehidupan yang lebih tersusun menyebabkan manusia
mempunyai lebih banyak masa untuk memikirkan cara-cara
meningkatkan hidup mereka.
- Menghasilkan pelbagai ciptaan seperti roda, bajak, peralatan
tembikar, dan sebagainya.
- Hasil ciptaan alatan membolehkan lebihan makanan
dikeluarkan dan mendorong kepada aktiviti perdagangan
dengan kawasan-kawasan lain melalui pertukaran barangan
(sistem barter).

2. Jelaskan bagaimana masyarakat pada Zaman Neolitik


menyara hidup mereka.
- Bercucuk tanam, seperti tanaman gandum, jagung dan
sebagainya.
- Menternak binatang sepeti lembu dan kambing
- Aktivti perdagangan dengan kawasan-kawasan lain melalui
sistem barter.

3. Terangkan keadaan masyarakat pada Zaman Logam


- Kepandaian manusia melebur logam khususnya besi
menyebabkan manusia pada zaman berjaya mencipta perahu
dan rumah.
- Di sesetengah tempat, pada zaman ini telah muncul
petempatan besar dan kota pertahanan. Petempatan besar ini
kemudian berkembang menjadi bandar atau kota.
- Manusia sudah pandai merekodkan peristiwa yang berlaku
dalam bentuk tulisan.- Mengetahui cara-cara mengebumikan
mayat dengan iringan bekalan kubur seperti tembikar,
makanan, alatan besi dan sebagainya.
- Alatan batu diganti dengan logam.
- Pandai membuat tembikar daripada tanah liat dengan ukiran-
ukiran yang cantik.

Anda mungkin juga menyukai