Anda di halaman 1dari 1

DUHAI GURU

Duhai Guru

Pembina Negara Bangsa

Yang mengisi dada anak bangsa

Dengan ilmu dan perasaan kasih

Kini sudah di penghujung kerjayamu duhai guru

Namun tak kan bererti sebuah pengakhiran

Ilmu yang disampai akan terus jadi amalan

Moga anak didik yang cikgu sayangi

Menjadi insan

Duhai guru

Sudah bermusim kita bersama di sini

Banyak cerita yang kita kongsi

Hingga kaya hati dan budi

Sebak dan sayu nak ditinggal pergi

Namun jangan ditangisi perpisahan ini

Kerana kami disini tak akan pernah melupakannya

Ketahui duhai guru

Perpisahan ini amat memeritkan

Kau kan dirindui

Selagi nafas masih ada

Anda mungkin juga menyukai