Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU MABUL SEMPORNA

PETI SURAT 806, 91308 SEMPORNA


SABAH

KERTAS KERJA
PENYERTAAN
PERTANDINGAN BOLA SEPAK
MSSD SEMPORNA 2017
22 FEBRUARI HINGGA 24 FEBRUARI 2017
PADANG SK PEKAN 2
SEMPORNA, SABAH

KELAB BOLA SEPAK / FUTSAL


SK PULAU MABUL
SEMPORNA
PENDAHULUAN

Pertandingan Bola Sepak MSSM Semporna ini dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah

Semporna dan dikelolakan oleh jawatankuasa PTPS bola sepak MSSD semporna. Kelab

Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul Semporna akan menyertai pertandingan ini.

Program ini diharap dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk dijadikan sebagai pasukan

pelapis pada masa akan datang. Harapan kami juga agar kejohanan ini dapat memberi

peluang kepada pelajar melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan selaras dengan

Program 1 Murid 1 Sukan yang dilancarkan oleh kerajaan.

MATLAMAT

Matlamat utama program adalah untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara

aktif dalam kegiatan sukan dan permainan. Di samping itu program ini dapat mencungkil

bakat bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar boleh di ketengahkan

bakatnya. Tidak mustahil , mungkin suatu hari nanti pasukan SK Pulau Mabul mampu untuk

mencapai kejayaan yang lebih besar di peringkat Zon dan Negeri.

Sehubungan dengan itu, Kelab Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul Semporna

tidak mahu membuang masa dan terus mengambil langkah langkah perlu bagi

membimbing dan menggerakkan pelajar agar sentiasa cergas dan berfikiran positif dengan

menjauhi gejala sosial yang memang hangat di kala ini.


OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai

sesebuah pertandingan.

2. Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri

dalam sesebuah kumpulan.

3. Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam

sesebuah pasukan.

4. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.

5. Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang

bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

6. Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap

mementingkan diri sendiri.

7. Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.
PENGANJUR DAN PENGELOLA

Dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Semporna dan dikelolakan oleh

jawatankuasa PTPS bola sepak MSSD semporna, PPD Semporna tahun 2016/2017.

TEMPOH PELAKSANAAN

22 Februari - 25 Februari 2017 (Rabu - Sabtu)

Dilaksanakan selama 4 hari

Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang.

Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

TEMPAT

Padang SK PEKAN 2, Semporna.

KUMPULAN SASARAN/PERSERTA

15 Orang Murid (Tahun 4, 5 dan 6)

Rujuk Lampiran 2

PEGAWAI PENGIRING

3 Orang pegawai pengiring

Rujuk Lampiran 2

PERATURAN PERTANDINGAN

Seperti dalam Lampiran 1


ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran perbelanjaan untuk 15 peserta sahaja

Bil Perkara Jumlah


1 Peryertaan pertandingan Bola Sepak SK Pulau
Mabul 2017
22 hingga 25 Februari
Makan dan Minum Murid Rm12 x 15 Orang
Rm180 x 4 hari RM 720.00
2 JUMLAH KESELURUHAN RM 720.00
PENUTUP
Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini
tercapai. Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian,
Terima kasih.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

... .
(AMIRHAN LATUWO) (MOHD FAIZUL EFFENDY)
Penasihat Kelab Bola Sepak , Penolong kanan KoKurikulum,
SK Pulau Mabul, SK Pulau Mabul,
Semporna. Semporna.

Disahkan oleh:

.
.
(HASSAN BIN MAT)
Guru Besar,
SK Pulau Mabul,
Semporna.

Lampiran 1
Lampiran 2

Bil. Nama murid Tahun


1 Nordin Bin Adman 4
2 Muhammad Hafiz Bin Ab Kanu 4
3 Shaydil Bin Eddie 4
4 Haikal Bin Majid 4
5 Mohammad Sharul Nizam Bin Saat 5
6 Muhammad Al Asran Bin Kasarua 5
7 Mohammad Khairil Bin Kidil 5
8 Norman Bin Adman 5
9 Muhammad Al Asraf Bin Kasarua 6
10 Muhammad Izzad Bin Shahid 6
11 Mohammad Radin Bin Basik 6
12 Mazlan Bin Musa 5
13 Mohd Alham Bin Wahab 5
14 Mohd Arian Bin Herman 6
15 Helmi Bin Abdullah 4

Bil. Nama Pegawai Pengiring


1 En. Amirhan bin Latuwo
2 En. Ahmad Fahmi bin Ali
3 En. Abdul Hadi bin Mat Yusof

Anda mungkin juga menyukai