Anda di halaman 1dari 18

Assalamualikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali terima kasih kerana mendapatkan Ebook Panduan ASAS Mula

Pemasaran Instagram Ini. Baiklah dalam Mini Ebook ini saya akan

berkongsikan pada anda secara ringkas bagaimana STRATEGI PERMULAAN

untuk anda lakukan jualan dalam Instagram. Apa yang patut anda

pertimbangkan sebelum mula melangkah ke platform Instagram.

PENGENALAN
Sewaktu hari raya yang lepas, seperti orang-orang lain, kami sanak saudara

berkumpul di kampung. Malam-malam biasalah, sesi lepak santai santai bersama

ahli keluarga.

Anak-anak saudara saya kebanyakkan mereka sudah bersekolah menengah dan

universiti, ada juga yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Semua masih belia

remaja.

Zaman sekarang, sambil santai-santai, masing masing saya lihat belek telefon bimbit

masing-masing. Ada yang berchatting di WhatsApp dan Facebook, tetapi apa yang

saya perhatikan, kebanyakkan mereka lebih gemar membuka Instagram.

Sekejap sekejap scroll gambar dan komen gambar rakan-rakan. Lepas tu senyum

sorang-sorang.

Itu sewaktu raya.

Muka Surat | 1
Baru baru ini saya dijemput untuk berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar universiti di

salah sebuah universiti tempatan berkenaan pemasaran internet.

Saya lakukan sedikit survey. Antara Facebook dan Instagram, mana yang

mereka lebih suka dan selalu masuk.

Jawapan mereka.. Instagram.

Kenapa, kenapa fenomena ini terjadi, apa sudah jadi dengan Facebook? Bukan

Facebook lagi best ke?

Salah satu jawapan yang saya terima dari mereka, mereka semua bosan dengan

Facebook sebab terlalu banyak iklan. Atas bawah tengah tepi semua iklan.

Dan mereka lebih gemar cuci mata melihat gambar rakan-rakan berbanding melihat

status kosong.

Nampak gaya, ramai yang mula keluar dari habiskan masa di Facebook dan beralih

ke Instagram.

Ini sebenarnya satu peluang bagus untuk para usahawan, kerana kita sudah tahu

di mana tempat lepak baru golongan-golongan ini.

Tetapi, kita kena faham satu perkara.

Muka Surat | 2
Saya ulang.

Mereka semua bosan dengan Facebook kerana terlalu banyak iklan. Atas bawah

tengah tepi semua iklan.

Mudah kata, orang lari dari Facebook sebab tak mahu lihat iklan.

Dalam Instagram, mereka hanya akan lihat post dan gambar dari akaun yang

mereka ikut ( follow ) sahaja.

Baru baru ini sahaja muncul Instagram Ads ( pengiklanan di Instagram ) tetapi itu

pun cuma dalam beberapa post gambar muncul sekali sekala iklan.

Jadi, mungkin anda mula terfikir, susahlah nak buat jualan dalam Instagam ni kan?

Susahlah nak promosikan produk.

Jika itu persoalan yang bermain di kepala anda, jangan risau kerana jawapannya

adalah TIDAK.

Kerana, satu konsep dalam Instagram di mana, jika orang itu berminat dengan

akaun kita, mereka akan follow kita secara rela. Jadi, ada cara yang betul untuk

membuatkan mereka untuk follow kita secara rela dan seterusnya bakal menjadi

pelanggan kita.

Muka Surat | 3
Walaupun mereka bosan melihat himpunan iklan di Facebook, tetapi tidak beerti

mereka tidak ada minat untuk cuci mata melihat produk-produk yang mereka minat.

Jadi, ada strategi yang membolehkan mereka follow kita kerana mereka memang

berminat dengan produk jualan kita. Jadi secara tidak langsung, mereka dengan rela

untuk melihat iklan yang bakal kita sajikan dan adakala mereka tidak kisah kerana

itu memang apa yang mereka minat.

FACEBOOK VS INSTAGRAM

Dalam Facebook walaupun ada fungsi Likes pada Page, walaupun mereka dah like

pada Page sesetengah peniagaan atau kedai, tetapi iklan iklan yang lain turut sama

muncul di newsfeed mereka.

Sama ada iklan berbayar, mahupun yang iklan di group-group tertentu.

Jadi, mereka seperti serabut lihat banyak produk produk tidak berkaitan.

Dalam Instagram, mereka cuma follow kedai atau akaun yang mereka berminat

sahaja, dan post dari akaun tersebut sahaja yang muncul di newsfeed mereka.

Contoh mereka cuma follow akaun-akaun Instagram yang menjual tudung, jadi, tidak

akan muncul iklan pil kurus, serbuk putihkan kulit, krim hilangkan jerawat, sabun

untuk tegangkan kulit, iklan MLM dan lain-lain.

Muka Surat | 4
Jika muncul pun dari Instagram Ads, cuma 1 dalam beberapa post.

Tidak seperti Facebook yang atas bawah tengah tepi semua iklan.

KENAPA INSTAGRAM?

Secara asasnya, Instagram merupakan satu platform media social dimana kita boleh

berkongsi gambar dan video pendek kepada umum dan followers kita.

Jadi sebagai usahawan, Instagram boleh dijadikan satu peluang untuk anda

mengembangkan perniagaan, jenama dan pasaran produk yang anda jalankan. Ini

kerana :

- Nak buka akaun Instagram adalah PERCUMA

- Tempat lepak yang kian popular dan penggunanya semakin bertambah hari

demi hari

- Selain dari membuat jualan, sesuai untuk meluaskan empayar penjenamaan

- Mudah untuk digunakan serta tidak terlalu banyak fungsi yang memeningkan

- Boleh jadi lubuk pelanggan baru untuk dipancing, kerana ada sesetengah dah

mula jarang berinteraksi di dalam Facebook.

Tapi harus diingat, Instagram hanyalah sekadar platform.

Muka Surat | 5
Ya, semenjak dua menjak ni saya perhatikan ramai peniaga mula menambah dan

ada juga yang mula berubah platform dan medium pemasaran di media social.

Tidak dapat dinafikan, di Facebook masih boleh mendatangkan pulangan lumayan,

jadi akibat kenaikan kos iklan yang semakin tinggi, kadar reach yang rendah,

persaingan juga makin tinggi, ada yang mula mengintai-intai pasaran didalam

Instagram.

Tetapi anda kena ingat TIDAK SEMUA produk MUDAH LAKU di Instagram. Tetapi

tidak bermakna semua produk tidak boleh dijual dalam Instagram.

Jadi, izikan saya untuk bantu anda untuk memberi sedikit gambaran idea pada anda

sama ada anda patut berniaga di Instagram atau pun tidak.

Sebab saya TAK NAK anda RUGI, ye lah, sekarang ni dah makin banyak siri

panduan berkaitan Instagram yang dijual, jadi, sebelum anda rasa nak beli mana-

mana siri panduan, atau mana-mana kelas, cuba pertimbangkan dahulu, sama ada

bisnes anda sesuai atau tidak untuk di masukkan di dalam Instagram.

Okay, sebelum anda nak masuk ke mana-mana platform pemasaran, tak kisah lah

Instagram ke, Facebook ke, MUdah ke, Lelong ke, Ebay ke, ada kena kenal pasti

dahulu bisnes anda dan siapa pelanggan anda.

Ini paling penting. SIAPA PELANGGAN ANDA dan DIMANA TEMPAT MEREKA

MELEPAK

Sama juga kalau anda nak buat bisnes secara offline, buka kedai, agak-agak sesuai

tak kalau nak buka showroom kereta mewah di kawasan pedalaman Negeri Sabah

yang mana kalau nak masuk pun perlu berakit rakit dahulu berengan renang

ketepian?

Muka Surat | 6
Jadi berbalik pada TOPIK UTAMA

Produk apa yang PATUT dan BOLEH anda jual di Instagram?

Jawapannya :

Lihat pada AUDIENCE.. siapa pengguna terbesar Instagram? Golongan

bagaimana? Golongan remaja? Belia? Mak Mak? Pakcik Pakcik? Artis?

Anda rasa golongan yang berusia suka sangat ke nak selfie, stalk gambar orang lain

dan buat shoot video?

Anda dah nampak sedikit kan?

Lihat dan jawab semula soalan diatas..

Siapa pengguna terbesar Instagram? Golongan bagaimana?

Jadi sekarang.. dah dapat agak kan produk apa yang bersesuaian?

Apa yang saya lihat..

Gadget, aksesori, produk kecantikan, barangan bayi, pakaian, produk kesihatan bg

remaja dan belia.. dan lain-lain yang mensasarkan golongan REMAJA DAN BELIA

memang boleh buat jualan di dalam instagram.

Produk jenis lain seperti berunsur MLM, produk digital, produk kesihatan untuk

golongan berusia, insurans.. saya tidak berani komen.. mungkin ada cuma saya

terlepas pandang.

Muka Surat | 7
Sekarang anda dah tahu siapa audience, apa produk yang patut dijual, tapi soalnya

bagaimana nak berniaga dalam Instagram ni?

Sama ke macam Facebook? Boleh buat ads / iklan ke?

Jawapannya SAMA dan TIDAK SAMA

Tidak sama dengan Facebook sebab belum boleh buat ads. Dan Newsfeed ada satu

je, tak ada group- group nak iklankan.

Tetapi apa yang sama?

Jika anda ada Fan Page, anda perlukan Likes yang banyak untuk tingkatkan kadar

reach pada audience.. ( jika tidak menggunakan Ads )

Di dalam Instagram juga, anda perlukan Follower yang ramai untuk tingkatkan

kadar reach pada audience.

TETAPI apa yang saya perhatikan.. kadar reach di dalam akaun instagram adalah

BESAR lebih TINGGI dari FB fan page.

Seperti contoh, FB Page mungkin hanya 5-10% sahaja yang dapat dicapai, tetapi di

Instagram, mungkin lebih dari itu.

Muka Surat | 8
Follower dalam Instagram saya kategorikan kepada 2 jenis

Fake Follower Vs Real Follower ( Sama macam Likes.)

Fake Follower:

Kebanyakan orang mendapatkan Fake Follower adalah hanya bertujuan utnuk

meningkatkan kredibiliti akaun instagram mereka dan untuk memancing

kepercayaan pelanggan.

akaun dia ni banyak follower, mesti ramai org suka, beli dan boleh percaya

Tetapi akaun-akaun fake tersebut tidak aktif, dan tidak akan ada respon langsung

pada perniagaan mereka.

Hanya sekadar dummy, supaya nampak hebat, supaya mudah tarik orang lain follow

akaun mereka.

Real follower :

Real follower merupakan akaun yang benar-benar wujud, penggunanya aktif, ada

potensi jadi pembeli dan juga bukan akaun-akaun palsu. Penggunanya adalah orang

yang sebenar dan kerap gunakan akaun mereka sama ada upload gambar sendiri,

like dan komen pada akaun orang lain

Muka Surat | 9
Tetapi real follower juga ada 2 kategori. Terutama untuk perniagaan.

1) Random Real Follower

Random atau rawak. Follower yang mereka ada adalah secara rawak, sesiapa

sahaja jadi follower mereka, budak sekolah, lelaki, perempuan, orang bukan

Malaysia.. sesiapa sahaja.. bebas. Boleh jadi rakan-rakan sendiri.

2) Real Targeted Follower

Follower yang ada adalah betul-betul targeted mengikut produk atau perniagaan

yang kita tawarkan. Dan mereka berpotensi besar untuk menjadi pembeli bagi

produk-produk jualan kita kelak.

Jadi untuk mendapatkan real follower juga mestilah targeted berdasarkan produk

jualan anda.

Sama seperti dalam Facebook..

Orang yang minat tudung, tak semestinya mahu cari produk kecantikan. Dan orang

yang pakai tudung tak semesti minat untuk beli tudung online. Jadi, untuk dapatkan

follower seperti ini perlukan sedikit proses filtering.

Muka Surat | 10
5 faktor yang patut anda ambil berat jika nak buat jualan di Instagram (IG)

1 : Pemilihan produk

Anda kena tahu, kebanyakkan pengguna IG ni muda remaja. Jadi anggaran umur

mereka juga lingkungan bawah 35 tahun. Mungkin bawah 30. Kedudukan kewangan

pun ala kadar. Jadi kalau letak produk mahal, atau produk-produk untuk orang

berusia memang slow jika di IG. Letak ubat kuat yang baca budak2 nak buat apa

weh..

Tetapi jika dari segi BRANDING. Ianya lebih berkesan. Lihat sahaja syarikat syarikat

besar seperti NIKE, ADIDAS, mereka juga gunakan Instagram bagi tujuan

BRANDING, bukan buat direct sales dalam Instagram

2 : Gambar

Cuba ubah gambar-gambar yang kita post tu. Supaya nampak unik lain dari yang

lain. Tak lah asyik gmbr ala2 katalog produk je. Dalam IG, kebanyakkan pengguna

suka masuk IG sbb mereka suka tengok gambar2 unik. Bukan nak tgk katalog

barang. Jadi, jika gambar produk anda ada kelainan, besar kemungkinan ramai

orang suka, ramai orang suka, lagi tinggi potensi orang nak beli. Dalam IG gambar

jadi penambat hati mereka.

Muka Surat | 11
3 : Ayat jualan.

Sama macam point diatas, dalam IG orang bukan nak tengok katalog barang, jadi

cuba lah elakkan terlalu hard selling. Dalam erti kata lain, ayat jangan lah asyik nak

menjual je. Sesetengah mereka masuk IG sbb nak lari dari FB yang ramai sangat

orang dok menjual tau. Jadi ubah ayat ke arah cuba perkenalkan produk dengan

lebih unik.

4 : Penggunaan .

Tak dinafikan, ada juga yang suka shopping dalam IG ni, dna mereka cari barang

berdasarkan #tags. Jadi, anda kena tahu lah apa yang mereka biasa cari, nak tahu

bagaimana? letakkan situasi diri anda seperti mereka, jika nka cari produk, apa yang

anda cari. Contoh, jika saya nka cari barang bayi, saya akan taip barangbayi, bukan

sayajualbarangbayi. Tak ramai yang tahu tu. #sayajual tu famous di kalangan

peniaga je. Lagi satu, tak payah lah letak #tags yang tak berkaitan, buat semak post

je weh. Kau jual jersi bola, lepas tu konon-konon kau nak tarik follower Wak Doyok

letaklah . Silap-silap hari bulan orang ingat jersi yang kau jual tu jenis kain panas,

terus tak ada orang beli. Dan silap-silap hari bukan, follower mereka block IG kau

sebab panas tengok asyik nak menjual je. Jadi, sila fahami situasi bakal pelanggan

anda dan juga pengguna IG yang lain.

Muka Surat | 12
5 : Followers

Okay, ni paling penting, siapa follower anda tu yang mainkan peranan utama untuk

anda lariskan jualan dalam IG. Follower yang ramai tak semesti bagus. Bagus untuk

naikkan kepercayaan dam kredibiliti, tapi untuk convert ke jualan belum tentu. Cuba

bayangkan follower anda anda 150,000 orang, dan anda jual shawl, tudung, baju

kurung, TAPI, follower anda semuanya budak sekolah, lelaki, umur lingkungan 15-18

tahun. Buat apa? Jadi, yang penting adalah TARGETED FOLLOWER.

Jadi secara umumnya 4 elemen ini yang sangat penting dalam anda nak hasilkan

JUALAN dan MAKE MONEY dalam Instagram.

Kita recap

1 Pemilihan produk yang betul.

2 Targeted audience ( Followers )

3 Gambar yang menarik

4 Caption ayat yang bersesuaian dan memukau

Muka Surat | 13
Dulu saya pernah lakukan Servis untuk NAIKKAN TARGETED FOLLOWER. Dan

saya juga pernah juga keluarkan panduan bagaimana untuk naikkan targeted

Followers.

Memang TERBUKTI yang TARGETED FOLLOWER ni lebih beri IMPAK BESAR

pada client saya yang mana mereka juga peniaga. Ini Sebahagian dari kata mereka :

Muka Surat | 14
Dah, jangan Tanya saya bagaimana nak dapatkan servis tersebut, sebab saya dah

TUTUP pun, sebab TAK MENANG TANGAN nak handle akaun Instagram orang

lain.

Jadi? Macam mana nak naikkan juga TARGETED FOLLOWER ni?

Sebenarnya anda boleh lakukan sendiri TANPA ambil servis dari saya? Bagaimana?

Awal tahun lepas telah keluarkan panduan KHAS untuk mendapatkan Real Targeted

Follower. Apa yang saya buat pada client-client saya, dalam panduan inilah saya

bongkarkan. Anda Cuma perlu follow step by step.

Jika masih baru pun tak apa, sebab saya tunjukkan dari asas bagaimana nak buka

akaun sehinggalah dapatkan targeted follower.

Tetapi modul tersebut sedikit lama, dan bila Instagram semakin berkembang, dan

peniaga pun mula ramai, game sedikit berbeza.

Kerana itu, bukan sahaja targeted follower, tetapi anda kena kuasai 3 elemen lain

seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Jadi, atas kelompongan itu, sekali lagi tahun ini, saya sediakan satu panduan baru,

versi yang lebih terkini dengan lebih banyak modul tambahan dimana jika dahulu

cuma 3, tetapi kali ni saya dedahkan sehingga 9 teknik untuk dapatkan followers,

dan beberapa modul lain bagaimana untuk anda kuasai elemen-elemen lain yang

dapat membantu anda mengusai pemasaran Instagram seterusnya buat jualan

dalam Instagram.

Muka Surat | 15
Dimana nak dapatkan panduan tersebut.?

Anda boleh baca lanjut di

TEKNIK JUALAN INSTA <

Jadi sekarang anda dah jelas kan, bagaimana untuk buat jualan dalam Instagram?

Kita review semula.

Pertama : Tahu siapa Audience anda dalam medium Instagram, sesuai ke tak nak

berniaga dalam instagram.

Kedua : Senaraikan produk yang bersesuaian dengan audience di medium

Instagram

Ketiga : Dapatkan audience yang betul dan tepat untuk produk jualan anda.

Muka Surat | 16
Tekan button ini untuk share di Facebook

Akhir kata..

Semoga success saya ucapkan, dan semoga anda dah jelas sama ada mediaum

pemasaran Instagram ini SESUAI ataupun TAK untuk bisnes anda. InsyaAllah

dalam email yang mendatang saya akan kongsikan lagi beberapa tips berkaitan

pemasaran Instagram.

P/s : Panduan percuma ini ditulis dan dikongsikan pada saya oleh pengasas teknik

manipulasi Instagram sendiri dan Alhamdulillah, semenjak diperkenalkan, ianya telah

membantu lebih dari 2,000 usahawan dalam membina perniagaan dalam Instagram.

Jadi, kini tiba giliran anda pula untuk sama-sama mempelajari dan mengusai

pemasaran Instagram dengan lebih berkesan dan seterusnya hasilkan jualan dalam

Instagram.

Jom CEPAT-CEPAT MASUK sini dan GRAB PELUANG yang ada

TEKNIK JUALAN INSTA <

Muka Surat | 17
!

Ismail Arsad

Pengasas Teknik Jualan Insta

TEKNIK JUALAN INSTA <

https://www.facebook.com/ismailhjarsad

Muka Surat | 18

Anda mungkin juga menyukai