Anda di halaman 1dari 2

Bagaimana Cahaya Bergerak?

Cahaya (light) adalah merupakan salah satu daripada bentuk tenaga.

Cahaya diperlukan supaya kita boleh melihat keadaan di sekeliling kita.

Suatu objek yang mengeluarkan cahayanya sendiri dikenali sebagaisumber cahaya (sources of
light).

Cahaya adalah bergerak dalam garis lurus (straight line) kesemua arah dengan kelajuan 300
000 km/s atau bersamaan dengan 3 108 m/s.

Contoh-contoh situasi yang menunjukkan bahawa cahaya bergerak lurus adalah seperti:

a) Cahaya matahari yang terpancar melalui celah-celah pokok di hutan.

b) Pancaran lampu kereta.

c) Alur cahaya dari rumah api.

d) Lampu sorot (spotlights) di atas pentas.


Alur cahaya (light beam) adalah satu garis pancaran cahayasepertimana yang digunakan
dalam sesebuah pertunjukan pentas atau laser.

Anda mungkin juga menyukai