Anda di halaman 1dari 3

Peraturan Am Bilik Sains

Adalah penting bagi setiap murid-murid untuk mengamalkan peraturan bilik sains ketika berada
di dalam bilik sains.

Berikut adalah peraturan am ketika berada di dalam bilik sains:


Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik sains tanpa kebenarandan arahan guru.
Murid tidak dibenarkan membawa beg sekolah, makanan dan minuman ke dalam bilik
sains.
Murid adalah dilarang sama sekali menyentuh sebarang radasdan bahan di dalam bilik
sains melainkan mendapat arahan guru untuk berbuat demikian.
Murid tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti di dalam bilik sains tanpa
kehadiran, kebenaran dan arahan guru.
Murid dilarang sama sekali bergurau, bermain dan berlari di dalam bilik sains.
Sebarang kerosakan radas mestilah dilaporkan kepada guru dengan segera.
Bahan kimia yang berlebihan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam botol asalnya.
Bahan kimia cecair yang tidak dikehendaki mestilah dibuang ke dalam singki dan
dibilas/disingkirkan dengan air.
Bahan-bahan pepejal mestilah dibuang ke dalam bakul sampah.
Semua radas mestilah dibersihkan dan dikembalikan ke tempat asalnya selepas
digunakan.
Bahan kimia dan radas sains tidak boleh dialihkan dan dibawa keluar dari bilik sains
tanpa kebenaran guru.
Murid mesti berdisiplin dan mengikut arahan guru sepanjang berada di dalam bilik
sains.
Murid mestilah membersih dan mengemas tempat masing-masing sebelum meninggalkan
bilik sains.
Langkah-langkah Keselamatan Bilik Sains
Semua murid perlu mengetahui serta mengikuti langkah-langkah keselamatan ketika berada di
dalam bilik sains untuk mengelakkan dari berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.

Berikut adalah langkah-langkah keselamatan ketika berada di dalam bilik sains:


Jangan rasa atau hidu sebarang bahan kimia tanpa kebenaran dan arahan guru.
Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku, perlu dilapor kepada guru
dengan segera.
Baca semua label dengan teliti terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang bahan
kimia.
Bahan kimia pepejal mestilah dikendalikan dengan menggunakan spatula atau sudu.
Cuci tangan dengan air dan sabun sebelum dan selepas menjalankan sebarang
eksperimen.
Nyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan pemetik apiatau mancis. Jangan
sesekali menggunakan kertas.
Batang mancis yang bernyala mesti dipadamkan dengan air sebelum dibuang ke dalam
tong sampah.
Jauhkan sebarang bahan yang mudah terbakar daripada sumber api.
Bagi pelajar perempuan, ikat rambut yang panjang bagi mengelakkannya daripada
terkena api.
Semasa memanaskan bahan kimia di dalam tabung uji, jangan halakan mulut tabung
uji tersebut kearah diri sendiri atau rakan-rakan.
Pakai gogal (goggles) untuk melindungi mata dan sarung tangan untuk melindungi
tangan semasa menjalankan eksperimen yang berbahaya.
Pakai kot bilik sains (lab coat) untuk melindungi pakaian dan badan.
Pakai kasut untuk melindungi kaki.
Pakai sarung tangan atau gunakan penyepit untuk memegang sebarang bekas yang
panas.
Tutup pili gas (gas taps) dan suis elektrik selepas digunakan.
Jangan sentuh suis elektrik dengan keadaan tangan yang basah.
Gunakan berus dan penyodok untuk membersihkan serpihan kaca daripada radas yang
pecah.
Keadaan dan ruang di bilik sains mestilah bebas daripada sebarang penghalang bagi
mengelakkan kaki tersangkut semasa berjalan.
Semua murid mestilah memastikan bilik sains tidak penuh sesak pada setiap masa
supaya tidak menjejaskan lalu lintasjika berlakunya kecemasan.
Semua murid mestilah mengetahui kedudukan pintu keluar kecemasan.

Anda mungkin juga menyukai