Anda di halaman 1dari 41

960226-66-5012

Tajuk Kajian

TINJAUAN TERHADAP PEMAHAMAN MASYARAKAT MELAYU MENGENAI


ADAT RESAM ETNIK JAWA DI KAMPUNG PAYA DALAM, MELAKA

Nur Farhana Binti Zailan


NO. KP : 960226-66-5012
SM1108 / 001

Sekolah Menengah Teknik Melaka


Bukit Piatu
75150 MELAKA

1.0 ABSTRAK

1
960226-66-5012

TI JAUAN TERHADAP PEMAHAMAN MASYARAKAT MELAYU MENGENAI


ADAT RESAM ETNIK JAWA DI KAMPUNG PAYA DALAM, MELAKA

Kajian ini bertujuan untuk Mengenal pasti bentuk-bentuk amalan atau adat resam
etnik jawa yang diamalkan. Selain itu, Mengenal pasti faktor faktor masyarakat melayu
tidak memahami adat resam etnik jawa nenek moyang mereka dan juga Mengkaji kesan-
kesan akibat mereka tidak memahami adat resam etnik jawa nenek moyang mereka di
Kampung Paya Dalam. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen
kajian yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi
responden dan Bahagian B mengenai respon responden terhadap persoalan kajian dan
juga satu set borang temu bual bertujuan untuk menemubual beberapa orang responden
sebagai salah satu istrumen kajian. Seramai 30 orang responden dipilih sebagai sampel
kajian.Terdapat tiga persoalan kajian yang diutarakan dalam kajian ini iaitu mengenal
pasti adat resam etnik jawa, fakor-faktor mengapa masyarakat Kampung Paya Dalam
tidak mengamalkannya dan kesan-kesan daripada tidak mengamalkan adat resam etnik
Jawa ini. Data yang diperolehi dianalisisdan dinyatakan dalam bentuk kekerapan,
peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan adat-adat resam yang diamalkan oleh
masyarakat jawa, faktor mengapakah adat resam Jawa ini semakin dilupakan dan juga
kesannye terhadap melupakan adat resam Jawa ini terhadap diri sendiri, keluarga dan juga
masyarakat. Faktor dan juga kesan diri sendiri adalah yang paling mempengaruhi dapatan
kajian ini. Walau bagaimanapun, analisis mendapati keluarga dan juga masyarakat juga
memaikan peranan yang penting dalam memberikan kefahaman mengenai adat resam
etnik Jawa ini sendiri. Akhir sekali, adat resam ini tidak seharusnya diluapakan begitu
sahaja kerana ia adalah suatu perkara yang mengambarkan mengenai asal usul seseorang
individu itu dan ia seharusya dipertahankan daripada dilupakan begitu sahaja.

2.0 KANDUNGAN

2
960226-66-5012

BI PERKARA HALAMAN
L
1 PENGHARGAAN

2 PENGENALAN

3 OBJEKTIF KAJIAN

4 LOKASI KAJIAN

5 KAEDAH KAJIAN

6 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

7 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

8 RUJUKAN

9 LAMPIRAN

3.0 PENGHARGAAN

Assalammualaikum, pertama sekali saya ingin mengucapakn ribuan terima kasih


kepada Encik Daud Bin Mijan selaku guru matapelajaran Pengajian Am saya yang telah

3
960226-66-5012

banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan serta penerangan yang sempurna kepada kami
dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengetua Sekolah
Menenggah Teknik Melaka iaitu Encik Zainudin bin Samad dan juga kepada Guru Penolong
Kanan Prauniversiti, Encik Saad bin Ishak atas kebenaran untuk menjalankan tugasan kerja
kursus ini diluar sekolah. Tanpa kebenarannya saya mungkin tidak dapat melaksanakan
tugasan ini dengan sempurna dan juga berjaya menyiapkannya dengan begitu baik sekali.

Disamping itu, saya juga ingin memberikan penghargaan saya kepada kedua ibu bapa
saya iaitu Encik Zailan Bin. Aman dan juga Puan Azlinah Binti. Kudari atas dorongan,
semangat dan juga sokongan dari segi bentuk kewangan buat saya menjalankan tugasan kerja
kursus Pengajian Am ini dengan sempurna. Tidak lupa juga atas bantuan secara langsung dan
tidak langsung rakan-rakan kelas saya iaitu kelas Tingkatan 6 Kemanusian Atas.

Sekian, Terima Kasih.

Nur Farhana Binti Zailan


Sekolah Menengah Teknik Melaka
Bukit Piatu
75150 MELAKA

4.0 PENGENALAN.

Serumpun Melayu mempunyai pelbagai masyarakat, sama ada masyarakat Minang,


Jawa, Melayu Kedah Tua dan berbagai lagi. Namun, masyarakat Jawa mempunyai keunikan
tersendiri yang tidak dapat dibandingkan dengan etnik serumpun yang lain. Seperti yang
diketahui, masyarakat Jawa merupakan sebahagian daripada masyarakat di alam Melayu.

4
960226-66-5012

Sesungguhnya masyarakat Jawa mempunyai banyak persamaan dengan masyarakat Melayu


sama ada dari paras rupa, corak hidup dan kepercayaan. Adalah sukar untuk membezakan
antara masyarakat Jawa dengan masyarakat Melayu.

Jawa adalah salah sebuah pulau dalam Kepulauan Indonesia. Keluasan pulau ini ialah
131 350 km persegi termasuk Pulau Madura dan pulau-pulau kecil lain. Terdiri daripada lima
propinsi iaitu Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, Daerah khusus Ibu Kota Jakarta dan
Daerah Istimewa Yogyakarta.

Kedatangan imigran Jawa pada mulanya adalah sebagai tenaga buruh di ladang-
ladang yang dibuka oleh Kerajaan Inggeris. Pada masa itu, berlakunya kekurangan buruh
untuk bekerja di dalam sektor perladangan. Oleh itu, bagi memenuhi permintaan tenaga kerja
yang semakin meningkat hasil pembangunan Tanah Melayu (Malaysia). Orang Jawa seperti
yang diketahui memiliki stereotipe sebagai suku bangsa yang sopan dan halus. Tetapi mereka
juga terkenal sebagai suku bangsa yang tertutup dan tidak mahu berterus-terang. Sifat ini
kononnya berdasarkan watak orang Jawa Malaysia yang ingin menjaga keharmonian atau
keserasian dan menghindari konflik, kerana itulah mereka cenderung untuk diam dan tidak
membantah apabila terjadi perbezaan pendapat.

Walaupun masyarakat Jawa Malaysia mempunyai banyak persamaan dengan


masyarakat Melayu, namun masih terdapat perbezaan yang menunjukkan betapa uniknya
masyarakat Jawa yang dipayungi kepulauan Melayu ini sama ada dari segi bahasa mahupun
corak kehidupan. Walaupun begitu, masyarakat Jawa telah mengalami proses asimilasi
sehingga telah beransur-ansur diserap ke dalam masyarakat Melayu. Dalam erti kata lain,
masyarakat Jawa telah dimelayukan. Proses asimilasi ini boleh dilihat apabila banyak
perkahwinan ataupun percampuran generasi baru masyarakat Jawa dengan masyarakat
Melayu amnya di Malaysia.

Namun sejajar dengan peredaran masa, kebanyakan petempatan masyarakat Jawa di


kawasan-kawasan kampung yang telah dibuka menyebabkan mereka telah beralih kerja
dengan melakukan kerja-kerja kampung di Malaysia. Kerja-kerja yang dilakukan adalah
seperti bersawah, berkebun, berladang, nelayan dan sebagainya. Kebanyakan mereka bekerja
sendiri kerana lebih selesa dan tidak terkongkong. Ada juga yang menceburi bidang
perniagaan runcit atau menjual barangan seperti kain batik atau sebagainya, tetapi jumlahnya
adalah kecil. Mereka lebih berminat untuk menyara kehidupan dengan hasil kampung sahaja.
Inilah yang dilakukan semasa kedatangan awal mereka. Namun dewasa ini, masyarakat Jawa

5
960226-66-5012

semakin mementingkan ilmu dan pembelajaran. Sosio ekonomi mereka makin berkembang
maju. Telah banyak perbezaan terutamanya apabila masyarakat Jawa telah menjadi
sebahagian daripada rakyat Malaysia.

Masyarakat Jawa Malaysia merupakan masyarakat yang paling banyak mengalami


proses asimilasi berbanding dengan masyarakat pendatang yang lain. Sehingga hari ini,
masyarakat Jawa terus mengalami proses tersebut sehingga generasi muda pada hari ini sukar
untuk menerima sebagai orang Jawa yang tulen memandangkan segala corak kehidupan telah
bertukar kepada masyarakat tempatan. Pada dasarnya terdapat beberapa perkara yang
menyebabkan masyarakat Jawa mengalami proses asimilasi. Antaraya adalah dari segi wajah
yang seiras, bahasa yang hampir sama, agama yang sama, persamaan corak hidup, pakaian
dan perkahwinan. Ini menyebabkan masyarakat Jawa telah diterima sepenuhnya sebagai
bangsa Melayu di bawah satu rumpun.

Tujuan pengkaji untuk menjalankan kerja kursus ini alah untuk dapat memberikan
penerangan kepada golongan masyarakat di Kampung Paya Dalam, Melaka, Malaysia
mengenai kepentingan adat resam etnik Jawa dan mengenali adat resam Jawa yang dibawa
oleh nenek moyang mereka. Selain itu, untuk menambah maklumat kajian mengenai adat
resam entik Jawa di Kampung Paya Dalam, Melaka, Malaysia.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif kajian dalam menjalankan kajian ini. Objektif yang di pilih adalah:

1. Mengenal pasti bentuk-bentuk amalan atau adat resam etnik jawa yang diamalkan
oleh masyarakat di Kampung Paya Dalam
2. Mengenal pasti faktor faktor masyarakat melayu tidak memahami adat resam etnik
jawa nenek moyang mereka.
3. Mengkaji kesan-kesan akibat mereka tidak memahami adat resam etnik jawa nenek
moyang mereka.

5.1 SOROTAN KAJIAN

Antara bentuk-bentuk amalan adat resam etnik Jawa yang diamalkan oleh masyarakat
Malaysia

Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas yang telah dilakukan, antara contoh-contoh adat
resam etnik Jawa yang masih lagi diamalakn oleh masyarakat etnik Jawa diMalaysia adalah
Lenggang perut, Jagongan, Bengkongan, Puputan atau Cukur jambul, Among among atau

6
960226-66-5012

Pijak tanah, Sunatan atau Berkhatan, Merisik, Mantu atau Perkahwinan, Baraan atau Ziarah
raya, Nasi ambeng. (Syam Jawa, 2012,) Hampir kesemua contoh-contoh adat resam etnik
Jawa tersebut tidak diamalkan lagi oleh Masyarakat etnik Jawa. Antara faktor-faktor mengapa
mereka tidak lagi mengamalaknnya adalah kerana berlakunya pengularan barat, didikan atau
pendedahan oleh kedua ibu-bapa mereka sendiri, terdapat beberapa adat resam etnik Jawa ini
bersifat khurafat atau syirik dan tidak lagi dibenarkan untuk diamalkan oleh masyarakat Jawa
diMalaysia.

Antara faktor-faktor masyarakat Melayu etnik Jawa tidak memahami adat resam etnik
jawa nenek moyang mereka

Terdapat banyak sebab mengapa masyarakat Melayu etnik Jawa tidak lagi mengamalkan adat
mereka. Antara salah satu sebab adalah mereka tidak memahami adat resam etnik Jawa itu
sendiri kerana mereka lebih selesa hidup secara moden dan tidak lagi mahu bergantung
kepada kepercayaan-kepercayaan yang karut, khurafat dan syirik dan juga tidak
mendatangkan faedah. Selain itu, mereka juga tidak diberikan pendedahan oleh orang tua
mereka mengenai adat resam etnik Jawa itu sendiri. Ini telah menyebabkan kepupusan adat
resam etnik Jawa tersebut. Namun, terdapat juga hanya sebilangan kecil yang masih lagi
mengamalkan adat resam etnik Jawa ini. Adat resam etnik Jawa memberikan kesan dan
pengaruhnya tersendiri kepada masyarakat. Walaupun adat ini sudah kurang diamalkan, tetapi
masih terdapat kelompok masyarakat yang mengamalkannya. Pada zaman dahulu kala, adat
resam etnik jawa ini telah secara keseluruhannya dijalankan oleh keseluruhan masyarakat
Jawa Malaysia. Namun pada zaman sekarang, adat ini telah ianya telah diubahsuai bagi
mengikuti peredaran masa yang semakin moden dan masyarakat yang berfikiran lebih
rasional, praktikal dan tidak mengamalakan adat-adat yang kurang penjelasannya.
(2013,Fareez abu bakar)

Antara kesan-kesan akibat mereka tidak memahami adat resam etnik Jawa nenek
moyang mereka.

Melupakan adat resam itu, sama sahaja seperti melupakan asal usul mereka sendiri. Berikut
merupakan kajian lepas kesan-kesan mengapa masyarakat kurang memahami atau melupakan
adat resam etnik Jawa. Mereka semakin melupakan adat resam etnik Jawa mereka yang telah
lama dibawa oleh nenek moyang mereka. Akibat mereka tidak lagi mengamalkannya mereka

7
960226-66-5012

telah melupakannya dan semakin lama adat resam etnik Jawa ini akan pupus akibat generasi
akan datang telah melupakannya. Selain itu, mereka juga akan melupakan asal usul mereka
sendiri akibat dari perkhawinan pracampuran diantara orang melayu asli dengan melayu
Jawa. Ia telah mengakibatkan orang melayu Jawa tidak lagi mahu mengamalakan adat resam
mereka. Disamping itu, dengan kurangnya ilmu mengenai adat resam etnik Jawa oleh
golongan remaja membuatkan mereka kurang menghormati golongan tua yang masih lagi
mengamalkan adat resam etnik Jawa ini. Justeru, ia telah membuatkan sebuah jurang yang
bersar diantara golongan tua dan juga golongan remaja dan membuatkan golongan remaja
yang kurang berminat untuk mengetahui mengenai adat resam ini semakin lagi tidak mahu
ada kene mengena mengenai adat resam etnik ini dan terus lenyaplah adat resam etnik Jawa
ini. Segala adat itu akan hidup sekiranya adat itu dititikberatkan oleh suatu kumpulan atau
dianggap sebagai tidak ada , sekiranya sesuatu sesuatu kumpulan itu menganggapnya tidak
penting atau tidak perlu diamalkan lagi . Biasanya hal ini berlaku akibat peredaran masa dan
proses kemajuan (Wan Ramli Wan Muhammad dan Hanapi Dollah, 1999).

6.0 LOKASI KAJIAN

Lokasi kajan yang dikaji adalah di Kampung Paya Dalam, Melaka. Kampung ini terletak di
dalam kawasan Ayer Molek. Di dalam peta menunjukkan Kampung Paya Dalam berada tepat
pada skala ini Latitude. 2.4167, Longitude. 102.1667 berpandukan pada google maps.
Kampung paya dalam adalah sebuah kawasan yang diduduki oleh majoritinya orang melayu
8
960226-66-5012

masyarakat Jawa. Terdapat pelbagai ejaan lain yang digunakan oleh penduduk kampung ini,
ejaan lain bagi Kampung Paya Dalam adalah Kampong Paya Dalam. Ketinggian anggaran
rupa bumi Kampung Paya Dalam, Melaka, Malaysia adalah 13 meter di atas paras laut.

PETA 1: Menunjukkan kajian ini dilakukan di negeri Melaka

Sumber: http://maps.google.com

9
960226-66-5012

PETA 2: menunjukkan Kampung Paya Dalam terletak di dalam kawasan Ayer Molek

Sumber : http://maps.google.com

10
960226-66-5012

PETA 3: menunjukkan terletaknya lokasi kajian iaitu Kampung Paya Dalam

Sumber : http://maps.google.com

7.0KAEDAH KAJIAN ( METOD )

11
960226-66-5012

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif iaitu menggunakan kaedah soal selidik dan
temubual untuk mendapatkan maklumat. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tinjauan
terhadap pemahaman masyarakat melayu mengenai adat resam etnik Jawa di Kampung Paya
Dalam, Melaka dalam mengenal pasti bentuk-bentuk amalan atau adat resam etnik jawa yang
diamalkan oleh masyarakat melayu. mengenal pasti faktor faktor masyarakat melayu tidak
memahami adat resam etnik jawa nenek moyang mereka dan mengkaji kesan-kesan akibat
mereka tidak memahami adat resam etnik jawa nenek moyang mereka di Kampung Paya
Dalam, Melaka.

Dapatan kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada
responden. Manakala maklumat yang diterima akan dianalisis secara kuantitatif. Data
jenis kuantitatif adalah berdasarkan kategori kuantiti yang menggunakan kekerapan,
angka dan skor. Ini adalah kerana data jenis kuantitatif sesuai bagi penyelidikan yang
menggunakan instrumen soal selidik dan ujian untuk mendapatkan maklumat kajian

Temu Bual dan Protokol Temu Bual. Temu bual merupakan teknik pengutipan data
yang melibatkan interaksi bersemuka (face-to face) atau melalui percakapan telefon antara
penyelidik dengan orang yang ditemu bual (responden). Teknik temu bual berstruktur
Soalan disediakan terlebih dahulu dan temu bual dilaksanakan secara formal. Data kualitatif
dikutip melalui temu bual manakala data kuantitatif dikutip melalui soal selidik.

Skop/batasan kajian

Skop kajian ini hanya fokus kepada tinjauan terhadap pemahaman masyarakat
melayu mengenai adat resam etnik Jawa di Kampung Paya Dalam, Melaka.

Populasi dan responden (sampel) kajian

Populasi dalam kajian ini merupakan jumlah masyarakat melayu yang terdapat di
Kampung Paya Dalam, Melaka iaitu seramai 4,564 orang. Manakala jumlah sampel yang
digunakan dalam kajian ini adalah sebanyak 30 responden bagi soal selidik dan 3 orang bagi
sesi menemu bual. (Rujuk lampiran untuk Borang soal selidik dan Borang Temu bual)

Instrumen Kajian

12
960226-66-5012

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan soal selidik dan temu bual sebagai instrumen
kajian yang merangkumi beberapa item berdasarkan objektif kajian. Soal selidik yang
disediakan oleh pengkaji terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian
B. Pada bahagian A, responden dikehendaki menjawab beberapa soalan yang berkaitan
dengan demografi responden. Skala empat mata pula digunakan pada bahagian di mana
responden dikehendaki menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan.

Bahagian A:

Mengenai demografi responden seperti jantina, kaum, agama, umur, pekerjaan, aras
pendidikan, dan status sama ada berkhawin atau tidak.

Bahagian B:

Bahagian ini mempunyai 13 soalan bagi mendapatkan dan mengenal pasti objektif kajian.

Iainya bagi mendapatkan objektif kajian tersebut iaitu:

1. Mengenal pasti bentuk-bentuk amalan atau adat resam etnik jawa yang diamalkan oleh
masyarakat di Kampung Paya Dalam
2. Mengenal pasti faktor faktor masyarakat melayu tidak memahami adat resam etnik
jawa nenek moyang mereka.
3. Mengkaji kesan-kesan akibat mereka tidak memahami adat resam etnik jawa nenek
moyang mereka.

Pengkaji menyediakan item-item soalan dengan menggunakan skala lima


mata untuk memperoleh jawapan daripada responden. Skala mata mata ini terdiri
daripada pemberat yang berlainan iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju
dan sangat tidak setuju. Ianya diringkaskan seperti mana yang ditunjukkan pada
Jadual1. JADUAL 1: SKALA TAHAP PERSETUJUAN

Skor Tahap persetujuan


1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Tidak Pasti
4 Setuju
5 Sangat Setuju

Temubual

Pengkaji telah menemu bual 3 orang responden secara tidak formal dirumah responden untuk
mendapatkan maklumat tambahan. Responden pertama bernama, Zalimah Binti Saafie.

13
960226-66-5012

Kedua adalah Hjh Eshah Binti Shari dan ketiga ialah Hj. Kudari Bin Dollah. Temu ramah ini
dijalankan dirumah responden temu bual.

Prosedur Pengumpulan Data :

MMM eee nmm g e d a r


nbb ougit n a raa a a t n g
snrif t su o ae i m ar l m i l
susd eio sa s laa t i d ln a i k
kdkna ea a pj t i a a d a
rank e a s j ip a o n n d e n
Rajah 1 : Carta Alir Proses Penyelidikan

Berdasarkan Rajah 1, kajian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prosedur kajian yang
telah ditetapkan supaya objektif kajian dapat dicapai. Prosedur kajian dimulakan dengan
perbincangan bersama penyelia mengenai masalah yang ingin dikaji. Perbincangan

14
960226-66-5012

melibatkan perkara-perkara seperti mengenal pasti masalah, tajuk dan objektif kajian. Selain
itu, perbincangan juga pengumpulan maklumat berkaitan masalah yang telah dibincangkan,
mengenal pasti responden dan kaedah yang digunakan untuk menganalisis data.

Penyelidik menyerahkan borang selidik kepada responden dan menerangkan cara-cara untuk
menjawab. Setelah borang selesai dijawab, penyelidik membuat penganalisisan data bagi
mendapatkan dapatan kajian dan kesimpulan.

Kaedah tambahan:

1) Rujukan

Pengkaji juga merujuk laman web https://www.google.com/search?


q=Sosial+dan+Budaya+%3A+Adat+Resam&oq=Sosial+dan+Budaya+
%3A+Adat+Resam&aqs=chrome. Ia adalah untuk meninjau dan menabah kefahaman
mengenai adat resam yang terdapat di Malaysia.

Teknik Penganalisisan Data

Data primer ( utama ) yang diperoleh daripada instrumen soal-selidik dianalisis secara
kuantitatif dalam bentuk frekuensi ( kekerapan ) dan peratusan.

Maklumat daripada sesi temu bual merupakan data kualitatif untuk memperjelas dan
menyokong dapatan daripada instrumen soal selidik.

seperti jantina, kaum, agama, umur, pekerjaan, aras pendidikan, dan status sama ada
berkhawin atau tidak

8.0 DAPATAN KAJIANDAN PERBINCANGAN

DAPATAN KAJIAN ( ANALISIS )

15
960226-66-5012

1. Analisis Bahagian A
I. Taburan responden berdasarkan Umur

Jadual 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina dan umur. Responden


terbahagi kepada dua jantina iaitu lelaki dan perempuan, penyelidik telah berjaya mengedar
kan borang soal selidik kepada kedua-dua golongan. Terdapat 14 orang responden tergolong
dalam golongan lelaki manakala selebihnya iaitu sebanyak 16 orang lagi adalah golongan
perempuan. Didapati responden yang berumur 46-60 merupakan majority dalam kajian
dengan bilangannya seramai 13 responden (43.3%) diikuti dengan reponden yang berumur
dalam lingkungan 18-25 seramai 10 orang respondan (33.3%), 26-40 terdapat 5 orang
respondan (13.3%). Manakala responden yang berumur 61 dan keatas pula seramai 3 orang
(10%)

Jadual 2: Taburan responden berdasarkan umur

Umur Ferkuensi Peratusan (%)


18 - 25 10 33.3
26 40 4 13.3
41 60 13 43.3
61 dan keatas 3 10
Jumlah 30 100

18 - 25 Tahun
26 - 40 Tahun
41 - 60 Tahun
61 dan keatas Tahun

Carta pie 1: Taburan Responden berdasarkan umur

II. Taburan responden berdasarkan Aras pendidikan

Jadual 3 menunjukkan taburan responden berdasarkan aras pendidikan. Analisis


menunjukkan sebilangan besar responden dalam kajian ini terdiri daripada golongan

16
960226-66-5012

masyarakat yang mempunyai kelulusan sehingga Sekolah Menengah iaitu seramai 20


(66.67%) diikuti responden yang memiliki kelulusan Sekolah Rendah iaitu 1 (3.33%).
Kemudian golongan masyarakat yang mempunyai kelulusan kolej dan universiti, iaitu
seramai 5 (16.67%) dan 4 (13.33%).

Jadual 3: Taburan responden berdasarkan Aras Pendidikan

Jenis Pendidikan Frekuensi Peratusan (%)


Sekolah Rendah 1 3.33
Sekolah Menengah 20 66.67
Kolej 5 16.67
Universiti 4 13.33
Jumlah 30 100

80

70

60

50

40

30

20

10

0
S. Rendah S. Menengah Kolej Universiti

Graf 1: Taburan responden berdasarkan Aras Pendidikan

III. Taburan Responden berdasarkan Status Perkhawinan

Jadual 4 menunjukkan status perkhawinan responden yang telah menjawab borang


soal selidik yang telah diedarkan oleh penyelidik. Didapati seramai 18 (60%) orang

17
960226-66-5012

responden yang telah mendirikan rumah tangga atau telah berkhawin. Manakala
selebihnya iaitu seramai 12 (40%) orang bujang atau tidak berkhawin.

Jadual 4: Taburan responden berdasarkan Status perkhawinan

Status Perkhawinan Frekuensi Peratusan (%)


Berkhawin 18 60
Tidak berkhawin 12 40
Jumlah 30 100

Berkhawin
Tidak Berkhawin

Carta pie 4: Taburan responden berdasarkan Status Perkahwinan

2. Analisis Bahagian B

Untuk mengetahui maklumat untuk mengenal pasti bentuk amalan atau adat resam etnik,
faktor masyarakat melayu tidak memahami adat resam etnik dan mengkaji kesan akibat
mereka tidak memahami adat resam etnik jawa nenek moyang mereka, penyelidik telah
membahagikan lima tahap persetujuan bagi setiap item kepada tiga bahagian iaitu setuju,
tidak setuju dan tidak pasti. Bahagian setuju merangkumi mereka yang setuju (S) dan sangat
setuju (SS) dengan kenyataan yang dikemukakan. Manakala, bahagian tidak setuju pula
merangkumi mereka yang tidak setuju (TS) dan sangat tidak setuju (STS) dengan kenyataan
yang diutarakan. Penyelidik juga telah menggunakan kaedah menemubual bagi mendapatkan
maklumat bagi membantuk penyelidik menyelidik dan menjawab objektif kajian penyelidik.

I. Mengenal pasti bentuk-bentuk amalan atau adat resam etnik jawa yang diamalkan
oleh masyarakat di Kampung Paya Dalam

Penyelidik telah dapat mengenal pasti bentuk - bentuk amalan atau adat yang telah
dilakukan oleh masyarakat etnik jawa di Kampung Paya Dalam. Antaranya adalah

18
960226-66-5012

Jagong Bayi, Lenggang perut, cantik Olo, Mengemis,dan sebagainya. Mereka


juga mempunyai pelbagai kepercayaan lain juga yang telah diamalkan sehingga
sekarang dan amalan tersebut juga masih lagi mendatangkan impak yang besar
terhadap kehidupan mereka.

1. Apakah yang anda tahu mengenai adat resam etnik Jawa ini?

Zalimah bt Orang jawa tiada perbezaan yang ketara diantara orang melayu,
Saafie dipandang dengan mata kasar orang jawa ini seperti orang melayu juga
Cara untuk mengetahui seseorang itu orang jawa adalah melalui
bahasanya
Eshah bt Orang jawa perwatakkannya Nampak lebih lembut tetapi cara hidupnye
Shaarie sama seperti orang melayu biasa.
Kepercayaan dan juga amalan mereka sahaja yang berlainan dengan
orang melayu
Kudari b. Dollah Sesetengah adat resam jawa ini masih lagi diamalakan dan ada juga yang
telah diubahsuai untuk mengelakkan daripada syirik dan khurafat

2. Berikan contoh yang anda tahu mengenai adat resam Jawa?

19
960226-66-5012

Zalimah bt Saafie Bancaan


Untuk doa selamat, kenduri, kesyukuran yang kecil - kecil
Mintak berasa dari jiran jiran untuk membuat Bancaan
Beras telah diberi, diaggihkan kepada dua bahagia. Satu bahagian dimasak
bubur putih santan biasa. Satu bahagian lagi dimasak bubur dengan gula
Melaka berwarna coklat kekuningan.
Dimasukkan kedalam bekas, satu bekas bubur putih dengan sedikit bubur
coklat ditengah tengah, begitu juga pda bekas satu lagi bubur coklat gula
Melaka dan kemudian sedikitt bubur putih santan ditengah tengah
Kemudian diedarkan kepada jiran jiran untuk dijamu

Mengemis
Amik kain dibuat kepada kain gembol
Meminta beras dari jiran tetangga
Kemudian beras tersebut dimasak
Mereka membuat kerapu urap hasil dari daun pucuk ubi, kelapa parut
Kemudian nasi tersebut dibungkus dengan kerabu urap tersebut bersamaan
dengan ikan bilis dan kacang
Diedarkan kepada jiran jiran supaya mereka mendoakan bayi dan juga
ibu tersebut.

Cantik Olo
Kepercayaan yang kuat bahawa pada sewaktu langit berwarna kemerah-
merahan atau oren sewaktu senja matahari terbenam
Mereka mencampak nasi yang digaul dengan garam dan mencampaknya
ke atas bumbung rumah
Adalah untuk member mambang kuning untuk memakan nasi tersebut,
agar tidak menganggu keluarga dan diri individu tersebut
Eshah bt Shaarie Lenggang Perut
Ia hanya dilakukan sekali sahaja
Khas setelah melahirkan anak sulung
Selepas 7 atau 8 bulan melahirkan bayi sulung tersebut lenggang perut
harus dilakukan keatas ibu tersebut
Ibu tersebut akan diberikan air tolak bala untuk diminum dan dimandikan

20
960226-66-5012

Jagongan Bayi
Dilakukan oleh saudara mara jiran tetangga selepas kelahiran bayi
Mereka berpakat sama sendiri untuk membuat jagongan bayi
Tujuanya untuk meraikan bayi, melihat bayi sihat sejahtera begitu juga
dengan ibu bayi tersebut
Datang menziarahi, bagi duit kepada bayi tersebut
Kudari b Dollah Menanam Uri
Selepas seseorang bayi dilahirkan, Mak Bidan akan mencuci dan
membersihkan uri dengan campuran asam beserta sedikit garam.
uri akan ditanam di bawah rumah atau persekitaran rumah.
Uri bayi perempuan akan ditanam berserta celak, pensil , dan jarum.
Mereka berharap agar anak yang akan membesar nanti menjadi seorang
yang cantik, pandai dalam pelajaran dan pandai menjahit baju.
Uri bayi lelaki ditanam berserta pensil, paku dan jarum dengan harapan
apabila dewasa nanti mereka akan menjadi seorang yang pandai dan
gagah.

Kepercayaan pada hari khamis


kepercayaan ini dilakukan setiap hari khamis malam jumaat. Dimana
mereka akan memasang lilin dan diletakkan didepan pintu rumah mereka.
Sebagai lampu atau petanda yang menandakan rumah.
Mereka berpendapatan bahawasanya pada hari khamis malam jummat itu,
roh atau arwah-arwah moyang atau ibu-bapa mereka yang telah meninggal
dunia akan datang setiap malam jumaat untuk menziarahi anak atau
saudara mereka yang masih hidup.
Kepercayaan mereka yang terlalu kuat membuatkan mereka langsung
tidak takut dan juga menjadi berani kerana arwah-arwah datang untuk
menziarah dan juga menjaga mereka pada malam jumaat tersebut.

3. Mengapakah anda masih lagi mengamalakn adat resam enik Jawa ini?
(jika ya, mengapa / jika tidak mengapa?)

21
960226-66-5012

Zalimah bt Saafie Ya tetapi hanya beberapa sahaja


Kepercayaan yang kuat dan pengamalan oleh nenek dan atok moyang
membuatkn ianya tidak mudah untuk ditinggalkan
Sesetengah adat resam etnik jawa ini mempunyai unsure khurafat dan syirik
Contohnya, cantik olo, mempercayai pokok-pokok besar mempunyai
semangat,

Eshah bt Shaarie Jawapan sama (hanya mengamalkan sesetengah sahaja)


Kudari b Dollah Jawapan sama dengan responden pertama
7. Adat lenggang perut. Tujuan upacara ini dijalankan adalah utuk memohon
keselamatan ibu dan juga bayi yang bakal dilahirkan, Benarkah?

Zalimah bt Saafie Benar,


Tapi nak memohon keselamatan bayi itu, tidak benar.
Sebab tujuan adat ini diadakan adalah untuk melihat keadaan ibu dan memberi
sedikit sumbangan dalam bentuk wang
Eshah bt Shaarie Benar,
Ia dalah bertujuan untuk memohon keselamatan ibu dan bayi yang bakal
dilahirkan, agar mereka selamat dan juga sihat walafiat
Kudari b. Dollah Benar,
Tujuan adat lenggang perut ini diadakan adalah untuk melihat keadaan bayi
tersebut dan juga ibunya adakah bayi itu selamat dilahirkan dan ibunya sewaktu
melahirkan bayi tersebut.
8. Jagong dalam bahasa Jawa bermaksud duduk. Pada hari pertama hingga
ke tujuh kelahiran, jiran tetangga dan saudara mara akan datang
menziarahi keluarga bayi. Si ibu yang baru melahirkan lemah semangatnya
manakala si bayi mudah disampuk oleh sesuatu kuasa jahat, adakah ini
benar?

Zalimah bt Saafie Jagong atau jagongan bayi memang dilaksanakan


Tetapi hanya untuk menziarahi bayi dan ibunya sahaja dalam satu tempoh dan
hanya sekali sahaja. Bukannya tujuh hari berturut-turut
Tidak sama sekali ada kene mengena dengan kuasa jahat dan sebagainya
Eshah bt Shaarie (Jawapan sama dengan responden satu)
Kudari b. Dollah (Jawapan sama dengan responden satu)

22
960226-66-5012

Dapatan kajian mendapati terdapat beberapa adat yang telah dilaksanakan oleh
masyarakat Jawa di Kampung Batu Putih. Antara adat-adat resam yang telah disebut oleh
ketiga -tiga responden adalah Bancaan, Mengemis, Cantik olo, Lenggang Perut, Jagongan
Bayi, Menanam uri dan Kepercayaan pada hari Khamis. Terdapat sesetengah amalan adat-
adat tersebut telah lama ditinggalkan namun kepercayaan masih kuat.

Masyarakat jawa Kampung Paya Dalam, masih lagi mengamalkan beberapa adat resam
jawa namun terdapat sebilangannya lagi meereka sudah tidak mengamalkannya kerana
mereka telah menerima kefahaman ilmu keagaman. Kefahaman ilmu agama islam telah
berjaya mengubah kefahaman masyarakat jawa Kampung Paya Dalam mengenai
kepercayaan mereka dan juga perkara-perkara larangan Allah. Perkara ini berlaku kerana
terdapat sebilangan adat - adat resam dan kepercayaan tersebut telah melanggar syariat agama
islam dan berunsurkan khurafat serta mensyirikkan Allah.

Selain itu, adat lenggang perut ini juga masih lagi diamalkan oleh masyarakat jawa
Kampung Paya Dalam. Namun adat tersebut telah diubah suai bagi mengelakkan unsure-
unsur khurafat atau syirik dan dapat diterima oleh masyarakat lain. Lenggang perut
dilaksanakan atas sebab sebab untuk menziarai bayi dan juga ibu bayi tersebut, untuk
melihat keadaan bayi tersebut dan juga ibunya adakah bayi itu selamat dilahirkan dan ibunya
sewaktu melahirkan bayi tersebut. Selepas atau memohon keselamatan ibu dan bayi yang
bakal dilahirkan, agar mereka selamat dan juga sihat walafiat sebelum kelahiran bayi.

Adat jagongan atau jagong bayi yang dilakukan oleh masyarakat jawa Kampung Paya
Dalam masih lagi dilaksanakan. Namun ianya telah diubahsuaikan agar tidak bercanggah
dengan agama islam dan juga dapat diterima oleh semua segi masyarakat dan penduduk.
Jagong bayi dilakukan hanya untuk menziarahi bayi dan ibunya sahaja dalam satu tempoh
dan hanya sekali sahaja. Bukannya tujuh hari berturut-turut.Tidak sama sekali ada kene
mengena dengan kuasa jahat dan sebagainya seperti yang dilakukan suatu ketika dahulu oleh
penduduk Kampung Paya Dalam pada waktu dahulu. Sewaktu tidak mempunyai kefahaman
agama.

II. Mengenal pasti faktor faktor masyarakat melayu tidak memahami adat resam etnik
Jawa nenek moyang mereka.
4. Mengapakah adat resam Jawa ini semakin lama dilupakan oleh masyarakat
etnik Jawa?

23
960226-66-5012

Zalimah bt ~Ibu bapa atau nenek dan atok tidak menurunkan ajaran mengenai adat resam
Saafie etnik jawa in kepada generasi muda
~Kurangannya kefahaman terhadap adat resam tersebut menjadikan mereka
tidak mahu mengamalakannya
Eshah bt ~Generasi muda tidak lagi mahu mengambil tahu mengenai adat resam etnik
Shaarie Jawa ini kerana dianggap sebagai kuno
~Genarasi mudah telah lengkap dengan dan juga kefahaman yang tinggi dan
menggangap bahawa adat resam ini mempnyai unsur yang khurafat dan syiirk
dan tidak mahu melaksanakannya langsung

Kudari b. Dollah Golongan tua dan muda tidak mempunyai persefahaman yang baik, kerana
golongan muda tidak menghormati golongan yang tua yang masih
mengamalkan adat resam jawa yang kuno
Golongan tua tidak mahu mengkongsi ilmu mengenai adat resam etnik jawa
ini kepada golongan muda kerana golongan muda enggan mahu mengambil
tahu
9. Mengapakah terdapat sestengah pengamalan adat resam etnik jawa telah
melanggar hukum syariat islam dan dilabelkan sebagai suatu amalan yang
syirik dan khurafat?

Zalimah bt Benar memang ada sesetengah adat resam ini mempunyai ciri-ciri yang syirik
Saafie ada kurafat kerana mereka terlalu taksub mempercayai kuasa-kuasa lain selain
dari Allah swt. Seperti cantik olo dan sebagainya.
Eshah bt (Jawapan sama seperti responden pertama dan kedua)
Shaarie
Kudari b. Dollah Masyarakat jawa ini asalnya merupakan masyarakat yang beragam hinddu,
oleh itu memang wajar ada adat-adat resam tertentu yang masih lagi
mempercayai kuasa-kuasa lain selain Allah dan juga pantang larangan lain
yang boleh mendatangkan bala dan sebagainya. Contohnya cantik olo dan
kepercayaan pada hari khamis
Jadual 5: Taburan frekuensi dan peratusan bagi mengenal pasti faktor faktor masyarakat
melayu tidak memahami adat resam etnik Jawa

JAWAPAN
Bil Item item soal selidik Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju
(1) Sangat (2) Tidak (3) Tidak (4) Setuju (5) Sangat
tidak Setuju setuju pasti Setuju

24
960226-66-5012

f % f % f % f % f %
1 Adat jawa ini suatu 5 16.67 8 26.67 6 20 10 33.33 1 3.33
adat yang kolot
43.34% 20% 36.66%
2 Adat jawa ini 5 16.67 4 13.33 12 40 8 26.67 1 3.33
menyimpang daripada
ajaran agama islam
30% 40% 30%
3 Masyarakat zaman 3 10 5 16.67 11 36.67 11 36.67
sekarang lebih selesa
hidup secara moden
dan melupakan adat
jawa
10% 16.67% 73.34%
4 Keluarga tidak pernah 3 10 6 20 4 13.33 12 40 5 16.67
langsung mendedahkan
adat jawa
30% 13.33% 56.67%
5 Keluarga hanya 4 13.33 5 16.67 18 60 3 10
mengamalakn
sebahagian sahaja adat
jawa
13.33% 16.67% 70%
7 Terdapat sesetengah 4 13.33 5 16.67 6 20 11 36.67 4 13.33
pengamalan adat jawa
ini dilabelkan sebagai
syirik atau khurafat
20% 20% 49.97%
8 Penegasan dari segi 1 3.33 3 10 12 40 12 40 2 6.67
undang-undang untuk
tidak lagi
mengamalkan
sesetengah adat jawa
yang dilabelkan syirik
dan khurafat
13.33% 40% 46.67%
10 Penegasan dari ahli 6 20 12 40 10 33.33 2 6.67
ulamak dan ustaz untuk
tidak mengamalkan
lagi adat resam jawa
kerana bersifat kurang
pasti atau bertentangan
dengan kefahaman
agama islam
20% 40% 40%

25
960226-66-5012

Dapatan mendapati mengapakah adat resam Jawa ini semakin lama dilupakan oleh
masyarakat etnik Jawa. Antara sebabnya adalah Ibu bapa atau nenek dan atok tidak
menurunkan ajaran,Kurangannya kefahaman terhadap adat resam tersebut menjadikan
mereka tidak mahu mengamalakannya,etnik Jawa ini kerana dianggap sebagai
kuno,menggangap bahawa adat resam ini mempnyai unsur yang khurafat dan
syiirk.Golongan tua dan muda tidak mempunyai persefahaman yang baik,golongan tua tidak
mahu mengkongsi ilmu mengenai adat resam etnik jawa ini kepada golongan muda kerana,
golongan muda enggan mahu mengambil tahu

Selain itu, respond dari responden telah memberikan jawapan mengenai mengapakah
terdapat sesetengah pengamalan adat resam etnik jawa telah melanggar hukum syariat islam
dan dilabelkan sebagai suatu amalan yang syirik dan khurafat. Mereka terlalu taksub
mempercayai kuasa-kuasa lain selain dari Allah swt. Seperti cantik olo dan sebagainya.
Masyarakat jawa ini asalnya merupakan masyarakat yang beragam hinddu, oleh itu memang
wajar ada adat-adat resam tertentu yang masih lagi mempercayai kuasa-kuasa lain selain
Allah dan juga pantang larangan lain yang boleh mendatangkan bala dan sebagainya.

Dapatan soal selidik mendapati terdapat penduduk Kampung Paya Dalam mempunyai
pendapat menggangap adat jawa ini suatu ada yang kolot. Penduduk yang tidak setuju
mengenai kenyataan ini sebanyak ( 43.34%) penduduk yang tidak pasti mengenai kenyataan
ini adalah sebanyak ( 20%) manakala penduduk yang bersetuju dengan kenyataan ini
mencatatkan sebanyak (36.66%) ini telah mengambarkan baha sebilangan penduduk
Kampung Paya Dalam masih lagi tetap dengan pendirian mereka dan masih lagi
mengamalkan adat resam etnik jawa ini. Dan terdapat sebilangannya lagi telah mula
menerima kenyataan terdapat beberapa adat resam jawa ini adalah kolot

Selain itu, borang soal selidik ini juga telah mencatatkan sebanyak (30%) tidak
bersetuju dengan kenyataan diaman adat resam etnik jawa ini telah menyimpang daripada
ajaran agam islam. Dan sebanyak (40%) lain tidak pasti mengenai kenyataan ini kerana
mereka bersikap was-was terhadap pendapat ini. Dan lebihan dari itu iaitu sebanyak (30%)
lagi telah bersetuju dengan kenyataan ini. Bahawasanya adat jawa ini benar telah
menyimpang daripada ajaran agama islam

Disamping itu, terdapat juga faktor lain menunjukkan bahawa keluarga tidak pernah
langsung mendedahkan adat jawa ini kepada golongan muda atau anak anak mereka.
Borang soal selidik mencatatkan sebanyak ( 30%) penduduk tidak bersetuju dengan pendapat

26
960226-66-5012

ini manakala sebilangan (13.33%) tidak pasti mengenai kenyataan ini dan sejumlah (56.67%)
lain telah bersetuju dengan kenyataan ini.

selain itu, terdapat juga keluarga penduduk Kampung Paya Dalam ini hanya
mengamalkn sebahagian sahaja adat jawa, ini telah menunjukkan bahawa golongan
masyarakat Jawa juga tidak lagi mengamalkan adat resam Jawa ini dengan kerap. Terdapat
sebilangan (13.33%) tidak bersetuju dengan kenyataan dimana keluarga hanya mengamalkan
sebahagian sahaja adat resam yang dianggap penting dan sejumlah (16.67%) mencatatkan
keputusan yang tidak pasti manakal selebihannya iaitu (70%) telah bersetuju dengan
kenyataan ini.

Didapati terdapat sesetengah pengamalan adat jawa ini dilabelkan sebagai syirik atau
khurafat. Dan melalui borang soal selidik ia telah mencatatkan bahawa sebanyak (20%) tidak
bersetuju dengan kenyataan ini. Dan sebilangan (20%) mencatatkan keputusan yang tidak
pasti mengenai kenyataan ini dan selebihnya iaitu sebanyak (49.97%) lain telah mencatatkan
keputusan yang bersetuju dengan kenyataaan yang telah diberikan pada borang soal selidik
yang telah dieedarkan.

Penegasan dari segi undang-undang untuk tidak lagi mengamalkan sesetengah adat
jawa yang dilabelkan syirik dan khurafat. Sebanyak (13.33%) mencatatkan keputusan tidak
setuju dengan kenyataan ini dan sebanyak (40%) lagi tdak pasti dan selebihnya iaitu
sebanyak (46.67%) mengata mereka setuju dengan kenyataan ini.

Penegasan dari ahli ulamak untuk tidak mengamalkan adat resam Jawa kerana bersifat
kurang pasti atau bertentangan dengan kefahaman agama islam. Sebanyak ( 20%) jumlah
peratusan penduduk tidak bersetuju dengan kenyataan diatas dan sejumlah (40%)
berpendapat tidak pasti mengenai kenyataan ini dan selebihnya iaitu sebanyak (40%) telah
bersetuju dengan kenyataan ini.

III. Mengkaji kesan-kesan akibat mereka tidak memahami adat resam etnik nenek
moyang mereka
5. Apakah kesan yang baik dan tidak baik mengenai pengamalan adat resam
Jawa ini?

27
960226-66-5012

Zalimah bt Saafie Baik


Dapat mengeratkan silaturahim (rewang, jagong bayi)
Tidak baik
Khurafat syirik (cantik olo

Eshah bt Shaarie Baik


Mengamalkan perubatan zaman dahulu tidak mengenakan kos yang tinggi
Tidak baik
Khurafat, syirik dan tidak digalakkan pengamalan nya kerana terpensong dari segi
syariat dan agama

Kudari b. Dollah (Jawapan sama seperti responden pertama dan kedua)

6. Adakah benar, terdapat beberapa kepercayaan adat resam Jawa bahawa


beberapa objek seperti busut, batu-batu besar atau pokok-pokok besar
sebagai membawa tuah?

Zalimah bt Saafie Batu-batu besar dan pokok-pokok besar ada penjaga


Eshah bt Shaarie Batu dan pokok tersebut ada penunggu, tidak dibenarkan untuk bermain disitu
atau memusnahkan atau menebang pokok tersebut
Kudari b. Dollah Busut besar tersebut tidak dibenarkan sama sekali untuk dicangkul kerana takut
sipenunggu tersebut marah
10. Pada pendapat anda, adakah pengamalan adat resam Jawa adalah satu
pengamalan yang kolot atau tidak?

Zalimah bt Saafie Terdapat adat yang berunsurkan syirik dan khurafat namun ada juga adat dimana
telah banyak membantu masyarakat jawa.
Eshah bt Shaarie Terdapat juga adat yang mendatangkan banyak faedah seperti mengeratkan
silaturahim antara jiran dan saudara mara.
Kudari b. Dollah (Jawapan sama seperti responden pertama dan kedua)

Jadual 6: Taburan dan frekuensi bagi mengkaji kesan-kesan akibat mereka tidak memahami
adat resam etnik Jawa

JAWAPAN
Bil Item item soal selidik Tidak Setuju Tidak Setuju
Pasti

28
960226-66-5012

(1) Sangat (2) Tidak (3) Tidak (4) Setuju (5) Sangat
tidak setuju pasti Setuju

Setuju
f % f % f % f % f %
9 Golongan remaja kurang 2 6.67 5 16.67 9 30 7 23.33 7 23.33
menghormati golongan tua
yang masih lagi
mengamalkan adat resam
jawa kerana kurangnya
pengetahuan
46.67% 30% 46.66%
11 Masyarakat zaman sekarang 1 3.33 5 16.67 19 63.33 5 16.67
mengamalkan perkhawinan
campuran menyebabakan
percampuran dari segi adat
resam.
3.33% 16.67% 80%
12 Masyarakat zaman kini 1 3.33 2 6.67 23 76.67 4 13.33
mudah terpengaruh dengan
media massa dan tidak lagi
mengamalkan adat resam
jawa, sebaliknya
mengamalkan adat resam
melayu kerana iainya sering
ditayangkan kepada
penduduk di Malaysia.
3.33% 6.67% 90%
13 Pengularan budaya barat 3 10 3 10 17 56.67 7 23.33
keatas masyrakat jawa
menyebabkan mereka tidak
lagi mengamalkan adat
resam jawa nenek moyang
mereka.
10% 10% 80%

29
960226-66-5012

Melalui sesi menemubual responden responden yang ditemui. Terdapat baik dan
buruknya mengenai pengamalan adat resam etnik Jawa ini, Baiknya ia dapat mengeratkan
silaturahim dan juga kos yang bagi melaksanakannya adalah rendah seperti berikut jagong
bayi, mengemis, lenggang perut dan sebagainya. Namun buruknya adalah terdapat sebilangan
adat adat tersebut secara terangnye telah mengambarkan bahawa ianya syirik dan khurafat,
pengamalan nya kerana terpensong dari segi syariat dan agama seperti cantik olo.

Selain itu, responden mengatakan memang benar terdapat beberapa kepercayaan adat
resam Jawa yang mempercayai beberapa objek seperti busut, batu-batu besar atau pokok-
pokok besar sebagai membawa tuah. Mereka mempunyai kepercayaan sesungguhnya batu
batu dan pokok pokok yang besar mempunyai penjaga atau penunggu disitu. Oleh itu
masyarakat jawa sama sekali berkeras dalam melarang anak anak mereka untuk bermain
sekitar kawasan berikut. Mereka juga kadang meletakkan barang barang berharga atau
makanan untuk dihadiahkan kepada penunggu atau penjaga disitu untuk tujuan tidak
menganggu penduduk yang tinggal disitu.

Penyelidik telah memminta pendapat responden menyatakan adakah pengamalan adat


resam Jawa adalah satu pengamalan yang kolot atau tidak. Responden telah menjawab
bahawa terdapat adat yang berunsurkan syirik dan khurafat namun ada juga adat dimana telah
banyak membantu masyarakat jawa. Ia juga telah yang mendatangkan banyak faedah seperti
mengeratkan silaturahim antara jiran dan saudara mara.

Sikap golongan remaja kurang menghormati golongan tua yang masih lagi
mengamalkan adat resam jawa kerana kurangnya pengetahuan. Melalui borang soal selidik
terdapat sejumlah (46.67%) menyatakan bahawa mereka tidak setuju dengan penyataan ini
dan sebilangan angka iaitu sebanyak (30%) menyatakan bahawa mereka tidak pasti dengan
kenyataan tersebut dan selebihnya iaitu sebanyak (46.66%) menyatakan bahawa mereke telah
bersetuju dengan kenyataan tersebut

Masyarakat zaman sekarang mengamalkan perkhawinan campuran secara tidak


langsung ia telah menyebabakan percampuran dari segi adat resam. Sebilangan (3.33%) tidak
setuju dengan kenyataan ini kerana mereka menggangap bahawa perkahwinan tidak ada kene
mengena mengenai adat resam dan sejumlah (16.67%) bersifat tidak pasti mengenai
kenyataan ini dan selebihnya iaitu sebnayak (80%) bersetuju dengan kenyataan ini.

30
960226-66-5012

Masyarakat zaman kini mudah terpengaruh dengan media massa yang mengambarkan
ciri kehidupan yang moden dan tidak lagi mengamalkan adat resam jawa, sebaliknya
mengamalkan adat resam melayu kerana iainya sering ditayangkan kepada penduduk di
Malaysia. Sejumlah (3.33%) tidak bersetuju dengan kenyataan ini dan sebanyak (6.67%)
tidak pasti mengenai kenyataan ini dan selebihnya iaitu sebanyak (90%) bersetuju dengan
kenyataan yang dinyatakan dalam borang soal selidik.

Pengularan budaya barat keatas masyarakat jawa menyebabkan mereka tidak lagi
mengamalkan adat resam jawa nenek moyang mereka. Budaya barat telah mendatangkan
impak yang besar terhadap penduduk Malaysia, kita sering terikut-ikut dengan budaya barat
sebagai contoh cara percakapan, pemakaian dan pemikiran seseorang itu. Borang soal selidik
telah mencatatkan sebanyak (10%) tidak bersetuju dengan kenyataan. Begitu juga untuk tidak
pasti telah mencatatkan sebanyak (10%) manakal selebihnya iaitu (80%) lagi bersetuju
dengan kenyataan ini.

PERBINCANGAN

i. Mengenal pasti bentuk-bentuk amalan atau adat resam etnik jawa yang
diamalkan oleh masyarakat di Kampung Paya Dalam

Berdasarkan analisis yang telah dibuat dalam kajian diatas , Adat secara umumnya
didefinisikan sebagai suatu aturan, tingkahlaku, kepercayaan dan cara hidup. Ianya dilakukan
setiap hari atau mengikut musim sama ada mengikut bulan mahupun tahun. Adat yang
dilakukan akhirnya menjadi suatu kebiasaan yang diulangi dan akhirnya dipraktikkan turun-
temurun. Perkataan lain yang sinonim dengan adat ialah budaya. Adat dan budaya
merupakan suatu konsep yang saling bergantung. Resam pula ialah lembaga, peraturan,
hukum , norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Terdapat beberapa adat yang
masih lagi diamalkan oleh penduduk Kampung Paya Dalam adalah seperti Bancaan sering
dilakukan sewaktu ingin mengadakan doa selamat, kenduri, kesyukuran yang kecil - kecil ia
dilaksanakan dengan cara meminta berasa dari jiran jiran untuk membuat Bancaan. Beras
telah diberi, diaggihkan kepada dua bahagia. Satu bahagian dimasak bubur putih santan biasa.
Satu bahagian lagi dimasak bubur dengan gula Melaka berwarna coklat kekuningan.
Dimasukkan kedalam bekas, satu bekas bubur putih dengan sedikit bubur coklat ditengah
tengah, begitu juga pda bekas satu lagi bubur coklat gula Melaka dan kemudian sedikitt
bubur putih santan ditengah tengah. Kemudian diedarkan kepada jiran jiran untuk dijamu.
Selain itu, adat mengemis dilakukan dengan mengambil kain dan dibuat kepada kain

31
960226-66-5012

gembol bertujuan untuk meminta beras dari jiran tetangga. Iainya kemudian beras yang
diterima hasil daripada mengemis itu dimasak. Seterusnya mereka membuat kerabu urap hasil
dari daun pucuk ubi, kelapa parut kemudian nasi tersebut dibungkus dengan kerabu urap
tersebut bersamaan dengan ikan bilis dan kacang dan diedarkan kepada jiran jiran supaya
mereka mendoakan bayi dan juga ibu tersebut. Disamping itu, terdapat juga adat resam etnik
Jawa yang bernama Cantik Olo adat ini berunsurkan kepada kepercayaan yang kuat
masyarakat Jawa ini bahawa pada sewaktu langit berwarna kemerah-merahan atau oren
sewaktu senja matahari terbenam. Mereka akan mencampak nasi yang digaul dengan garam
dan mencampaknya ke atas bumbung rumah tujuannya adalah untuk diberikannya kepada
mambang kuning untuk memakan nasi tersebut, agar tidak menganggu keluarga dan diri
individu tersebut

Seterusnya, Adat lenggang perut juga dikenali sebagai tingkepan atau mitoni. Ia
dijalankan khusus untuk seseorang wanita yang hamil buat kali pertama. Upacara ini
dijalankan ketika kehamilannya memasuki tujuh bulan . Tujuan upacara ini dijalankan ialah
untuk memohon keselamatan ibu dan juga bayi yang bakal dilahirkan. Masyarakat Jawa
percaya janin yang berusia tujuh bulan mempunyai roh yang perlu dijaga dan diraikan. Anak
pertama dikatakan membawa tuah bukan sahaja kepada keluarga malah kepada adik
adiknya yang bakal dilahirkan kemudian. Namun adat Lenggang Perut yang telah
iubahsuaikan oleh masyarakat penduduk Kampung Paya Dalam adalah ianya hanya
dilakukan sekali sahaja secara khas setelah selesai si ibu melahirkan anak sulungnya. Selepas
7 atau 8 bulan melahirkan bayi sulung tersebut, lenggang perut harus dilakukan keatas ibu
tersebut. Kemudian Ibu tersebut akan diberikan air tolak bala untuk diminum dan
dimandikan. Manakala Jagong dalam bahasa Jawa bermaksud duduk. Adat jagongan mudah
dimengertikan sebagai ziarah sambil duduk duduk. Ada juga yang mengenali adat ini
dengan nama muyi.Pada hari pertama hingga ke tujuh kelahiran, jiran tetangga dan saudara
mara akan datang menziarahi keluarga bayi. Biasanya kaum perempuan akan datang
berziarah pada siang hari manakala bagi kaum lelaki, mereka akan datang pada waktu
malam. Ketika berziarah mereka akan dihidangkan dengan kuih-kuih tradisional seperti
rempeyek dan rengginang (Syam Jawa 2012). Namun apabila berlaku zaman peredaran masa
dan masyarakat Jawa di Kampung Paya Dalam mempunyai ilmu agama iaitu islam mereka
masih lagi melaksanakan adat jagong bayi ini tetapi ianya telah diubahsuaikan mereka
berziarah ke rumah si ibu yang mengandung adalah untuk menjenguk si ibu dan bayinya oleh
saudara mara jiran tetangga selepas kelahiran bayi, mereka berpakat sama sendiri untuk

32
960226-66-5012

membuat jagongan bayi tujuanya untuk meraikan bayi, melihat bayi sihat sejahtera begitu
juga dengan ibu bayi tersebut. Mereka akan datang menziarahi ibu serta bayi tersebut mereka
juga akan memberi sedikit wang kepada bayi tersebut. Tidak ada kene mengena mengenai
kuasa jahat dan sebagainya yang boleh membuatkan mereka syirikkan Allah.

Menanam Uri kepercayaan menanm uri pada suatu ketika dahulu Selepas seseorang bayi
dilahirkan, Mak Bidan akan mencuci dan membersihkan uri dengan campuran asam beserta
sedikit garam. Kemudian, uri akan ditanam di bawah rumah atau persekitaran rumah.Si
ayah, akan ditugaskan menanam uri. Uri bayi perempuan akan ditanam berserta celak,
pensil , dan jarum. Mereka berharap agar anak yang akan membesar nanti menjadi seorang
yang cantik, pandai dalam pelajaran dan pandai menjahit baju. Uri bayi lelaki pula ditanam
berserta pensil, paku dan jarum dengan harapan apabila dewasa nanti mereka akan menjadi
seorang yang pandai dan gagah. Pada waktu malam, tempat uri ditanam akan dilengkapi
pelita. Selain mengelak daripada dikorek oleh binatang , mereka juga berharap agar si bayi
tidak diganggu oleh kuasa jahat. Sedikit tanah dari tempat uri ditanam akan diambil lalu
dibungkus di dalam sehelai kain putih. Bungkusan tersebut kemudiannya diletakkan di bawah
tempat tidur atau buai si bayi. Masyarakat Jawa beranggapan ianya dapat menemani si bayi
kerana setiap bayi dilahirkan bersama kawan atau bathor (Syam Jawa 2012). Namun, adat
ini telah diubahsuaikan oleh masyarakat penduduk Kampung Paya Dalam selepas seseorang
bayi dilahirkan, Mak Bidan akan mencuci dan membersihkan uri akan ditanam di
persekitaran rumah. Uri bayi perempuan akan ditanam berserta celak, pensil , dan jarum.
Mereka berharap agar anak yang akan membesar nanti menjadi seorang yang cantik, pandai
dalam pelajaran dan pandai menjahit baju. Manakal Uri bayi lelaki ditanam berserta pensil,
paku dan jarum dengan harapan apabila dewasa nanti mereka akan menjadi seorang yang
pandai dan gagah. Tetapi mereka tidak lagi mengambil tanah dari menanm uri itu atau
beranggapan iainya akan meneman si bayi tersebut. Itu telah menunjukkan bahawa adat itu
mempunyai ciri-ciri khurafat dan syirik dan ianya sama sekali di tolak amalannya oleh
ulamak-ulamka.

Sererusnya, Kepercayaan pada hari khamis. Kepercayaan ini dilakukan setiap hari khamis
malam jumaat. Dimana mereka akan memasang lilin dan diletakkan didepan pintu rumah
mereka. Sebagai lampu atau petanda yang menandakan rumah tujuan mereka berbuat
demikian adalah kerana mereka berpendapatan bahawasanya pada hari khamis malam
jummat itu, roh atau arwah-arwah moyang atau ibu-bapa mereka yang telah meninggal dunia
akan datang setiap malam jumaat untuk menziarahi anak atau saudara mereka yang masih

33
960226-66-5012

hidup. Namun adat ini tidak lagi diamalkan lagi oleh penduduk masyarakat jawa di Kam[ung
Paya Dalam. walaubagaimanapun kepercayaan mereka yang terlalu kuat membuatkan mereka
langsung masih lagi terkesan terhadap pengamlan ini mereka akan berasa tidak takut dan
terasa kehadiran arwah-arwah tersebut kerana melalui kepercayaannya arwah-arwah datang
untuk menziarah dan juga menjaga mereka pada malam jumaat tersebut.

ii. Mengenal pasti faktor faktor masyarakat melayu tidak memahami adat resam
etnik jawa nenek moyang mereka.

Dapatan mendapati mengapakah adat resam Jawa ini semakin lama dilupakan oleh
masyarakat etnik Jawa. Antara sebabnya adalah Ibu bapa atau nenek dan atok tidak
menurunkan ajaran mengenai adat reasm etnik Jawa mungkin atas sebab-sebab tersendiri dan
mungkin juga sebab mereka sendiri kurang kefahaman terhadap adat resam yang dibawa oleh
ibu bapa mereka suatu ketika dahulu (Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad 76196) demikian
menjadikan mereka tidak mahu lagi mengamalakannya dan tidak mahu anak-anak atau cucu
mereka untuk meneruskan adat resam etnik Jawa ini. Terdapat juga masyarakat yang
menggangap adat resam ini sebagai sesuatu adat yang kuno dan mempnyai unsur yang
khurafat dan syirik (Mohammad 76203).Golongan tua dan muda tidak mempunyai
persefahaman yang baik,golongan tua tidak mahu mengkongsi ilmu mengenai adat resam ini
kepada golongan muda kerana golongan muda enggan mahu mengambil tahu.

Borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang responden dan mereka telah
memberikan jawapan mengenai faktor faktor masyarakat melayu tidak memahami adat
resam etnik jawa nenek moyang mereka. Terdapat penduduk Kampung Paya Dalam
mempunyai pendapat bahawa adat jawa ini suatu ada yang kolot. Terdapat masyarkat jawa
Kampung Paya Dalam yang tidak bersetuju dengan kenyataan. Dan ada selebihnya bersetuju
dan tidak pasti dengan kenyataan itu. Ini telah mengambarkan bahawa sebilangan penduduk
Kampung Paya Dalam masih lagi tetap dengan pendirian mereka dan masih lagi
mengamalkan adat resam etnik jawa ini. Dan terdapat sebilangannya lagi telah mula
menerima kenyataan terdapat beberapa adat resam jawa ini adalah kolotMereka terlalu taksub
mempercayai kuasa-kuasa lain selain dari Allah swt. Seperti cantik olo dan sebagainya.
Masyarakat jawa ini asalnya merupakan masyarakat yang beragam hinddu, oleh itu memang
wajar ada adat-adat resam tertentu yang masih lagi mempercayai kuasa-kuasa lain selain
Allah dan juga pantang larangan lain yang boleh mendatangkan bala dan sebagainya.

34
960226-66-5012

Selain itu, borang soal selidik ini juga telah mencatatkan dimana adat resam etnik jawa ini
telah menyimpang daripada ajaran agam islam. Ramai yang bersetuju ini menunjukkan
bahawa masyaraka jawa sekarang telah mendapat gambaran yang terdapat sebilangan adat
jawa ini mempunyai unsur khurafat dan syirik sewaktu pengamalannya. Disamping itu,
terdapat juga faktor lain seperti menunjukkan bahawa keluarga tidak pernah langsung
mendedahkan adat jawa ini kepada golongan muda atau anak anak mereka. Selain itu,
terdapat juga keluarga penduduk Kampung Paya Dalam ini hanya mengamalkn sebahagian
sahaja adat jawa, ini telah menunjukkan bahawa golongan masyarakat Jawa juga tidak lagi
mengamalkan adat resam Jawa ini dengan kerap. Didapati terdapat sesetengah pengamalan
adat jawa ini dilabelkan sebagai syirik atau khurafat. Dan melalui borang soal selidik ia telah
mencatatkan keputusan yang bersetuju dengan kenyataaan yang telah diberikan pada borang
soal selidik yang telah dieedarkan.

Seterusnya, penegasan dari segi undang-undang untuk tidak lagi mengamalkan


sesetengah adat jawa yang dilabelkan syirik dan khurafat. Borang soal selidik telah
megeluarkan keputusan baha majoriti yang bersetuju dengan kenyataan tersebut. Penegasan
dari ahli ulamak untuk tidak mengamalkan adat resam Jawa kerana bersifat kurang pasti atau
bertentangan dengan kefahaman agama islam. Ahli ulamak telah mengatakan bahawa jika
terdapat sesuatu pengamalan itu bersifat kurang pasti atau was-was ianya tidak seharusnya
diteruskan pengamalannya kerana ia akan mendatangkan kemungkuran dan juga boleh
mensyirikan Allah. Kedua-dua faktor tersebut boleh menyebabkan agama seseorang itu boleh
terbatal dengan secara tidak langsung A. Aziz Deraman, (2001).

iii. Mengkaji kesan-kesan akibat mereka tidak memahami adat resam etnik jawa
nenek moyang mereka

Dapatan kajian yang telah diterima terdapat baik dan buruknya mengenai pengamalan
adat resam etnik Jawa ini, Baiknya ia dapat mengeratkan silaturahim dan juga kos yang bagi
melaksanakannya adalah rendah sepert jagong bayi, mengemis, lenggang perut dan
sebagainya. Namun buruknya adalah terdapat sebilangan adat adat tersebut secara
terangnye telah mengambarkan bahawa ianya syirik dan khurafat, pengamalan nya kerana
terpensong dari segi syariat dan agama seperti cantik olo.

Selain itu, responden mengatakan memang benar terdapat beberapa kepercayaan adat
resam Jawa yang mempercayai beberapa objek seperti busut, batu-batu besar atau pokok-

35
960226-66-5012

pokok besar mempunyai penunggu. Mereka mempercayai sesuatu tempat menjadi kediaman
makhluk halus sehingga ada yang menganggap tempat itu keramat. Terdapat juga sebilangan
warga emas masyarakat Jawa yang mempercayai tentang semangat di tempat yang baru.
Sekiranya semangat tersebut hilang atau diganggu gugat seperti membersihkan kawasan,
dipercayai akan menyebabkanseseorang itu mendapat penyakit. Oleh itu, mereka perlu
membuat beberapa semahan atau menjamu dengan bertih supaya semangat tersebut pulih
seperti sedia kala. Selain itu, masyarakat Jawa juga mempercayai beberapa objek yang
mempunyai kuasa seperti busut, batu-batu besar atau pokok-pokok besar. Kuasa ini dikatakan
mampu memberi kesan kepada mereka yang mengusik atau melakukan perkara yang tidak
senonoh kepada objek tersebut. Justeru itulah ramai dalam kalangan tersebut mengambil
peluang dengan menjadikan busut, batu atau pokok besar sebagai objek yang boleh
mendatangkan keuntungan seperti tikam nombor ekor. Di samping itu, mereka mempercayai
pelbagai jenis roh yang tidak kelihatan yang dapat menimbulkan bahaya seperti kecelakaan
atau penyakit. Untuk melindungi semuanya itu, mereka memberi upah yang terdiri dari nasi
dan aneka makanan, daun-daun bunga serta kemenyan (Syam Jawa 2012).

Namun terdapat juga adat resam etnik jawa ini telah yang mendatangkan banyak faedah
seperti mengeratkan silaturahim antara jiran dan saudara mara dan juga mewujudkan sebuah
institusi masyarakat yang saling bantu-membantu dan juga menghormati diantara satu sama
lain. Seperti yang dilakukan oleh masyarakat jawa di Kampung Paya Dalam setiap kali
terdapat sebuah keluarga yang ingin melakukan kenduri, penduduk lain akan datang beramai
ramai bagi membantuk keluarga yang ingin melangsungkan kenduri tersebut. Yang lelaki
biasanya menolong mengemas diluar seperti menaikkan khemah, sembelih lembu atau
kambing untuk dimasak oleh kaum perempuan. Didapur pula biasanya tempat kaum
perempuan membantu memotong bawang atau menyiapkan bahan untuk dimasak bagi tujuan
untuk menghidangkan makanan kepada tetamu masjlis nanti. Adat ini dinamakan rewang atau
gotong royong. Adat ini telah diguna pakai oleh orang ramai tidak kira masyarakat ape.
Namun golongan pertama yang melaksanakan adat ini adalah golongan masyarakat Jawa
kerana sikap mereka yang sangat rajin dan juga saling hormat menghormati dan juga bantu
membantu apabila ada individu yang berhadapan dengan kesusahan.

Selain itu, Sikap golongan remaja kurang menghormati golongan tua yang masih lagi
mengamalkan adat resam jawa kerana kurangnya pengetahuan dan juga beranggapan bahawa
golongan yang masih lagi melaksanakan adat resam ini adalah golongan yang sempit
pemikiran dan juga tidak pasti mengapakah pengamalannya itu masih ingin diteruskan.

36
960226-66-5012

Masyarakat zaman sekarang mengamalkan perkhawinan campuran secara tidak langsung ia


telah menyebabakan percampuran dari segi adat resam juga merupakan salah kesan mengapa
masyarakat semakin melupakan adat resam nenek moyang mereks sendiri. Mereka yang asal
usulnya merupakan orang Jawa asli telah bernikah dengan masyarkat melayu mengakibatkan
anak mereka separa jawa dan separa melayu. Oleh itu, benarlah zaman sekarang gelaran jawa
itu diperlabagaikan kepada jawa barat, jawa utara, jawa separa melayu dan sebagainya.
Masyarakat zaman kini mudah terpengaruh dengan media massa yang mengambarkan ciri
kehidupan yang moden dan tidak lagi mengamalkan adat resam jawa, sebaliknya
mengamalkan adat resam melayu kerana iainya sering ditayangkan kepada penduduk di
Malaysia. Pengularan budaya barat keatas masyarakat jawa juga merupakan salah satu
penyebabkan mereka tidak lagi mengamalkan adat resam jawa nenek moyang mereka.
Budaya barat telah mendatangkan impak yang besar terhadap penduduk Malaysia, kita sering
terikut-ikut dengan budaya barat sebagai contoh cara percakapan, pemakaian dan pemikiran
seseorang itu.

9.0 RUMUSAN / KESIMPULAN

Adat amat perlu dalam mendidik manusia agar lebih bersopan santun dan bermoral
dalam kehidupan seharian . Umumnya adat dalam masyarakat di negara ini diamalkan
mengikut kumpulan adat yang diaturkan seperti adat temenggung, perpatih, jawa dan
sebagainay. Adat dan pantang larang juga dapat mempengaruhi kehidupan yang saling
hormat menghormati, bantu membantu dan mengeratkan persaudaraan , hidup yang
berperaturan dan sebagainya. Namun terdapat juga didalam pengamalan adat adat yang ada
dinegara ini sama sekali mempunyai ciri yang khurafat dan syirik seperti mempercayai kuasa
kuasa lain selain dari Allah dan juga mempercayai bahawa sesuautu perkara itu mampun
mendatangkan bala atau mencelakai individu yang berbuat tidak baik atau telah melanggar

37
960226-66-5012

pantang larang sewaktu melaksanakan sesuatu adat itu. Ini sama sekali tidak sepatutunye
berlaku kerana majoriti rakyat di negara ini telah mempunyai agama iaitu dijadikan panduan
kehidupan seseorang individu agar tidak sesat dan tidak melakukan perkara yang boleh
mendatangkan kemungkuran oleh Allah s.w.t. Akan tetapi itu tidak bermaksud bahawa
seseorang individu itu sama sekali dilarang jika mereka ingin melaksanakan sesuatu adat itu
akan tetapi mereka haruslah melaksanakannya dengan cara islam dan tidak melanggar syariat
islam oleh itu, mereka telah mengubah suai beberapa adat yang masih lagi mendatangkan
kebaikan kepada seseoarang individu itu dan mereka telah menolak kefahaman dimana ada
kuasa lain yang akan menjaga dan mampu menurunkan bala kepada mereka. Setiap perlakuan
individu itu haruslah disertakan dengan niat tertentu, jika mereka niat yang baik baik maka
perkara baik sahajalah yang akan terjadi jika mereka meniatkan kepada perkara perkara
yang tidak sepatutnye maka jadilah perkara yang tidak sepatutnya.

10.0 RUJUKAN

1. Wan Ramli Wan Muhammad dan Hanapi Dollah . ( ed ) 1999 . Pantang Larang Orang

Melayu Tradisional : Penerbit Utusan Publication & Distributors .

2. A. Aziz Deraman . ( ed ) DBP K.L. 2001 , 2005 . Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia :

3. Zabri Zakaria . ( ed ) 2005 . Pantang Larang dalam Mayarakat : Penerbit Sejati Books

4. Zawiah Ahmad dan Suziana Che . Warisan Bangsa Melayu ( Siri Budaya dan Rakyat ) :

Penerbit Caberawet Publishing Sdn. Bhd.

38
960226-66-5012

5. Zawiah Ahmad dan Suziana Che . Adat Resam Jawa Melayu ( Siri Budaya dan Rakyat) :

Penertbit Caberawet Publishing Sdn. Bhd.

11.0 BIBLIOGRAFI

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Clifford Geertz, 1981, Abangan, Santri, Priyayi dalam Masyarakat Jawa, Pustaka Jaya,
Jakarta.

Kesenian Adat, Kepercayaan dan Petua, Asmad, Associated Educational Distributiors (M)
Sdn Bhd, Terbitan Pertama 1990,.

39
960226-66-5012

Adat Istiadat Melayu Melaka, Zainal Abidin, Zainal Kling, Norazit Selat, dan Mohd Ramli,
Associated Educational Distributiors (M) Sdn Bhd, 1990

http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-
berdaulat/kedatangan-imigran/

http://pab25.blogspot.com/2008/06/who-are-orang-jawa-orang-jawa-people-of.html

http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Jawa

http://razalitumirin-zali.blogspot.com/2009/06/masyarakat-jawa-di-malaysia.html

http://ilzaf.multiply.com/journal/item/46/KENALI_PRIBUMI_SEMENANJUNG_MALAYS
IA_?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

http://firmanbudi.wordpress.com/2009/03/01/history-of
java/http://id.wikipedia.org/wiki/Jawa

http://id.wikipedia.org/wiki/Tari_Tayub

http://hissham66.blogspot.com/2012/08/kajian-etnik-jawa-di-malaysia.html

12.0 LAMPIRAN

40
960226-66-5012

Gambar 1: menunjukkan pintu gerbang untuk memasuki Kampung Paya Dalam

41

Anda mungkin juga menyukai