Anda di halaman 1dari 2

1.

0 Pengenalan

Kencing Manis (Diabetes) ataupun yang selalu disebut oleh doktor dengan nama diabetes
mellitus ialah satu penyakit metabolik yang mana pengidapnya mempunyai tahap glukosa
dalam darah (gula dalam darah) yang tinggi ada suatu jangka waktu yang agak lama. Ianya
terjadi samada pengeluaran insulin yang tidak mencukupi ataupun sel-sel tubuh tidak
bertindak dengan betul pada insulin. Perkataan 'diabetes' berasal dari bahasa Yunani (Greek),
dan ia bermaksud "sifon" (siphon). Seorang doktor Yunani pada abad kedua dari Cappadocia
bernama Aretus, menamakan keadaan penyakit itu sebagai "diabainein". Beliau menyifatkan
pesakit yang membuang terlalu banyak air kecil (polyuria) adalah seperti sifon. Perkataan ini
menjadi "diabetes" daripada adopsi Bahasa Inggeris daripada Bahasa Latin Zaman
Pertengahan. Terjadinya penyakit ini adalah terdiri daripada beberapa faktor diantaranya ialah
pola makanan, obesity (kegemukan) dan faktor genetik. Kebanyakan faktor ini melibatkan
gaya hidup seseorang tersebut yang menyebabkan diabetes.

Gaya hidup yang tidak sihat seperti pengambilan minuman berkarbonat harus dielakkan bagi
menghindari penyakit ini. Ini kerana tabiat meminum minuman bekarbonat adalah
penyumbang terbesar kepada masalah diabetes. Contohnya minuman tin coca-cola
mengandungi 39g gula. Jika dihitung, 8 sudu gula didapati dalam setiap tin coca-cola. Jika
dua tin sehari diminum air tin ini, bermakna pankreas akan bekerja keras untuk menghasilkan
insulin setap hari dan mungkin mengalami kegagalan mengeluarkan insulin secukupnya dan
ini akan menyebabkan glukosa tidak dapat dineutralkan dan berakhir dengan diabetis. Maka
kehidupan harian penghidap akan terganggu dengan kesan-kesan penyakit ini dan perlu
mendapatkan rawatan secara berjadual untuk menguji darah dan sebagainya. Apabila kerja
terganggu akan menyebabkan kerugian terhadap negara dan juga menanggung kos perubatan
kepada rakyat.Strategi yang boleh diambil ialah dengan mengurangkan pengambilan gula
dalam makanan dengan melihat dahulu label kandungan gula sebelum kita beli minuman
tersebut.

Tabiat kurang bersukan juga berkait rapat dengan masalah diabetis. Makanan yang dimakan
akan menghasilkan kalori dan jika tidak digunakan ia boleh menyumbang kepada diabetis.
Pentingnya bersukan kerana ia akan membakar kalori dan mengurangkan kandungan gula
dalam darah. Secara tidak langsung jumlah insulin yang diperlukan untuk memecahkan
glukosa cukup dan risiko diabetes akan berkurangan. Strategi yang boleh diambil ialah
dengan bersenam 30 minit setiap hari sebagai contoh berlari sekeliling taman atau membuat
senaman dihalaman rumah adalah memadai bagi mengeluarkan peluh.

Anda mungkin juga menyukai