Anda di halaman 1dari 49

panduan

penyediaan
laporan penyelidikan
disertasi dan tesis

2015
JADUAL KANDUNGAN

PRAKATA 1

1. FORMAT PENULISAN 2

1.1 Format Biasa 2

1.2 Format Gaya Artikel 3

1.3 Format Tesis dalam Bentuk Kertas Kerja yang Diterbitkan 5

2. URUTAN KANDUNGAN 8

2.1 Prakata 8

2.1.1 Halaman Tajuk 8

2.1.2 Borang Perakuan Keaslian Penulisan 9

2.1.3 Abstrak 9

2.1.4 Penghargaan/Dedikasi 10

2.1.5 Jadual Kandungan 10

2.1.6 Senarai Gambar Rajah 10

2.1.7 Senarai Jadual 10

2.1.8 Senarai Simbol dan Singkatan 10

2.1.9 Senarai Lampiran 11

2.2 Teks 11

2.2.1 Pengenalan 12

2.2.2 Kajian Literatur 12

2.2.3 Kaedah Penyelidikan/Metodologi 12

2.2.4 Hasil Dapatan 12

i
2.2.5 Perbincangan 12

2.2.6 Kesimpulan 12

2.2.7 Rujukan 13

2.3 Maklumat Tambahan 15

2.3.1 Senarai Penerbitan dan Kertas Kerja yang dibentangkan 15

2.3.2 Lampiran 15

3. BUTIR TERPERINCI FORMAT 16

3.1 Kualiti Kertas, Cetakan dan Salinan Pendua 16

3.1.1 Penaipan dan Percetakan Teks 16

3.1.2 Jarak Baris 16

3.1.3 Margin 17

3.1.4 Penomboran Halaman 17

3.1.5 Penomboran Bab dan Sub-Bab 18

3.1.6 Nota Kaki 18

3.1.7 Jadual 19

3.1.8 Gambar Rajah 19

3.1.9 Penjilidan 20

3.1.10 Had Patah Perkataan 21

3.1.11 Lain-lain Maklumat 22

4. PENYERAHAN 23

5. PLAGIARISME 24

ii
LAMPIRAN A 25
Penyerahan Notis Tiga Bulan

LAMPIRAN B 26
Borang Penyerahan Tesis/Disertasi untuk Pemeriksaan/Pemeriksaan
Semula

LAMPIRAN C 27
Borang Penyerahan Akhir Tesis/Disertasi

LAMPIRAN D1 28
Kulit Hadapan

LAMPIRAN D2 29
Format Kulit Hadapan

LAMPIRAN D3 30
Contoh Salinan Kulit Lembut (Penyerahan untuk Pemeriksaan)

LAMPIRAN D4 31
Contoh Salinan Kulit Keras (Penyerahan Akhir)

LAMPIRAN E1 32
Format Tulang Belakang

LAMPIRAN E2 33
Contoh Format Tulang Belakang

LAMPIRAN F 34
Format Salinan Elektronik

LAMPIRAN G1 35
Halaman Tajuk (Laporan Penyelidikan)

LAMPIRAN G2 36
Halaman Tajuk (Disertasi Mod Penyelidikan)

iii
LAMPIRAN G3 37
Halaman Tajuk (Disertasi Mod Campuran)

LAMPIRAN G4 38
Halaman Tajuk (Tesis Mod Penyelidikan)

LAMPIRAN G5 39
Halaman Tajuk (Tesis Mod Campuran)

LAMPIRAN H1 40
Borang Perakuan Keaslian Penulisan (Bahasa Inggeris)

LAMPIRAN H2 41
Borang Perakuan Keaslian Penulisan (Bahasa Malaysia)

LAMPIRAN J1 42
Sampel Abstrak (Sains Sosial)

LAMPIRAN J2 43
Sampel Abstrak (Sains)

iv
PRAKATA

Dalam proses menyempurnakan program Ijazah Tinggi di Universiti Malaya


dan penganugerahan ijazah berkenaan, calon dikehendaki mengemukakan sama ada
laporan penyelidikan, disertasi atau tesis, bergantung kepada keperluan program yang
diikuti.

Atas dasar keperluan ini, Institut Pengajian Siswazah (IPS), Universiti Malaya
telah mengambil inisiatif untuk menyediakan garis panduan umum bagi penyerahan
laporan penyelidikan, disertasi dan tesis. Garis panduan ini bertujuan membantu calon
memenuhi keperluan minimum format yang ditetapkan oleh Universiti bagi
melengkapkan laporan penyelidikan, disertasi atau tesis dalam bentuk akhir. Walau
bagaimanapun, format ini mungkin berbeza bagi setiap fakulti, akademi, institut atau
pusat yang mungkin mempunyai keperluan tambahan sendiri.

1
1. FORMAT PENULISAN
Laporan penyelidikan, disertasi atau tesis boleh dibuat dalam salah satu format seperti
berikut:
Format biasa
Format gaya artikel
Format tesis dalam bentuk kertas kerja yang diterbitkan (Format ini hanya untuk
calon ijazah Doktor Falsafah)

Kesemua format ini adalah sebagai garis panduan umum untuk calon Ijazah Tinggi
dalam penulisan laporan penyelidikan / disertasi / tesis. Perbezaan kecil pada format
seperti yang dicadangkan oleh penyelia dibenarkan.

1.1 FORMAT BIASA

Format biasa mengikut struktur monograf tradisional. Struktur laporan penyelidikan,


disertasi atau tesis yang mengikuti format biasa hendaklah mengandungi perkara
berikut:
Prakata
Halaman Tajuk
Borang Perakuan Keaslian Penulisan
Abstrak
Abstract
Penghargaan / Dedikasi
Jadual kandungan
Senarai Gambar Rajah
Senarai Jadual
Senarai Simbol dan Singkatan
Senarai Lampiran

Teks
Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Kajian Literatur
Bab 3: Kaedah Penyelidikan / Metodologi
Bab 4: Hasil Dapatan
Bab 5: Perbincangan
Bab 6: Kesimpulan
Rujukan (Rujukan bagi semua bab disatukan di dalam satu senarai rujukan
menyeluruh bagi semua bab)

Maklumat Tambahan
Senarai Penerbitan dan Kertas Kerja yang telah dibentangkan
Lampiran

2
1.2 FORMAT GAYA ARTIKEL

Selain dari gaya penulisan biasa, laporan penyelidikan, disertasi atau tesis boleh juga
dikemukakan sebagai bab-bab yang ditulis dalam format artikel jurnal. Bilangan bab
untuk dimasukkan di dalam tesis adalah mengikut budi bicara penulis, bergantung
kepada kesesuaian bab-bab dalam menjawab soalan kajian.

Format gaya artikel tidak seharusnya dikelirukan dengan format tesis melalui kertas
kerja yang telah diterbitkan. Sama seperti format biasa, laporan penyelidikan/disertasi
/tesis dalam format gaya artikel hendaklah ditulis secukup luas bagi menjelaskan
pelbagai aspek kerja penyelidikan yang terlibat dengan terperinci.

Bahagian utama laporan penyelidikan/disertasi/tesis dalam format gaya artikel


hendaklah mengandungi bab-bab berikut:

Pengenalan Umum
Pengenalan umum memberikan pemerian am tentang kajian yang dijalankan
dengan menggariskan objektif, kebaharuan dan juga soalan-soalan kajian yang
ditangani. Bab ini juga perlu menjelaskan hubung kait antara artikel-artikel /bab-
bab.

Kajian Literatur
Kajian Literatur membincangkan maklumat latar belakang yang meluas tentang
kajian lampau dan pengetahuan semasa yang berkaitan dengan topik penyelidikan.

Artikel 1, Artikel 2, Artikel 3 atau lebih


Setiap artikel perlu menangani objektif penyelidikan yang telah ditentukan atau
topik yang berkaitan dengan kajian. Setiap artikel merupakan bab yang berasingan
dan mesti ditulis dengan cara yang padu dengan jalan perkembangan yang logik
dan diselaraskan dari satu artikel / bab ke artikel/ bab yang lain. Setiap artikel /
bab juga hendaklah terdiri daripada bahagian-bahagian seperti Pengenalan, Kajian
Literatur, Metodologi, Hasil Dapatan, Perbincangan dan Kesimpulannya
tersendiri.

Kesimpulan dan Cadangan


Bab Kesimpulan dan Cadangan merumuskan dapatan daripada kesemua artikel
dan mencadangkan hala tuju bagi penyelidikan terlibat.

Butiran terperinci format laporan penyelidikan/disertasi/tesis hendaklah menepati


keperluan laporan penyelidikan/disertasi/tesis umum seperti yang digariskan dalam
bab-bab yang seterusnya.

3
Struktur umum bagi format gaya artikel harus mempunyai perkara berikut:

Prakata
Halaman Tajuk
Borang Perakuan Keaslian Penulisan
Abstrak
Abstract
Penghargaan / Dedikasi
Jadual Isi Kandungan
Senarai Gambar Rajah
Senarai Jadual
Senarai Simbol dan Singkatan
Senarai Lampiran
Teks
Bab1: Pengenalan Umum
Bab 2: Kajian Literatur
Bab 3: Artikel 1*
3.1 Pengenalan
3.2 Kajian Literatur
3.3 Kaedah Penyelidikan / Metodologi
3.4 Hasil Dapatan
3.5 Perbincangan
3.6 Kesimpulan

Bab 4: Artikel 2*
4.1 Pengenalan
4.2 Kajian Literatur
4.3 Kaedah Penyelidikan / Metodologi
4.4 Hasil Dapatan
4.5 Perbincangan
4.6 Kesimpulan

Bab 5: Artikel 3*
5.1 Pengenalan
5.2 Kajian Literatur
5.3 Kaedah Penyelidikan / Metodologi
5.4 Hasil Dapatan
5.5 Perbincangan
5.6 Kesimpulan

Bab 6: Kesimpulan

4
Rujukan (Senarai rujukan menyeluruh yang merangkumi rujukan bagi
kesemua bab)

Nota:
* Artikel hendaklah ditulis dengan satu tajuk tertentu yang biasanya merujuk
kepada penyelidikan yang dijalankan.

Maklumat Tambahan
Senarai Penerbitan dan Kertas Kerja yang telah diterbitkan
Lampiran

1.3 FORMAT TESIS DALAM BENTUK KERTAS KERJA YANG


DITERBITKAN

Universiti Malaya membenarkan penyerahan tesis untuk ijazah Doktor Falsafah


dalam format kertas kerja yang telah diterbitkan dan/atau telah diterima untuk
diterbitkan oleh jurnal berimpak tinggi (contohnya jurnal ISI) dalam tempoh
pencalonan.

Kertas kerja yang diserahkan sebagai tesis PhD mestilah berdasarkan tema atau fokus
tertentu dan membentuk satu penulisan penyelidikan yang padu.

Kualiti tesis melalui kertas kerja yang telah diterbitkan harus selari dengan
penyelidikan di peringkat PhD.

Garis panduan format tesis melalui kertas kerja yang telah diterbitkan adalah seperti
berikut:

Tesis boleh terdiri daripada kertas kerja yang telah diterbitkan dan/atau manuskrip
yang telah diterima untuk diterbitkan oleh jurnal berimpak tinggi (contohnya
jurnal ISI). Kertas kerja berkenaan harus diterbitkan atau diterima untuk
diterbitkan dalam tempoh pencalonan.

Bilangan minimum kertas kerja dan/atau manuskrip biasanya adalah tiga (3).
Walau bagaimanapun, bagi sesetengah disiplin bilangan kertas kerja yang lebih
besar diperlukan untuk memenuhi skop dan kualiti yang selari dengan
penyelidikan di peringkat PhD. Bagi Ijazah Doktor Falsafah secara Penerbitan
(Prior Publication), bilangan minimum kertas kerja adalah lima (5) dan kertas
kerja tersebut juga mestilah diterbitkan tidak melebihi 10 tahun dari tarikh
penyerahan tesis.

5
Di mana terdapat lebih daripada seorang penulis bagi sesuatu kertas kerja, calon
hendaklah merupakan penulis utama bagi sekurang-kurangnya dua (2) daripada
tiga (3) kertas kerja yang diserahkan. Bagi Ijazah Doktor Falsafah secara
Penerbitan (Prior Publication), calon hendaklah merupakan penulis utama bagi
empat (4) daripada lima (5) kertas kerja yang diserahkan.

Biasanya, tesis melalui format ini harus mengandungi perkara berikut sebagai
tambahan kepada bahagian-bahagian tesis yang ditetapkan:
a) Senarai kertas kerja yang diterbitkan dan / atau manuskrip;
b) Pengiktirafan penulis-penulis bersama dan bukti kebenaran; dan
c) Kertas kerja yang telah diterbitkan dan manuskrip yang telah diterima.

Setiap kertas kerja dan/atau manuskrip yang diserahkan mesti bermula dengan
penyataan yang jelas mengenai sumbangan yang dibuat oleh setiap penulis mana-
mana kertas yang ditulis bersama.

Tesis harus bermula dengan abstrak yang merumuskan penemuan utama yang
dibentang di dalam setiap kertas kerja yang telah diterbitkan atau manuskrip yang
telah diserahkan. Ia juga harus menunjukkan bagaimana tema kertas kerja atau
manuskrip yang dimasukkan ke dalam tesis dihubungkaitkan dengan kerangka
penyelidikan tertentu, dan bagaimana, apabila diambil kira bersama, ia memberi
sumbangan yang penting kepada pengetahuan di dalam disiplin terlibat.

Bab Pengenalan harus mengandungi:


a) Huraian mengenai masalah penyelidikan yang dikaji;
b) Objektif kajian; dan
c) Penerangan mengenai perkembangan penyelidikan yang menghubungkaitkan
kertas-kertas penyelidikan.

Penerangan mengenai perkembangan penyelidikan mesti menghubungkaitkan


kesemua kertas yang diserahkan sebagai sebahagian daripada tesis supaya
pembaca boleh memahami logik di sebalik perkembangan kajian penyelidikan
tersebut.

Bab Kajian Literatur mesti mengandungi, selaras dengan disiplin, satu ulasan
kritis mengenai kesusasteraan berkaitan, pengenalpastian jurang ilmu dan hubung
kait kesusasteraan tersebut dengan kajian penyelidikan.

Bab Kesimpulan menjelaskan kesan kumulatif kertas-kertas yang diserahkan,


kepentingan hasil dapatan dan sumbangan kepada ilmu dalam tesis tersebut.

Kertas yang telah diterbitkan atau diterima untuk diterbitkan mesti dibentang dan
dibincang dengan jelas di dalam tesis selaras dengan yang dinyatakan di dalam
keperluan Peraturan Univeristi Malaya (Ijazah Doktor Falsafah) 2007 termasuk

6
mana-mana perakuan yang diperlukan. Kertas kerja yang dimasukkan dalam tesis
mestilah dalam bentuk asal seperti mana ia telah diterbitkan/diterima untuk
diterbitkan. Kandungan kertas kerja tersebut tidak perlu ditaip semula dan
diselaraskan mengikut format yang telah digariskan dalam buku panduan ini.

Proses pemeriksaan tesis yang mengikut format ini adalah sama seperti proses
pemeriksaan bagi tesis dalam format biasa.

Tesis yang tidak mencapai merit akademik yang mencukupi boleh dirujuk untuk
menjalani kajian lanjut dalam tempoh antara 6 hingga 12 bulan dan diserah untuk
peperiksaan semula. Dalam kes begini, calon boleh memilih untuk menyerah tesis
untuk peperiksaan semula dalam format yang sama atau dalam format tesis yang
biasa.

Struktur umum bagi format tesis melalui penerbitan harus mempunyai perkara
berikut:
Prakata
Halaman Tajuk
Borang Perakuan Keaslian Penulisan
Abstrak
Abstract
Penghargaan / Dedikasi
Jadual Kandungan
Senarai Gambar Rajah
Senarai Jadual
Senarai Simbol dan Singkatan
Senarai Lampiran
Teks
Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Kajian Literatur
Bab 3: Kertas yang diterbitkan 1
Kertas yang diterbitkan 2
Kertas yang diterbitkan 3 dan seterusnya
Bab 4: Kesimpulan

Rujukan (Senarai rujukan bagi Bab-bab Pengenalan, Kajian Literatur dan


Kesimpulan).
Maklumat Tambahan
Senarai penerbitan dan kertas kerja yang telah dibentang
Lampiran

7
2. URUTAN KANDUNGAN
Struktur laporan penyelidikan, disertasi atau tesis adalah berdasarkan kepada format
umum yang mengandungi tiga bahagian utama: PRAKATA, TEKS dan
MAKLUMAT TAMBAHAN.

2.1 PRAKATA

Seksyen ini mengandungi semua perkara di bawah mengikut urutan:


HALAMAN TAJUK
BORANG PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN
ABSTRAK
PENGHARGAAN/ DEDIKASI
JADUAL KANDUNGAN
SENARAI GAMBAR RAJAH
SENARAI JADUAL
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN

2.1.1 HALAMAN TAJUK


Halaman tajuk merupakan halaman pertama selepas penutup hadapan dan
hendaklah termasuk:
a) Tajuk muktamad penyelidikan yang telah diluluskan oleh Fakulti;
b) Nama calon mengikut rekod pendaftaran;
c) Penyataan seperti berikut (mengikut mod program):
Ijazah Sarjana Ijazah Kedoktoran
Laporan Disertasi Disertasi Tesis Tesis
Penyelidikan (Mod (Mod (Mod (Mod
(Mod Kursus) Campuran) Penyelidikan) Campuran) Penyelidikan)

LAPORAN DISERTASI DISERTASI TESIS TESIS


PENYELIDIKAN DISERAHKAN DISERAHKAN DISERAHKAN DISERAHKAN
DISERAHKAN SEBAGAI SEBAGAI SEBAGAI SEBAGAI
KEPADA MEMENUHI MEMENUHI MEMENUHI MEMENUHI
(Nama Fakulti) SEBAHAGIAN KEPERLUAN SEBAHAGIAN KEPERLUAN
UNIVERSITI DARIPADA BAGI IJAZAH DARIPADA BAGI IJAZAH
MALAYA, KEPERLUAN (Nama Program) KEPERLUAN (Nama Program)
SEBAGAI BAGI IJAZAH BAGI IJAZAH
MEMENUHI (Nama Program) (Nama Program)
SEBAHAGIAN
DARIPADA
KEPERLUAN
BAGI IJAZAH
(Nama Program)
d) Tahun penyerahan.

8
Halaman ini adalah halaman pertama yang menggunakan nombor halaman
angka Roman tetapi ia tidak dicetak. Teksnya hendaklah ditaip menggunakan
jenis fon Times New Roman, saiz fon 14 dengan jarak baris 1.15 poin.

[Sila rujuk Lampiran G1 hingga G5 untuk contoh halaman tajuk].

2.1.2 BORANG PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN


Borang ini perlu diisi oleh calon dan ditandatangani oleh seorang saksi iaitu
penyelia. Borang asal yang lengkap ditandatangani harus dimasukkan dalam
semua salinan laporan penyelidikan/disertasi/tesis. Borang tersebut boleh
dimuat turun dari laman web IPS dalam dua (2) versi bahasa (Bahasa Inggeris
dan Bahasa Malaysia). Jika bahasa laporan penyelidikan/disertasi/tesis ditulis
dalam bahasa Inggeris, maka borang dalam versi bahasa Inggeris haruslah
digunakan dan sebaliknya.

[Sila rujuk contoh di Lampiran H1 dan H2].

2.1.3 ABSTRAK
Abstrak adalah ringkasan pendek laporan penyelidikan/disertasi/tesis. Sesuatu
abstrak hendaklah menerangkan secara ringkas, objektif (pernyataan masalah),
kepentingan kajian, metodologi, serta hasil dapatan dan kesimpulan
penyelidikan.

Sesuatu abstrak tidak boleh melebihi 500 perkataan, jarak dua baris, dan
ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Di mana bahasa laporan
penyelidikan/disertasi/tesis adalah selain daripada bahasa Malaysia atau
bahasa Inggeris, satu abstrak di dalam bahasa tersebut perlu juga disertakan.

Susunan abstrak adalah seperti berikut:


Laporan penyelidikan/disertasi/tesis dalam bahasa Malaysia, abstraknya
hendaklah dalam bahasa Malaysia dan diikuti terjemahannya dalam bahasa
Inggeris.
Laporan penyelidikan/disertasi/tesis dalam bahasa Inggeris, abstraknya
hendaklah dalam bahasa Inggeris dan diikuti terjemahannya dalam bahasa
Malaysia.
Laporan penyelidikan/disertasi/tesis dalam bahasa Arab, abstraknya
hendaklah dalam bahasa Arab dan diikuti terjemahannya dalam bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris.

Halaman Abstrak telah ditetapkan dengan angka Roman "iii" dan halaman
yang berikut hendaklah dinomborkan mengikut urutan seterusnya.

[Sila rujuk contoh di Lampiran J1 dan J2].

9
2.1.4 PENGHARGAAN / DEDIKASI
Kebanyakan laporan penyelidikan, disertasi atau tesis memasukkan mesej
untuk menyampaikan penghargaan kepada mereka yang telah terlibat dan yang
telah memberi bantuan kepada calon secara langsung atau tidak langsung
dalam penyediaan kajian ini.

Bahagian ini adalah tidak wajib dan tidak boleh melebihi satu halaman, di
mana ia dinombor dengan angka Roman selaras dengan urutan.

2.1.5 JADUAL KANDUNGAN


Jadual Kandungan menyenaraikan kesemua bab, topik dan sub-topik beserta
dengan nombor halamannya.
Sub-topik dan topik hendaklah dilabel mengikut bab, contohnya:

BAB 1
1.1 Topik 1
1.1.1 Sub-topik 1

BAB 2
2.1 Topik 1
2.1.1 Sub-topik 1

Sistem penomboran sebegini memberikan gambaran yang jelas tentang


hubungan antara bab-bab dan tajuk-tajuk dan juga menunjukkan kesemuanya
saling berkaitan.

2.1.6 SENARAI GAMBAR RAJAH


Senarai ini mengandungi tajuk gambar rajah yang terdapat diseluruh teks
beserta nombor halamannya.
Contohnya, rajah-rajah yang terdapat dalam Bab 1 dinomborkan secara
berurutan: Rajah 1.1, Rajah 1.2 dan seterusnya.

2.1.7 SENARAI JADUAL


Senarai ini mengandungi tajuk jadual-jadual yang tersenarai di dalam teks
beserta nombor halamannya.
Sistem penomboran adalah berdasarkan bab, sebagai contoh: Jadual di dalam
Bab 1 diberi nombor mengikut urutan: Jadual 1.1, Jadual 1.2 dan seterusnya.

2.1.8 SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN


Kesemua simbol, singkatan, tata nama dan istilah yang digunakan di dalam
teks hendaklah disenaraikan dengan sewajarnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai ejaan dan singkatan, calon dinasihatkan
supaya merujuk edisi terkini Kamus Dewan yang diterbitkan oleh Dewan

10
Bahasa dan Pustaka dan Oxford Advanced Learners Dictionary, terbitan
Oxford University Press.

2.1.9 SENARAI LAMPIRAN


Senarai ini adalah pilihan dan mengandungi tajuk kesemua lampiran yang
diletakkan di dalam bahagian maklumat tambahan.

2.2 TEKS

Calon dan penyelia harus memastikan bahawa teks mengikuti amalan biasa yang
dipersetujui oleh Fakulti masing-masing. Teks di dalam laporan penyelidikan
/disertasi / tesis mestilah disusun mengikuti garis panduan seperti yang dinyatakan di
bawah:

Teks mesti disusun dalam bab yang bertajuk.


Tajuk mesti membayangkan isi bab.
Setiap bab mesti dimulakan di dalam halaman baru.
Bab-bab boleh dibahagikan kepada sub-bab beserta sub-tajuk yang berpadanan.
Kesemua tajuk dan sub-tajuk mesti dinomborkan sewajarnya.

Tidak ada sekatan ke atas jumlah bilangan bab dalam laporan penyelidikan /disertasi
/tesis. Bilangan bab berbeza mengikut bidang pengajian yang dijalankan oleh calon
sama ada ia adalah berasaskan sains atau berasaskan sains sosial. Kandungan bab-bab
juga mungkin berbeza berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh calon atau
amalan biasa Fakulti masing-masing.

Secara amnya, laporan penyelidikan / disertasi / tesis mempunyai struktur asas seperti
berikut:
PENGENALAN
KAJIAN LITERATUR
KAEDAH PENYELIDIKAN / METODOLOGI
HASIL DAPATAN
PERBINCANGAN
KESIMPULAN
RUJUKAN

Setiap perkara di dalam struktur asas ini dibahagikan kepada bab-bab yang
berasingan. Penerangan mengenai bab-bab ini adalah seperti berikut:

11
2.2.1 PENGENALAN
Bab ini mengandungi pengenalan kepada isu-isu yang menjadi fokus
penyelidikan yang dijalankan, tujuan dan objektif penyelidikan tersebut, dan
skop serta struktur laporan penyelidikan/disertasi/tesis.

2.2.2 KAJIAN LITERATUR


Kajian Literatur merupakan penerangan dan perbincangan kesusasteraan yang
relevan dengan bidang atau topik kajian tertentu. Ia terdiri daripada huraian
bertulis yang kritis dan menyeluruh tentang penerbitan berkaitan dengan topik
kajian tersebut yang telah dijalankan oleh para sarjana dan penyelidik yang
bertauliah. Suatu kajian literatur yang kritis merupakan suatu penilaian yang
kritis ke atas kesusasteraan yang berkaitan. Ia berkaitan dengan kajian bagi
membentangkan maklumat mengenai teori, model, bahan dan teknik yang
digunakan dalam penyelidikan berkenaan. Sesuatu kajian literatur hendaklah
menyeluruh dan merangkumi penerbitan terkini yang berkaitan.

2.2.3 KAEDAH PENYELIDIKAN / METODOLOGI


Bab ini menjelaskan dan menerangkan bahan-bahan serta kaedah penyelidikan
yang digunakan di dalam kajian. Sub-topik untuk bab ini termasuk soalan
kajian, reka bentuk kajian, dan prosedur kajian yang digunakan. Ia mungkin
juga, di mana bersesuaian, menunjukkan kaedah persampelan, instrumen
kajian dan kaedah statistik yang digunakan. Hal ini bertujuan untuk
memaklumkan pembaca mengenai kaedah yang digunakan untuk mengumpul
data dan menjana hasil dapatan yang dilaporkan.

2.2.4 HASIL DAPATAN


Bab ini menerangkan tentang dapatan yang biasanya dibentang dalam bentuk
teks, gambar rajah dan jadual, berserta analisis data.

2.2.5 PERBINCANGAN
Bab ini mengandungi penjelasan dan tafsiran hasil dapatan. Dapatan kajian
perlu dibanding dan dibezakan dengan dapatan kajian lampau yang telah
dibentangkan dalam kajian literatur. Tujuan bab ini adalah untuk
membincangkan hasil dapatan kajian dan penemuan berhubung dengan
dapatan yang telah diperolehi daripada kajian berkenaan.

2.2.6 KESIMPULAN
Di dalam bab ini, hasil dapatan kajian perlu dirumuskan dan implikasinya
dibincangkan. Cadangan untuk kerja-kerja lanjutan boleh dimasukkan dalam
bahagian ini.

12
2.2.7 RUJUKAN
Semua hasil kerja atau kajian yang digunakan sebagai sumber rujukan dalam
laporan penyelidikan/disertasi/tesis dalam bentuk petikan atau rujukan
mestilah dimasukkan di dalam senarai rujukan.

Rujukan hendaklah ditulis secara konsisten di dalam format American


Psychological Association (APA) atau format lain yang diluluskan oleh
Fakulti. Setiap rujukan hendaklah ditulis dalam format langkau sebaris dan
langkau dua baris di antara setiap rujukan. Senarai rujukan mestilah mengikut
abjad dan tidak perlu dinomborkan. Jarak senarai rujukan perlu diengsotkan
sebanyak 0.5 inci. Contohnya:

Asmah Omar. (1991). Kemahiran berbahasa. Kuala Lumpur, Malaysia:


Penerbit Pustaka Antara.

Mohd Azlan Abdullah & Noraziah Ali. (2011). Amalan pemakanan dalam
kalangan pelajar universiti dan implikasinya terhadap pembelajaran.
Jurnal Personalia Pelajar, 14, 59-68.

Cameron, A. A., Plenderleith, M. B. & Snow, P. J. (1990). Organization of the


spinal cord in four species of elasmobranch fishes: cytoarchitecture and
distribution of serotonin and selected neuropeptides. The Journal of
Comparative Neurology, 297, 201-218

Henry, W.A., III. (1990, April 9). Making the grade in todays schools. Time,
135, 28-31.

Petikan rujukan yang digunakan di dalam teks adalah seperti berikut:


Nama pengarang
Tahun penerbitan
Nombor halaman rujukan (petikan yang digunakan sahaja)

Bagi ringkasan atau parafrasa , nama pengarang dan tahun penerbitan mestilah
dimasukan di dalam teks sebagai rujukan. Contohnya:

Othman Puteh (1998) mengatakan bahawa sastera remaja itu


hendaklah mempunyai........

Pengguna biasanya sukar untuk menilai kualiti perkhidmatan


berbanding dengan kualiti barangan itu...........(Mohd Azman &
Kadir Ariffin, 2012).

13
Bagi petikan (yang disalin daripada pengarang lain), nama pengarang, tahun
penerbitan dan juga nombor halaman perlulah disertakan di dalam teks sebagai
rujukan. Petikan tersebut perlu ditandakan. Contohnya:

Abu Hassan (2003) menyatakan bahawa kemahiran manipulatif lebih


menjurus kepada penggunaan dan pengendalian peralatan sains serta
bahan kimia semasa melakukan sesuatu aktiviti penyiasatan di makmal.
(p.42).

Melalui kajian rintis juga, kesesuaian dan ketepatan item serta format
yang digunakan ...(Selinger & Shorharny 2000, p.102).

Jika petikan yang digunakan melebihi 40 patah perkataan, ianya perlulah


diletakan di dalam perenggan dengan jarak diengsotkan sebanyak 0.5 inci.
Contohnya:

The general theory of relativity, on its own, cannot explain these


features or answer these questions because of its prediction that the
universe started off with infinite density at the big bang singularity. At
the singularity, general relativity and all other physical laws break
down: one couldnt predict what will come out of the singularity.
(Hawking, 1988, p. 309).

Sila rujuk Panduan Gaya dan Format APA Perpustakaan Universiti Malaya
(Edisi ke-6). Panduan ini boleh dimuat turun di pautan berikut:
http://www.umlib.um.edu.my/publications/apa-guide.pdf

Universiti menggalakkan penggunaan perisian EndNote bagi tujuan menyusun


dan mengurus petikan, bibliografi dan rujukan.

14
2.3 MAKLUMAT TAMBAHAN

Bahan tertentu yang tidak termasuk dalam bahagian utama teks, boleh dimasukkan ke
dalam Bahagian Maklumat Tambahan ini. Biasanya, bahan yang dimasukkan ke
dalam bahagian ini adalah seperti berikut:

2.3.1 SENARAI PENERBITAN DAN KERTAS KERJA YANG TELAH


DIBENTANG
Penerbitan dan juga kertas kerja yang telah dibentang di persidangan, seminar,
simposium dan lain-lain yang berkaitan dengan tajuk kajian laporan
penyelidikan/disertasi/tesis dicadangkan dimasukkan ke dalam bahagian ini.
Halaman pertama artikel yang telah diterbitkan boleh juga dilampirkan sebagai
rujukan.

2.3.2 LAMPIRAN
Lampiran terdiri daripada instrumen kajian, ilustrasi tambahan sumber data,
data mentah dan petikan dari sumber rujukan yang terlalu panjang untuk
diletakkan di dalam teks utama. Bahagian lampiran menyokong penulisan teks
utama laporan penyelidikan/disertasi/tesis dengan memasukkan bahan-bahan
yang boleh memberikan maklumat tambahan. Bahan-bahan ini termasuk
jadual, carta, program komputer dan soal selidik, contohnya:

Data kajian, jadual, contoh soal selidik, peta, gambar dan bahan-bahan lain
yang terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang tidak
secara langsung diperlukan untuk memahami teks boleh dimasukkan
sebagai lampiran. Jadual dan grafik yang lebih daripada dua muka surat
panjangnya harus dimasukkan ke dalam bahagian lampiran.
Lampiran dilabel sebagai LAMPIRAN A, LAMPIRAN B dan seterusnya.

15
3. BUTIR TERPERINCI FORMAT
3.1 KUALITI KERTAS, CETAKAN DAN SALINAN PENDUA

Laporan penyelidikan/disertasi/tesis hendaklah dicetak, sebelah halaman, di atas


kertas putih A4 (201 297 mm; 80 gram) berkualiti tinggi. Kertas komputer cetakan
pin-feed tidak dibenarkan.
Laporan penyelidikan/disertasi/tesis, dalam salinan berjilid lembut atau berjilid keras,
hendaklah ditaip dan sesalinannya hendaklah dibuat menggunakan percetakan
offset atau mesin fotokopi berkualiti. Semua salinan mestilah bersih dan kemas bagi
memudahkan pembacaan.

3.1.1 PENAIPAN DAN PENCETAKAN TEKS


Laporan penyelidikan/disertasi/tesis hendaklah ditaip menggunakan fon Times
New Roman, saiz 12 (kecuali bagi jadual dan gambar rajah) dan justified,
dengan menggunakan Microsoft Word versi 6.0 atau terkini, atau lain-lain
perisian pemprosesan kata yang serupa. Manakala bagi laporan penyelidikan
/disertasi / tesis dalam bahasa Arab hendaklah menggunakan fon Traditional
Arabic, saiz 16.

Perkataan dalam bahasa yang berlainan daripada bahasa dalam laporan


penyelidikan/disertasi/tesis hendaklah dicodongkan.

Teks hendaklah ditaip di atas sebelah halaman sahaja.

Tajuk bab hendaklah ditaip dengan huruf besar dan berpusat di antara margin
kiri dan kanan. Setiap bab hendaklah dimulakan pada halaman baru. Bab dan
sub-bab perlu bertajuk. Tajuk hendaklah ditaip dalam taip tebal tanpa digaris
bawah.

Untuk teks matematik, penggunaan Equation Editor atau LaTeX adalah


dinasihatkan. Fon skrip yang menyerupai huruf sambung atau tulisan tangan
tidak dibenarkan.

Pencetak laser atau ink jet berkualiti tinggi harus digunakan untuk mencetak.

3.1.2 JARAK BARIS


Teks utama hendaklah ditaip dengan jarak dua baris. Jarak sebaris hanya
dibenarkan dalam jadual, petikan yang panjang, nota kaki, rujukan dan di
dalam senarai rujukan.
Ayat pertama bagi perenggan baru tidak harus bermula di bahagian bawah
halaman jika ruang yang ada hanya boleh memuatkan satu baris sahaja.

16
3.1.3 MARGIN
Teks utama harus mempunyai ukuran berikut:

Atas : 2.0 sm atau 0.79 inci


Kanan : 2.0 sm atau 0.79 inci
Kiri : 4.0 sm atau 1.57 inci
Bawah : 2.0 sm atau 0.79 inci

Garis panduan tambahan yang perlu dipatuhi:


Jangan taip lebih daripada satu baris selepas ruang margin di bawah halaman.
Hanya nota kaki atau untuk menyiapkan baris terakhir sesuatu bab, topik atau sub-
topik atau keterangan rajah dibenarkan berbuat demikian.
Semua jadual dan gambar rajah hendaklah diletakkan di dalam ruang margin yang
telah ditentukan.
Perenggan terakhir pada sesuatu halaman mestilah mengandungi sekurang-
kurangnya dua ayat. Jika tidak, hendaklah dimulakan pada halaman seterusnya.

3.1.4 PENOMBORAN HALAMAN


Semua nombor halaman perlu dicetak 1.0 sm dari tepi bahagian bawah
halaman dan diletakkan di sebelah kanan tanpa sebarang tanda baca.
Sistem penomboran halaman mesti mematuhi peraturan-peraturan berikut:
Nombor halaman perlu diletakkan di sebelah kanan tanpa sebarang tanda
baca.
Fon jenis Times New Roman, saiz 10 disyorkan.
Angka Roman (i, ii, iii dan seterusnya) hendaklah digunakan dalam
bahagian prakata. Halaman pertama tesis, halaman judul, adalah halaman
bernombor 'i' yang tidak dicetak. Penomboran mula dicetak pada halaman
kedua dengan angka roman ii.
Angka Arab (1, 2, 3) digunakan pada halaman teks utama (bermula dengan
halaman Pengenalan) dan bahagian Maklumat Tambahan.

Selari dengan teks

2 sm

Lebih kurang 1 sm

17
3.1.5 PENOMBORAN BAB DAN SUB-BAB
Bab dan sub-bab mestilah dinomborkan menggunakan angka Arab (1, 2, 3 dan
seterusnya). Bab dinomborkan BAB 1, BAB 2, BAB 3, dan seterusnya. Sub-
bab ditaip berperingkat sehingga maksimum empat (4) peringkat, tanpa
penomborannya diengsotkan seperti contoh di bawah:

BAB 2: PERINGKAT 1 (TAJUK BAB)

2.1 Peringkat 2 (sub-tajuk);


2.1.1 Peringkat 3 (sub-sub-tajuk);
2.1.1.1 Peringkat 4 (sub-sub-sub-tajuk)

Penggunaan huruf dalam kurungan di dalam teks utama contohnya, (a), (b), (c)
adalah sesuai sebagai satu cara membezakan sub-topik sub-topik yang sama.
Walau bagaimanapun, ia tidak perlu disenaraikan di dalam Jadual Kandungan.

Jika tajuk bab atau tajuk sub-bab di mana-mana tahap melebihi satu baris,
jarak antara garisan mestilah sama seperti yang digunakan di dalam teks (dua
baris). Sub-bab seterusnya yang di luar peringkat keempat mesti dinomborkan
menggunakan huruf (a), (b), (c) dan seterusnya.

3.1.6 NOTA KAKI


Terdapat perbezaan penggunaan nota kaki dalam pelbagai bidang. Sebagai
contoh, nota kaki biasanya digunakan dalam bidang sains sosial tetapi jarang
digunakan dalam sains dan teknologi. Walau bagaimanapun calon
dinasihatkan supaya menghadkan penggunaan nota kaki kecuali jika ia
diperlukan untuk memahami dokumen itu. Nota kaki digunakan untuk
menghuraikan atau memberi maklumat tambahan mengenai perkara yang
dibincangkan dalam halaman itu.

Nota kaki harus dinomborkan dengan menggunakan angka Arab. Angka


superskrip dalam teks merujuk kepada nota-nota huraian dan sumber yang
didokumenkan diletakkan sama ada di bahagian bawah halaman sebagai nota
kaki atau dipenghujung teks, di dalam bahagian nota sebagai nota hujung.
Kelebihan menggunakan nota kaki atau nota hujung ialah huraian dalam nota
memberi maklumat yang boleh dikemukakan bersama-sama dengan sumber
rujukan pada halaman yang sama.

Nota kaki harus menggunakan fon yang lebih kecil daripada fon yang
digunakan untuk teks (contohnya fon saiz 8).

18
Apabila menggunakan nota kaki, nombor yang diformat dalam superskrip
dimasukkan selepas tanda baca dalam teks. Nota kaki harus diletakkan di
bawah halaman di mana nota yang berkaitan itu berada. Contohnya,

Scientists examined, over several years, the fossilized remains of the wooly-
wooly yak.1

______
1
While the method of examination for the wooly-wooly yak provides important insights to this research, this
document does not focus on this particular species.

Sila rujuk fakulti untuk memastikan amalan biasa yang digunapakai bagi
penulisan nota kaki.

3.1.7 JADUAL
Jadual dicetak dalam teks utama di tengah-tengah antara dua margin kiri dan
kanan dan dilabelkan mengikut bab di mana ia diletakkan. Sebagai contoh,
kesemua jadual di dalam Bab 3 dinomborkan secara berurutan: Jadual 3.1,
Jadual 3.2., dan seterusnya.

Label perlu diletakkan di sebelah atas jadual itu sendiri. Jika sesuatu jadual itu
mengandungi petikan, sumber rujukan dari mana petikan itu diambil harus
dimasukkan di label jadual.

Jadual 3.1: Judul ringkas (Gibson, 2005)


Judul Judul
Teks Teks

Jika sesuatu jadual itu memerlukan lebih daripada satu halaman, bahagian
jadual yang bersambung pada halaman berikutnya perlu menunjukkan bahawa
ia adalah sambungan, sebagai contoh: 'Jadual 3.7, sambungan'. Baris kepala
jadual tersebut mestilah diulangi juga.

3.1.8 GAMBAR RAJAH


Gambar rajah, seperti juga jadual dicetak di dalam teks utama di tengah-tengah
ruang antara margin kiri dan kanan halaman dan dilabelkan mengikut bab di
mana ia diletakkan. Sebagai contoh, kesemua gambar rajah yang terdapat di
dalam Bab 3 di nomborkan secara berurutan: Rajah 3.1, Rajah 3.2 dan
seterusnya.

19
Gambar rajah lain dari teks atau jadual, mengandungi graf, ilustrasi atau
gambar-gambar dan label untuk jadual diletakkan di sebelah bawah gambar
rajah dan bukannya di bahagian atas (mengikut format yang sama yang
digunakan untuk jadual).

40
Example
20
Test
0
Sample

Rajah 3.1: Judul

Jika sesuatu gambar rajah memerlukan lebih daripada satu halaman, bahagian
gambar rajah yang bersambung ke halaman yang berikutnya perlu
menunjukkan bahawa ia adalah sambungan dari halaman sebelumnya:
contohnya: 'Rajah 3.7, sambungan'.

Jika gambar rajah itu mengandungi petikan, sumber rujukan perlu diletakkan
selepas judulnya.

3.1.9 PENJILIDAN

Setiap salinan laporan penyelidikan/disertasi/tesis yang dikemukakan untuk


tujuan pemeriksaan dan pengijazahan hendaklah dijilidkan dalam satu (1) jilid
sahaja.

Bagi tujuan pemeriksaan, laporan penyelidikan/ disertasi/tesis hendaklah


dijilid dengan kulit lembut jenis rexine dan mengikut warna seperti berikut:
Laporan penyelidikan: Biru gelap atau navy blue
Disertasi: Merah tua atau maroon
Tesis: Merah tua atau maroon

Bagi tujuan penyerahan akhir sebelum pengijazahan, laporan


penyelidikan/disertasi/tesis akhir hendaklah dijilid dengan kulit keras jenis
rexine dan mengikut warna seperti berikut:
Laporan penyelidikan: Biru gelap atau navy blue
Disertasi: Merah tua atau maroon
Tesis: Merah tua atau maroon

20
Warna Kulit Hadapan Disertasi/Tesis (Merah tua atau maroon)
Warna Kulit Hadapan Laporan Penyelidikan (Biru gelap atau navy blue)

Kulit hadapan mesti berukuran A4 (210mm x 297mm).

Tajuk laporan penyelidikan/disertasi/tesis, nama calon, nama Universiti dan


tahun penyerahan mestilah dicetak pada kulit hadapan. Maklumat di muka
hadapan kulit laporan penyelidikan/disertasi/tesis hendaklah dicetak dengan
huruf besar berwarna emas, tebal dan menggunakan fon jenis Arial Narrow
serta bersaiz 16.
[Contoh-contoh boleh dirujuk di Lampiran D1, D2, D3 dan D4]

Tulang belakang manuskrip harus memaparkan tajuk laporan


penyelidikan/disertasi/tesis, nama calon, tahun penyerahan dan jenis ijazah.
Tahun penyerahan mestilah mengikut tahun serahan laporan
penyelidikan/disertasi/tesis dibuat.
[Contoh-contoh boleh dirujuk di Lampiran E1 dan E2]

3.1.10 HAD PATAH PERKATAAN

Panjang maksimum patah perkataan bagi penyerahan untuk pemeriksaan:

a) Laporan Penyelidikan : 30,000 perkataan

b) Disertasi (Mod Campuran) : 40,000 perkataan

c) Disertasi (Mod Penyelidikan) : 60,000 perkataan

d) Tesis (Mod Campuran) : 80,000 perkataan

e) Tesis (Mod Penyelidikan) : 100,000 perkataan

Panjang maksimum perkataan tidak termasuk nota kaki, rujukan, lampiran,


jadual, gambar rajah dan prakata.

Calon yang ingin melebihi had patah perkataan yang ditetapkan hendaklah
memohon dengan Senat melalui Fakulti masing-masing sekurang-kurangnya
tiga bulan sebelum penyerahan laporan penyelidikan/disertasi/tesis untuk
pemeriksaan dengan memberi alasan ketidakupayaan untuk mematuhi had
panjang yang ditetapkan.

21
3.1.11 LAIN-LAIN MAKLUMAT

Calon juga tidak dibenarkan menyerah semula kerja-kerja penyelidikan yang


pernah diserahkan sebelum ini kepada Universiti ini atau mana-mana
Universiti lain untuk tujuan penganugerahan ijazah. Walau bagaimanapun,
calon boleh menggabungkan mana-mana bahagian kerja itu, dengan syarat
sumber bahagian yang digabungkan itu diberi satu petunjuk yang jelas dalam
laporan penyelidikan/disertasi/tesis.

Calon juga boleh termasuk apa-apa kerja lain yang bercetak atau diterbitkan
secara individu atau berkumpulan untuk mengesahkan penemuan beliau. Di
mana sumbangan itu dari kerja berkumpulan, calon dikehendaki untuk
menyediakan satu kenyataan yang menunjukkan bahagian mana daripada
kerja-kerja itu yang telah dijalankan oleh calon sendiri. Kenyataan itu
hendaklah ditandatangani oleh semua ahli kumpulan yang lain sebagai bukti
persetujuan mereka (kenyataan ini boleh dimasukkan di dalam Lampiran).

Laporan penyelidikan/disertasi/tesis yang telah diluluskan atau sebahagian


daripada kandungannya dibenarkan bagi penerbitan jika disertakan dengan
pernyataan bahawa kerja itu merupakan kajian yang telah dijalankan untuk
memenuhi keperluan sarjana tertentu.

Semua calon mod penyelidikan adalah dikehendaki untuk menerbit kertas


kerja dalam ISI Web of Science (WoS) atau jurnal berwasit kategori A atau B
berdasarkan kerja penyelidikan yang dijalankan ketika dalam pencalonan, dan
rujukan sewajarnya hendaklah dibuat kepada Universiti di dalam kertas-kertas
tersebut.

22
4. PENYERAHAN

Calon dikehendaki mengemukakan "Notis Penyerahan Laporan Penyelidikan/


Disertasi/Tesis" secara dalam talian melalui portal pelajar sekurang-kurangnya tiga
bulan sebelum tarikh sebenar penyerahan. Sila ke http://myum.um.edu.my, klik ikon
"Research" dan kemudian klik Thesis.

Penyerahan laporan penyelidikan/disertasi/tesis perlu dilakukan dalam tempoh


pencalonan.

Bagi tujuan pemeriksaan, sekurang-kurangnya lima (5) salinan bercetak (atau


seberapa banyak yang ditentukan oleh Fakulti) laporan penyelidikan/disertasi/tesis
yang dijilid dengan kulit lembut dan satu (1) salinan elektronik (dalam format PDF)
hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan borang Penyerahan Laporan
Penyelidikan/Disertasi/Tesis untuk Pemeriksaan/Pemeriksaan Semula (Lampiran B)
selepas tajuk laporan penyelidikan/disertasi/tesis diluluskan oleh
Fakulti/Akademi/Institut/Pusat.

Bagi tujuan penyerahan akhir sebelum pengijazahan, sekurang-kurangnya dua (2)


salinan bercetak (atau seberapa banyak yang ditentukan oleh Fakulti) laporan
penyelidikan/disertasi/tesis akhir yang dijilid dengan kulit keras dan satu (1) salinan
elektronik (dalam format PDF) perlu dikemukakan selepas pembetulan akhir atau
pindaan (jika ada) telah dibuat, bersama-sama dengan borang Penyerahan Akhir
Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (Lampiran C), borang Repositori dan borang
Laporan Pembetulan (jika berkenaan).

Kesemua borang yang berkaitan boleh dimuat turun dari laman sesawang IPS
(http://ips.um.edu.my).

Calon ijazah Sarjana perlu menyerahkan laporan penyelidikan dan disertasi mereka
kepada fakulti/akademi/institut/pusat masing-masing manakala calon ijazah
Kedoktoran perlu menyerahkan tesis mereka kepada Unit Tesis, IPS.

23
5. PLAGIARISME
Calon Ijazah Tinggi Universiti Malaya diwajibkan untuk menghasilkan kerja
akademik yang asli. Plagiarisme bermaksud mengunakan sesuatu idea, penulisan data
atau ciptaan orang lain tanpa ada rujukan sumber asal. Calon yang didapati
memplagiat hasil kerja orang lain boleh diambil tindakan di bawah Kaedah-Kaedah
Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

Calon Ijazah Tinggi dinasihatkan supaya membaca How to Avoid Plagiarism: A


Handbook for Postgraduate Students, di mana buku panduan tersebut mengariskan
kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang jelas mengenai aktiviti plagiarisme.

Pihak Universiti juga mengalakkan penggunaan program aplikasi Turnitin yang boleh
mengesan peratusan indeks persamaan bagi mengelakkan plagiarisme dan
memastikan integriti akademik. Nilai peratus indeks persamaan mestilah tidak
melebihi 10% - 25%. Sila rujuk kepada fakulti/akademi/institut/pusat mengenai
peratus indeks persamaan yang diterima.

24
LAMPIRAN A PENYERAHAN NOTIS TIGA BULAN

25
LAMPIRAN B - BORANG PENYERAHAN TESIS/DISERTASI
UNTUK PEMERIKSAAN/PEMERIKSAAN SEMULA

UNIVERSITY OF MALAYA

PENYERAHAN TESIS/DISERTASI UNTUK PEMERIKSAAN/PEMERIKSAAN SEMULA


SUBMISSION OF THESIS/DISSERTATION FOR
EXAMINATION/RE-EXAMINATION

FORMAT TESIS (Calon Ijazah Doktoral Sahaja - sila tanda )


THESIS FORMAT (Doctoral Degree Candidates only - Please tick )

Unpublished work thesis (regular thesis)


Thesis by published work / Prior publications

BAHAGIAN A BUTIR-BUTIR CALON (UNTUK DIISI OLEH CALON)


SECTION A CANDIDATES DETAILS (TO BE COMPLETED BY THE CANDIDATE)

Nama Calon
:
Name of Candidate

Program Programme :

No. Matrik
:
Matric No.

Fakulti
:
Faculty

Alamat
Surat-Menyurat :
Mailing Address

No. Telefon Bimbit No. Telefon Pejabat


: :
Mobile Phone No. Office Phone No.

E-mel
:
E-mail
Tajuk Tesis / Disertasi (dalam huruf besar) :
*Sila pastikan tajuk tesis/disertasi telah diluluskan oleh Fakulti dan lampirkan salinan surat/emel berkaitan.

Title of Thesis/Dissertation (Block letters) :


*Kindly ensure that the title of thesis/dissertation has been approved by the Faculty and provide a copy of the letter/email pertaining to the
approval.

26
LAMPIRAN C BORANG PENYERAHAN AKHIR
TESIS/DISERTASI

UNIVERSITY OF MALAYA
PENYERAHAN AKHIR TESIS/DISERTASI
FINAL SUBMISSION FOR THESIS/DISSERTATION

Peringatan kepada calon:


Calon dikehendaki mengikut format penyediaan tesis/disertasi yang telah ditetapkan oleh
Universiti sebelum membuat penghantaran kepada Fakulti/IPS.

Reminder to candidate:
Candidate is required to follow the format of thesis/dissertation preparation imposed by the
University before submission of thesis to the Faculty/IGS.

BAHAGIAN A BUTIR-BUTIR CALON (UNTUK DIISI OLEH CALON)


SECTION A CANDIDATES DETAILS (TO BE COMPLETED BY THE CANDIDATE)

Nama Calon
:
Name of Candidate

Program
:
Programme

No. Matrik
:
Matric No.

Fakulti
:
Faculty

Alamat
Surat-Menyurat :
Mailing Address

No. Telefon Bimbit No. Telefon Pejabat


: :
Mobile Phone No. Office Phone No.

E-mel :
E-mail :

Tajuk Tesis / Disertasi (dalam huruf besar) :


Title of Thesis/Dissertation (Block letters) :

27
LAMPIRAN D1 KULIT HADAPAN

Contoh kulit hadapan laporan penyelidikan/Disertasi/Tesis:

Warna Kulit Hadapan Disertasi/Tesis (Merah tua atau maroon)


Warna Kulit Hadapan Laporan Penyelidikan (Biru gelap atau navy blue)

5 cm

TAJUK LAPORAN PENYELIDIKAN /


DISERTASI / TESIS
4 cm 4 cm

NAMA CALON

FAKULTI
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR

201

5 cm

28
LAMPIRAN D2 FORMAT KULIT HADAPAN

TAJUK
PENYELIDIKAN
YANG TELAH
DILULUSKAN OLEH
FAKULTI/SENAT

HURUF EMAS, NAMA CALON SEPERTI


FON ARIAL DI DALAM
NARROW, PENDAFTARAN
SAIZ 16, TAIP DENGAN UNIVERSITI
TEBAL,
1.15 POIN
JARAK BARIS

FAKULTI/ AKADEMI/
INSTITUT/PUSAT DI
MANA CALON
BERDAFTAR
REGISTERED

TAHUN PENYERAHAN
LAPORAN PENYELIDIKAN
/DISERTASI/ TESIS

29
LAMPIRAN D3 - SAMPEL SALINAN JILID KULIT LEMBUT
(PENYERAHAN UNTUK PEMERIKSAAN)

30
LAMPIRAN D4 SAMPEL JILID KULIT KERAS
(PENYERAHAN AKHIR)

Contoh tesis atau disertasi dalam bentuk kulit keras


(warna merah gelap atau maroon)

Contoh laporan penyelidikan dalam bentuk kulit keras


(warna biru gelap atau navy blue)

31
LAMPIRAN E1 FORMAT TULANG BELAKANG

Lebih kurang
2 cm

NAMA CALON
TAJUK LAPORAN PENYELIDIKAN /
2015 DISERTASI / TESIS
PhD

Lebih kurang
2 cm

32
LAMPIRAN E2 CONTOH FORMAT TULANG BELAKANG

33
LAMPIRAN F - FORMAT SALINAN ELEKTRONIK
Satu salinan elektronik laporan penyelidikan/disertasi/tesis dalam bentuk PDF mesti
diserahkan bersama dengan label yang mengandungi maklumat berikut:

Nama
No Matrik
Tajuk laporan penyelidikan/disertasi/tesis
Fakulti/ Akademi/Institut/Pusat
Tahun Penyerahan

Contohnya:

Name GHAZALI LEE


Matric No. SHB115021
Title of research report/ ASSESSMENT OF SKEWNESS OF GRAPHS
dissertation/thesis
Faculty/Academy/Institute/Centre FACULTY OF SCIENCE
Year of submission 2012

Label bercetak (dimasukkan ke dalam sarung/bekas CD)

34
LAMPIRAN G1 HALAMAN TAJUK
(LAPORAN PENYELIDIKAN)

Contoh Halaman Tajuk bagi Laporan Penyelidikan:

TAJUK LAPORAN PENYELIDIKAN

NAMA CALON

DISERAHKAN KEPADA
FAKULTI PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN
UNIVERSITI MALAYA SEBAGAI SEBAHAGIAN
DARIPADA KEPERLUAN BAGI IJAZAH
SARJANA PENTADBIRAN PERNIAGAAN

201x

35
LAMPIRAN G2 HALAMAN TAJUK (DISERTASI MOD
PENYELIDIKAN)

Contoh Halaman Tajuk bagi Disertasi (Mod Penyelidikan):

TAJUK DISERTASI

NAMA CALON

DISERTASI DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI


KEPERLUAN BAGI IJAZAH SARJANA
FALSAFAH

NAMA FAKULTI / AKADEMI/


INSTITUT / PUSAT
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR

201x

36
LAMPIRAN G3 HALAMAN TAJUK (DISERTASI MOD
CAMPURAN)

Contoh Halaman Tajuk bagi Disertasi (Mod Campuran):

TAJUK DISERTASI

NAMA CALON

DISERTASI DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI


SEBAHAGIAN DARIPADA KEPERLUAN BAGI
IJAZAH SARJANA FALSAFAH

NAMA FAKULTI / AKADEMI/


INSTITUT / PUSAT
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR

201x

37
LAMPIRAN G4 HALAMAN TAJUK (TESIS MOD
PENYELIDIKAN)

Contoh Halaman Tajuk bagi Tesis (Mod Penyelidikan):

TAJUK TESIS

NAMA CALON

TESIS DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI


KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR
FALSAFAH /PERUBATAN/KESIHATAN AWAM

NAMA FAKULTI / AKADEMI /


INSTITUT / PUSAT
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR

201x

38
LAMPIRAN G5 HALAMAN TAJUK (TESIS MOD CAMPURAN)

Contoh Halaman Tajuk bagi Tesis (Mod Campuran):

TAJUK TESIS

NAMA CALON

TESIS DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI


SEBAHAGIAN DARIPADA KEPERLUAN BAGI
IJAZAH DOKTOR FALSAFAH / KESIHATAN
AWAM

NAMA FAKULTI / AKADEMI /


INSTITUT / PUSAT
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR

201x

39
LAMPIRAN H1 - BORANG PERAKUAN KEASLIAN
PENULISAN (BAHASA INGGERIS)

40
LAMPIRAN H2 BORANG PERAKUAN KEASLIAN
PENULISAN (BAHASA MALAYSIA)

41
LAMPIRAN J1 CONTOH ABSTRAK (SAINS SOSIAL)

ABSTRACT

The Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) is a

tool, developed by the European Commission, which has been used as a base in

the development of curricular documents in many countries. This would

suggest a high level of similarity between the language teachings in different

European countries, but how similar are they really? The aim of this thesis is to

make a comparison between the general approach to foreign language teaching

in two European countries, Spain and Sweden. It is important to note that the

purpose has only been to find out what differences and similarities can be

found between the two countries and not to make any kind of judgement as to

what English teaching is preferable. A design consisting of two methods has

been used to carry out the investigation: text analysis and in-depth interviews.

As a complement to the text analysis, interviews have been made with two

English teachers from each country. The results that were found show that the

two syllabi are similar in the way that both have been inspired by the CEFR

and both promote Communicative Language Teaching. However, they also

show several rather striking differences. The Spanish syllabus appears, for

example, to focus much more on grammatical and phonetic knowledge than the

Swedish one does. This study shows that there are many differences between

the language teaching in Spain and Sweden, despite the fact that both syllabi

relate to the CEFR.


iii

42
LAMPIRAN J2 CONTOH ABSTRAK (SAINS)

ABSTRACT

The efficacy of vaccines against major encapsulated bacterial pathogens Neisseria

meningitidis, Streptococcus pneumoniae, and Haemophilus influenzae type b (Hib)

has been significantly enhanced by conjugating the respective polysaccharides with

different carrier proteins. Five carrier proteins are in use at present: diphtheria toxoid;

non-toxic cross-reactive material of diphtheria toxin (CRM197); tetanus toxoid (TT);

N. meningitidis outer membrane protein (OMP); and non-typeable H. influenzae-

derived protein D. There is no absolute safety benefit of one carrier protein over

another; however, OMP and TT have slightly higher injection site reaction rates. Data

are conflicting as to which carrier protein is the most immunogenic. Coadministration

of conjugate vaccines bearing the same carrier protein has the potential for inducing

either positive or negative effects on vaccine immunogenicity (immune interference).

Clinical studies on the co-administration of conjugate vaccines reveal conflicting data

with respect to immune interference and it is not definitively known how this impacts

on vaccine efficacy, except for UK reports of reduced immunogenicity to

meningocococcal vaccine.

iii

43
Unit Tesis
Institut Pengajian Siswazah
Universiti Malaya
ips_thesis@um.edu.my
http://www.ips.um.edu.my

Anda mungkin juga menyukai