Anda di halaman 1dari 2

PERBEDAAN ADALAH SEBUAH KENYATAAN

Sebagai tokoh rujukan umat Islam, nama Imam Malik bin Anas (w.179H) sangat harum
di sisi penguasa Abbasiah di Baghdad. Khalifah yang berkuasa pada saat itu, Abu
Ja far Al-Mansur [w. 158 H], sangat mengagumi dan menghormati beliau.
Suatu ketika, apabila Khalifah Al-Mansur datang ke Mekah untuk melaksanakan ibad
ah haji, beliau segera menjemput Imam Malik untuk menemuinya. Keduanya lalu berd
iskusi tentang pelbagai perkara berkenaan dengan hukum agama. Tampak sekali, Kha
lifah sangat teruja dengan keluasan ilmu yang dimiliki oleh Imam Ahli Madinah in
i.
Khalifah Al-Mansur lalu berkata, Saya berniat untuk menyalin kitab Al-Muwatta (ki
tab hadis dan fiqh karangan Imam Malik) sebanyak-banyaknya, lalu aku akan mengut
usnya ke seluruh negeri. Aku akan memerintahkan semua rakyat untuk melaksanakan
isinya dan meninggalkan kitab-kitab yang lain. Sebab menurutku, mazhab yang bena
r adalah mazhab ahli Madinah.
Abu Ja far Al-Mansur seorang khalifah yang sangat tegas dan disegani. Jika beliau
memerintahkan sesuatu, tidak ada yang berani membantahnya. Dan kali ini, beliau
bertekad untuk menjadikan kitab Al-Muwatta satu-satunya rujukan dalam hukum Isla
m, dan menjadikan fatwa Imam Malik satu-satunya fatwa yang berlaku untuk seluruh
rakyat.
Ini tawaran yang sangat menguntungkan. Namun, apa kira-kira respon Imam Malik un
tuk tawaran ini?
Beliau berkata, Wahai Amirul Mukminin, janganlah engkau laksanakan niatan ini. Se
sungguhnya masyarakat kita telah mempunyai pendapat sendiri-sendiri, mereka juga
membaca hadis dan memiliki riwayat. Setiap orang bebas mengamalkan pendapat yan
g menurutnya benar sesuai dengan fatwa para sahabat Nabi Saw. Mencabut amalan da
n pendapat yang selama ini diyakini bukan perkara ringan. Maka biarkanlah setiap
orang melaksanakan pendapat yang menjadi pilihan mereka masing-masing.
Jawapan ini sangat bijaksana. Apabila mendengarnya, Khalifah Al-Mansur tidak jad
i melaksanakan niatannya itu. Beliau berkata, Demi Allah, andai engkau setuju, ni
scaya aku akan segera melaksanakan niatan ini.
Kisah ini diceritakan oleh Al-Qadhi Iyad Al-Yahsubi dalam kitab Tartibul Madarik,
lalu diceritakan kembali oleh Al-Hafiz Abu Abdillah Al-Dzahabi dalam Siar A lam A
n-Nubala. Apabila membaca kisah ini, kekaguman saya semakin besar kepada Imam Ma
lik bin Anas. Beliau benar-benar tokoh ulama yang patut menjadi panutan umat hin
gga ke hari ini.
Dalam kisah ini, beliau mengajarkan kita untuk menyadari bahawa perbezaan pendap
at adalah sebuah kenyataan yang tidak dapat dinafikan. Orang yang tidak dapat me
nerima perbedaan, pada hakikatnya, ia tidak mampu menerima kenyataan.
Imam Malik sepenuhnya insaf dan sadar bahwa pendapat beliau bukan satu-satunya p
endapat. Jika kita memiliki pendapat yang kita yakini kebenarannya, bahkan rela
berkorban untuk mempertahankannya, maka orang lainpun boleh melakukan perkara ya
ng sama. Oleh itu, kita harus menerima kenyataan ini dengan lapang dada dan meng
hindari sikap menang sendiri apalagi memaksakan pendapat sendiri .
Apalagi, Allah telah menegaskan bahawa keragaman pendapat merupakan sesuatu yang
memang disengaja. Dalam Qs Huud ayat 118-119, Allah berfirman, Kalau Tuhanmu men
ghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa be
rselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untu
k Itulah Allah menciptakan mereka. Kalimat Tuhanmu (keputusan-Nya) telah ditetap
kan: Sesungguhnya Aku akan memenuhi Neraka Jahannam dengan jin dan manusia (yang
durhaka) semuanya.
Meski perbedaan pendapat (ikhtilaf) mesti diraikan, namun tidak semua pendapat b
oleh diiktiraf atas prinsip keberagaman. Para ulama telah lama menggariskan, apa
bila ikhtilaf itu berkenaan dengan prinsip-prinsip agama [usul] seperti perkara-
perkara asas dalam akidah atau hukum yang telah ditetapkan dengan ijmak, maka ik
htilaf ini berkaitan dengan sesat atau lurus.
Namun, jika ikhtilaf itu berkaitan dengan perkara-perkara cabang [furu ], maka tid
ak boleh ada tuduhan sesat atau kufur di sini. Akan tetapi, kita hanya hanya bol
eh menilai salah satu daripada pendapat itu sebagai lemah atau salah, tanpa memb
awa label sesat atau kufur.
Berkata Imam Ibn Nujaim Al-Hanafi dalam kitab Al-Asybah wan Naza ir:
Apabila kita ditanya tentang mazhab kita dan mazhab lain yang bertentangan dengan
mazhab kita di dalam perkara-perkara furuk, kita mesti menjawab bahawa mazhab k
ami benar, namun boleh jadi salah. Dan mazhab orang lain salah, namun boleh jadi
benar. Namun, jika kita ditanya tentang akidah kita dan akidah orang-orang yang
bertentangan dengan kita, wajib kita menjawab bahawa akidah kita benar dan akid
ah selain kita batil [sesat].
Perkara khilafiah yang berlaku di dalam masyarakat kita kebanyakannya menyangkut
perkara-perkara furuk. Maka sikap yang kita tampilkan seharusnya adalah berlapa
ng dada sambil berkata, Ini pendapat saya, bisa benar namun boleh jadi salah. Dan
itu pendapat si fulan, ianya salah namun bolehjadi benar.
Cukup itu saja, tanpa perlu tuduhan-tuduhan negatif yang melontarkan label sesat d
an bid ah selama masalah yang diperselisihkan hanya berkisar di perkara-perkara yang
tidak menyentuh prinsip-prinsip keislaman. Sekali tuduhan ini keluar dari lidah
kita, kalimat itu akan terus membelenggu kita hingga ke hari pembalasan nanti.
Sering kali kita meyakini bahawa pendapat kita benar-benar sejalan dengan hadis
Nabi Saw, sementara amalan dan pendapat orang lain telah menyalahi sunnah itu. H
ati kita terasa gatal untuk menunjukkan keunggulan pendapat kita dan membongkar
kelemahan orang lain. Apabila kita melakukan itu, tiba-tiba permusuhan yang kita
dapatkan bukannya penerimaan.
Memang seperti itu selalunya buah dari sikap pertengkaran. Hati manusia "diprogr
am" untuk tidak suka dipersalahkan, namun ia mungkin terbuka untuk pemberitahuan
. Pertengkaran meskipun didasari semangat menegakkan sunnah tidak akan membuahkan
apa-apa selain perlawanan.
Dalam kitab Al-Adab Al-Syar'iah karya Ibn Muflih Al-Hanbali, Al-Abbas bin Ghalib
Al-Warraq berkata kepada pemimpin ahli hadis dan ahli sunnah di Baghdad, Imam A
hmad bin Hanbal: Jika aku berada dalam suatu majlis, dan tidak ada yang mengetahu
i sunnah [hadis] di dalam majlis itu kecuali diriku, lalu seorang ahli bidaah be
rbicara. Bolehkah aku membantahnya?
Imam Ahmad menjawab: Beritahukanlah sunnah itu, namun jangan bertengkar.
Al-Warraq mengulangi soalannya beberapa kali, namun Imam Ahmad tetap melarangnya
. Beliau tidak menyukai pertengkaran walau atas nama sunnah dan hadis sekalipun.
Setelah didesak berkali-kali, akhirnya Imam Ahmad berkata, Aku melihatmu orang ya
ng suka bertengkar!

Anda mungkin juga menyukai