Anda di halaman 1dari 27

Pengenalan

Pengertian dan konsep khutbah

Bahasa khutbah melalui Kamus Ensiklopedia halaman 207 didefinisikan sebagai

sejenis ucapan yang disampaikan sebelum sembahyang Jumaat atau sembahyang Hari Raya,

baik Hari Raya Puasa mahupun Hari Raya Haji. Khatib adalah orang yang mempunyai

peranan terpenting dalam situasi berkhutbah ini.Beliau yang bergelar seorang khatib ialah

tokoh agama yang juga seorang imam di dalam sesebuah solat Jemaah. Khutbah ini adalah

situasi yang meletakkan semua jemaah pada taraf yang sama.

Pelbagai perbezaan dapat dilihat antara ceramah dengan pidato.Khutbah itu sendiri

menaikkan dan menekankan aspek pengajaran tentang kehidupan mengikut perjalanan dalam

agama Islam.Ayat-ayat yang diaplikasikan dalam khutbah mempunyai struktur yang sesuai

dengan tujuan untuk memberi pengajaran. Contohnya pada usia Ramadhan mula menapak,

khatib akansaling mengingatkan kepada jemaah supaya mengerjakan amalan yang baik dan

menjauhi segala unsur yang kurang baik. Ayat-ayat yang lebih berunsurkan nasihat serta

memberi pengajaran akan dinaikkan sebagai satu penekanan yang mudah menyerap ke dalam

diri seseorang jemaah.

Usaha menyampaikan sesuatu di dalam sesebuah perjalanan khutbah ini dimulakan

dan diakhiri dengan ayat-ayat yang dipetik daripada kitab suci Al-Quran.Melalui khutbah,

terdapat ungkapan yang diambil daripada perkataan Arab dipetik terus daripada kitab Al-

Quran dan Hadis.Cerita-cerita yang terkandung dalamnya diambil dan diaplikasikan sebagai

satu bahasa perantaraan dalam usaha menyampaikan sesuatu pengajaran kepada sesiapa

sahaja yang mendengar dan menghayatinya.

1
Gaya dan ragam bahasanya adalah bersifat mengajar iaitu tidak terlalu formal dan tak

peribadian.Tujuannya adalah untuk mengajar umat Islam mengenai peraturan-peraturan

agama yang terkandung dalam konsep Tauhid dan Fiqah.Secara telitinya, konsep khutbah

meletakkan situasi berkumpul di masjid adalah satu nilai mulia.

Khutbah dianggap berjaya ataupun kurang berjaya adalah bergantung kepada isi dan

cara penyampaiannya. Khutbah yang berjaya dan cemerlang adalah khutbah yang menusuk

hati jemaah yang mendengar.Cara penyampaian dan pemilihan kata adalah isu bahasa yang

sering dititikberatkan. Para muslimin akan memperolehi ilmu baharu, pengajaran baru serta

peringatan yang baru serta turut berjaya memotivasikan diri apabila berada dalam himpunan

jemaah yang berada dalam situasi khutbah yang harmoni. Pengisian yang terdapat dalam

khutbah mampu diaplikasikan bukan sahaja kepada pendengar di dalam kawasan sekitarnya

malah turut merebak sehingga pada keseluruhan isi rumah dan ianya terus berpanjangan.

Khutbah turut berperanan sebagai medium untuk memartabatkan bahasa

Melayu.Peringatan, nasihat, isu semasa juga mengenai ilmu pengetahuan berkaitan Islam

dapat disebarluas seiring dengan perkembangan bahasa Melayu.Dakwah secara lisan ini

tergolong dalam lingkungan ceramah dan syarahan yang juga merupakan sebahagian daripada

medium komunikasi perhubungan antara manusia. Gaya bahasa khutbah dikaitkan dengan

intonasi khatib sama ada sekadar mengaplikasikan bacaan secara biasa ataupun mencipta

kejutan luarbiasa. Penyampaian khatib pada sisi ini dilihat satu medium terpenting kerana

mampu menyerlahkan sesi penghayatan yang menarik kepada jemaah pendengar.

Tempoh bacaan selama 15 minit itu perlu diisi selengkapnya walaupun ianya

ringkas.Jemaah yang terdiri daripada pelbagai latar kehidupan dan pekerjaan ini hadir dengan

membawa pelbagai ragam dan imej konsepsi diri masing-masing.Kesimpulannya, mesej yang

disampaikan dalam sesebuah bacaan khutbah umpama air yang mengalir bagi pendengar yang

2
dahagakan ilmu dan umpama bantal melelapkan mata bagi mereka yang kurang berminat.

Pengisian, gaya bahasa dan lenggok khatib adalah unsur terpenting dalam sesi pembacaan

sesebuah khutbah.

Pengertian dan konsep semantik

Semantik ialah satu bidang dalam kajian linguistic yang mengkaji makna. Asal

perkataan semantik ialah melalui bahasa Greek iaitu sema yang beerti tanda(sign).

Seterusnya, perkaatan itu telah menerbitkan kata semaine yang bermaksud beerti dan

daripada perkataan inilah tercetusnya istilah semantik yang menamai satu bidang ilmu yang

mengkaji atau menganalisis makna. Istilah semantics pada mulanya tidak pernah digunakan

sehinggalah terdapat satu pembentangan kertas kerja di American Philogical Society

(Persatuan Filologi Amerika) pada tahun 1894. Melalui pembentangan kertas kerja tersebut,

dapat dirungkaikan bahawa M.Breal telah mencipta perkataan semantiquedalam bahasa

Perancis tetapi istilah tersebut tidak hanya digunakan untuk menerangkan mengenai makna,

tetapi juga mengenai tahap perkembangannya.

Setiap perbezaan bahasa memberi perbezaan antara sesuatu konsep dengan caranya.

Melalui bahasa, kita boleh mengungkapkan pendapat, emosi, fikiran, keperibadian manusia,

pendapat dan perlakuan. Manakala, semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman

1433 ditakrifkan sebagai satu kajian mengenai makna perkataan dan penambahan makna

sesuatu kata. Makna akan terhasil melalui kata kerana ianya merupakan satu unit ujaran yang

bebas. Definisi semantik dari sudut istilah pula ialah penting atau beerti.

J.W.M Verhar (1996) menyatakan bahawa semantik ialah satu cabang linguistik yang

akan membahas tentang erti dan makna. Semantik juga merupakan bidang pengkajian

linguistik yang objek pengkajiannya adalah mengenai makna bahasa (Abdul Chaer, 1994).

3
Secara totalnya, semantik ialah ilmu mengenai erti atau perubahan erti sesuatu perkataan.

Kajian ini adalah mengenai lambang-lambang atau tanda yang mengungkapkan makna,

hubungan yang berlaku antara makna dengan makna juga pengaruh sesuatu makna kepada

sesebuah kumpulan masyarakat.

Abdullah Hassan(1989:1) telah mentakrifkan semantik sebagai istilah yang merujuk

kepada kajian makna dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka

semantik menjadi sebahagian daripada linguistik. Semantik bertindak sebagai komponen atau

salah satu peringkatdalam linguistik sehingga dilihat sama tarafnya dengan fonetik dan

tatabahasa. Ahli linguistik secara keseluruhannya mengakui dan menerima secara eksplisit

dan implisit dalam model linguistik bahawa semantik terletak pada satu hujung kajian, fonetik

di hujung yang lain manakala tatabahasa lebih selesa berada di pertengahan.

Akhirnya dalam pelbagai pengkajian yang dijalankan, penggunaan istilah perlu dilihat

secara umum iaitu dilihat melalui kerangka akademik dan semantik kerana semantik adalah

pengkajian bahasa secara saintifik dan sebahagian daripada linguistik.Kajian saintifik perlu

bersifat empiris kerana kajian itu mestilah boleh menggunakan cara-cara tertentu, menguji

dan memverifikasikan pernyataan-pernyataan yang dibuat dalam kajian tersebut.

Kesimpulannya, pengertian semantik adalah melibatkan cara kita menghubungkan bahasa

dengan pengalaman kita, dan dengan ini kita akan mengatakan bahawa rujukan itu merupakan

unsur mustahak bagi semantik.(Abdullah Hassan 1989:33)

Menurut Ullmann (1962:15), semantik mempunyai dua pengertian iaitu yang

pertamanya ialah bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan ungkapan dan

juga struktur makna sesuatu peraturan. Keduanya ialah satu sistem dan penyelidikan makna

sesuatu bahasa. Kenyataan Pei dan Gaynor (1980:193) dibawah ini adalah berkait rapat

dengan pernyataan diatas yang menerangkan makna sesuatu bahasa.

4
Science dealing with the relation between referents and referends-linguistics symbol
(word, expressions, phrase) and objects or concepts to which they refer-and with the
history and changes in the meaning of words.

Taringan (1985:8) telah menggolongkan semantik kepada dua iaitu makna luas dan

makna sempit kerana meletakkan semantik sebagai satu bidang linguistik. Makna luas

termasuklah sintaksis yang mengkaji ayat, semantik yang mengkaji makna dan pragmatik

yang mengkaji perlakuan linguistik. Manakala, makna sempit termasuklah teori referensi dan

teori makna. Keadaan ini menurut Nor Hashimah Jalaludin (1992:1) yang memetik

pandangan Sperber dan Wilson (1980), bahawa pengkajian makna pada peringkat semantik

belum dapat memberikan makna sepenuhnya sebagaimana yang dihajati oleh penutur.

Pengkajian makna harus menekankan pengkajian ilmu pragmatik iaitu ilmu

penginterpretasian makna melalui penglibatan faktor linguistik dan bukan linguistik yang

membantu dalam pengkajian makna.

Konsep semantik menurut Choamsky ialah makna ayat yang ditentukan oleh struktur

permukaan dan konteks ayat yang digunakan.Ferdinand de Saussure pula berpendapat

semantik ialah bahasa yang diungkapkan untuk menyampaikan makna.Namun, berlaku

kelainan pendapat dalam pernyataan M.Breal yang mengatakan bahasa semantik bukan hanya

merujuk kepada makna tetapi juga merujuk kepada perkembangannya yang disebut

semantik sejarah. Jelaslah disini pelbagai pengertian yang boleh diteliti dan diterima

melalui maksud dan definisi semantik namun apa yang pasti ia adalah berkaitan dengan

makna dan bahasa yang teliti.Aspek donotasi, konotasi, konteks makna, bentuk makna,

konsep makna, perubahan makna semuanya termasuk dalam kajian semantik.

Konsep semantik meletakkan pandangan perhubungan yang selaras antara benda

secara langsung antara kata dan benda. Pentafsiran pandangan yang lebih berkualiti dapat

5
dipercayai apabila dilihat dalam keadaan imbasan sekali mengenai perhubungan antara kata

dan benda melalui konsep perbandingan. Teori mengenai Tanda oleh De Saussure dan teori

Segi tiga semiotik oleh Ogden dan Richards adalah versi paling dikenali ramai mengenai

konsep semantik. Pandangan ini kukuh pada sifat asasnya, diteliti dan dikuasai oleh ahli

bahasa dan falsafah sejak dahulu sehinggalah kini.

Menurut De Saussure (1923) lambang linguistik mempunyai penanda dan petanda.

Hal ini lebih khusus dan merupakan satu imej bunyi dan suatu konsep. Sebuah perhubungan

akan berlaku di antara penanda dan petanda dalam satu ikatan Asosiatif psikologis. Satu

entiti konseptual akan bertindak sebagai satu medium dalam menekankan peranan bunyi-

bunyi yang dihasilkan dan benda-benda yang diperkatakan di dunia ini.

Odgen dan Richards (1923 [1949: 11]) pula meletakkan simbol sebagai satu perkara

wajib dalam dunia linguistik termasuklah kata dan ayat. Manakala perujuk pula ialah

bendanya sementara fikiran dan rujukan berperanan sebagai konsepnya. Teori yang

ditekankan oleh mereka ini dilihat tidak punya hubungan langsung antara simbol dan perujuk

iaitu bahasa dan dunia.

Walaupun tradisi falsafah dalam dunia Inggeris banyak dipengaruhi oleh kebanyakan

ahli empirisis, terdapat ramai juga ahli linguistik yang menerima pandangan makna ahli

konseptualis. (Abdullah Hassan, 1989:30) Mentalisme baru yang dibuka dan dimulakan

tersebut turut menggendong satu tuntutan penting bahawa intuisi dan introspeksi berperanan

penting dalam sesebuah penyelidikan bahasa. Hal ini membuka mata para pengkaji linguistik

untuk melihat erti makna dalam corak berlainan iaitu penggunaan entiti-entiti yang dikenali

sebagai konsep. Kita mudah dipesongkan dengan kata kerja have yang bermaksud ada dan

adalah, tetapi kenyataanya makna ialah sebuah kata nama bagi mencari sesuatu yang

merupakan makna.

6
Perkembangan ilmu semantik

Peringkat pertama: Semantik Struktural

Semantik struktural ialah perkembangan semantik pada peringkat yang pertama.

Semantik struktural adalah salah satu daripada komponen tatabahasa yang menguntukkan

mengenai representasi semantik kepada ayat. Golongan yang menganalisis semantik pada

peringkat ini mengekalkan tradisi ahli struktural. Tugas mereka adalah untuk mengkaji fitur

distingtif yang dapat disebarluaskan bagi seluruh perbendaharaan kata seperti mengalisis ilmu

fonologi.Fitur distingtif adalah dengan melihat hubungan antara fitur. Jika /b,d,g/ mempunyai

fitur [ + suara ] maka /p,t,k/ mempunyai fitur [ - suara ].Terdapat fitur distingtif dalam setiap

perkataan bagi tujuan membuktikan fitur khasnya dengan hubungan antara fitur tersebut.

Contohnya :

- Teruna [ + lelaki ]
- Gadis [ - lelaki ]

Perkembangan ilmu semantik pada peringkat ini memperlihatkan terdapat interpretasi

yang serupa berbentuk sinonim seperti teruna dan bujang. Manakala terdapat juga

interpretasi yang tidak serupa dan membentuk lawan kepada sinonim iaitu antonim seperti

perempuan dan lelaki [+/- lelaki]. Semantik pada peringkat pertama ini telah mengenepikan

makna pada peringkat ayat kerana dalam penganalisisan representasi fonetik walaupun ayat

yang dikaji tetapi hanya perkataan sahaja yang memberikan makna.

Peringkat ini telah menjelaskan bahawa pengkaji membuat andaian fitur semantik bagi

sesuatu perkataan dalam sesuatu ayat dapat digabung untuk mendapatkan makna keseluruhan

ayat tetapi barisan ayat itu perlu serupa. Jika perkataan yang sama disusun mengikut aturan

yang tidak serupa, maka makna yang akan dihasilkan akan berbeza. Contohnya:

- Kucing mengejar tikus.

7
- Tikus mengejar kucing.

Semantik pada peringkat ini gagal kerana tidak dapat berdiri dengan sendirinya. Katz

cuba untuk memberikan makna bagi keseluruhan ayat contohnya:

- Seorang perempuan membunuh seorang lelaki


- [ x dewasa ] [ x menyebabkan ] [ y teruna ]
- [ x manusia ] [ y menjadi ] [ y dewasa ]
- [ x wanita ] [ y tidak bernyawa] [ y manusia ]

Katz menyatakan peringkat semantik ini gagal kerana terhenti setakat menyenaraikan

bentuk makna ayat berdasarkan kata demi kata. Selain itu, mengenepikan hubungan struktur

dalaman dan luaran bagi ayat serta gagal memberikan penjelasan untuk menerangkan yang

manakah sepatutnya menjadi ukuran bagi membentuk representasi semantik.Secara

keseluruhannya, Katz Semantic Theory (1972) dilihat gagal untuk memberikan penjelasan

lanjut bagi ayat dan menjadi penyebab timbulnya semantik peringkat kedua.

2- Peringkat kedua: Semantik Interpretif dan generatif

Semantik pada peringkat ini bertindak sebagai satu komponen tatabahasa yang

menguntukkan bentuk-bentuk logik kepada ayat. Semantik Interpretif dan generatif ini

melibatkan ilmu logik dengan menggunakan perkataan kalkulus. Ahli logik menyatakan

bahawa mereka mempunyai sistem logik serupa bahasa bagi memberikan representasi

semantik dengan menggunakan predikat kalkulus (predicate calculus).Di sini dinyatakan

hubungan antara struktur sintaksis dengan stuktur semantik yang bertindak sebagai jalinan

antara struktur sintaksis dengan kandungan leksikal pada ayat tersebut.

Pada peringkat ini juga menunjukkan bahawa ciri-ciri semantik dan hubungan antara

ayat adalah hasil perkongsian antara dua perkara iaitu rumus yang menterjemah bahasa

8
semula jadi kepada bentuk logik dan rumus inferens logik yang menghubungkaitkan antara

bentuk logik dengan bentuk logik yang lain. Ahli logik lebih menjurus kepada penggunaan

rumus logik yang dilambang oleh P dan Q kerana lambang ini hanyalah sekadar arbitrari atau

sewenang-wenangnya sahaja. Tujuannya adalah untuk membuktikan bahawa makna sesuatu

ayat dapat dijelaskan dengan mudah dan ringkas. Contohnya :

P Q
- a. Kalau Lina mendapat biasiswa Lina dapat meneruskan pengajiannya di
Universiti (cadangan argumen/premis)
- b. Kalau Lina mendapat biasiswa (inferens)
- c. Lina meneruskan pengajianna di universiti (bentuk logik P dan Q)

Semantik pada peringkat ini turut gagal kerana terlalu mementingkan aspek sintaksis

dan tidak dapat menunjukkan hubungan yang sinonim. Contohnya:

- Ali teruna.
- Remaja/Lelaki/Manusia/Belum berkahwin = Ali
- Ali belum kahwin
- Belum kahwin (Ali) & Remaja (Ali) & Lelaki (Ali) & Manusia (Ali)

Analisis semantik pada peringkat ini gagal untuk menunjukkan bagaimanakah contoh

ayat serta bentuk logik harus berinteraksi bagi membuktikan bahawa ayat itu adalah sinonim.

Maka, terhasilnya semantik peringkat tiga iaitu semantik syarat benar.

Peringkat ketiga: Semantik syarat benar

Semantik pada peringkat ini dikenali sebagai semantik formal iaitu syarat benar (truth

condition). Ahli semantik pada peringkat ini ialah Kempson, Fodor, Sperber dan Wilson.

Semantik syarat benar diletakkan sebagai salah satu komponen tatabahasa yang

memperuntukan interpretasi semantik kepada ayat bagi mendapatkan syarat-benar sesuatu

9
ayat. Tujuan diperlakukan sebegini adalah untuk membezakan argumen yang sah daripada

yang tidak sah seterusnya memastikan bahawa kesimpulan dapat dihasilkan melalui cadangan

yang benar sahaja. Maka, premis dan kesimpulan haruslah benar iaitu:

- A adalah benar jika dan hanya jika P


- S is true if and only if P- Kompson (1982:26)

Formula ini dilihat bersesuaian untuk ayat seperti:

1- Rumput itu hijau jika hanya jika rumput itu hijau.


- Ayat ini tidak menerangkan peranan konteks dalam usaha menginterpretasikan

makna dan bagi ahli logik formula, ini bertujuan untuk membezakan antara sah

ataupun tidak argumennya. Maka, cadangan yang benar sahaja dapat menghasilkan

satu kesimpulan sebenar. Bentuk logik dan rumus inferens tidak dapat ditentukan

oleh kita dalam usaha untuk memastikan kesahihan argumen dan yang diperlukan

hanyalah alat yang menjadi penghubung-kait antara interpretasi semantik dan

syarat benar.

Semantik syarat benar ini mempunyai kelemahannya iaitu tidak dapat menerangkan

kebenaran dan ketidakbenaran ayat bukan penyata. Ini dilihat dalam contoh ayat seperti

berikut:

- Ayat sindiran Cantiknya muka.


- Ayat Interagotif Di mana kamu menghilang?
- Ayat seruan Wah, besarnya istana kau?
- Ayat Imperatif Pergi mandi sekarang.

Semantik Syarat Benar dilihat silap dalam usaha meramalkan semua kebenaran adalah

satu sinonim. Contohnya seperti dalam ayat:

a. Semua orang kaya tinggal di bandar.


b. Semua orang bandar ialah kaya.

10
Grice iaitu salah seorang ahli pragmatik berpendapat implikatur konvensional seperti

dan, tetapi, jika, atau dan perkataan lain mempunyai makna yang tersendiri tetapi

tidak mempunyai syarat benar. Oleh itu, perkataan tersebut termasuk dalam semantik

linguistik dan bukannya semantik syarat benar. Semantik linguistik lebih mencadangkan

makna pada peringkat nahu berdasarkan logik, manakala semantik syarat benar

membincangkan makna dengan memasukkan unsur pragmatik di dalamnya. Namun, ahli

pragmatik mendapati terdapat semantik syarat benar yang serupa dalam ayat ini:

a. Ali hadir dan saya berasa gembira.


b. Ali hadir tetapi saya berasa sedih.

Ayat di atas dilihat tidak dapat dijelaskan kerana perkataan yang hadir mempunyai

makna tetapi tidak mempunyai syarat benar. Dalam semantik syarat benar ini juga, tidak ada

ketentuan kerana makna yang diberikan dilihat mempunyai kekaburan. Maka, syarat ini gagal.

Contohnya dalam ayat:

Penentu cawan dengan gelas.

Pemisah antara kaya dengan miskin.

Ayat di atas adakalanya kita melihat ada objek berbentuk cawan tetapi tingginya

menyerupai gelas. Maka, masalah yang timbul adalah dimanakah harus objek ini kita

masukkan, sama ada dalam lingkungan kategori cawan mahupun gelas (Sperber & Wilson,

1985/86; 25). Kegagalan dalam menerangkan kekaburan yang wujud menyebabkan teori

semantik syarat-benar ini gagal seterusnya mewujudkan teori semantik syarat penuh iaitu

peringkat semantik yang keempat.

Peringkat empat : Semantik Sistem Penuh

11
Speeber dan Wilson menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan idea yang

dilampirkan oleh golongan semantik syarat benar dalam memberikan makna sebenar bagi

sesuatu ayat atau ujaran. Contohnya dalam argumen mereka berdua dengan memberikan

seberkas ayat.

- i) Saya berasa gembira.


- ii) Ali membeli ketam.
- iii) Dia juga.

Ketiga-tiga ayat di atas tidak dapat menjelaskan syarat-benarnya tanpa sebarang

maklumat tambahan. Ayat satu memerlukan maklumat seperti waktu ujaran dan siapakah

saya, sementara dalam ayat dua selain daripada waktu ujaran, memerlukan kita untuk berfikir

siapa Ali dan ketam apakah yang dimaksudkan. Manakala dalam ayat ketiga kita memerlukan

maklumat tentang waktu ujaran, siapakah dia dan frasa kerja yang diperlukan. Maklumat

sedemikian tidak dapat diberikan oleh nahu generatif. Jelaslah di sini, semantik syarat-benar

hanya boleh diterapkan pada ayat dan bukannya pada ujaran. Ini semua hanya boleh

diselesaikan melalui pragmatik dan bukannya semantik (Nor Hashimah Jalaluddin 1992:17).

Model Semantik Sistem Penuh.

a. Saya gembira (bentuk logik)


- ............. gembira pada .................
- [penutur] [waktu ujaran]
b. Ali ............... membeli ............... ketam (bentuk logik)
[individu bernama Ali] sejenis alat/makanan laut
c. Saya ................. juga (bentuk)
[seseorang individu ciri-cirinya]

Kesimpulannya, jika kita masih kekal dengan sistem semantik pada peringkat satu, dua

dan tiga yang menyatakan hanya ayat bahasa semula jadi yang menjadi syarat-benar, maka

sukar untuk melihat syarat-benar dengan pengertian yang diperoleh melalui persepsi (Nor

Hashimah Jalaluddin, 1992:21). Ilmu semantik dan pragmatik perlu dihubungkaitkan bagi

12
memperoleh makna yang sempurna sehingga mampu memberikan alternatif lain kepada teori

terdahulu.

Persembahan Isi Tugasan

Teori yang akan digunakan dalam kajian ini ialah Teori Logik Simbolik.

Teori ini dikenali juga sebagai analisis logik atau analisis Linguistik. Teori logik simbolik

ialah kajian yang menghuraikan bukan sahaja perkataan tetapi pada ayat dan perlakuan

manusia sebagai reaksi kepada tanggapan yang diterima oleh mereka mengenai sesuatu

perkataan. Teori Logik Simbolik juga mengandungi tiga bahagian kajian iaitu kajian

semantik, sintaktik dan pragmatik.

Semantik ialah kajian yang berhubungan simbol dengan rujukan atau hubungan antara

perkataan dengan benda. Semantik juga adalah rujukan dengan benda iaitu kumpulan benda-

benda yang terdapat persamaan. Untuk melakukan asas penilaian dan jangkaan proses

pergolongan perlu dibuat antaranya melalui pembahagian, iaitu membezakan sifat am sesuatu

benda atau perkara.

13
Sintaktik pula ialah kajian hubungan antara perkataan dengan perkataan lain yang boleh

menentukan makna. Kajian ini menggunakan konteks yang lebih besar dalam ayat atau

frasa dan makna yang didapati kabur boleh dijelaskan dalam kajian sintaktik ini.

Contohnya unsur orang dan kecil, unsur ini menghasilkan dua makna yang berbeza iaitu

orang yang badannya bersaiz kecil dan berpangkat rendah. Perbezaan makna antara keduanya

ialah tidak semua orang kaya itu kaya.

Pragmatik adalah kajian hubungan antara simbol dengan perkataan dan perlakuan yang

ditonjolkan oleh seseorang sebagai reaksi kepada perkataan yang ditonjolkan. Reaksi yang

diterima bergantung kepada tanggapan seseorang. Kelebihan pragmatik ialah dapat

menghuraikan makna yang berkesan kerana turut pertimbangkan ciri-ciri dan suasana iaitu

konteks dan perlakuan yang hadir seiring dengan sesuatu ujaran. Kehadiran konteks dapat

menentukan makna bagi sesuatu ujaran.

Teks khutbah yang digunakan dalam pengkajian ini bertajuk Pengamal Rasuah

Pengkhianat Negara bertarikh 9 April 2010. Aspek khutbah yang menggunakan Teori

Logik Simbolik adalah seperti berikut:

1. Rasuah adalah perbuatan jenayah yang telah menular dan menjadi darah daging

dalam kehidupan masyarakat manusia di semua tempat.

Semantik

Darah daging

i. Anak kandung
ii. Kaum kerabat sendiri

Sintaktik

i. Anak kandung

14
Contoh ayat: Dia memang darah daging ibu saya.
ii. Kaum kerabat sendiri
Contoh ayat: Darah daging Abu ramai yang berada di Tanah Acheh.

Pragmatik

Contoh ayat dalam petikan khutbah ini membawa maksud Serapan atau sebati

dalam diri.

2. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa melampaui batas.
Semantik
Batas
i. Garis pinggir sesuatu bidang
ii. Permatang
iii. Had atau paras sesuatu yang paling tinggi, matlamat dan ketentuan.
iv. Hingga atau sampai

Sintaktik

i. Garis pinggir sesuatu bidang.


Contoh ayat: Kita sebagai seorang wanita perlu menjaga batas dalam

pergaulan.
ii. Permatang
Contoh ayat: Hanya satu jenis pokok buah-buahan yang boleh ditanam di batas

ini.
iii. Had atau paras sesuatu yang paling hampir
Contoh ayat: Pekerjaan yang diamanahkan menepati batas kebolehannya.
iv. Hingga, sampai
Contoh ayat: Dari batas kaki hingga ke tumit.

Pragmatik

Contoh ayat dalam petikan khutbah ini membawa maksud had atau paras.

3. Punca-punca menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau bersifat tamak

haloba.
Semantik
Bernafsu besar
i. Keinginan yang keras
ii. Kehendak hati

15
iii. Keinginan untuk makan, berselera

Sintaktik

i. Keinginan yang keras


Contoh ayat: Dia bertindak kasar kerana menurut nafsu besarnya semata-

mata.
ii. Kehendak hati
Contoh ayat: Janganlah membuat keputusan mengikut nafsu sehingga

mengenepikan kehendak ibu bapa.


iii. Keinginan untuk makan, berselera
Contoh ayat: Akibat stress, Lina bernafsu besar untuk menikmati juadah

tengahari nya.

Pragmatik

Contoh ayat dalam petikan khutbah ini membawa maksud keinginan yang keras.

4. ...kecuali jika mereka berpegang kepada tali daripada Allah swt (agama Allah) dan

tali daripada manusia (berpegang kepada janji manusia.


Semantik
Tali
i. Serat yang dipintal panjang-panjang
ii. Benda yang halus panjang-panjang untuk mengikat sesuatu.

Sintaktik

i. Serat yang dipintal panjang-panjang.


Contoh ayat: Akar pokok itu dijadikan tali untuk bergayut.
ii. Benda yang halus panjang-panjang untu mengikat sesuatu.
Contoh ayat: Bungkusan itu diikat dengan tali yang kuat dan tebal.

Pragmatik

Contoh ayat dalam petikan khutbah ini membawa maksud perkara atau pekerjaan yang

mengikat sesuatu ataupun amanah.

16
5. Kadar celik huruf dan celik akal di kalangan rakyat negara ini semakin tinggi dan

dapat membuat penilaian dengan waras tentang isu-isu rasuah di negara ini.
Semantik
Waras
i. Sihat, sembuh (jasmani)
ii. Sihat rohani (mental, ingatan)
iii. Berdasarkan taakulan (bukan pertimbangan atau fikiran yang wajar)

Sintaktik

i. Sihat, sembuh (jasmani)


Contoh ayat: Dia tidak hadir kuliah hari ini kerana badannya kurang waras.
ii. Sihat rohani (mental, ingatan)
Contoh ayat: Dia mengalami tekanan mental sehingga ditahan di Hospital

Bahagia.
iii. Berdasarkan taakulan (bukan pertimbangan atau fikiran yang wajar)
Contoh ayat: Keputusan itu dibuat setelah mendapat kata sepakat yang waras.

Pragmatik

Contoh ayat dalam petikan khutbah ini membawa maksud berdasarkan taakulan (bukan

pertimbangan atau fikiran yang wajar.

6. Mereka ditimpakan kehinaan di mana sahaja mereka berada....


Semantik
Ditimpa
i. Bertindih-tindih atau bersusun-susun banyak-banyak
ii. Berturut-turut datangnya

Sintaktik

i. Bertindih-tindih atau bersusun-susun banyak-banyak


Contoh ayat: Barang yang berat jatuh bertimpa di atas kepalanya.
ii. Berturut-turut datangnya
Contoh ayat: Penyakit datang bertimpa dalam kehidupan beliau.

Pragmatik

17
Contoh ayat dalam petikan khutbah ini membawa maksud berturut-turut datangnya.

7. Perbuatan rasuah meningkatkan penganiyaan dan pencabulan terhadap Hak Asasi

Manusia...
Semantik
Pencabulan
i. Perbuatan mencabul kehormatan wanita
ii. Perihal mencabuli kedaulatan negara.

Sintaktik

i. Perbuatan mencabul kehormatan wanita


Contoh ayat: Lelaki bertopengkan manusia itu telah dihukum kerana

tindakannya atas pencabulan terhadap seorang kanak-kanak perempuan bawah

umur.
ii. Perihal mencabuli kedaulatan negara
Contoh ayat : Kes pencabulan Hak Asasi Manusia oleh seorang kakitangan

kerajaan akan dibahaskan awal minggu hadapan di mahkamah.

Pragmatik

Contoh ayat dalam petikan khutbah ini membawa maksudperihal mencabuli


kedaulatan
negara.

8. Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur kepada ayat-ayat Allah dan

mereka membunuh nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar.


Semantik
membunuh
i. Mematikan, menghilangkan nyawa
ii. Memadamkan (api, tulisan dll), menghapuskan (sesuatu), meluputkan
iii. Menutup (menampal di tempat yang bocor)

Sintaktik

i. Mematikan, menghilangkan nyawa

18
Contoh ayat: Beliau telah didapati bersalah kerana kesalahan membunuh adik

kandungnya sendiri.
ii. Memadamkan (api, tulisan dll), menghapuskan (sesuatu), meluputkan
Contoh ayat: Api dilihat telah membunuh hampir keseluruhan bahagian

rumah.
iii. Menutup (menampal di tempat yang bocor)
Contoh ayat: Ayah membunuh lubang yang bocor di bawah sinki itu dengan

menggunakan simen.

Pragmatik

Contoh ayat dalam petikan khutbah ini membawa maksud Menghapuskan sesuatu
atau meluputkan

9. Oleh itu, mimbar pada kali ini menyeru semua pihak sama-sama berusaha untuk

memerangi jenayah rasuah dalam negara kita...


Semantik
Mimbar
i. Pentas atau panggung di dalam masjid tempat berkhutbah
ii. Ruangan dalam surat khabar iaitu tempat melahirkan fikiran atau pendapat

Sintaktik

i. Pentas atau panggung di dalam masjid tempat berkhutbah


Contoh ayat: Khatib akan berada di atas mimbar ketika menyampaikan

khutbah kepada para jemaah.


ii. Ruangan dalam surat khabar iaitu tempat melahirkan fikiran atau pendapat
Contoh ayat: Masyarakat yang tidak berpuas hati mengenai sistem pengurusan

negara boleh meluahkan pendapat di ruangan mimbar surat khabar Harian

Metro.

Pragmatik

Contoh ayat dalam petikan khutbah ini membawa maksud pentas atau panggung di
dalam masjid tempat berkhutbah.

19
10. Semua pihak harus sama-sama berusaha untuk memerangi jenayah rasuah dalam

negara secara serius...


Semantik
Memerangi
i. Berperang menggunakan senjata
ii. Melawan, membasmi, menghapuskan

Sintaktik

i. Berperang
Contoh ayat: Encik Hassan adalah seorang wira negara yang bermati-matian

berjuang memerangi pergerakan kemasukan Jepun ke tanah Melayu.


ii. Melawan, membasmi, menghapuskan
Contoh ayat: Beliau adalah seorang pejuang bebas yang sedaya upaya

berusaha memerangi jenayah siber yang berlaku di dalam negara ini.

Pragmatik

Contoh ayat dalam petikan khutbah ini membawa maksud melawan, membasmi dan
menghapuskan.

Implikasi

20
1. Bersifat nasihat dan pengajaran
Melalui hasil penelitian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa bahasa yang

terdapat dalam khutbah mengandungi unsur-unsur yang berunsurkan nasihat dan

pengajaran. Bahasa khutbah ini menerapkan penggunaan ayat-ayat dari kalam Allah

swt, iaitu Al-Quran berserta penerapan hadis. Selain itu, unsur nasihat dan pengajaran

boleh dilihat daripada penceritaan mengenai cerita-cerita para nabi dan sahabat-

sahabatnya. Nasihat dan pengajaran yang disampaikan bukan hanya terdorong kepada

para jemaah sahaja malah mampu merebak ke seluruh isi rumah.

2. Bersifat terbuka
Melalui pengkajian yang dilaksanakan, pengkaji mendapati bahawa bahasa dalam

khutbah tidak terlalu formal dengan terdapatnya penggunaan kata ganti nama diri

kita dan anda. Penggunaan unsur ini lebih mendekatkan hati khatib dan juga

jemaah yang menyertainya. Maka, penyampaian bahasa dan aspek semantiknya dilihat

mudah menyerap ke dalam hati nurani pendengar tanpa halangan-halangan seperti

masalah pemahaman makna sesuatu perkataan yang disampaikan. Bahasa yang

digunakan kelihatan mudah dan jelas sekaligus memberi kesimpulan bahawa gerakan

atau tindakbalas pendengar terhadap perkara yang dituturkan berjalan dengan lancar.

Teori Logik Simbolik yang digunakan dalam penghasilan kajian ini adalah teori yang

terbaik kerana apabila dilihat dari sudut pragmatiknya, pengkaji boleh mengetahui

tindak balas atau rangsangan apakah yang dihadapi pendengar selepas mendengar

bacaan khutbah tersebut.

Kesimpulan

Penelitian berkualiti berkaitan aspek semantik dalam khutbah dengan penggunaan

Teori Logik Simbolik, pengkaji dapat menjelaskan bahawa khutbah ini bersifat lebih kepada

21
usaha untuk mengajar dan memperbaiki diri. Bahasa yang digunakan dalam konteks ini lebih

berdisiplin, sistematik dan terdapat unsur-unsur penghormatan. Bahasa khutbah juga lebih

memberatkan kepada gambaran sesuatu dalam minda pendengar, reaksi akibat rangsangan

yang didengar termasuk juga mengenai perlakuan seseorang. Teori Logik Simbolik yang

digunakan mampu menjelaskan mengenai aspek semantik dalam khutbah ini kerana teori ini

berorientasikan perlakuan manusia yang bertindak sebagai reaksi kepada tanggapan yang

diterima oleh pendengar mengenai sesuatu perkataan.

Walaupun lebih bersifat perhubungan jambatan ilmu, pengisian dalam teks khutbah ini

tidak terlalu formal kerana diselitkan dengan hiburan berunsurkan sindiran dan kiasan.

Pendengar yang menghayati pengisian yang disampaikan mampu menyentap emosi yang

ketinggalan di belakang kerana penggunaan ayat yang diberi penekanan.

Justeru, peranan khatib dan jemaah adalah satu kombinasi hebat dalam menghasilkan

suasana khutbah yang luarbiasa hebat. Hal ini adalah kerana cara penyampaian yang

disampaikan oleh khatib bertindak sebagai satu penyambung khusus kepada telinga, akal dan

fikiran jemaah dalam mentafsirkan maksudnya. Penggunaan gaya bahasa, lenggok dan nada

khatib berperanan besar dalam menyelimuti penghuni yang berada dalam suasana khutbah

tersebut untuk lebih menghargai dan menghayati bait-bait baris yang disampaikan.

Keseluruhannya, unsur semantik yang terdapat dalam khutbah memberi kesan kepada

keberhasilan isi dan idea yang ingin diutarakan.

Bibliografi

F.R Palmer (Abdullah Hassan) (1989). Semantik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Eugene A.Nida (1996). Menerokai Struktur Semantik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

22
Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin (1992). Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lampiran

Pengamal Rasuah Pengkhianat Negara khutbah Jumaat


Posted on April 9, 2010 by Editor
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

23
Saya mengingatkan diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan
keimanan dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wataala dengan melaksanakan segala
suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya di samping berusaha mencari kehidupan
yang diberkati dan diredhai Allah Subhanahu Wataala. Mudah-mudahan kita akan menjadi
insan yang beruntung di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Rasuah adalah perbuatan jenayah yang telah menular dan menjadi darah daging dalam
kehidupan masyarakat manusia di semua tempat. Berdasarkan laporan dalam media cetak dan
elektronik didapati pada kebiasaannya penglibatan rasuah dalam politik, Sektor Perkhidmatan
Awam, swasta dan orang awam meliputi perbuatan meminta, menawar, menerima suapan atau
tuntutan palsu atau menyalahguna jawatan untuk kepentingan diri, keluarga dan puak tertentu.

Rasuah dalam perspektif hukum Islam adalah haram. Ini berdasarkan dalil Al-Quran dan As-
Sunnah. Dalam Al-Quran terdapat ayat yang menggariskan tentang rasuah berdasarkan firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Baqarah ayat 188 :

Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah
dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim
kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal
kamu mengetahui (salahnya) .

Manakala sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oIeh At-Tabrani:

Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka.

Menurut statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pada tahun 2009 sebanyak 500
tangkapan telah dibuat. Apa yang menakutkan dan membimbangkan kita ialah mereka yang
melakukan rasuah sama ada pemberi dan penerima rasuah atau bersyubhat adalah dianggap
sebagai perompak harta rakyat. Berdasarkan pemerhatian kita, besar pangkat seseorang, maka
besarlah peluang untuk merompak harta rakyat dan semakin pintar pula untuk melepaskan diri
dari disabitkan dengan jenayah rasuah. Jika keadaan amalan Jenayah Rasuah ini terus
meningkat, maka amat dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan
keselamatan negara. Persoalan yang sering timbul ialah mengapa amalan najis rasuah ini
kerap berlaku?. Pemberi atau penerima rasuah boleh melambatkan atau boleh mengganggu
urus tadbir sesebuah organisasi dan menafikan hak yang berhak.

24
Berdasarkan pemerhatian, punca-punca menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar
atau bersifat tamak haloba, mengamalkan cara hidup mewah, ingin cepat kaya dan terikut-ikut
dengan gaya rakan sekerja.

Perbuatan rasuah meningkatkan penganiayaan dan pencabulan terhadap Hak Asasi Manusia
sehingga seseorang boleh diaibkan dipenjara dan diseksa, kerana hasil amalan rasuah individu
tertentu atau kumpulan tertentu. Firman Allah dalam surah Al-Buruj ayat 10:

Sesungguhnya orang yang mendatangkan bahaya (seksa, bunuh dan sebagainya) kepada
orang lelaki dan wanita yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan
beroleh azab neraka jahannam dan mereka akan beroleh azab api yang kuat membakar.

Sama ada disedari atau tidak bahawa mereka yang terlibat dengan jenayah ini sebenarnya
mengakibatkan beberapa kesan buruk seperti pembahagian kekayaan negara tertumpu kepada
orang tertentu sahaja, meningkatkan kadar inflasi dan jenayah kezaliman akan berleluasa
dalam masyarakat. Dengan demikian golongan yang paling malang dan rugi ialah golongan
yang berpenat-lelah mencari rezeki halal menggunakan tulang empat kerat seperti para
petani, nelayan, penoreh getah, penarik beca dan kumpulan dhaif yang lain, yang tidak terlibat
secara langsung dengan pengurusan harta negara.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Rasuah adalah perbuatan haram yang boleh mengakibatkan tertolaknya ibadah solat dan
ibadah-ibadah kita yang lain. Alangkah ruginya kita, disebabkan perbuatan rasuah ibadah dan
doa kita menjadi sia-sia, justeru, akan menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah
Subhanahu Wataala. Lebih membimbangkan lagi apabila kita tidak segera membanteras
gejala rasuah, nescaya negara kita akan terdedah dengan pelbagai malapetaka dan bencana
akibah kemurkaan Allah.

Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ali Imran ayat 112:

Mereka ditimpakan kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka
berpegang kepada tali daripada Allah (Agama Allah) dan tali daripada manusia
(berpegang janji dengan manusia); dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan
daripada Allah dan mereka ditimpakan kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka
sentiasa kufur kepada ayat-ayat Allah dan mereka membunuh nabi-nabi dengan tiada alasan
yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa melampaui
batas.

25
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pengamal rasuah sama ada pemberi atau penerima adalah pengkhianat agama dan negara.
Kadar celik huruf dan celik akal di kalangan rakyat negara ini semakin tinggi dan dapat
membuat penilaian dengan waras tentang isu-isu rasuah di negara ini. Sesungguhnya telah
banyak usaha-usaha penambah-baikan sistem penyampaian telah dilaksanakan di negara ini.
Seperti membuat dan memperbaharui pasport, lesen memandu, pembayaran cukai tanah dan
pelbagai kemudahan menggunakan perkhidmatan atas talian (Online). OIeh itu, mimbar pada
kali ini menyeru semua pihak sama-sama berusaha untuk memerangi jenayah rasuah dalam
negara kita secara serius demi melahirkan urus tadbir yang baik dalam perkhidmatan kerajaan
mahu pun swasta. Ini selaras dengan tuntutan syarak dan hasrat kerajaan untuk meningkatkan
keberkesanan Sistem Penyampaian dalam perkhidmatan.

Kesimpulannya:-

1- Pemberi dan penerima rasuah adalah mengkhianati Allah dan Rasul dan akan dibalas
dengan azab yang pedih di akhirat.

2- Pemberi dan penerima rasuah adalah pengkhianat rakyat dan negara.

3- Meruntuhkan Sistem Perkhidmatan, Integriti Perkhidmatan Awam dan Kehakiman


Negara.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, maka mimbar ingin mengingatkan bahawa mereka yang
menolak amalan rasuah adalah manusia hebat dan cemerlang kerana:-

1- Menjamin kesinambungan nasab dan keturunannya kekal dalam keadaan insan yang
beriman dan berintegriti;

2- Meningkatkan martabat dan integriti organisasi serta warga pengurusan.

3- Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin yang berani memerangi


rasuah dan

4- Membuktikan bahawa amalan ibadat-ibadat khusus seperti solat, puasa, berzakat dan
haji yang diamalkan telah berjaya mencegah dirinya terlibat dengan najis rasuah.

Marilah sama-sama kita meningkatkan integriti dan menunaikan amanah dengan penuh
tanggungjawab menghapuskan rasuah. Semoga dengan itu iman kita terus bertambah dan

26
dapat memakmurkan bumi Allah dengan benih-benih kebaikan serta menjadi golongan yang
menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan
(mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang
daripada segala yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang
yang berjaya. (Ali Imran: 104)

KHUTBAH KEDUA
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah
mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah
memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju,
sejahtera dan berkebajikan.
Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami,
kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang
bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi
muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat
seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-
lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
Khutbah Jumaat Bacaan 09 April 2010.

27

Anda mungkin juga menyukai