Anda di halaman 1dari 4

Tarikh : 10.01.

2017 Hari : Selasa Kelas : 4


5.3 TO BE A MILLIONAIRE

MATLAMAT : Dapat menanamkan sikap tidak berputus asa untuk mencapai


kejayaan tanpa mengenepikan nilai nilai murni.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ini peserta akan:


1. Peserta dapat membentuk matlamat dari aspek akademik dan
kehidupan.
2. Menguatkan daya ingatan.
3. Meningkatkan motivasi menuju kejayaan.

BAHAN : Lampiran To Be A Millionaire

MASA : 30 minit.

PESERTA : 15 20 orang setiap kumpulan / semua peserta

TEMPAT : Kelas / Dewan.

KAEDAH PELAKSANAAN

1. Fasilitator mengedarkan lampiran To Be A Millionaire kepada peserta.


2. Fasilitator menerangkan kepada peserta mengenai cara mengisi lampiran aktiviti
ini.

Ruangan semalam:
Lukiskan simbol atau gambar mengenai dirinya yang menggambarkan
kehidupannya yang lepas.

Ruangan hari ini:


Lukiskan simbol atau gambar mengenai dirinya yang menggambarkan
kehidupan sekarang.

Ruangan esok:
Lukiskan simbol atau gambar mengenai kehidupan dirinya 20 tahun akan
datang. Kaitkan dengan cita cita.

3. Peserta yang telah siap terus menghantar kepada fasilitator.


4. Fasilitator memilih beberapa helai lampiran , peserta menerangkan simbol yang
mereka lukis.
5. Jika simbol yang dilukis itu menggambarkan kedukaan , fasilitator hendaklah
membimbing peserta tersebut ke arah positif .
6. Perbincangan diteruskan dengan ruang esok iaitu cita-cita dan impian peserta
serta bagaimana cara -cara untuk mencapainya.
PROSES

RUMUSAN

1. Fasilitator meminta peserta memberi maklum balas tentang cita - cita atau
impian mereka.
2. Perbincangan menekankan impian atau cita-cita yang perlu di capai
peserta hendaklah disertai oleh usaha , rajin dan tekun.
3. Duka semalam bukan bererti untuk duka buat selama-lamanya.
4. Fasilitator menjelaskan bahawa langit tidak selalu cerah dan
mendung bukan bererti akan hujan .

FALSAFAH

Fasilitator membimbing peserta membincangkan falsafah ini ;


1. Tanpa matlamat hidup seperti tiada arah tujuan.
2. Perjalanan hidup ini umpama roda.
3. Rajin dan usaha tangga kejayaan.
4. Berusaha , berdoa dan bertawakkal ( berserah kepada Tuhan ) .
( Lampiran To Be A Millionaire )

Nama

SEMALAM

HARI INI

ESOK

Anda mungkin juga menyukai