Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)

SK KUNAK 1, KUNAK

2012

TEMPAT : SK KUNAK 1, KUNAK

TARIKH : 27 28 APRIL 2012

HARI : JUMAAT DAN SABTU

SASARAN : 30 ORANG AHLI BSMM

GURU TERLIBAT : 1) ENCIK SOHAIMI OMAR

2) ENCIK AHAD BAKILONG

3) ENCIK ASWEN JASNI

4) PUAN MOLLY @ NURUL ATIQAH SOUMIN

5) PUAN CATHERINE SAMPAK

6) PUAN RAMLAH TAHANG

7) PUAN CRISTINA JOHNNY

8) PUAN MERDUWATIE IBRAHIM


1.0 Pendahuluan

Perkhemahan ini adalah salah satu daripada program yang telah dirancang di dalam unit Ko-
Kurikulum SK Kunak 1 dan di dalam unit Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) sendiri.
Perkhemahan ini juga diadakan sebagai menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia
yang mahu melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial.

Perkhemahan ini dirancang untuk diadakan pada 27 sehingga 28 April 2012 bertempat
di kawasan sekolah SK Kunak 1, Kunak.

2.0 Matlamat

Melalui program perkhemahan ini, setiap perserta yang terlibat akan dapat menilai kelemahan
dan kelebihan diri mereka. Program ini juga diharapkan dapat menanam rasa syukur di
kalangan peserta selain menanamkan sikap menghargai masa dan juga alam sekitar. Semoga
dengan pelaksanaan program ini, peserta akan dapat membentuk jatidiri yang utuh dan mampu
untuk menyumbang secara aktif sebagai anggota masyarakat.

3.0 Objektif

Diharapkan perkhemahan ini dapat :

3.1 Memberi peluang kepada para peserta untuk merasai pengalaman berkhemah.
3.2 Melatih para peserta teknik-teknik pertolongan cemas.
3.3 Meningkatkan keberanian dan keyakinan para peserta untuk menghadapi
cabaran hidup.
3.4 Melahirkan para peserta yang boleh melahirkan idea bernas sebagai ahli dalam
satu kumpulan atau organisasi.
3.5 Melatih peserta cara-cara atau teknik perkhemahan yang betul merangkumi
pemilihan kawasan pemasangan dan penjagaan khemah penyediaan bekalan
makanan serta aspek keselamatan diri.
3.6 Membentuk murid yang tahu mensyukuri rahmat yang diberi dan menghargai
masa.
3.7 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.

4.0 Cadangan
4.1 Tarikh yang dicadangkan adalah pada 27 hingga 28 April 2012.
4.2 Dilaksanakan selama 2 hari 1 malam.
4.3 Tentatif program diberikan dalam lampiran 1.

5.0 Implikasi

Program ini melibatkan seramai 30 orang ahli BSMM dari tahun 3, 4 dan 5, SK Kunak 1. Guru
yang terlibat pula adalah seramai 8 orang, iaitu guru-guru penasihat BSMM SK Kunak 1.
Sumber kewangan adalah daripada unit Ko-Kurikulum dan juga sumber guru sendiri. Anggaran
belanjawan diperincikan dalam item perbelanjaan.

6.0 Jawatankuasa Program Perkhemahan Unit BSMM 2012

Ahli Jawatankuasa Induk

Penaung : Puan Sainum Salio (Guru Besar SK Kunak 1)


Penasihat 1 : Encik Mohd. Shukari Ismail (Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Penasihat 2 : Puan Hjh. Mumin Hj. Madia (Guru Penolong Kanan Kurikulum)

Penasihat 3 : Encik Jaafar Ahmad (Guru Penolong Kanan HEM)

Penasihat 4 : Encik Mohd. Idrus Tampak (Guru Penolong Kanan Petang)

Pengerusi : Encik Sohaimi Omar

Timb. Pengerusi : Puan Merduwatie Ibrahim

Penyelaras (Kem Komandan) : Encik Ahad Bakilong

Timb. Penyelaras (Tim. Kem Komandan) : Encik Aswen Jasni

Setiausaha : Puan Cristina Johnny

Timb. Setiausaha : Puan Ramlah Tahang

Bendahari : Puan Molly @ Nurul Atiqah Soumin

Timb. Bendahari : Puan Catherine Sampak

Ahli Jawatankuasa Kerja

Bil Jawatankuasa Bidang Tugas


1 Pendaftaran 1. Mendaftarkan para peserta.
2. Memberikan taklimat ringkas tentang
- Puan Catherine Sampak
- Puan Merduwatie Ibrahim perkhemahan.
2 Adat Istiadat Perkhemahan 1. Membimbing upacara menaikkan bendera.
2. Membimbing nyanyian lagu PBSM dan ikrar
- Encik Sohaimi Omar
PBSM.
3 Gajet dan Khemah 1. Membimbing cara membuat gajet.
2. Membimbing pemasangan khemah.
- Encik Ahad Bakilong
4 Makanan 1. Menyelia penyediaan makanan oleh para
- Puan Ramlah Tahang peserta perkhemahan.
- Puan Catherine Sampak 2. Memastikan kebersihan kawasan dapur
- Puan Merduwatie Ibrahim
perkhemahan.
5 Kawad Kaki 1. Membimbing para peserta dalam kawad kaki.
2. Menyelia para peserta semasa aktiviti kawad
- Puan Molly @ Nurul Atiqah
kaki.
Soumin
6 Pertolongan Cemas 1. Memberi ceramah tentang pertolongan cemas.
2. Menunjuk cara beberapa balutan asas.
- Puan Ramlah Tahang
3. Menyelia para peserta semasa aktiviti
- Puan Molly @ Nurul Atiqah
pertolongan cemas.
Soumin
7 Kembara 1. Menyediakan trek kembara.
2. Memastikan keselamatan trek kembara.
- Puan Cristina Johnny
3. Memastikan keselamatan para peserta semasa
aktiviti kembara.
8 Kebudayaan 1. Membantu para peserta mengembangkan
- Encik Aswen Jasni kreativiti dan semangat berkumpulan.
2. Menyelia para peserta semasa aktiviti kumpulan.

9 Disiplin 1. Memastikan disiplin para peserta sepanjang


- Encik Sohaimi Omar program perkhemahan.
- Encik Ahad Bakilong 2. Memastikan keselamatan para peserta
- Encik Aswen Jasni
sepanjang program perkhemahan.
3. Memastikan para peserta mematuhi peraturan
perkhemahan.
10 Kebersihan 1. Memastikan kebersihan kawasan perkhemahan.
2. Memastikan kawasan sekitar dan keadaan di
- Puan Catherine Sampak
- Puan Ramlah Tahang dalam khemah para peserta teratur dan kemas.
11 Dokumentasi dan Pelaporan 1. Menyediakan surat- menyurat, borang-borang
- Puan Cristina Johnny dan kertas kerja.
- Encik Aswen Jasni 2. Mengambil gambar sepanjang program
perkhemahan.
3. Membuat pelaporan bertulis.
12 Kerohanian 1. Menyelia waktu solat.
2. Memberi tazkirah ringkas untuk meneguhkan
- Encik Ahad Bakilong
peribadi dan kesedaran para peserta.
13 Peralatan dan Teknikal 1. Menyediakan peralatan perkhemahan.
2. Mengawal selia alatan sepanjang program
- Encik Sohaimi Omar
- Encik Ahad Bakilong perkhemahan.
- Encik Aswen Jasni
14 Riadah 1. Membimbing acara senaman pagi bersama para
- Puan Molly@Nurul Atiqah peserta perkhemahan.
Soumin

7.0 Perbelanjaan

Berikut merupakan cadangan perbelanjaan bagi program perkhemahan unit Bulan Sabit Merah
Malaysia (BSMM) peringkat sekolah pada tahun 2012.

Bil Perkara Jumlah (RM)


1 Sijil 30 X RM1.50 = RM45
2 Hadiah 6 X RM10 = RM60
3 Bakul sampah RM5.60
4 Air mineral 5 X RM9.80 = RM49
5 Tong gas RM28
6 Belerang RM5
7 Tali Rafia 2 X RM5 = RM10
Jumlah Besar RM202.60

Disediakan Oleh,

................................................

(CRISTINA JOHNNY)

Setiausaha Program Perkhemahan Unit BSMM 2012


Disemak Oleh,

...................................................

(SOHAIMI OMAR)

Pengerusi Program Perkhemahan Unit BSMM 2012

Disahkan Oleh, Diluluskan Oleh,

.................................................... ..................................................

(EN. MOHD. SHUKARI ISMAIL) (PUAN SAINUM SALIO)

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Guru Besar,

SK Kunak 1, Kunak SK Kunak 1, Kunak

Anda mungkin juga menyukai