Anda di halaman 1dari 6

Tajuk exam

1.. kelebihan dan kekuatan pemerhatian

2. cara analisis data pemerhatian dan temubual

3. ciri-ciri tinjauan

4. kelemahan tinjauan

5. jenis pemerhatian

6. cara melaporkan pemerhatian

7. beza eksperimental dan kuasi eksperimental

8. masalah kuasi eksperimental

9. kajian rintis

10, Bagaimana membuat pemilihan sampel

11. kerangka konseptual

Kajian rintis:

kajian secara kecil-kecilan yang dibuat sebelum kajian sebenar dijalankan.

bertujuan memastikan alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan


yang tinggi.

responden kajian rintis mempunyai ciri-ciri yang setara dengan responden kajian
sebenar.

selepas kajian rintis, alat kajian dimurnikan mengikut maklumat yang dikumpulkan
melalui kajian rintis.

Huraikan fungsi ujian-ujian statistik berikut: Ujian-t, Ujian ANOVA, Ujian Khi
Kuasa Dua, Ujian Korelasi Linear.

a. Ujian-t digunakan untuk membezakan data dua kumpulan subjek bagi suatu
variabel tertentu. Contoh: membezakan kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan dari
segi kemahiran berfikir.

b. Ujian ANOVA - digunakan untuk membezakan data tiga atau lebih daripada tiga
kumpulan subjek bagi suatu variabel tertentu. Contoh: membezakan bangsa A, B, C dan
D dari segi kemahiran berfikir.

c. Ujian Khi Kuasa Dua untuk melihat perhubungan antara dua variabel yang
mempunyai beberapa peringkat dalam setiap variabel tersebut. Contoh: mengenal pasti
hubungan antara jantina (2 peringkat, lelaki dan perempuan) dan tahap kepuasan kerja
(3 peringkat, iaitu puas hati, sederhana puas hati dan tidak puas hati)

d. Ujian Korelasi linear - melihat korelasi antara dua variabel. Contoh: hubungan
antara prestasi dalam mata pelajaran matematik dan kecerdasan IQ.

KAEDAH TINJAUAN

1
Untuk menggambarkan/ menghuraikan keadaan/ masalah/fenomena yang ingin
dikaji. Pengkaji menghurai & menjelaskan mengapa sesuatu berlaku.

Mengumpul data dari satu populasi

Mendapatkan jawapan yang memuaskan atau benar-benar daripada responden.

Sesuai bagi kajian untuk mendapatkan maklumat mengenai sikap, perilaku,


persepsi, faktor-faktor dan pendapat melalui sampel dari populasi.

Bersifat deskriptif

Berbantukan borang soal selidik

JENIS TINJAUAN

1. Tinjauan menerusi mel (surat)

2. Tinjauan menerusi telefon

3. Tinjauan melalui Internet

4. Tinjauan melalui temubual (bersemuka atau tidak).

LANGKAH-LANGKAH DALAM PROJEK TINJAUAN

1. Menetapkan matlamat projek Apakah yang anda hendak pelajari

2. Tentukan sampel anda Siapakah yang akan anda temubual

3. Pilih kaedah temubual Bagaimana anda akan menemubual

4. Bina soal selidik anda Apa anda akan soal

5. Pre-test soal selidik, jika praktikal Uji soalan-soalan

6. Kendali temubual dan masukkan data - Bertanyakan soalan

7. Analisis data Menghasilkan laporan

KAEDAH TINJAUAN

Kaedah Longitudinal Mengkehendaki penyelidik mengkaji secara intensif perkembangan


sesuatu unit sosial bagi tempoh yang lama,

Kaedah Silang (Cross-Sectional) Mengkaji perkembangan unit sosial dengan


menggunakan pelbagai tahap subjek yang berbeza.

ALAT KAJIAN: TINJAUAN

Instrumen yang selalu digunakan dalam kajian tinjauan ialah:.

Soalselidik

Temubual secara individu

Temubual melalui talipon

Pemeriksaan rekod-rekod

Tinjauan berasaskan internet

2
Lain-lain kaedah yang berkaitan

CIRI-CIRI KAJIAN TINJAUAN

kajian menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah


digunakan untuk menyatakan pelbagai jenis soala, isu, masalah pelbagai perspektif,
menghuraikan sikap dan pandangan.
kutipan data yang cepat
- jawapan responden dapat dikumpul secara terus dalam masa yang singkat
- dapat analisis dalam masa yang singkat
penggunaan saiz sampel yang besar
- pengkaji boleh memilih 1 sample daripada populasi
- keputusan digenaralisasikan bagi semua ahli dalam populasi
maklumat dipungut secara terus daripada responden dalam masa singkat
- pengkaji boleh memungut borang soal selidik terus dari responden
Keupayaan Keputusan kajian digenaralisasikan
- Hasil kajian dapat digeneralisasikan kepada populasi dengan cepat dan
berkesan

KELEBIHAN KAEDAH TINJAUAN

Sesuai untuk kaji masalah di lokasi besar

Kosnya sederhana bila diambil kira data yang terkumpul

Jumlah data boleh dikumpulkan dengan agak mudah daripada pelbagai sumber -
primer atau sekunder

Tidak dibatasi sempadan geografi

Kadar respons yang tinggi

Dapat menentukan keadaan responden (sihat/tidak gila)

Responden dapat digalakkan bercakap

KELEMAHAN KAEDAH TINJAUAN

Pemboleh ubah bebas tidak boleh dimanipulasi seperti uji kaji makmal

Perkataan yang tidak sesuai dan kedudukan soalan dalam soal selidik boleh
menyebabkan bias

Responden mungkin tidak sesuai

Sukar mendapat respons khalayak khususnya tinjauan menerusi telefon.

Penemubual boleh mempengaruhi jawapan responden melalui cara soalan


dikemukakan

Sifat penemubual (jantina/umur) dapat mempengaruhi responden

Seorang penemubual yang letih akan mempunyai kemungkinan menipu jawapan

Perlu cari responden (buang masa)

KAEDAH PEMERHATIAN

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk


mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang
ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan

3
temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku
subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan
penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku,
mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.

Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampel-sampelnya


dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya
apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya
mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap
kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan
kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. Sebelum membuat
pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap
pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik,
mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat
mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.

Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemmerhatian iaitu

kategori tingkah laku


Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait
dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif.
Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya
upaya dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain. Sistem pengkodan
kategori tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod
maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan
dengan mudah dan tepat.
unit tingkah laku
Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin
senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah
laku yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian.
paras tafsiran pemerhati
paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat
mengenai tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian
dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan
data yang diperoleh.
generalisasi dan penggunaan
Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah
laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu
sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai
penyelidikan
pensampelan tingkah laku
Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak
mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan.
Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan sama
ada pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa. Persampelan tingkah
laku merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara
pensampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili
masa berlakunya tingkah laku yang diperhati.

Jenis-jenis Pemerhatian

Pemerhatian Peserta
melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang
hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian.
penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.

4
Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri
aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih
sah dan boleh dipercayai.
kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang tersembunyi atau yang
tidak dijangka dapat diperhati di peringkat awal.

Pemerhatian Bukan Peserta

pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian. Tempat


pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati
untuk membuat .pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli
kumpulan atau individu yang diperhati.
Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman
termasuk teropong, kaset, dan kamera video.
Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan
kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen
dan tidak berpura-pura. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan
menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul. Maklumat yang tepat
akan menyumbang pula kepada keputusan yang lebih tepat.

Kebaikan Kaedah Pemerhatian

Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan


tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh
dipercayai.

Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh
menjadi bahan rujukan penting dalam kajian.

Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian


benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti.

Kelemahan Kaedah Pemerhatian

Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan
diteliti.

Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka
diperhati.

Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang


tidak konsisten dan sesuka hati mereka.

Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain
seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.

Cara analisis data pemerhatian

Terdapat dua cara untuk mendapatkan data melalui kaedah pemerhatian iaitu

pemerhatian berstruktur

menggunakan senarai semak pemerhatian.


senarai semak lebih mudah untuk dianalisis dan memberi ruang kepada
penyelidik untuk membuat pemerhatian tanpa bantuan penyelidik lain.
dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus melalui senarai semak yang
disediakan.
lebih mudah menganalisis pemerhatian menggunakan senarai semak jika
dibandingkan apabila menggunakan pemerhatian tidak berstruktur.
5
pemerhatian tidak berstruktur.

menggunakan catatan nota lapangan.


catatan nota lapangan agak sukar untuk dijalankan tetapi masih boleh digunakan
dengan bantuan rakan penyelidik lain atau merakam menggunakan video/ alat
perakan audio
semasa pemerhatian ini, penyelidik akan mencatat beberapa perkara yang
diperhatikan seperti masa dan tempat pemerhatian dijalankan, keadaan tempat
pemerhatian, aktiviti yang dijalankan dan refleksi penyelidik (Mohd. Najib, 1999).
catatan nota lapangan yang akan dianalisis dengan mempersembahkannya dalam
bentuk naratif dengan cara memerihalkan semula apa yang terdapat pada
catatan nota lapangan pemerhatian

Cara analisis data temubual

temu bual digunakan untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan,


perasaan, kehendak mengikut keperluan persoalan kajian (Mohd Majid, 2000). Temu bual
dianalisis melalui transkripsi temu bual. Terdapat 3 jenis temu bual iaitu temu bual
berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual terbuka

Data temu bual ditranskripsikan kemudian ditaip dan diberikan nombor di bahagian
sebelah kiri dan ditinggalkan kosong di sebelah kanan untuk tujuan pengekodan data.

Satu ayat dalam transkripsi disebut unit.

Unit yang telah dikodkan ditulis di ruang sebelah kanan kertas yang disediakan.

Proses memberi kod terhadap unit-unit ayat ini akan memudahkan penyelidik mengenal
pasti tema bagi setiap langkah dan memberi penerangan lanjut berkaitan tingkah laku
berkenaan.

Transkripsi dibaca dan tema-tema dikenal pasti kemudian dikodkan.

Proses pengekodan dijalankan sehingga tamat satu transkripsi temu bual bagi seorang
peserta kajian.

Hasil analisis data temu bual boleh juga dipersembahkan dalam bentuk memerihalkan
semula atau menggunakan kekerapan tema yang diperoleh melalui transkripsi temu
bual.

Kesemua jenis temubual boleh dianalisis mengikut proses yang sama iaitu dengan
menghasilkan tema-tema atau dipersembahkan dalam bentuk petikan percakapan
peserta kajian.

Anda mungkin juga menyukai