Anda di halaman 1dari 1

Gejala penyalahgunaan dadah bukan hanya mendatangkan kesan-kesan negatif

terhadap diri tetapi ia juga mampu menyebarkan kesan-kesan negatif tersebut


kepada masyarakat. Antara kesan tersebut ialah berlakunya
ketidakstabilan struktur masyarakat dari segi emosi, pergaulan dan
pemuafakatan. Apabila adanya penagih di kalangan masyarakat, kehidupan
atau aktiviti seharian sedikit sebanyak akan terganggu kerana majoriti masyarakat
akan mengelak dari berinteraksi dengan mereka yang terlibat dengan aktiviti
penyalahgunaan dadah, mencemuh atau memulau dan kemungkinan
tersebarnya kata kata yang kurang menyenangkan hingga berlakunya krisis
salah faham anatara sesebuah keluarga dengan keluarga lain lalu
menyebabkan berlakuny perpecahan dan permusuhan di kalangan masyarakat.
Kesan utama penyalahgunaan dadah kepada masyarakat ialah keharmonian
dan suasana hidup masyarakat menjadi tidak tenteram akibat terganggu
dengan peningkatan aktiviti jenayah yang majoritinya dilakukan oleh para
penagih. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah mereka yang terlibat
dengan penyalahgunaan dadah. Aktiviti aktiviti jenayah yang sinonim dengan
penagih dadah ialah kes mencuri, merompak, meragut,
memebunuh, merogol dan lain-lain lagi. Disamping itu, golongan pengedar dadah
yang sentiasa mencari pengguna baru menjadikan golongan remaja atau
pelajar sekolah sebagai sasaran mereka. Ini membimbangkan ibu bapa dan
masyarakat dengan keselamatan anak-anak remaja mereka yang mudah
terpengaruh dengan ajakan dan pujukan rakan-rakan sebaya untuk medapatkan
hiburan dan keinginan untuk mencuba perkara baru.Selain itu, kebanyakkan
golongan yang membawa penyakit HIV merupakan golongan yang terlibat dengan
penyalahgunaan dadah akibat perkongsian jarum dan seks bebas. Perkara ini
cukup menggerunkan segenap masyarakat kerana tersebarnya penyakit
tersebut akan memberi kesan sampingan yang buruk terhadap masyarakat
awam yang tidak bersalah. Contohnya berlaku kes rogol yang
menyebabkan mangsa dijangkiti HIV; dan berkemungkinan melahirkan anak
yang turut dijangkiti penyakit berbahaya tersebut. Mangsa yang tidak bersalah
itu terpaksa meneruskan kehidupan bersama penyakit tersebut sehingga ke
akhir hayatnya. Kesan lain penyalahgunaan dadah ialah masyarakat akan
dipandang serong atau rendah. Para penagih selalunya dianggap sebagai
individu yang tidak berguna dan menyusahkan maka ini turut menyebabkan
masyarakat disekeliling terkena tempias tersebut berdasarkan pandangan
masyarakat lain terhadap mereka. Kesan ini punca sesebuah masyarakat itu
sukar untuk maju dan jauh ketinggalan berbanding masyarakat-
masyarakat lain yang kurang terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

https://www.scribd.com/document/336907241/kesan-kesan-dadah-docx

Anda mungkin juga menyukai