Anda di halaman 1dari 8

HOME

1.MOTOR SANGKAR TUPAI


1.- Motor ini mempunyai pemegun / stator yang
berbelit iaitu satu belitan mewakili satu fasa.
2.Pemegun stator ini berfungsi sebagai;
i. Tempat meletak belitan stator
ii. Berfungsi sebagai teras besi pada motor.
iii.Berlamina serta berlapis-lapis bagi
mengurangkan arus pusar atau eddy current.
iv.Arus pusar yang tinggi akan menyebabkan
stator/pemegun
menjadi panas dan menyebabkan belitannya
terbakar.
v. Sebagai teras sambungan bekalan daripada
luar sama ada
sambungan bintang atau delta.
vi. Sebagai tempat untuk menghasilkan medan
magnet berputar
sebelum bertindakbalas dengan rotor.
PRINSIP KENDALIAN

Seperti mana kita tahu belitan


medan/belitan pemegun pada motor aruhan 3
fasa terdiri daripada 3 belitan bagi setiap fasa
yang mana terpisah sebanyak 120.
Apabila bekalan 3 fasa dibekalkan pada
belitan pemegun,medan magnet akan
terbentuk pada setiap belitan dan membentuk
satu medan magnet yang sentiasa berputar
pada pemegun.
Penghasilan medan magnet ini adalah
disebabkan turun naiknya arus di pemegun
mengikut gelombang frekuensi bekalan.

Ciri-ciri motor sangkat tupai :


Mempunyai kelajuan yang tunggal dan
kelajuan seakan-akan sama dengan ciri-ciri
kelajuan motor medan magnet.
Tork permulaan amat rendah dan power faktor
permulaan amat rendah.
Faktor kuasa ini akan bertambah sehingga
beban penuh/full load dan nilainya mencapai
tahap 0.85/0.90.

MOTOR ROTOR BERLILIT


Motor ini juga dikenali sebagai motor gelang
gelincir atau Slip ring motor dan wound Rotor
Induction Motor.
Binaannya adalah sama dengan motor aruhan
3 fasa jenis sangkar tupai cuma bahagian
rotornya/pemutar disambungkan kepada 3
perintang luar menerusi gelang gelincir.
Daripada gelang gelincir/slip ring ini ia akan
disambungkan ke litar luar dengan
menggunakan 3 berus karbon sebagai
perantaraan.

PRINSIP KENDALIAN
Sepertimana yang berlaku pada motor aruhan
3 fasa sangkar tupai,apabila pemegun/stator
mendapat bekalan 3 fasa ia akan
menghasilkan medan magnet berputar di
pemegun dengan kelajuan Ns.
Dengan berlakunya proses aruhan saling
diantara stator dan rotor, maka arus teraruh
akan teraruh di rotor berbelit dan
menyebabkan rotor mula berputar dengan
kelajuan Nr.
Sekiranya pada masa itu,perintang yang
disambungkan pada rotor pada tahap maksima
,maka kadar putaran rotor adalah pada tahap
paling minima tetapi kilas motor adalah tinggi.
CIRI-CIRI MOTOR INI
Kelajuan motor ini boleh dikawal kelajuannya
dengan menggunakan perintang boleh laras
yang disambung pada bahagian pemutar.
Kelajuan pemutar tinggi Nilai rintangan
rendah.
Kelajuan pemutar tinggi Nilai rintangan
tinggi.
Kawalan kelajuan dengan menggunakan
perintang boleh laras tidak berapa baik kerana
banyak kehilangan kuasa berlaku pada
perintang tersebut.
Kelajuan kawalannya hanya 50% daripada
kelajuan segerak motor.
Kilas/tork motor ini adalah agak baik.
Penyelenggaraan motor ini adalah agak mahal.
Bagi menyongsangkan arah putaran motor,ia
hanya dilakukan dengan menukarkan urutan
fasa bekalan motor ini.

MOTOR SEGERAK
Motor segerak sebenarnya adalah pengulang-
alik tetapi ia dijalankan sebagai sebuah motor.
Nama motor ini diperolehi daripada kelajuan
segerak yang dimiliki motor ini iaitu Ns = Nr.
Oleh itu motor ini tidak mempunyai gelinciran.
Kelajuan motor ini berubah mengikut frekuensi
dan bilangan kutub atau diringkaskan dalam
formula berikut:
Motor ini mempunyai kelajuan yang malar dan ia
tidak boleh bergerak dengan sendiri kerana ia
memerlukan penggerak sama ada daripada luar
atau dalam motor

PRINSIP KENDALIAN
Apabila bekalan tiga fasa dibekalkan pada
pemegun motor, medan magnet berputar akan
terhasil pada pemegun tersebut dengan
kelajuan Ns putaran per-minit.
Putaran medan magnet ini tidak berguna bagi
menghasilkan arus aruhan di pemutar kerana
pemutar akan digerakkan oleh satu penggerak
daripada luar yang berputar mengikut arah
putaran medan magnet.
Kelajuan putaran pemutar (Nr) itu mestilah
sama dengan kelajuan medan magnet /
kelajuan segerak (Ns).
Setelah kelajuan pemutar dan segerak hampir
sama,bekalan a.t akan diberikan ke pemutar
melalui gelang gelincir.
Fluks magnet yang terhasil di pemutar akan
bertindakbalas dengan medan magnet
berputar.
Seterusnya akan berputar selaju putaran
segerak
( kelajuan medan magnet berputar ) iaitu Ns =
Nr.
Walaupun penggerak pemutar ditanggalkan,
motor masih berputar kerana ini disebabkan
oleh tindakan saling kunci di antara medan
magnet berputar dengan medan magnet di
pemutar.
Daya yang menguncikan pemutar dengan
pemegun diistilahkan sebagai daya kilas tarik
ke dalam ( perapat )
Bagi motor segerak, pemutarnya mempunyai
batang pengalir sangkar tupai dan motor
segerak ini dijalankan mengikut kendalian
motor aruhan sangkar tupai sebelum bekalan
a.t dibekalkan pada pemutar apabila pemutar
hampir menyamai kelajuan segerak.
Tetapi cara ini terbatas pada motor yang
berukuran sederhana sahaja.
PENGGUNAAN MOTOR SEGERAK
Oleh kerana motor segerak tidak boleh hidup
dengan sendirinya,ia hanya digunakan di
tempat perusahaan sahaja.
Penggunaan yang paling utama ialah sebagai
alat untuk membaiki faktor kuasa disamping
kerja-kerja lain seperti;
i. menjalankan mesin bancuhan bahan mentah
kerana
kelajuannya malar samada berbeban atau
berbeban penuh
seperti pengisar dan pembancuh simen.
ii.Menjalankan beban yang berterusan seperti
pemampat empar.
iii.Set motor-janakuasa.
iv.kipas pengalih udaraan utama.
v. pam
vi. Pemutar pemampat salingan.
vii.Pemutar pendorong-kapal elektrik.

Anda mungkin juga menyukai