Anda di halaman 1dari 9

PENULISAN AKADEMIK

Menurut ahli psikologi yang terkenal Norm Chomsky, alam remaja merupakan alam
transisi daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa. Remaja pada umumnya merujuk
kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan
'remaja' berasal daripada perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan.
Golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap
untuk menjadi dewasa. Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan
mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial,
emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya
tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".

Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia ini tentang isu ponteng sekolah. Maka hal ini mendorong saya untuk
mengupas jurnal yang berkaitan dengan kejela ponteng Di Kalangn Pelajar. Ponteng
merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini bermaksud
seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab
yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng merupakan istilah
yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara
sengaja tanpa alasan yang munasabah.

Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab


atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang
menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa
kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari. Malah jika disebut sahaja tentang gejala
sosial biasanya golongan remaja kerap dikaitkan serta menjadi sasaran topik perbincangan
masyarakat umum. Kegiatan yang tidak diingini juga disebut sebagai masalah gejala sosial
yang berlaku dikalangan masyarakat khususnya para remaja. Fenomena ini sukar untuk
dibendung kerana remaja sering terdedah dengan pengaruh-pengaruh negatif sama ada
melalui rakan sebaya, persekitaran, media massa dan sebagainya. Antara kegiatan-kegiatan
yang tidak diingini itu adalah seperti penyalahgunaan dadah, merokok, menghidu gam,
lepak, vandalisme, meminum minuman arak dan ponteng sekolah.

Sehubungan dengan itu, salah satu daripada isu tentang gejala sosial yang sering
diperkatakan ialah isu gejala sosial ponteng sekolah. Secara umumnya, gejala ponteng
sekolah pada dasarnya melibatkan para remaja sekolah. Rata-rata mereka ini adalah
golongan remaja yang dikatakan untuk menjadi aset pelapis bagi menerajui serta menjana
pembangunan negara di masa hadapan. Tambahan pula, akibat daripada gejala ponteng
sekolah ini kebarangkalian untuk para pelajar terjebak ke arah gejala sosial adalah lebih
luas.

Ponteng sekolah adalah salah satu isu gejala sosial terutamanya melibatkan para
pelajar khususnya merujuk kepada golongan pelajar peringkat sekolah Menengah. Tidak
disangkal bahawa isu gejala sosial sekolah boleh menjadi landasan lencongan untuk pelajar
terlibat dengan gejala sosial lebih serius iaitu berunsur jenayah. Senario remaja sekolah
yang pada mulanya hanya terbabit dengan isu gejala ponteng sekolah dan kemudian
didapati sabit terlibat dengan kes-kes jenayah berat kerap berlaku.

Sebagaimana yang kita maklumi Fenomena gejala sosial adalah satu tabiat atau
tingkahlaku yang tidak dapat diterima oleh masyarakat terutama oleh pihak sekolah dan ibu
bapa. Sehubungan dengan itu, ponteng sekolah dapat dibahagikan kepada 2 kategori iaitu,
Ponteng Sekolah dengan Kebenaran yang membawa maksud Pengertian ponteng sekolah
dengan kebenaran ini lazimnya dikaitkan apabila didapati seorang pelajar yang tidak
menghadirkan diri ke sekolah disebabkan oleh sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan di
luar bidang kawalan sama ada secara sengaja atau tidak. Dengan syarat pelajar tersebut
mestilah membuat kenyataan sama ada dalam bentuk bertulis iaitu melalui surat atau
pemberitahuan secara lisan dibuat melalui panggilan telefon atau disampaikan terus oleh
saudara terdekat seperti ibu bapa atau penjaga. Manakala ponteng Sekolah Tanpa
Kebenaran membawa Pengertian ponteng sekolah tanpa kebenaran pula bertentangan
dengan ponteng sekolah dengan kebenaran. Ponteng sekolah tanpa kebenaran ialah situasi
pelajar yang tidak hadir kesekolah tanpa menyertakan sebarang apa jua bentuk penyataan
sama ada secara bertulis atau pemberitahuan lisan.

Punca bercambahnya masalah ini termasuklah kurangnya didikan duniawi serta


ukhrawi daripada ibu bapa. Hal ini berlaku kerana mereka terlalu ghairah mengejar
kemewahan hinggakan sanggup mempedulikan asas kehidupan serta dasar keagamaan
anak-anak mereka. Bahkan mereka tidak arif bahawa pengabaian inilah yang bakal
merosakkan anak bangsa kita. Persis slogan 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara', ibu bapa hendaklah mengawasi pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka
supaya terhindar daripada maksiat seterusnya mengatur strategi kehidupan anak-anak
mereka supaya dapat menjadi tonggak negara pada masa akan datang.

Pemuda watan kita sering tersilap memilih jalan seperti peribahasa menyebut
'terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya'. Hal ini disebabkan, remaja
marcapada lebih cenderung memilih rakan yang mengikut trend walhal budaya yang
disalurkan adalah negatif. Sudah terlalu menggunung budaya barat yang diisi dalam kotak
pemikiran kita sehinggakan kita terlupa kepada budaya asal. Dasar remaja pula, mereka
mahukan sesuatu yang lebih menarik dan mengikut peredaran zaman. Jadi apabila
wujudnya pengaruh rakan sebaya, mudahlah baginya untuk turut serta dan mencuba
perkara baru. Pemilihan kawan yang baik dapat mencorakkan kehidupan kita ke aras yang
lebih sempurna.

Antara cara untuk mengatasi gejala ponteng sekolah ialah ibu bapa perlu
memainkan peranan untuk mendidik dan memberi perhatian terhadap anak-anak supaya
tidak terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti ponteng sekolah. Hal ini demikian
kerana banyak masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Hal ini juga cukup
bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat
yang telah mengisytiharkan cuti pada hari sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan.
Perkara ini cukup membuktikan bahawa keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan
ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anak. Oleh itu, Ibu bapa perlulah
sentiasa mengawal dan memerhati setiap gerak-geri atau tingkah laku anak-anak mereka
dari semasa ke semasa. Menurut respon yang ditemubual, Ibu bapa merupakan tulang
belakang dalam membentuk perilaku anak. Tahap sosial yang semakin meninggi
menyebabkan keghairahan mencari wang ringgit dan harta menjadi keutamaan. Wang
ringgit diberikan sewenang-wenangnya tanpa menyiasat bagaimana wang tersebut
digunakan. Selian itu, Lambakan pusat-pusat hiburan, pusat beli belah menyebabkan
tempat-tempat ini menjadi tempat yang ideal untuk ponteng. Keluar seawal jam 6 pagi dan
pulang lewat malam, sememangnya masa yang diluangkan dengan anak-anak terhad.
Justeru, anak-anak bebas melakukan apa sahaja yang pastinya sesuatu yang
menghiburkan dan menyeronokkan.

Di samping itu, sikap ibu bapa juga memainkan peranan dalam


mempengaruhi sikap anak-anak khususnya pelajar dalam melakukan setiap perbuatan. Ibu
bapa seharusnya menunjukkan sikap yang baik supaya dijadikan teladan kepada anak-anak
sejak kecil lagi. Anak-anak akan mengikut sikap baik ibu bapa yang ditunjukkan oleh ibu
bapa itu untuk dilaksanakan dalam kehidupan dan tidak akan melakukan perkara-perkara
yang tidak berfaedah seperti ponteng sekolah. Di samping itu, masalah-masalah peribadi
ibu bapa seperti masalah kerja, perbalahan hendaklah tidak perlu melibatkan anak-anak
kerana akan mendatangkan tekanan kepada mereka seterus amat mudah untuk mereka
melakukan perkara-perkara negatif seperti ponteng sekolah.

Ingatlah, segala-galanya bermula di rumah. Begitulah ungkapan kalimah


tokoh filsuf terkenal, Franklin D Franklin, Maka ibu bapalah yang bertindak sebagai agen
pencorak utama membentuk karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan
cangkaliwang pada pada hari akan datang. Justeru penerapan pendidikan yang sempurna
pasti dapat menangani gejala ini. Ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai murni dan ilmu-
ilmu agama dalam diri anak-anak sejak kecil lagi supaya mereka dapat menilai perkara yang
baik atau yang buruk sejak awal lagi. Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni
selaras dengan dengan norma masa kini amat penting bagi memastikan kerohanian yang
mantap dalam diri anak-anak dan tidak terlibat dengan gejala-gejala negatif khususnya
ponteng sekolah. Oleh itu, peranan ibu bapa penting untuk mendidik anak-anak supaya
tidak berpengaruh dengan gejala-gejala negatif dan contohilah ketokohan Luqmanul Hakim
yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-Quran dan Al-Hadis.

Tiada sesiapa dapat menafikan hakikat dan kebenaran bahawa ponteng sekolah
sebenarnya tidak pernah menjanjikan kebaikan dan keseronokan kepada pelajar. Malah, ia
mendatangkan keburukan pada diri pelajar itu sendiri. Antara kesan-kesan negative yang
timbul ialah seperti berikut, pembaziran masa dan tenaga. Kesan yang dihadapi jika pelajar
ponteng sekolah terutamanya adalah masa dan tenaga mereka akan dirugikan kerana masa
yang dibazirkan tidak akan dipulang ataupun dikembalikan. Jika mereka dapat
menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng sekolah dan mementingkan
pelajarannya, mereka akan berjaya dalam masa yang akan datang dan kerjayaannya dapat
memberi kehidupan yang baik dan selesa kepada generasi seterusnya.

Hal ini mengakibatkan masyarakat memandang serong kepada remaja Maka


,masyarakat akan memandang rendah ataupun hina kepada mereka dan ini secara tidak
langsung mereka akan memalukan maruah keluarga. Sebagai contoh, apabila seseorang
ternampak sekumpulan pelajar tengah ponteng sekolah, satu-satunya pendapat mereka
terhadap pelajar tersebut adalah mereka adalah sampah masyarakat kerana mereka tidak
dapat memberi perkhidmatan kepada masyarat pada masa depan. Masyarakat juga akan
memarahi ibu bapa mereka kerana mereka tidak dapat mendidik anak-anaknya dengan baik
dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penjaga.

Dalam pada itu, masa depan remaja juga tidak terjamin. Remaja tersebut akan
ditertawakan oleh rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan masa depan pelajar ini akan
hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan negara akan
kekurangan bakal peneraju yang berwawasan.

Lain daripada itu masalah ponteng ini akan menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar
Walaupun sudah dinyatakan kesan serta akibat daripada gejala ponteng sekolah namun
risiko yang perlu ditanggung oleh para pelajar disebabkan gejala sosial ponteng sekolah
lebih ditekankan kepada peratus kedatangan pelajar. Lazimnya para pelajar yang kerap
ponteng sekolah dengan sendirinya turut menjejaskan rekod kedatangan fail peribadi
pelajar. Kesannya lebih meruncing sekiranya peratus kedatangan pelajar terbabit tidak
mencapai syarat wajib kedatangan harian ke sekolah sebanyak 85%. Justeru, sekiranya
tidak memenuhi syarat tersebut peluang bagi pelajar terbabit untuk mengikuti peperiksaan
akhir tahun turut terjejas.

Selain melihat kesan gejala ponteng sekolah terhadap para pelajar sendiri perlu juga
dititikberatkan berkaitan implikasi gejala ponteng sekolah kepada pihak sekolah terutamanya
guru-guru. Diantara alasan guru-guru yang merasa tertekan dengan perlakuan para pelajar
yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah.Merasa kerugian kerana tidak dapat memberi
ilmu setaraf dengan pelajar lainnya kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah dan
akibatnya memberi kesan kemerosotan terhadap corak pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Mengangu proses pembelajaran pelajar-pelajar lain dan merumitkan lagi tugas
seorang guru kerana terpaksa mencuri masa untuk mengulang kembali pelajaran yang
tertinggal serta tidak difahami oleh pelajar ponteng. Pelajar yang ponteng sering menganggu
kelas dan pelajar lain serta memburukkan pencapaian mata pelajaran iaitu melibatkan
keseluruhan tahap pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran tertentu.

Usaha pasti akan membuahkan hasil sekiranya pelbagai langkah yang efektif dan drastic
dilakukan segara untuk mengatasi masalah yang sudah lama bersarang pada jiw aremaja
ini. Sebagai penjaga, mereka perlu memberi perhatian kepada anak sama ada dalam soal
memberi kasih sayang atau perhatian terhadap pelajaran mereka. Ibu bapa seharusnya
memainkan peranan bermula dari akar umbi bagi mencegah anak-anak mereka daripada
ponteng sekolah. Mereka seharusnya memerhatikan gerak-geri anak mereka, dengan siapa
anak mereka berkawan, kerap menghubungi pihak sekolah serta memeriksa beg sekolah
anak mereka sebagai bukti sama ada anak-anak mereka menghadiri sekolah atau tidak. Ibu
bapa juga tidak seharusnya terlalu mempercayai anak-anak mereka kerana sikap terlalu
memanjakan anak sudah tentunya bakal memakan diri sendiri kelak

Pada waktu yang sama, pihak sekolah pula memainkan peranan yang penting dalam
kes ponteng sekolah. Pihak sekolah perlu menyediakan suasana persekolahan yang
kondusif serta tidak menekan pelajar untuk menarik minat pelajar agar terus menghadiri
kelas. Oleh yang demikian, guru haruslah mengubahkan cara mendidiknya ataupun
menambahkan sedikit hiburan supaya pelajar tidak dapat berasa bosan dan mereka dapat
menikmati keseronokan dalam pelajaran. Guru juga perlu melayan pelajarnya dengan
ramah, penuh kasih sayang, ada perasaan empati dalam diri terhadap masalah yang
dihadapi oleh pelajar.

Sementara itu, dengan menolong pelajar yang selalunya lewat ke sekolah, pihak
sekolah haruslah memberi kaunseling kepada pelajar, bukannya merotan mereka sebagai
denda kerana tindakan tersebut mungkin akan memberi kesan yang negatif padanya.
Sebaliknya, jika pelajar dapat dikaunselingkan, pihak sekolah dapat tahu sebabnya dan
dapat memberi nasihat yang sewajarnya

Media massa juga memainkan peranan dalam menangani gejala pelajar ponteng
sekolah. Hal ini kerana keberkesanan media massa dalam mempengaruhi minda memang
tidak dapat disangkal lagi. Selain itu, media massa juga dikatakan saluran komunikasi dan
informasi yang penting buat masyarakat. Oleh itu, media massa elektronik seperti televisyen
boleh memapar kesan gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah agar boleh menjadi
pengajaran kepada mereka. Kesan gejala ponteng akan menyebabkan pelajar terlibat
dengan gejala-gejala yang tidak sihat seprti menghisap dadah, seks bebas dan sebagainya.
oleh itu, media massa haruslah memainkan peranan untuk menyebarkan iklan-iklan nasihat
dengan penerapan nilai-nilai moral supaya dapat member pengajaran kepada semua pihak.

Selain itu, berita dan rencana mengenai gejala ponteng yang disiarkan oleh media
cetak juga mampu member pengajaran dan maklumat kepada kita semua. Semua perkara
yang dilaporkan oleh media massa sudah pasti member pelbagai pendapat yang wujud lalu
menjadikan masyarakat kita sedar dan membuat perbandingan kehidupan mereka dengan
berita yang didengari. Melalui media massa, masyarakat lebih peka terhadap gejala-gejala
yang berlaku dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya apabila melihat gejala
tersebut. sikap bertanggungjawab dalam diri setiap anggota masyarakat penting dalam
menangi gejala ponteng sekolah ini dan tidak berleluasa.

Di samping itu, media massa juga haruslah tidak menayangkan cerita-cerita,


program atau iklan-iklan yang bersifat negatif seperti cerita berunsur gengster. Hal ini
demikian kerana akan mendorong remaja terutamanya para pelajar untuk meniru aksi-aksi
tersebut seperti merokok, menghisap dadah, gam, berlumba haram dan secara tidak
langsung akan terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Oleh itu, media massa banyak
member peranan dalam usaha untuk membentuk akhlak masyarakat dan menangani gejala
sosial khususnya ponteng sekolah.

Dengan ini diharapkan gejala ponteng sekolah ini dapat dihadapi dan dibendung
dengan berkesan jika pelajar itu sendiri faham tentang kesannya ponteng sekolah dan
kepentingnya dalam pelajaran. Jika pelajar itu sendiri dapat memahami bahawa
pelajarannya dapat membawa kajayaan dalam masa depan, mereka tidak akan ponteng
sekolah dan sebaliknya akan belajar bersungguh-sungguh.
Oleh yang demikian, dengan mengatasi masalah ponteng sekolah, ibu bapa, pihak
sekolah dan pelajar memainkan peranan yang penting dan masalah ini harus dikenal pasti
oleh mereka dengan segera supaya langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan
demi masa depan generasi pelajar kita pada masa akan datang.
RUJUKAN

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, 2003. Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam punca dan
penyelesaian. Utusan Publications & distributors SDN BHD

Amira Syamimi Azman, Pembentukan Diri Anak Muda dalam Dewan Budaya. Jilid 23
Bilangan 2 keluaran Februari 2001. Harian SDN BHD diterbitkan oleh Dewan Bahasa
Dan Pustaka, KL.

Ibrahim Mamat (1997). Memimpin Remaja Sekolah: Teori Dan Prakti. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Cetakan Pertama.

Ismail Haji Din (1990). Cita Cita Mengejar Dan Merealisasikannya. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Jersild A.T Brook (1978). Factors Controlling Attendance In Rural School. New York: Teacher
College Colombia University Press.

Kamus dewan Edisi Ketiga (2000) : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1994). Panduan Bagi Mengatasi Ponteng Di


Sekolah:Unit Disiplin Bahagian Sekolah.

Lacey.C. (1970). Hightown Grammer. London: Manchester Universities Press

Lee, L. S. (1992). Distruptive Behaviour In A Classroom: An Ethnographic Study. :Universiti

Malaya. Mohd Ismail Othman, 2005. Menangani Disiplin di Sekolah. Utusan


Publications & Distributors SDN BHD

Mohd Arif Hj Ismail, Mohd Jasmy Abd. Rahman & Rosnaini Hj. Mahmud.

2005. Nilai-nilai murni dan pendidikan bersepadu: ke arah kemanusiaan

sejagat. Prosiding wacana Pendidikan Islam (Siri 4): Pendidikan Islam ke

arah kemanusiaan sejagat. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM. Tesis Ijazah Sarjana
Pendidikan.: Tidak Diterbitkan

M. Hussain Habil (1994). Merokok : Tabiat Yang Memerlukan Rawatan. Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.
Maimunah (2002). Disiplin: Satu Tinjauan Konsep Dari Segi Pendidikan. Disiplin Dalam

Pendidikan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Nassaruddin( 1977). Siapa yang Patut Disalahkan? Saripati. 4 Julai 102-106.

Ralph. Mosser.Barnes (1949). Motion and Time Study: New York, John Wiley.

Rekod Kedatangan Harian Pelatih( 2007) .Unit Mekanik Kenderaan Motor KKBN Pontian.

Syarifah Alawiah Alsagoff (1984). Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinamen Asia.

Tuckman, W.B.(1988). Conducting Educational Research. New York: HarcortJovanovick.

Trickett, E. And Moss, R. (1973). The Social Environment of Junior High and High School

Classrooms. Journal of Educational Psychology. 65.93-102.

Wong Kean Loong (2003), Sosial Bonding dan Masalah Ponteng Sekolah di sebuah
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pulau Pinang: Satu Kajian Kes, Universiti
Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan.

(1990) Buku Rekod Salah Laku Masalah Disiplin, Unit Disiplin Bahagian Sekolah (tidak

diterbitkan si ambil daripada :

http://pusaka02.blogspot.com/2008/06/intervensi-

dalam-menangani-masalah_09.html

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber//SAIDIBP050166D2008TTP.pdf

Anda mungkin juga menyukai