Anda di halaman 1dari 3

2.

0 LATAR BELAKANG ENCIK ABDUL SAID BIN HAJI MAHID

Nama diberi Abdul Said Bin Hj Mahid yang dilahirkan pada 10 September 1966 di

Kampung Titingan Tawau, Sabah. Beliau berkahwin pada usia 29 tahun dan sah bergelar suami

kepada Khatizah Binti Rubinsin yang ketika itu berumur 25 tahun. Mereka telah dikurniakan

cahaya mata yang kedua-duanya putera lelaki. Justeru itu, sebelum beliau berkahwin encik Abdul

Said Bin Hj Mahid mendapat pendidikan awal di Sk Kuhara, Tawau dari tahun 1973 hingga 1978

dan meneruskan pelajaran beliau di SMK Kuhara pada tahun 1979 hingga 1985.

Seterusnya, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Matrikulasi di Pulau Pinang i serta

meneruskan pengajian Ijazah di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Biologi dan

Persekitaran. Selepas mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains beliau meneruskan Diploma dalam

bidang Perguruan (KPLI). Setelah tamat pengajian, beliau telah mendapat tawaran kerja yang

pertama sebagai guru biasa di SMK Jalan Apas ,Tawau.Setelah beberapa tahun bekerja menjadi

penjawat awam khususnya menjadi seorang guru beliau telah dinaikan pangkat menjadi Penetia

ketua bidang pada tahun 1994 hingga 2006 di SMK Kinabutan selepas berpindah dari SMK Jalan

Apas, Tawau.

Selepas itu, Beliau telah dinaikan pangkat menjadi penolong kanan pentadbiran di SMK

Kinabutan pada tahun 2007. Namun begitu, pada tahun yang sama, beliau telah ditawarkan

menjadi Pengetua di SMK Kabogan 2 di Semporna, Sabah pada 18 Oktober. Encik Abdul Said

Bin Hj Mahid hanya guru biasa pada awalnya. Setelah berusaha dalam memertabatkan

pendidikan di sekolah tempat beliau berkhidmat akhirnya usaha yang dilakukannya telah

membuahkan hasil. Hasil daripada usaha dan kegigihan beliau setelah beberapa tahun menjadi
guru biasa beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Bidang di Sekolah Menengah

Kebangsaan Kinabutan pada 1994 hingga 2006.

Kenaikan pangkat bagi seseorang guru itu bukan mudah. Oleh hal yang demikian, setelah

beberapa tahun berkhidmat menjadi guru biasa beliau telah mendapat Gred DG 48 dan

seterusnya berkhidmat sebagai pengetua di SMK Kabogan 2. Sepanjang beliau berkhidmat di

sekolah itu sejak 20 Oktober 2009 beliau telah menjalankan tugas beliau sebagai pengetua

sekolah itu dengan baik. Dengan jawatan yang beliau pegang, beliau telah memperlihatkan

kepimpinan beliau melalui pelbagai aspek seperti mengekalkan keputusan peperiksaan sekolah

khususnya SPM dan PMR / PT3 serta kokurikulum juga diutamakan bagi menyeimbangkan dua

aspek ini demi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek.

Selepas pengkaji menemu bual beliau, beliau banyak menceritakan kepada pengkaji

mengenai pengalaman, tentang cabaran dan halangan beliau semasa berkhidmat menjadi guru

atau pengetua. Selain itu, Encik Abdul Said Bin Hj Mahid juga menceritakan pembaharuan yang

beliau kecapi di sekolah itu dalam memertabatkan pendidikan di sekolah itu. Beliau juga banyak

mencari inisiatif baharu bagi mengubah tahap komitmen semua penjawat di bawah pentadbiran

beliau sambil menjaga kebajikan mereka. Oleh hal yang demikian, sebagai pengetua beliau

mengatakan tugas ini sangat berat. Oleh itu, dalam memartabatkan pendidikan demi masyarakat

di situ kerjasama sama dari semua pihak amat diperlukan.


i

Anda mungkin juga menyukai