Anda di halaman 1dari 7

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualikum wbt.

Kebelakangan ni ramai orang yg dok kondem pasal IPG dan juga pelajarnya. IIUM
Confession, Sinergi Mahasisiwa Pendidik dan sebagainya menjadi wadah dan
media kepada golongan-golongan ini untuk melemparkan bait-bait kata yang
kurang enak dibaca dan kurang lunak didengar.

Terima kasih saya ucapkan kepada IIUM Confession dan juga kepada semua page
yang menjadi media kepada golongan-golongan yang tertentu yang bertindak
menghentam IPG dan juga studentnya.

Tujuan penulisan ini ditulis adalah untuk memberi penjelasan kepada semua
pihak yang bakal atau telah memandang serong terhadap IPG dan pelajarnya. Di
sini saya akan menjawab satu persatu daripada persoalan dan hujah yg
dikemukan oleh pihak yang memulakan. Jadi saya berharap agar semua cakna
dan dapat merasai keperitan yang kami rasai dan susah senang yang kami
tempuhi. Saya juga berharap agar tiada dendam kesumat yg akan memburukkan
lagi keadaan kerana sekali lagi saya ingin perjelaskan, tujuan penulisan ini adalah
untuk memberi penjelasan.

Sehubungan itu, saya akan mengemukakan isu2 yg saya dan rakan peroleh
daripada media sosial untuk dibahaskan bersama.

Perkara 1:

Ada berpuluh-puluh IPG dekat Malaysia

Jawapan:

Untuk pengetahuan semua, teradapat 27 buah IPG yang ada di seluruh Malaysia
termasuk Sabah dan Sarawak. Menurut pembentangan Bajet 2017 oleh YAB
Perdana Menteri Malaysia ke-6, sebanyak 3 buah IPG ditukar menjadi Permata
Pintar dan sebanyak 7 buah lg dijadikan politeknik dan juga kolej vokasional. Hal
ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti TVET(tak tau cari sendiri.. Malaysia
kurang tenaga TVET). Jadi dengan itu, bilangan IPG semakin berkurang. Jika
dibandingkan dengan universiti2 awam, UIA sendiri ada banyak kampus... tak
kira lagi UniMap..Perlis mcm dalam UniMap dah. UiTM???
#syukurMalaysiamasihaman

Perkara 2:

Nak masuk IPG bukannya senang

Jawapan:

Sebelum ambilan Jun 2014, semua pelajar IPG mesti mengikuti kursus selama 5
tahun setengah(11 Sem inc. asasi). Sebelum ambilan itu juga, IPG hanya
membuat temuduga sekali sahaja. Namun begitu, pada tahun tersebut, IPG
mengurangkan tempoh kursus kepada 5 tahun(10 sem) dan membuat dua kali
temuduga yang mana pertama UKCG(ujian kecergasan calon guru) dan
temuduga kelayakan masuk ke IPG. Pada tahun tersebut juga, mantan timb.
perdana menteri juga membuat dasar baharu yg mana hanya calon-calon yg
memperoleh keputusuan SPM yg baik sahaja dimasukkan dan sebanyak 3 300
calon yg terpilih drpd 60 000 permohonan. Jadi kepada yg dok kondem, tolong
kira sendiri berapa kebarangkalian yg menjadi kemungkinan utk masuk ke IPG.
Untuk pengetahuan semua juga, setiap kali enrolment adalah ebrdasarkan
unjuran yg telah dilakukan oleh kementerian pendidikan. Bkn diorang main amek
je..

Perkara 3:

Kerajaan tanggung pengajian budak-budak IPG

Jawapan:

Secara jujurnya, elaun yg diberikan oleh kerajaan kepada pelajar IPG adalah
IHSAN drpd kerajaan sendiri(termaktub dlm surat perjanjian kemasukan sesi
jun 2014). Mmg rezeki kepada student IPG kerana yuran pengajian ditanggung
beres dan elaun diberikan. Kami tidak tertakluk kepada mana2 hutang PTPTN
mahupun pinjaman boleh ubah yg lain. Weh, aku nak masok UTP kot. Mak ayah
aku tak mampu. Aku cakap je yuran daftar RM2750, ayah aku tersentak pikir
camner nak cari RM3000. Bkn sng weh. Mak ayah kerja berniaga kat pasar
malam je. Aku dari kecik blajar semua free. Hatta sekolah agama rakyat pon free.
Sebab aku tak mampu bayar yuran.. ustazah tu halal je kot.. masa iv dlu, aku
cakap kat panel kalau amek semua anak org kaya masuk IPG, abistu mcm
mana dgn saya yg bijak tp anak org miskin. I want to be an engineer but i could
not because my parents cant pay the fees. Then she told me, u gonna be an
engineer for human. U gonna create people. Kadang2 nasib kita x sama. Allah
ckp dlm al quran dah kan.. wa makaru wa makarallah, wallahu khairul
makirin(mereka membuat perancangan dan Allah juga membuat perancangan.
Maka sesungguhnya Allah sebaik2 perancang).

Perkara 4:

Budak-budak IPG dapat elaun setiap bulan

Jawapan:

X yah jwb,sama je dgn hat atas tu.

Perkara 5;

Keluaran IPG akan jadi cikgu

Jawapan:

Mmg nnt kami grad kami akn dipostingkan menjadi seorang guru. Kamon laa. Jgn
cmni..kami nnt keluar dgn Ijazah Sarjana Muda Perguruan dgn Kepujian dalm
bidang masing2. Kami IJAZAH PERGURUAN. Of course la keluar jd cikgu. Sijil
kami tu tak melayakkan kami menjadi engineer, doc, or sebaliknya..kamon la..jgn
tuduh kami mcm2..x lalu kot..hampa keluar dgn ijazah engineer tapi awak awak
ada pilihan untuk berkhidmat bahagian swasta atau kerjaan. Hatta graduan IPTA
yang berkelulusan dalam bidang pendidikan sekali pun boleh memilih untuk
berkhidmat dalam bahagian pentadbiran, kerani atau lain lain. Tapi kami ni
terhad dah, memang sah sah boleh jadi cikgu sekolah rendah ja.sekali lagi, SIJIL
KAMI HANYA MELAYAKKAN KAMI MENJADI SEORANG GURU YANG TELAH
MENGAMBIL KURSUS PEDAGOGI DAN METODOLOGI MENJADI SEORANG WARGA
PENDIDIK SAHAJA!

Perkara 6:

Budak-budak IPG memang ramai. Kalau mahu dibilang, memang tak cukup jari.
Cuma, timbul persoalan. Mana budak-budak IPG pergi masa demo bantah GST ?
Mana budak-budak IPG pergi masa BERSIH ? Ok abaikanlah pasal demo tu. Aku
nak tanya, apa yang budak-budak IPG buat sebagai respon kepada isu-isu yang
berkaitan pendidikan misalnya pemansuhan PPSMI, pelaksanaan DLP, cadangan
mata pelajaran wajib lulus SPM, cadangan pelaksanaan Pendidikan Seks, dan
lain-lain ? Ada buat penulisan tulis ke akhbar ? Ada buat persidangan meja bulat ?
Ada buat forum ? Ada hantar memorendum ? Sayang sungguh. Orang-orang yang
dipersiapkan untuk berkhidmat dalam bidang pendidikan sendiri buat endah tak
endah. Kalau ada pun yang buat sesuatu sebagai contoh Zul Fikri Zamir, ia
sangatlah sedikit berbanding jumlah keseluruhan budak-budak IPG seluroh
negara yang cukup ramai.

Jawapan:

Isu 1. BERSIH. Awak cuma faham yg pelajar IPG dpt elaun tp awak tak faham yg
kami ni dlm pra perkhidmatan. Ada akta yg kami kena patuhi. Kalau pi
demonstrasi, kena tangkap, kena tindakan tatatertib, kena gantung pengajian,
penjamin wajib byr RM130k. Awak nak bayar ke? Tak kesian kat mak ayah ke?
Penjamin nk letak mana?? Lagipon, setiap org ade pendapat masing2..

Isu 2. DLP. Kpd yg x tau benda ape DLP itu meh sini nk habaq mai. Dual Language
Programme. Buat apa nak bantah kalau DLP tu yg terbaik. Awak tak nak ka anak
awak bijak bahasa inggeris? Apa masalahnya pulak dgn mata pelajaran wajib
lulus SPM? Bkn ke tu satu langkah utk memperkasakan bidang pendidikian?PPSMI
pon jd isu ke?? Adoyai...sedih r camni.. untuk pengetahuan semua, ranking
Malaysia dlm TIMSS dan PISA amat mendukacitakan. Boleh surf ternet tgk sendiri.
Kementerian sdg berusaha utk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Of
kos la kami2 ni yg bakal guru dan guru2 yg akan bertungkus lumus menjayakan
misi2 ni.

Isu 3. Suara Pelajar IPG. Mmg tidak dinafikan bahawa mmg kurang suara2 dari
pelajar IPG kpd pihak atasan. Kalau hampa ada AUKU, kami ada Akta 174. Jgn dok
hadam auku je kalau hampa nak bubuh kami.. baca akta 174 please..kami ade
gak persidangan YDP perwakilan pelajar. Dan kami tahu itu hanya disitu shj..
kalau kami report atau memburukkan IPG sendiri, maka IPG kami akan megambil
tindakan ke atas kami. Tlg phm sama dgn situasi org. Masok dlm kasut kami
sama. Tak lupa juga, suara2 kami ni terhad. Kalau bisimg pon mcm nyamuk
sekoq dua je.. boleh kira berapa ramai pelajar IPG yg ada di setiap kampus. X
semua berani bersuara.

Perkara 7:

Memang ramai budak-budak SBP & MRSM dekat IPG. Result gempak-gempak kot.
Bak kata pepatah, ini olang manyak celedik maaaaa. Cuma, timbul persoalan.
Biarpun berlambak budak-budak yang celedik ni, kenapa budaya ilmu semacam
tidak ada di IPG ? Bukankah ia amat merugikan ? Macam aku kata lah, budak-
budak IPG ramai yang celedik, tetapi tidak berbudaya dengan budaya ilmu.
Kalau tak percaya, cuba engkau orang jalan-jalan dekat IPG, engkau orang boleh
tengok sendiri berapa ramai aje budak-budak IPG yang pegang buku. Atau pun,
engkau orang cuba lah sembang-sembang dengan budak-budak IPG, kemudian
tanya mereka tentang buku terakhir yang mereka baca, terkial-kial weh nak
jawab. Itu dari segi membaca. Belum lagi aku cerita tentang program-program
ilmiah di IPG, sangat mengecewakan. Bab ni, aku puji lah UIA sebab ada banyak
gila vavi program-program ilmiah yang dilaksanakan secara konsisten setiap
minggu. Satu contoh, Bibliophilia anjuran PKPIM UIA Gombak. Dengar-dengar,
sudah menghampiri siri ke-100. Salute !

Jawapan:

Isu 1. Budaya Ilmu. Memang kami tak bawak buku pi kuliah tapi kami bawak BBM
& laptop utk segala presentation. Student IPTA present utk coursework dan
markah. Tp kami kat sini dilatih utk baca sendiri bahan ilmu(yg x pernah ckop kat
library IPG), buat research, sediakan presentation dan ajar balik kat kwn2 dalam
kelas. Sbb kami amalkan budaya ilmu dan praktikal dlm kelas. Lg 1, library kami
x pernah ckop dgn bhn bacaan. Even dah minta utk belikan buku pon x dpt.
Sbb?? Duit x de.. kami bas 2 bijik pon rosak x leh baiki sbb x de duit. Hampa bas
bertimbun gi MASUM, kami nak pinjam pon x leh. Adoyai. Library kami x bnyk
buku mcm korang. Kecik dan x muat utk semua student pon nak masok. Buku
apatah lagi nak kata..kalau kami di Perlis, nak beli buku kne pegi aloq staq
kedoh..jauh ceq.naik axia duit minyak saje RM15.mkn lg??hmm...

Isu 2. Program Ilmiah. Tahniah saya ucapkan kpd PKPIM UIA Gombak sbb dpt buat
bnyk program. Semoga diberkati Allah. Amiin. Eventho sesetengah IPG ada yg
kurang anjur event ilmu but still pelajar2 IPG pandai je keluar cari majlis ilmu kat
luar sana. ade je member aku dok UIA Gombak gi belajar kat
Baitussaadah..gitu..student IPG Penang pegi je Darul hadis penang. Bdk Perlis,
MATIN rilek je pegi..kalau hampa nk ckp psl bedah buku bagai tu, talk bagai tu dr
artis tu ini bla3, IPG pon ade weh.. kami siap kne cari dana kat luar lg. IPG x
sumbang. Bila gi kutip dana, org ckp, Maktab bkn bnyk duit ke? Nah, amek la
RM2 ni korang pernah ke??kalau pernah alhamdulillah..rasa apa aku rasa.. x
semestinya prog ilmiah tu kene bedah buku dan sebagainya. Ckoplah kamu tahu
psl aqidah kamu, syariat kamu dan akhlak kamu. Kuasai faardhu ain..in shaa
Allah selamat dunia akhirat.

Perkara 8:
Untungnya masuk IPG, salah satu sebab adalah tak payah pening-pening fikir nak
cari duit untuk bayar yuran pengajian. Kerajaan UMNO-BN tanggung semuanya.
Jadi, budak-budak IPG boleh watlek watpis, tak payah susah-susah kerja part time
petang malam. Dalam erti kata lain, budak-budak IPG punya masa lapang yang
cukup banyak. Persoalannya, sejauh manakah budak-budak IPG memanfaatkan
masa lapang mereka dalam hal-hal yang berfaedah ? Bila sebut pasal hal-hal
yang berfaedah, aku teringat pada arwah Loqman Karim. Aku panggil dia Loque.
Kalau nak tahu, Loque ni pantang ada masa lapang. Petang Loque urus Buku
Jalanan, malam pulak ajar tuisyen dekat kawasan YB Nurul Izzah. Tengah malam
sikit, jalan KL kasi gelandangan makan. Hujung minggu, santuni anak-anak yatim.
Masih ada lagikah budak-budak IPG yang sepertinya ?

Jawapan:

Sapa ckp ddk IPG boleh watlek watpis??sape??ckp!!Tombok satgi.. every sem ade
subjek kokurikulum yg require student buat aktiviti outdoor. Ni 1 lg, kami kne join
bdn beruniform.. pakai uniform pengakap. Puteri islam. Mcm bdk tadika kami tgk
tau. Pekhemahan, Bina Insan Guru (BIG), urus hari sukan, hari kokurikulum.
Belum lg campor aktiviti amali sepanjang sem utk subjek major dgn minor. Ingat
tu je ke? Kami pon ade aktiviti kebajikan jgk. G rumah anak yatim, program anak
angkat, projek dgn sekolah kluster, mcm2 lg lah. Kalau nk kira masa, tggu r bila
semua subjek nak BBM. Tau BBM tu ape?? Bahan bantu mengjar. Dahla kne wat
inovasi bagai.. ingat duit elaun tu ckop ke nk beli buku, nak beli bhn BBM bagai..
ingat masa tdoq ckop ke nak wat BBM bagai..adoi

Isu 2. Part time. Ramai je bdk IPG wat part time. Mngajar tuisyen..ade yg bkk
kedai online sendri, buat dropship bagai. Hampa untung boleh dok luaq. Boleh
bkk kedai burger. Kami dok asrama ni, cerek pon kne bwk sendiri.. tu pon
seludop..kalau kantoi kne la LAMPT.byr la denda RM 30.pastu heater tak dpt
balik sampai habis sem. Sembang hampa mcm bdk umoq 6 taon.

Isu 3. Ditanggung oleh kerajaan. Yup of kos la. Kalau PAS yg memerintah, PAS
jugak yg bg duit. Kalau DAP memerintah, depa gak bg duit.. saya rasa tu satu
fahaman yg salah.. sbb kita byr cukai dan mereka yg menguruskan aliran tunai
tersebut. Jgn disalah tafsir ye..

Perkara 9:

Elaun yang budak-budak IPG dapat tidak lah sedikit dan tidak lah banyak. Boleh
lah nak sara hidup sehari-hari. Kalau engkau orang masih ingat, aku ada sebut
pasal masa lapang kan ? Sekarang engkau orang cuba bayangkan, engkau orang
ada banyak masa lapang, dan engkau orang juga dapat duit elaun setiap bulan !
Uisssshhhhhhhhhh. Aku tak nak tahu apa yang engkau orang nak buat dengan
elaun tu. Aku nak engkau orang tahu pasal kawan aku yang seorang ni. Namanya
biarlah rahsia, cukuplah kita panggil dia dengan nama samaran Wendy. Wendy
belajar dekat IPG jugak, dekat Sarawak lah tapi. Aku tak pasti berapa kali Wendy
terbang dari Sarawak ke Tanah Semenanjung semata-mata nak hadiri program-
program ilmiah, kelas-kelas pencerahan, sekolah demokrasi dan yang sewaktu
dengannya. Jauh bang Sarawak, mahal pulak tu tiket. Tapi nak kata macam mana
eh, ini soal idealisme. Gapo dio idealisme ? Google

Jawapan:

Isu 1. Elaun. Ya, mmg elaun tu ckop utk sara hidup sehari hari. Alhamdulillah itu
rezeki kami. Tp mcm yg disebut td lah, ada yg buat part time & bkk kedai online
sbb nak tmpung duit beli barang buat BBM. Igt sng ke nk mengajar zmn skrg ni??
Lesson plan kene ade resos. Nk kne berkhemah, kutip duit sendri, nk pergi BIG
duit sendri. Semua duit sendri. Dah la elaun tu lain2 mengikut status kawasan.
Kalau bndr dpt RM700. Kalau luar bndr dpt RM 500. Nak menabung??mmg ssh
beb..jgn bising plak ckp why kami kena pergi khemah la ape la semua tu. Tu
semua tuntutan pelaksanaan dlm subjek kami. Mcm IPTA jgk la, kalau kau ambik
course marine, kene gi diving guna duit sendiri jgk kan.

Isu 2. Masa lapang. Setahu saya di IPTA kita boleh pilih brapa bnyk subjek yg kita
nak amek pd setiap sem.kalau slah maafkan saya.sbb x de pengalaman. Jd kalau
boleh pilih, anda sendiri yg boleh melapangkan masa anda.

Perkara 10:

Budak-budak IPG memang akhirnya akan jadi cikgu di sekolah. Ada yang dihantar
ke kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar. Bagi aku, kerjaya sebagai
seorang guru bukanlah susah mana pun. Masuk kelas, mengajar. Habis kelas,
tanda buku. Meeting tu biasalah. Sampai masa, balik. Senang kata, mudah lah
hidup. Belajar masa dekat IPG dulu senang, dah kerja pun senang. Selesa lah
kata orang. Aku tak nafikan, ada cikgu-cikgu yang terbeban dengan macam-
macam tugasan. Tapi bila aku teringat dekat abang aku, bila aku teringat dekat
pakcik makcik aku, kurang sikit simpati aku pada cikgu-cikgu ni. Abang aku
doktor, pakcik aku askar, makcik aku berniaga, kerja lagi lah, tak perlu kot aku
cerita. Aku cuma mahu cakap, kurang-kurangkan lah merungut cikgu-cikgu
sekalian. Kalau dah rasa terbeban tu, buatlah sesuatu. Jangan sebab kerja
dengan kerajaan, maka harus patuh sepatuh-patuhnya. Berani sikit, cabar dasar-
dasar yang dirasakan tidak relevan. Dato Seri Najib sendiri pernah kata, era
kerajaan tahu semuanya, sudah berakhir. Nahhhhhhhhhh. Culture of fear tidak
boleh kita izinkan bertapak lebih lama dalam profesion keguruan. Yang jadi
mangsa nanti, anak-anak kita !

Jawapan:

Isu 1. Kerjaya. Kalau rasa kerja cikgu tu sng, why not cuba sendri handle kelas
utk sehari. Tak lama mana pun, sehari ckop lah handle kelas seramai 30+ murid .
sapa ckp cikgu boleh balik awal?tamat sesi persekolahan pun 2 ptg. Kalau bkn
meeting ade aktiviti koku. So tak ke cikgu balik pkol 5?..naah sama dgn office
hour. Kalau time praktikum(bdk uni pggl praktikal.kami pggl lain), kdg2 pegi sblm
subuh balik pkol 10 mlm. Sbb?? Kami lah yg kene jd ref utk game, kne wat RPH,
kne hias kelas, kne ambil kehadiran, kne ddk kat dpn gate sekolah sambut
budak..hmm...hanya cikgu je phm n sronok dgn kerja ni.
Isu 2. Buat sesuatu. Kami ade bdn NGO yg mewakili kami dlm menyuarakan
suara guru. Kami tidak akn bersuara mcm hampa melalak bagai dgn x
menggunakan laluan yg baik. Nk tgor org ats, ade caranya. Walaupun dia tu
yahudi kapir, kne baik2. Ikot saluran yg ade. Kalau hampa rasa seronok dgn
demo, go on. With pleasure. Jgn ingat demo tu boleh bawa kebaikan. And of
course la ddk diam pon x bg pape pon. Tp mcm kami ckp, kami ada bdn NGO yg
mewakili suara2 kami.

Tambahan:

Jgn sbb desakan ekonomi skrg ni buatkan kita bermusuh. Sepatutnya kita
bersatu kalau dah nak menentang musuh. Cukup la dgn racism antara kaum dan
negeri. Jgn nk ditambah pulak dengan racism antra IPTA,IPTS dan IPG. Rezeki
masing2. Allah dah ttpkn yg terbaik.

Enrolmen pengambilan pelajar IPG skrg brgntg kpd jumlah guru yg bersara.
Kemasukan semua mengikut unjuran. So belambak tang mana tu? Cikgu mmg
ckop2 je bahkan ada sekolah kekurangan guru. Mmg x dinafikan bhw ade yg kne
posting lmbt n sbginya. Semua tu sbb perubahan dasar pencen penjawat awam
yg dibuat oleh kerajaan. So, bila masok unjuran lain, bila nk kluar, unjuran x tpt,
maka banyk la yg posting lmbt.. mgkn yg belambak guru x posting maybe dr
fakulti pendidikan yg lain. Kami mmg dikhususkan kpd sekolah rendah.

Psl kes doc tu, utk pengetahuan umum, kalau hadir tnpa sbb ke kuliah blh
digantung drpd mengambil peperiksaan. Yg aku tahu dkt IPTA dia boleh consider
lg asalkan kehadiran 80% ke ats. Lyk ambil exam tp bg kami, NO! Bahkan,
lecturer siap call bagai suruh dtg kelas. Dpt lec yg garang, siap maki dpn kwn2
kalau masok kls lewat. Pastu, elaun pulak kena potong kalau tak hadir event
rasmi yang dianjurkan IPG.

Semoga spekulasi yang tidak berasas ni berulang lagi, kami dah penat
menjawab. Cukup lah menjawab dengan makcik makcik yang taktahu apa tu IPG.
Cmon guys, kita generasi baru kena bangga kalau ada anak melayu yang maju ke
depan. Asyik nak cari yang salah dan buruk, sampai bila pun dok tang tu jugak la.

Ulamak ada menyebut, dahulu masjid dijadikan sekolah, namun sekolah dibina,
maka hilanglah berkat. Dahulu, murid duduk di bawah, kini kerusi disediakan,
maka bermulalah sombong. Kami tdiak meminta utk dihormati atau disanjungi.
Ckoplah kami melihat anak didik kami menjadi manusia yg taat pd Allah dan
rasul-Nya.

Salam damai,

-Pelajar yang sayang IPG

Anda mungkin juga menyukai