Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN

Penciptaan manusia terdiri daripada jasad dan roh. Manusia amat bergantung
kepada 2 elemen ini untuk menjalani kehidupan seharian. Keperluan jasad dan
roh juga masing-masing amat bergantungan antara satu sama lain. Baik yang
diterima olehjasadiah, baik jualah kepada ruhiah. Misalnya, makanan yang halal
& baik di sisi Tuhanmempunyai kebaikan tersendiri kepada jasadiah manusia.
Dengan makanan inilah yangmemberi kesihatan kepada tubuh badan manusia
lantas memudahkan ibadah seharian sebagaiseorang hamba-Nya. Secara tidak
langsung,keperluan ruhiah telah dipenuhi. Begitu jugasekiranya keperluan ruhiah
dipenuhi, makaterpeliharalah jasadiah kita dalam mentaati perintah-Nya. Namun
apa yang perlu dititikberatkan adalahpersoalan rohani.

Kehidupan manusia amat bergantung terhadap kekuatan dalaman untuk terus


hidup. Hakikat dunia telah menyaksikan bahawa kecacatan pada tubuh badan
manusia tidak menjejaskan kedudukan kita untuk beriman kepada Allah S.W.T.
Sirah juga membuktikan Abdullah Ummu Maktum, salahs eorang sahabat
Rasulullah yang buta namun lantaran kekuatan rohani untuk terus hidup sebagai
hamba Allah yang beriman, beliau menjadi orang pertama di antara sahabat-
sahabat yang pergi ke Madinah dan membacakan al-Quran sehingga ramai yang
memahami Islam. Benarlah sabda Nabi junjungan S.A.W yang diriwayatkan al-
Bukhari bahawa,Perbuatan atau amalan paling utama (secara mutlaknya) ialah
beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Jelaslah kekuatan dalaman seperti inilah
yang diredhai Allah lantas memberi manfaat kepada kehidupan manusia sejagat.

Anda mungkin juga menyukai