Anda di halaman 1dari 2

EDU 3073 MUHAMMAD ASYRAF BIN MD NAWI

1.0 Pengenalan

Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan


kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan
berkesan, guru perlu memastikan bahawa pelajarnya membina kemahiran untuk menangani
masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. Sekiranya pelajar tidak tahu cara
menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini akan menjejaskan
pembelajarannya. Justeru dia tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.

Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar, bukan
sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan
masalah harian yang dihadapinya.

Umumnya, bimbingan merujuk kepada proses membantu seseorang membina kefahaman


dan kemahiran untuk menangani isu dan cabaran hidup dengan berkesan. Dalam proses
ini, seseorang itu belajar untuk berubah dan membina sikap, nilai dan kemahiran baru
supaya dapat menangani situasi yang sukar dengan lebih baik. Kita perlu faham bahawa
bukan mudah untuk berubah; ia merupakan proses yang berterusan dan sebagai guru kita
perlu faham bahawa seseorang pelajar itu memerlukan masa untuk berubah.

Oleh itu, walaupun bimbingan ialah satu cara untuk membantu pelajar, namun ini
tidak bermaksud bahawa guru atau kaunselor harus menyelesaikan masalah pelajar.
Sebaliknya, ini bermaksud guru haruslah mempunyai sikap mengambil berat dan
mendengar supaya pelajar dapat menerokai dan memahami situasi dan dirinya dengan
lebih baik, lalu membina kemahirannya sendiri untuk menangani masalahnya.

Antara tugas guru bekerjasama dengan perkhidmatan bimbingan sekolah untuk pelajar
dapat diterangkan seperti yang berikut:

Memberi maklumat serta maklum balas mengenai keperluan pelajar dan


keberkesanan program bimbingan;

8
EDU 3073 MUHAMMAD ASYRAF BIN MD NAWI

Memberi bimbingan awal kepada pelajar dan berbincang tentang keperluannya,


sebelum merujukkannya kepada guru bimbingan atau pegawai lain sekiranya diperlukan
bantuan/bimbingan yang seterusnya.
Guru haruslah mengenal perkhidmatan bimbingan yang diberi oleh pihak sekolah
supaya dapat memberi maklumat yang berkaitan kepada pelajar dan menggalakkan mereka
menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Memberi sokongan dan bantuan kepada program bimbingan yang ada di sekolah,
dengan berperanan sebagai fasilitator dalam kem motivasi, sebagai mentor bagi program
mentor-menti, dan lain-lain;
Menyimpan rekod terkini mengenai pelajar dalam kelasnya, seperti maklumat latar
belakang pelajar dan laporan kemajuan kedatangan dan prestasi akademiknya;
Membina hubungan baik dengan pelajarnya, dan mempunyai sikap prihatin dan
positif terhadap mereka, supaya guru lebih peka dan memahami keperluan pelajar;
dan

Ringkasnya, hal ini bermaksud bahawa guru menunjukkan sikap positif dan prihatin
terhadap pelajarnya, mesra dan tidak berat sebelah, serta menghargai pelajar sebagai
individu yang unik dan berguna. Anda boleh melakukan ini dengan mendengar pendapat
pelajar itu dan menghormatinya, walaupun anda tidak bersetuju dengannya, serta
menunjukkan minat dan keikhlasan untuk memahami situasi dan pandangannya.

Membantu pelajar membina nilai dan sikap positif, dan mereka boleh menyesuaikan
diri dan berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam menjalankan aktiviti dalam
kelas.

Anda mungkin juga menyukai