Anda di halaman 1dari 3

Nama ujian

- Sit and reach test


Objektif
- Menjangkau kehadapan semaksimum yang mungkin dengan menggunakan kotak jangkauan
melunjur untuk mengukur fleksibiliti pada otot hamstring.
Peringkat umur
- 7 tahun keatas
Jantina
- Lelaki dan perempuan
Kebolehpercayaan
- Bergantung kepada bagaimana ketat ujian ini dilakukan dan tahap motivasi individu yang menjalani
ujian ini.
Keesahan
- Tidak dinyatakan
Peralatan
1. Kotak jangkauan melunjur
2. Borang skor
Prosedur
1. Pelajar akan duduk di atas lantai (tanpa kasut) dan meletakkan kaki pada kotak jangkauan
melunjur yang mana tapak kaki akan berada pada skala 23 sentimeter.
2. Kaki dibuka seluas bahu dan satu tapak tangan diletakkan diatas tapak tangan sebelah supaya
sama.
3. Pelajar akan perlahan-lahan menjangkau ke arah hadapan sebanyak empat kali di atas papan
ukuran (pastikan kaki dan tangan lurus) semaksimum yang mungkin.
4. Ukuran diambil pada kali keempat pelajar menjangkau.
Pemberian skor
- Skor diambil pada jarak maksimum jangkauan yang boleh dibuat dengan membundarkan kepada
sentimeter terdekat
Nama ujian
- Ujian V-sit reach
Objektif.
- Menjangkau kehadapan dalam posisi kaki berbentuk V sejauh yang mungkin untuk mengukur
fleksibiliti otot Hamstring.
Peringkat umur
- 7 tahun ke atas
Jantina
- Lelaki dan perempuan
Kebolehpercayaan
- Bergantung kepada bagaimana ketat ujian ini dilakukan dan tahap motivasi individu yang menjalani
ujian ini.
Keesahan
- Tidak dinyatakan
Peralatan
1. Pita pelekat
2. Pembaris
Prosedur
1. Satu garisan lurus sebagai base ditanda dengan pita pelekat.
2. Satu garisan ukuran ditanda menegak pada garisan base menjadikannya bentuk t
3. Pelajar akan duduk tanpa kasut dan meletakkan tumit kaki pada garisan base iaitu pada
angka kosong. Kaki pelajar akan dibuka seluas 8 inci ke 12 inci.
4. Pelajar akan cuba membuat jangkauan ke ke hadapan dengan kaki dan tangan lurus
semaksimum yang mungkin.
5. Lakukan selama empat kali dan ambil skor yang tertinggi yang boleh dijangkau selama tiga
saat.
Pemberian skor
- Skor melepasi garisan base ialah positif, + manakala skor dibelakang base ialah negative -.
Sebagai contoh apabila pelajar tidak Berjaya menjangkau sehingga ke garisan base skor yang
diperoleh -4 sentimeter begitu juga sebaliknya.
Nama ujian
- Ujian fleksibiliti pergelangan kaki
Objektif
- Ujian ini bertujuan untuk mengukur tahap fleksibiliti pergelangan kaki
Peringkat umur
- 7 tahun ke atas.
Jantina
- Lelaki dan perempuan
Kebolehpercayaan
- Bergantung kepada bagaimana ketat ujian ini dilakukan dan tahap motivasi individu yang menjalani
ujian ini.
Keesahan
- Tidak dinyatakan
Peralatan.
1. Pita pengukur.
2. Pita pelekat.
Prosedur
Posisi permulaan
1. Berdiri menghadap dinding.
2. Tapak kaki keseluruhan menyentuh lantai.
3. Letakkan keseluruhan badan ke dinding
Pergerakan
1. Dengan perlahan-lahan undurkan kaki ke belakang sejauh yang mungkin.
2. Pastikan keseluruhan tapak kaki mencecah lantai dan dada masih menyentuh dinding.
3. Ulang sebanyak tiga kali dan rekodkan skor yang tertinggi.
Pemberian skor
- Skor diberi berdasarkan jarak yang boleh dicapai dengan menggunakan sentimeter (sm) atau inci.
Data normatif
Penilaian Lelaki perempuan
inci cm inci cm
Sangat baik >34.90 88.89 >31.99 81.27
Baik 34.90-32.50 88.89 - 82.55 31.98-30.50 81.27 - 77.47
Sederhana 32.49 - 29.50 82.54 - 74.93 30.49 - 26.50 77.46 - 67.31
Kurang baik 29.49 - 26.50 74.92 - 67.31 26.49 - 24.25 67.30 - 61.60
Sangat kurang baik <26.50 <67.31 <24.25 <61.60
Rujukan
Baumgarter, T. A, Jackson, A. S, Mahar, M. T, Rowe, D. A. 2003. Measurement for Evaluation in
Physical Education & Exercise Science. 7thedition. McGrow-Hill company. New York.
Knudson, D. V, Peter Magnusson, Malachy McHugh. 2000. Current Issues in Flexibility
Fitness. Presidents cpuncil on Physical Fitness and Sport, Research Digest. June 2000. Series 3. No. 10.

Anda mungkin juga menyukai