Anda di halaman 1dari 23

PENDEKATAN DALAM AKTIVITI FIZIKAL SUAIAN

Perlaksanaan program aktiviti fizikal suaian ini menggunakan 2 pendekatan yang utama
iaitu pendekatan kategori dan pendekatan tanpa ketegori.

Pendekatan Dalam Aktiviti Fizikal Suaian


Perlaksanaan program berteraskan aktiviti fizikal suaian terbahagi kepada dua pendekatan
iaitu pendekatan kategori dan pendekatan tanpa kategori. Kedua-dua pendekatan
mempunyai perbezaan dalam kaedah perlaksanaan bagi mencapai matlamat yang
tersendiri.
Antara kelebihan pendekatan ini :
Pembentukan kategori boleh dihubungkaitkan dengan kaedah diagnosis yang
spesifik dan sesuai dengan populasi kurang upaya yang terlibat.
Pembentukan kategori boleh wujud respon untuk melindungi ; individu populasi
normal lebih bersedia untuk menerima tingkah laku rakan mereka yang dilabel
sebagai kurang upaya (MacMillan, 1982).
Kategori yang diwujudkan boleh membantu memperlihatkan (highlight) kepada
umum tentang keperluan pendidikan yang spesifik dalam kalangan populasi kurang
upaya.
Pendekatan Kategori
Perlaksanaan program pendidikan aktiviti fizikal suaian adalah menerusi kategori
berdasarkan label spesifik individu populasi khas. Ianya khusus kepada keupayaan spesifik
yang akan dilalui. Pendekatan ketegori ini amat berkesan dalam urusan pentadbiran dan
tujuan pembiayaan program, selain daripada menumpukan kepada ketidakupayaan spesifik.

Pendekatan Tanpa Kategori


Perlaksaan program pendidikan aktiviti fizikal suaian adalah menerusi tahap keupayaan
individu untuk berfungsi dan tidak berdasarkan ketegori ketidakupayaan spesifik.
Pendekatan tanpa kategori ini adalah lebih kepada tahap keupayaan motor dan
pengkhususannya adalah lebih bersifat umum dan ini membolehkan interaksi yang lebih
luas. Pendekatan ini juga dianggap berkesan didalam bidang. pendidikan kerana dapat
meminimumkan stigma (tanggapan yang negative kepada populasi ini dari populasi umum)
dan persepsi stereotaip (tanggapan kepada fizikal populasi dari populasi umum.
Kategori-kategori ketidakupayaan

Autism (development disorder)


Ketidakupayaan aspek perkembangan kerana keluarbiasaan(disorder)yang berlaku di
peringkat awal perkembangan otak(pada cerebellum) . Keadaan autism ini menjejaskan
kepada mekanisme penerimaan input sensori oleh deria .Keadaan ini mengakibatkan
masalah penerimaan input sensori oleh deria . Keadaan ini juga boleh mengakibatkan
masalah komunikasi, interaksi sosial dan perkembangan tingkah laku dan pernah dirujuk
sebagai sindrom Kanner (Kanner ,1943)
Kurang Upaya Visual
Kecatatan adalah terhadap sistem visual, sama ada kongenital (sebelum kelahiran) atau
acquired (selepas kelahiran). Identifikasi klinikal adalah, penglihatan terhad (20/70 20/200
dengan penggunaan carta snellen) dan buta (30% daripada penglihatan normal).

Klasifikasi Kehilangan Upaya Sistem Visual


Buta Sahih (legal blindness) Akuiti visual pada tahap kurang daripada 20/200.
Bidang visual tidak mencapai 20 darjah.

PenglihatanTerhad(tunnelvision) Bidang visual pada tahap


20 darjah atau kurang.Penglihatan seperti seolah-olah berada di terowong.
Travel Vision Akuiti visual dari tahap 5/200 sehingga 10/200. Penglihatan masih
memadai untuk membolehkan pergerakan mudah.

Persepsi Pergerakan Akuiti visual dari tahap 3/200 sehingga 5/200. Boleh melihat
pergerakan tetapi tidak boleh melihat sesuatu objek statik.

Persepsi Cahaya Akuiti visual < 3/200. Tidak mampu melihat pergerakan dan
hanya cahaya dapat di lihat pada anggaran jarak 3 kaki.
Buta Individu berada dalam kegelapan visual. Tidak dapat melihat sesuatu
elemen yang ada.

Kurang Upaya Audio

Kekurangan upaya individu untuk menerima maklumat audio. Ia berkemungkinan boleh


merupakan kes sementara dan juga kekal. Keadaan sebegini boleh menjejaskan keupayaan
menjalani pendidikan normal. Kes pekak ini ialah kes yang kronik dimana masalah
pendengaran tidak dapat diatasi walaupun dengan bantuan alat. Populasi ini selalunya akan
berinteraksi dengan menggunakan bahasa isyarat dan gerak mulut.
Rencat mental

Merupakan kes tahap fungsi intelek dibawah tahap normal, akibat keluarbiasaan
perkembangan, kes wujud akibat kecacatan yang dialami pada usia kritikal (umur
perkembangan atau tumbesaran = 0 6 tahun). Dalam keadaan biasa, semua deria akan
berfungsi. Secara normal, cuma keupayaan untuk menjalani proses pembelajaran normal
yang terjejas. Keadaan ini selalunya melibatkan kes kes kongenital dan kes acquired.
Contohnya Sindrom Down. AAMR (American Association of Mentally Retarded)
mendefinasikan rencat mental sebagai limitasi yang wujud pada fungsi biologi, tidak focus
kepada perbezaan IQ (Intelektual Quality). Penentuan penerimaan rencat mental adalah
sebelum individu mencapai umur 18 tahun.
Penyebab Rencat Mental
Kongenital (keluarbiasaan kromosom dan keluarbiasaan metabolism)
Penyakit atau tabiat ibu semasa mengandung seperti alcoholic
Acquired (Penyakit saraf, keracunan, persekitaran seperti keluarga) serta komplikasi
ketika kelahiran (seperti kelahiran songsang).
Spectrum dalam kes Celebral Palsy
Spastik Ataxic Dyskinesia

Kerosakan pada korteks motor. Keadaan CP yang paling ringan. IQ berada dalam keadaan
baik.

Celebral Palsy yang rosak dibahagian cerebellum.

Celebral Palsy yang paling serius. Kerosakan di nukleus basal( Basal Ganglia) dan Rigidity
muscle tone yang serius.
Kecacatan Neurologi
Kes kecacatan yang berlaku terhadap fungsi sistem saraf yang melibatkan kes kongenital
atau acquired. Ketidakupayaan adalah dalam konteks kegagalan sistem saraf pusat untuk
berhubung dengan sistem periferi ditahap normal, jadi ianya menjejaskan proses
perkembangan dan interaksi social (bergantung kepada kes kes tertentu). Ianya
melibatkan kes yang esktrem seperti cerebral palsy hingga ke kes yang ringan
seperti epilepsy (sawan babi).

Trauma Otak
Kes kes yang acquired sahaja dan merujuk kepada kecederaan otak yang diperolehi.
Melibatkan kehilangan beberapa fungsi motor spesifi ( seperti Apraksia, Sindrom Parkinson,
Alzheomer dan barah). Kategori ini tidak melibatkan kecacatan otak yang kongenital.
Cedera di kepala adalah penyebab berlakunya trauma otak yang disebabkan adanya
kekuatan fizik dari luar yang dapat menyebabkan terjadinya penurunan kesedaran.
Akibatnya dapat menyebabkan gangguan kognitif, tingkah laku, atau fungsi emosional.
Gangguan ini dapat bersifat sementara atau kekal, menimbulkan kecacatan partial dan juga
gangguan psikososial(Donna, 1999).
Parkinson Akibat daripada kerosakkan tisu otak dan kekurangan dopamine di
gangleus basal.
Apraksia Pergerakan yang tidak dapat mengikut kehendak otak. Contohnya mandi
dulu baru buka baju.
Parkinson Apraksia

Contoh pesakit mengalami penyakit parkinson.

Contoh pesakit yang mengalami penyakit Apraksia.

Cacat Fisiologi / Patalogi


Terminologi kecacatan yang merujuk kepada limitasi keupayaan fizikal akibat daripada
kecacatan fisiologi (Asthma dan Epilapsy) dan juga kecacatan patologi
(Diabetes, Hemophilia, dan trauma jantung). Keadaan ini merupakan limitasi yang
menjejaskan keupayaan untuk menjalani program fizikal yang normal.
Fisiologi Patologi Trauma Jantung

Sistem dalam tubuh

Sistem dalam Fisiologi

Kes kes kongenital


Kurang Upaya Ortopedik

Terminologi kecacatan yang melibatkan kes-kes kongenital unik (lahir tanpa anggota
tertentu), kecacatan akibat penyakit serius (poliomyelitis,tuberculosis tulang) serta
kecacatan-kecacatan yang diperolehi daripada komplikasi faktor lain (seperti beberapa kes
cerebral palsy). Untuk memulihkan pesakit-pesakit yang mengalami kepatahan atau
penyakit-penyakit tulang yang memerlukan rawatan pembadahan untuk mencapai taraf
kesihatan dan kehidupan yang lebih baik.
Contoh orang-orang yang membantu pembangunan pembedahan ortopedik moden
adalah Hugh Owen Thomas, seorang pakar bedah dari Wales, dan anak saudaranya,
Robert Jones. Untuk menstabilkan tulang paha patah dan mencegah jangkitan. Beliau juga
bertanggungjawab untuk pelbagai inovasi perubatan lain. Siasatan ortopedik untuk patah
sendi pinggul, ujian Thomas, satu kaedah mengesan punca kecacatan dengan mempunyai
pesakit berbaring rata di atas katil, sepana Thomas untuk mengurangkan keretakan,
serta osteoclast yang pecah dan menetapkan semula tulang.
Lencungan Fizikal
Melibatkan semua kes yang mempamerkan lencungan daripada keadaan norma, seperti
kes-kes keluarbiasaan postur dan keluarbiasaan ortopedik yang diperolehi.

Masalah Pembelajaran Spesifik


Merujuk keadaan disorder pada proses-proses psikologi asas seperti masalah
memahami percakapan, bahasa, penglihatan dan sebagainya yang menyukarkan proses
komunikasi normal. Keupayaan kognitif dan mental tidak terjejas tetapi individu memerlukan
perhatian serta keperluan pembelajaran yang khusus. Kes popular ialah dyslexia, sindrom
ADD. Berlaku masalah pemprosesan maklumat yang boleh mengakibatkan Dyslexia,
Aphasia Sensori, Agnosia Taktil.
PENDEKATAN TRADISIONAL AKTIVITI FIZIKAL SUAIAN : PENDEKATAN TANPA
KATEGORI
Pendekatan Tanpa Kategori dalam pendidikan yang bertujuan mengurangkan focus
terhadap kategori (label) tradisional dengan kronotasi negatif yang mengiringi sesuatu label.
Ianya mengemukakan sistem label alternative.
Menurut :
Label berdasarkan tahap fungsi psikomotor. Di mana ia melibatkan keupayaan
motor, ujian kemahiran dan pengetahuan tentang bateri ujian. Geddes, 1978
Label ketidakupayaan berdasarkan fungsi yang terjejas dan dijelaskan dengan lebih
umum. Contohnya CP sebagai satu kumpulan. Stein, 1980
Label ketidakupayaan untuk menjalani perkembangan normal. Ianya melibatkan
pencapaian individu / motor dan sekuen perkembangan motor. Kerajaan
Persekutuan AS, 1984
Label berdasarkan tahap fungsi psikomotor. Geddes, 1978
Keadaan dimana kes kurang / ketidakupayaan psikomotor digolongkan kepada tahap
tahap seperti ringan (mild), sederhana (moderate), serius( severe) dan teruk(profound). Di
antara ujian ujian yang dijalankan ialah Ujian Bruniks Oseretsky dan Ujian Motor Kasar
Ulrich. Kanak kanak dalam kes kes yang ringan dilihat sebagai mempunyai keupayaan
untuk berfungsi secara lebih baik berbanding kanak kanak kes serius dan teruk.
Pendekatan seumpama ini adalah dianggap menggalakkan proses pembelajaran dan
keupayaan untuk berfungsi jika dilihat dari perspektif perkembangan yang meliputi
keseluruhan domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Label ketidakupayaan berdasarkan fungsi yang terjejas. Stein,1980
Keadaan dimana kes kurang upaya digolongkan mengikut bagaimana sensori, integrasi dan
respon motor terjejas. Individu yang terjejas fungsi fungsi penglihatan atau pendengaran
digolongkan dalam ketidakupayaan dari segi SENSORI (cacat visual). Individu yang
mengalami masalah pembelajaran ( learning disability) digolongkan dalam
ketidakupayaan INTEGRASI (Rencat Akal). Individu yang mengalami masalah fizikal dan
neurologi pula digolongkan dalam ketidakupayaan respon MOTOR (Kecacatan Neurologi).
Label ketidakupayaan untuk menjalani perkembangan normal. Kerajaan Perseketuan
AS, 1984
Sistem yang memfokuskan kepada keupayaan berfungsi individu (bukan label spesifik)
untuk menjalani program Pendidikan Khas. Semua kes kurang upaya atau tidak upaya
digolongkan sebagai ketidakupayaan perkembangan (development disability). Isu pokok
yang utama dalam pendekatan tanpa kategori ini adalah penilaian seseorang individu
berdasarkan tahap fungsi biologi / motor dan bukan dari segi kategori ketidakupayaan yang
spesifik.
Pendekatan Tanpa Kategori
Prinsip am perlaksanaan program khas menerusi pendekatan tanpa kategori Jansma &
French, 1994

Pengubahsuaian Sikap Terhadap Situasi Ketidakupayaan (adjustment to disability)


Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan situasi ketidakupayaan populasi khas
melibatkan interaksi kompleks iaitu di antara pihak keluarga dan juga sekolah.

Pengubahsuaian sikap di peringkat keluarga


Keluarga merupakan faktor major dalam menentukan kejayaan proses penyesuaian.
Keluarga juga perlu menerima situasi atau limitasi yang wujud apabila salah seorang
daripada ahli keluarga mereka merupakan kalangan populasi khas. Di antara faktor-faktor
yang perlu dielakkan ialah :
Pengasingan (isolation)
Tolakkan (rejection)
Sifat terlalu bergantung harap (dependence)
Sifat kasihan dan simpati
Sindrom melindungi (overprotection)
Pengubahsuaian sikap di peringkat Sekolah
Guru merupakan faktor major bagi kejayaan proses penyesuaian di sekolah (terutamanya
penempatan di sekolah am). Perkara pokok ialah untuk melenyapkan kecenderungan
xenophobia (kegelisahan pada situasi biasa). Di antara faktor yang perlu dielakkan oleh
pihak sekolah ialah dengan tidak melakukan perbandingan antara populasi yang lain
(samada normal atau khas). Manakala faktor-faktor yang perlu diambil dan diberi perhatian
ialah :
Memokuskan kepada keupayaan yang sedia ada pada populasi terbabit.
Konsisten dalam pengurusan tingkahlaku Konsep ganjaran dan dendaan yang
sama dengan populasi yang lain.
Indoktrinasi (pemupukan kefahaman pemikiran) mengenai kesamaan peluang (equal
oppurtunity).
Beberapa prinsip yang perlu diikuti mengenai proses penyesuaian
Tidak wujudnya reaksi am terhadap penyesuaian kepada situasi ketidakupayaan
(tiada 2 individu populasi khas yang serupa) sebagaimana individu yang normal.
Kesukaran untuk penyesuaian mempunyai kolerasi tinggi dengan jenis
ketidakupayaan.
Ketidakupayaan nyata dari segi fizikal akan mengalami proses penyesuaian lebih
sukar berbanding ketidakupayaan implisit (seperti kes masalah pembelajaran).
Proses penyesuaian melibatkan keseluruhan aspek tentang individu (bukan terhadap
ketidakupayaan semata-mata).
Label mewujudkan Self Fulfilling Prophecy (jangkaan awal) yang negatif. Situasi
sebegini boleh mengakibatkan jangkaan yang rendah terhadap pencapaian prestasi
yang mampu dihasilkan oleh individu populasi khas
PENDIDIKAN JASMANI KHAS
(Special Physical Education)
Kandungan :
Pendidikan Jasmani Khas
Program Pendidikan Jasmani

Pendidikan Jasmani Khas


Bidang khusus dalam pendidikan jasmani yang bermatlamat menyediakan keperluan
pendidikan jasmani kepada populasi berkeperluan khas (populasi Istimewa)
Program Pendidikan Jasmani
Merupakan program pendidikan yang berobjektifkan perkembangan kognitif, afektif
dan psikomotor. Aspek penumpuan utama di dalam program pendidikan jasmani ini ialah
dari sudut psikomotor di mana ianya melibatkan fizikal, motor , kecergasan dan permainan.
Fizikal
Lebih menumpukan aspek perihal struktur anatomi individu, di mana ianya mengemukakan
dua perbincangan iaitu aspek postur statik (keseimbangan) dan juga postur yang
dinamik (pergerakan). Kawalan postur adalah merupakan asas yang perlu di bina bagi
membolehkan individu berkapasiti mengalami sekuen perkembangan motor berdasarkan
umur perkembangan dan mempelajari kemahiran motor yang lebih kompleks.
Motor
Menumpukan kepada aspek perihal kualiti pergerakan individu di mana perlakuan adalah
mencapai tahap berkemahiran. Aspek ini adalah melibatkan beberapa faktor yang asas
seperti:
o Imej tubuh
o Kawalan objek
o Orientasi spatial (ruang)
o Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor
o Perkembangan kemahiran
o Kecergasan
Menumpukan kepada aspek perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Dimana
ianya melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, dayatahan
kardiovaskular dan otot, kepantasan dan kelajuan. Di dalam pendidikan jasmani khas
aspek ini difokuskan selepas tahap minimum aspek fizikal dan motor mampu dicapai
Permainan
Merupakan platform untuk individu mengaplikasi aspek fizikal, motor kecergasan. Ianya
melibatkan integrasi semua komponen psikomotor dalam konteks sosial. Secara tradisinya,
aktiviti permainan ini melibatkan aktiviti-aktiviti sukan rekreasi selain daripada menyediakan
peluang pencapaian sosial warga populasi khas

Renungan :
Tiap-tiap bertambah ilmuku, akan bertambahlah keinsafan bhawa terlalu banyak yang aku
tidak tahu
(Imam Syafie)

KOMPONEN-KOMPONEN PENDIDIKAN
JASMANI KHAS
Kandungan :
Pendidikan Jasmani Suaian ( Adapted Physical Education )
Pendidikan Jasmani Perkembangan ( Development Physical Education )
Pendidikan Jasmani Pemulihan ( Remedial Physical Education )
Keselanjaran Penempatan Program Pendidikan Jasmani
Penilaian Keupayaan Motor

Pendidikan Jasmani Suaian ( Adapted Physical Education )


Modifikasi kepada aktiviti pendidikan jasmani tradisional bertujuan untuk menyediakan
peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti program pendidikan jasmani dengan
selamat, berjaya serta mencapai kepuasan. Prinsip utama dalam modifikasi aktiviti adalah
supaya pengubahsuaian aktiviti mengambil kira potensi individu untuk melakukan aktiviti
tersebut.
Pendidikan Jasmani Perkembangan ( Development Physical Education )
Program pendidikan jasmani progresif atau program latihan kemahiran motor kasar,
bertujuan untuk meningkatkan keupayaan motor individu ke tahap yang hampir atau sama
dengan tahap kemampuan pendidikan jasmani rakan sebaya (populasi normal). Objektif
utama program ini adalah untuk merapatkan (jika mungkin) jurang umur perkembangan
(keupayaan) dan umur kronologi (hayat).
Pendidikan Jasmani Pemulihan ( Remedial Physical Education )
Program pendidikan jasmani yang berobjektifan pembetulan atau pemulihan bagi kes luar
biasa yang dialami dari segi fungsi fisiologi, postur dan mekanikal. Fokus utamanya adalah
kepada populasi lencongan fizikal seperti contoh Kyphosis (boleh beradaptasi melakukan
pergerakan dengan struktur tertentu), Scoliosis, Obesiti dan Atrofi otot. Matlamat utama
pendidikan jasmani pemulihan ini adalah untuk membolehkan populasi ini dapat diserapkan
ke dalam proses pendidikan jasmani biasa.

Keselanjaran Penempatan Program Pendidikan Jasmani


Menunjukkan hirarki keselanjaran kedudukan penempatan yang sesuai bagi individu
populasi khas bagi memudahkan mereka ditempatkan di tempat yang sesuai. Rajah
menunjukkan keselanjaran penempatan program pendidikan jasmani khusus populasi khas.

Tahap 1 Tahap Berasingan


1. Institusi Khas
Program dijalankan dalam satu tempat khas (sama populasi)

2. Program Bersendirian Khas


Ditempatkan di rumah tetapi di bawah kawalan pakar bersama keluarga

3. Program Berasingan di Sekolah Khas

Tahap 2 Tahap Integrasi Persekitaran

4. Program Khas Sepenuh Masa

Diletakkan di sekolah biasa

5. Program Khas Separuh Masa


Separuh masa atau sepenuh masa di kelas biasa

6. Penempatan dalam kelas biasa


(normal) di bawah pengawasan individu terlatih

7. Kelas normal yang dilalui oleh semua kanak-kanak

Jasma & French ( 1994 )

Penilaian Keupayaan Motor


Proses pelaksanaan penempatan program pendidikan jasmani bagi populasi khas adalah
bergantung kepada proses penilaian keupayaan motor populasi tertentu di mana ianya
melibatkan :
o Proses pengumpulan data berdasarkan ujian dan rekod.
o Proses interprestasi dapatan melalui proses analisi
o Proses membuat keputusan berdasarkan dapatan yang diperolehi
Di dalam perlaksanaan proses penilaian program keupayaan motor pendidikan jasmani
khas ini, seharusnya berlandaskan 4 tujuan spesiik yang utama iaitu :
o Penapisan dan rujukan (screening and rerence)
o Diagnosis dan penempatan (dianogsis and replacement)
o Klasifikasi sukan ( sport clasification)

Penapisan dan rujukan (screening and jrerence)


Proses ini adalah biasa digunakan oleh guru pendidikan jasmani program biasa bagi
menentukan mana-mana kumpulan pelajar yang memerlukan pengujian lanjut. Sewaktu
proses penapisan, pilihan aktiviti mesti disesuaikan dengan matlamat dan objektif
kokurikulum pendidikan jasmani normal. Di antara stesen aktiviti yang popular untuk proses
ini adalah :
o Imbangan
o Kemahiran mengawal bola (drible)
o Koordinasi bilateral
o Kawalan motor visual
o Kemahiran berbasikal
o Sukan dan permainan

Diagnosis dan penempatan (Dianogsis and placement)


Proses penilaian ini adalah bersifat individu yang intensif dan dikendalikan oleh mereka
yang terlatih. Dalam program program pendidikan jasmani khas, penilaian diagnosis
bertujuan untuk menentukan penempatan khas yang sesuai bagi membolehkan individu
yang terlibat mengikuti programPendidikan jasmani yang dirangka. Untuk itu 2 model telah
digunakan sebagai panduan untuk penilaian :
Model IEP (Individual Education Program)
Model Rei (Regular Educational intiative)

Model Rei (Regular Educational Intiative)

Model ini digunakan untuk mengenalpasti kumpulan pelajar yang memerlukan bantuan atau
program Pendidikan Khas (tambahan). Ia biasanya digunakan kepada kumpulan pelajar
yang mengalami masalah kesihatan yang kronik, masalah berat badan serta masalah
persepsi motor.

Pengajaran Dan Kemajuan Pelajar (Intuition And Student Progress)

Merupakan proses penilaian yang dijalankan selepas selesai urusan penempatan. Proses ini
dipandu oleh matlamat (JERI- Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) dan objektif (P&P-
pengajaran dan pembelajaran) spesifik pengajaran yang dilakukan. Ia juga merupakan
bentuk penilaian yang berterusan.

Klasifikasi Sukan (Sport Classification)

Merupakan proses penilaian bagi membezakan dan menentukan sesuatu klasifikasi


keupayaan dengan berdasarkan struktur kesihatan (medical condition) serta kapasiti untuk
berfungsi (fungtional capacity)

Renungan :
Ilmu pengetahuan bukan ciptaan manusia, tetapi rahsia takdir tuhan yang dipinjamkan
kepada manusia. Oleh itu, manusia tidak harus berlaku sombong dengan ilmu pengetahuan
yang dimiliki, malah sepatutnya bersyukur.
(HAMKA)

BATERI PENGUKURAN KEUPAYAAN MOTOR


POPULASI KHAS
Kandungan :
Bateri Ujian Fizikal
Bateri Ujian Fizikal
Perkembangan penggunaan bateri ujian ini amat popular di dalam program pendidikan
jasmani khas dan ianya bermula sejak tahun lima puluh lagi.
50 an Ujian Kecergasan Kraus Weber
60 an Ujian Kecergasan AAHPER
70 an Ujian kecekapan Motor bruiniks Oseretsky
80 an Ujian Kemahiran Motor Ulrich (Kemahiran Motor Kasar) dan Inventori kemahran
Motor Warden dan Bruniks
90 an Sistem Pemprograman Penilaian dan Pentafsiran Bricker

Anda mungkin juga menyukai