Anda di halaman 1dari 8

ANALISIS PROGRAM KURIKULUM

PENDIDIKAN JASMANI

i. Mukadimah dan Pengenalan Institusi

Kurikulum adalah teras kepada bidang pendidikan. Ia merupakan rancangan pendidikan yang
membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk diwariskan kepada satu generasi kepada satu generasi
lain. Dalam bidang pendidikan, kurikulum berperanan untuk membina perkembangan murid
yang lengkap dari aspek jasmani, rohani, akal dan emosi. Selain itu, ia dapat menyemai,
menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu
pengetahuan. Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) bermula pada tahun
2014. PAK21 merupakan suatu proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid.
Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis,
kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Sehubungan dengan itu, sekolah – sekolah di
Malaysia telah menyahut usaha kerajaan untuk melaksanakan PAK21 dalam semua subjek
termasuklah subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK). Oleh itu, saya telah memilih
sebuah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Scietex, Johor yang
mengaplikasikan PAK21 dalam subjek PJ.

ii. Sumber Maklumat dan Sokongan Perkhidmatan (Contoh: persekitaran


pembelajaran, sumber manusia, perancangan/hala tuju dan lain-lain yang berkaitan)

Matlamat

Matlamat adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara bersepadu dan


menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah melahirkan insan yang
seimbang, berakhlak mulia dan berketrampilan untuk pembangunan negara.

Struktur Organisasi

Terdapat tiga peringkat iaitu kursus peringkat asas, kursus peringkat umum dan kursus
peringkat tinggi. Kursus Peringkat Asas merangkumi pengembanan kemahiran untuk
kehidupan positif dan produktif, mengajar mata pelajaran akademik dan kemahiran
sehubungan untuk alam pekerjaan. Manakala, kursus peringkat umum digunakan untuk
mengembangkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran peribadi dan aplikasi praktikal, dan
mengajar kemahiran akademik dan kemahiran sehubungan untuk alam pekerjaan ataupun
untuk melanjutkan program pendidikan di peringkat maktab/politeknik. Kursus peringkat
tinggi pula digunakan untuk mengembangkan kefahaman tentang prinsip, teori, aplikasi
praktikal dan isi kandungan kursus pengajian, dan mengajar kefahaman akademik untuk
kemasukan institusi pengajian tinggi.

iii. Konteks Kurikulum Program Yang Di Analisis (Contoh: Falsafah, visi, misi,
tujuan dan lain-lain yang berkaitan).

Dalam sukan hoki, kemahiran menggelecek digunakan berdasarkan konteks Teaching Games
for Understanding (TGfU) yang merupakan suatu pengajaran berbentuk permainan. Oleh itu,
ia dapat menarik minat dan perhatian pelajar di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka
tidak berasa bosan. TGfU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh
pada setiap permainan. Pelajar dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam
permainan tertentu. TGfU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal. Dalam
memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif,
kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri
yang kukuh dari aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum
semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada
penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :- kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif,
kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan membuat
keputusan, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bergaul dan
bekerjasama dengan orang lain dan kemahiran kepimpinan dan pengurusan.

a) Kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif


Dalam konteks ini, pelajar mampu berfikir secara kritikal dan kreatif untuk
memikirkan startegi yang patut dilaksanakan semasa melakukan kemahiran
menggelecek bola hoki untuk melepasi rakan dalam pasukan.Selain itu, dalam
permainan 3 lawan 3, pelajar dapat berfikir kaedah/cara yang terbaik untuk
menggelecek bola hoki.
b) Kemahiran berkomunikasi secara berkesan
Pelajar dapat membina kemahiran berkomunikasi secara berkesan. Ketika perlawanan
dijalankan, mereka perlu berkomunikasi dengan rakan mereka tentang cara bertindak
untuk menyerang atau menahan bola. Komunikasi yang baik akan menghasilkan
keputusan yang terbaik.
c) Kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
Pelajar perlu membuat pilihan dan keputusan yang bijak untuk bertindak dalam
pelbagai situasi ketika perlawanan dijalankan. Mereka hanya memerlukan masa yang
singkat untuk membuat pilihan dan keputusan dalam setiap masa.
d) Menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat
Pelajar dapat menonjolkan aktiviti-aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir secara
logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan. Kreativiti-kreativiti
dapat dipupuk apabila individu tersebut diberi galakan ketika perlawanan. Pelajar
dapat mengaplikasi kemahiran taktikal untuk menyelesaikan masalah menggelecek
dalam perlawan 3 lawan 3.
e) Kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
Pelajar akan memupuk kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan rakan di mana
mereka akan sedaya upaya untuk membantu antara satu sama lain untuk mencapai
matlamat kumpulan.
f) Kemahiran kepimpinan dan pengurusan
Dalam perlawanan, sudah tentu ada pelajar yang akan menjadi ketua di mana seorang
ketua haruslah mengetengahkan idea atau strategi yang perlu dilakukan oleh rakan –
rakan sepasukan. Oleh itu, ketua haruslah mempunyai sikap kepimpinan dan
pengurusan yang baik untuk membentuk kesepaduan pasukan. Selain itu, pelajar
dapat menunjukkan motivasi yang tinggi dalam pengajaran kemahiran menggelecek.

iv. Diskripsi/Kandungan Kurikulum (Contoh: Struktur program, reka bentuk program,


kandungan program, dan lain-lain yang berkaitan).

Program yang di analisis ialah sukan hoki bagi pelajar tingkatan 4B dan 4C lelaki dan
perempuan. Objektif pembelajaran terbahagi kepada tiga aspek iaitu kognitif, psikomotor dan
afektif. Dalam aspek kognitif, pelajar dapat menjawab soalan tentang apa yang patut
dilakukan semasa melakukan kemahiran menggelecek bola hoki untuk melepasi kawan dalam
pasukan. Kedua, pelajar dapat menjawab cara terbaik untuk menggelecek hoki dalam
permainan 3 lawan 3. Ketiga, pelajar dapat mengaplikasi pengetahuan taktikal menyelesaikan
masalah menggelecek bola hoki dalam permainan. Dalam aspek psikomotor, pelajar dapat
melakukan kemahiran menggelecek bola hoki melepasi rakan dengan baik 3 daripada 5
percubaan sejauh 10 meter. Dan aspek afektif pula, pelajar dapat menunjukkan motivasi diri
yang tinggi dalam pengajaran kemahiran menggelecek.

Masa Pengalaman pembelajaran


1. Permulaan - Aktiviti regangan dari kepala ke pergelangan
(5-7 minit) kaki
- Aktiviti memanaskan badan (set induksi)
dalam permainan kecil. Murid akan membentuk
kumpulan seramai 3 orang. Dan akan berada
pada kawasan yang ditandakan guru (5 m x 5m).
2 Kumpulan kecil akan mencedok dan menahan
menggunakan
bola tenis dalam kawasan skitel yang telah
ditandakan.
(Pengajaran TGfU)
2.Perkembangan - Dalam permainan 3 lawan 3, dalam gelanggang
(10 min) 5 x 5 meter,
Permainan yang murid-murid dikehendaki menggelecek, menolak
diubahsuai. dan menahan
a. Aktiviti Kelas serta mencedok untuk menjatuhkan skitel
b. Aktiviti dengan yang
kumpulan ditandakan. Satu pasukan bertindak sebagai
penyerang manakala
satu lagi bertindak sebagai penahan. Apabila
pasukan dapat
menggelecek, menolak, menahan, mencedok dan
kemudiannya
menjatuhkan skitel maka pasukan tersebut maka
bertindak
sebagai pasukan bertahan pula
Penghayatan Guru memberi masa kepada murid untuk reflek
Permainan kembali permainan yang dijalankan.Guru juga
(2-3 minit) membetulkan kesalahan murid semasa
permainan dijalankan.

Permainan yang Strategi permainan diubah kepada 3 lawan 3


diubahsuai dalam kawasan 6 x 6 meter. Murid-murid perlu
(10 minit) bertindak sama ada menyerang atau bertahan
bergantung kepada jatuhan skitel yang
dilakukan.

Penghayatan Guru memberi masa kepada murid untuk reflek


Permainan kembali permainan yang dijalankan.Guru juga
(2-3 minit) membetulkan kesalahan murid semasa
permainan dijalankan.
3. Penutup Murid-murid menyejukkan badan dengan
(5-7 min) berjalan dalam kumpulan dan mengumpulkan
semua peralatan dalam kawasan permainan
mereka ke dalam bakul yang telah disediakan.

v. Proses Kurikulum Program (Contoh: penyampaian, pengurusan, pelaksanaan dan


lain-lain yang berkaitan dengan sumber manusia, kewangan).

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran menggelecek bola hoki adalah
berpusatkan kepada pelajar. Guru memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan
melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam aktiviti tersebut. Guru berperanan sebagai
pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat. Pelbagai
aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan
mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia
menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar perlu
dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab. Dalam
kemahiran menggelecek, guru hanya sebagai pembimbing yang mana guru akan
membetulkan kesalahan pelajar semasa permainan dijalankan. Guru juga memberi peluang
kepada pelajar untuk memberi refleksi terhadap permainan yang telah dijalankan bertujuan
untuk para pelajar menilai atau menganalisis kembali kekurangan dan kelebihan teknik yang
telah ditunjukkan dalam pelbagai situasi.

vi. Penilaian Kurikulum Program (Contoh: sistem penilaian, format penilaian dan
lain-lain yang berkaitan)

Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan,
kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap penguasaan pelajar menjadi petunjuk
untuk membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Alat-alat dan
perkaedahan penilaian mestilah dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan keupayaan
pelajar. Penilaian yang digunakan untuk kemahiran menggelecek bola hoki ialah penilaian
berasaskan elemen subjek. Setiap subjek (mata pelajaran) mengandungi pelbagai elemen,
selain daripada pengetahuan dan kemahiran. Elemen-elemen sesuatu subjek perlu diberi
penekanan untuk menilai sama ada pelajar benar-benar mengetahui dan menguasai
subjeknya. Dalam kemahiran menggelecek bola hoki, elemen – elemen seperti kebolehan
berkomunikasi dan bekerjasama, kebolehan membuat keputusan, kebolehan kepimpinan dan
kebolehan mengaplikasi pengetahuan. Selain itu, penilaian hasil pembelajaran (learning
outcomes) juga dinilai dalam aktiviti menggelecek bola hoki. Hasil pembelajaran adalah
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang boleh diukur ataupun diperhatikan seperti yang telah
ditetapkan pada sesuatu peringkat persekolah/pembelajaran. Hasil pembelajaran
menerangkan tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sepatutnya telah dikuasai.
Sebagai contoh pada akhir pembelajaran kemahiran tersebut, pelajar akan dapat menguasai 3
aspek iaitu, kognitif, psikomotor dan afektif. Dalam aspek kognitif, pelajar dapat menjawab
soalan tentang apa yang patut dilakukan semasa melakukan kemahiran menggelecek bola
hoki untuk melepasi kawan dalam pasukan. Kedua, pelajar dapat menjawab cara terbaik
untuk menggelecek hoki dalam permainan 3 lawan 3. Ketiga, pelajar dapat mengaplikasi
pengetahuan taktikal menyelesaikan masalah menggelecek bola hoki dalam permainan.
Dalam aspek psikomotor, pelajar dapat melakukan kemahiran menggelecek bola hoki
melepasi rakan dengan baik 3 daripada 5 percubaan sejauh 10 meter. Dan aspek afektif pula,
pelajar dapat menunjukkan motivasi diri yang tinggi dalam pengajaran kemahiran
menggelecek.
vii. Kekuatan dan Kelemahan Kurikulum Program

Kekuatan Kelemahan
Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka Pelajar yang lemah akan mengalami
permainan yang telah diubahsuai berdasarkan sedikit gangguan emosi ketika permainan
umur dan tahap pengetahuan mereka. dijalankan kerana guru akan memberi
fokus kepada pelajar tersebut.
Pelajar dapat meneroka permainan yang Kurang tahap keseronokan pelajar dan
diubahsuai peringkat demi peringkat. kelancaran untuk bermain kerana guru
sering membetulkan kesalahan pelajar
yang lemah ketika permainan dijalankan.
Pelajar dapat mengetahui dan mengaplikasi semua
aspek yang perlu ditekankan dalam kemahiran
menggelecek bola hoki.

viii. Penutup
Pendidikan Jasmani merupakan subjek teras di setiap sekolah yang melibatkan
ketahanan fizikal dan mental. Permainan kecil amat sesuai untuk para pelajar kerana
ianya hanya melibatkan satu kemahiran dalam satu masa. Pelajar dapat mempelajari
kemahiran tersebut dengan kerjasama rakan sepasukan dan guru untuk memperbaiki
kelemahan secara langsung. Program TGfU ini telah menghubungkaitkan ilmu
pengetahuan dengan aktiviti – aktiviti permainan. Para pelajar akan belajar sambil
bermain melalui program ini. TGfU memberi sumbangan yang berkesan terhadap
perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif pelajar.

ix. Kesimpulan
Secara kesimpulannya, sebagai pendidik haruslah mengetahui konsep dan implikasi
TGfU dalam Pendidikan Jasmani. Para guru Pendidikan Jasmani harus mengubah
pendekatan tradisional dengan menggantikan pendekatan TGfU dalam pembelajaran
permainan. Pengajaran dan pembelajaran yang terancang dapat membina pelajar
menjadi individu yang cergas, sihat, berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan
nilai murni dalam melakukan aktiviti fizikal kea rah mencaai kesejahteraan hidup.
Justeru, program TGfU dapat dimanfaatkan oleh guru – guru yang terlibat secara
maksimum untuk mencapai matlamat dan objektif Penddikan Jasmani.

Rujukan

Lampiran (jika ada).

Anda mungkin juga menyukai